Tuesday, March 1, 2011

CONTEST NAMA BABY SAYA



Kali ni ingin mencuba nasib join contest Nama Baby Saya.

SYARAT PENYERTAAN:

1) Anda mestilah ayah atau ibu kepada baby berkenaan dan mestilah seorang blogger

Yup! Saya adalah mak kepada nama anak yang dipertandingkan. Seorang blogger suam-suam kuku pemilik blog Mak Izz Menulis.

2) Copy Banner di atas dan link kan

Settled!


3) Buat satu entry menerangkan NAMA anak anda. Maksudnya. Siapa Yg Memilih dan Kenapa Nama itu dipilih.

Nama anak saya ialah MUHAMMAD IZZ HARIS bin Farizal.

Muhammad - Yang Terpuji
Izz - Kekuatan
Haris - Pengawal, Pemelihara

Muhammad - Yang memilihnya adalah saya dan suami. Kenapa nama itu dipilih kerana... saya memang mahukan semua nama anak-anak lelaki saya dimulakan dengan nama Muhammad, sempena nama junjungan besar Rasulullah SAW kita. Apatah lagi dengan maksudnya yang begitu baik sekali, Yang Terpuji. Mudah2an anak saya menjadi umat yang terpuji serba serbi dari segi jiwa dan akhlaknya :) Dan saya pernah dengar, nama Muhammad akan dipanggil dahulu di Padang Mahsyar kelak, jadi tak perlulah anak saya menanti terlaluuuuuuuuuuuuuu lama untuk dipanggil dan dihitung amalnya kelak.

IZZ - Kami berdua juga yang memilih nama ini. Maksud Izz itu yang menjadi pilihan utama kami. Kami mahu anak sulung kami kuat fizikal dan mental! Cukup kuat mengerjakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. Cukup kuat untuk menangkis godaan dunia. Cukup kuat untuk membantu kami berdua menjaga adik-adiknya. Cukup kuat untuk menerima penolakan dari adik-adiknya. Cukup kuat untuk membantu saya menjaga adik-adiknya bila ketiadaan abahnya. Tengok sekarang memang kuat pun, suka betul bergusti. Phew~

HARIS - Saya yang pilih. Ikutkan abahnya, cukuplah Muhammad Izz. Tapi macam pendek sangat. Saya tak mahu nanti dalam kelas English cikgu suruh perkenalkan diri nanti Izz jawab macam ni "My name is Muhammad Izz" - kedengaran berulang2 IS dgn IZZ tu. Pastu taknak nanti orang tanya, Muhammad Izz apa? Mesti Izz jawab "Izz je" Tak pasal2 daripada Muhammad Izz jadi Muhammad Izz 'je'. Hehe.. maka saya telah bertekad menambah lagi 1 nama untuk Izz iaitu Haris bermaksud Pengawal, Pemelihara. Anak sulung mestilah berupaya jadi pengawal yang tegas untuk membentuk adik-adik yang berdisiplin. Jadi anak yang memelihara akhlak dan tingkahlaku agar menjadi contoh yang baik kepada adik-adiknya. Juga memelihara AGAMA, bukan hanya pada nama tapi pada amalannya. AMIN...


4) Tinggalkan entry anda di ruangan entry ini.

Settled!


5) dan menjadi Follower Idma Textile.

Sudah! Follower yang ke-209




My dearest Muhammad Izz Haris semasa berumur 3 hari. Alololo.. tembam!


Tarikh Penyertaan

01 Feb 2011 hingga 01 Mac 2011

(last date hari ni. Cepatttttttt sebelum terlambat) Camne nak join? Klik sini ok.


Hadiah untuk Pemenang Bertuah

3 Pemenang utama : RM 50 setiap seorang

Terbaekkk!!! Jom share RM 50 dengan aku! (hehe..) Moga ada rezeki untuk menang :)

2 comments:

Unknown said...

tq again :) semoga berjaya ye sis

Mak Izz said...

insyaAllah.. wt contest lagi pasni tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!