Friday, June 24, 2011

Shopping at Jusco Maluri

Pagi tadi bangun tidur badan sakit2, kaki lenguh2, bahagian belakang pinggang rasa nak patah. Adui.. inilah akibatnya membeli-belah tak sedar diri di pesta jualan murah tanpa pengawasan suami. Iewwww... sakit!

Semalam adalah hari terakhir Jcard Membersales di Jusco Maluri. Dekat dah tu dengan rumah mak. Awal2 dah janji dengan Yang nak buang duit  dekat sini. Mintak ijin dengan Farizal nak pergi Jusco terus lepas balik kerja. "Pergilah.. jangan balik lambat!" Ho yeah...! *jarang tau dia bagi shopping pas balik kerja.

Janji dengan Yang jam 6 di Jusco. Tapi aku biasalah, janji melayu kan kul 6.20 baru terhegeh2 jalan kaki dari jejantas LRT Maluri ke Jusco. 6.30 sampai. Roger Yang dia tengah sedap melantak kat KFC. Sebab aku puasa maka tahan nafsu je dulu. Moh kita shopping dulu, dekat2 azan nanti baru cari port berbuka.

Ini 1st time aku pergi Jcard Membersales. Sebelum2 ni rajin jengah Scard Day je dekat Sogo. Harga sales lebih kurang sama dengan Sogo, cuma umat yang berasak2 di Jusco kurang sedikit. Lepas tu lebih ramai kaum Cina di sini, maklumlah kawasan chinese kan.

Aku tak jengah semua tempat pun. Just pergi supermarket nak tengok harga susu, hem takde sale pun. Then lalu kat bahagian sushi (sebab tahu Farizal peminat sushi no 1) ok ada diskaun RM3, balik nanti jelah beli. Pastu naik atas pergi dept baju lelaki. Memang banyak sangat baju murah2 esp t-shirtla. Aku beli sehelai t-shirt untuk Farizal brand Muller, harga asal RM69.90 lepas sales jadi RM20.95. Material kain memang jenis Farizal suka cuma colour tu.. haha aku pilih kaler merah cili ^__^ Sabor jelah ye bah!

Selepas berpenat lelah di dept lelaki (masa ni Yang tah ke mana tak tau) aku zassss ke dept baby. Tempat kegemaranku. Tiba2 sedar diri anak2 ku bukan baby lagi tapi dah meningkat ke fasa kanak2 maka carila baju seluar untuk dorang if ada yang berkenan di mata dan di poket. Jumpa 2 helai seluar panjang brand Puppy Winks bolehla harga belas2 je utk sehelai. Pastu t-shirt Disney RM12.50. Beli t-shirt Izz brand Puppy Winks gak RM14.07. Semua harga barang after sale. Masa nak bayar kat cashier baru teringat liquid pencuci botol dah abis, so beli refill pack je RM11.90. Kesimpulannya shopping barang2 semalam tak sampai RM100. Yeah suker! Kain baju budak2 semalam bolehlah simpan stok untuk pakai raya. Eh boleh percaya ke? Hehe..

Berbuka puasa di McD. Makan burger GCB dan chocolate shake. Bila nak kuruih? Sebelum pulang, singgah di supermarket dulu untuk beli sushi bukan 1 tapi 2 plate (nak amik hati Farizal punya pasal takut dia marah kami balik lambat) Dari Jusco berjalan kaki ke stesen LRT then naik teksi terus pulang ke rumah. Sampai dalam pukul 9.45 malam. 1 je rumusan aku untuk aktiviti shopping semalam: PENAT!

Lepas2 ni aku tak boleh shopping dah. Kena simpan duit untuk agenda besar tak lama lagi. Apa la agenda tu ye. Nanti2la aku cerita (kalo macam ni, mesti tak cerita kan?) Hahaha...


Notakaki: Tahniah kepada semua pemenang contest Do I Look Georgeous in a Kebaya? Mak Izz tak menanglah, kalo menang mesti bikin entry khas. Hehe.. Tahniah juga kepada kawan baikku, UmmiRayyan kerana menang tempat ke-3. Dialah photographer hebat masa photoshoot aku tempoh hari. Maceh noks!


Wednesday, June 22, 2011

Gambar Dulu-Dulu

Salam semua!

Tadi menggatal baca email2 lama yang tersimpan dalam folder Sent Yahoo Mail. Baca dan baca pastu senyum sorang2. Kehkeh.. lawak jugak aku  ni dulu eyh? Tulis email pun nak buat lawak. Pastu kan.. masa dok ralit baca email tu satu persatu tiba2 je mata terpandang sesuatu. ATTACHMENT GAMBAR la! Haha.. hari tu aku cakap takde masa a.k.a malas nak scan gambar lama2 kan? Sebab dah alang2 ada, meh aku nak share dengan korang gambar2 lama aku dulu yang masih tersimpan rapi dalam yahoo mail (ada gunanya gak ko eyh?) Mehla tengok gambar2 kat bawah ni.. ketawa boleh, ketawakan jangan tau!

 Si mata kuyu (bajet comel masa ni)

 Lagi gambar bajet comel haha! Masa ni tengah praktikal di MTIB. Muka bangga giler bergambar dengan meja display :) *ntahpape

 Astaghfirullah mak sape ni? Jiwa masih  muda, bergambar macam ni  rasa cool giler! Info untuk dikongsi: Masa ni umur baru 23 tahun (baru ko kata? Orang lain 23 tahun dah anak sorang ok!)

 Wah posing terbaik ala2 maut (orang yang tengok maut) di meja kerjaku. Eksen je lebih padahal jarang2 duduk di sini. Selalu menempek dekat library dengan Bilik ICT sebab kawan2 praktikal ramai lepak situ :)

 Main cak2 dengan adik angkat tapi sekarang tak larat nak angkat (masing2 semakin berat). Dua2 dah jadi bini orang. Suzie, aku doakan ko cepat2 jadi  mak orang agar pasni boleh main cak2 dengan anak2 pulak. Hehehe...

 Ya, kamilah 3 orang kawan baik masa itu dan sampai sekarang masih berkawan baik. Tiga2 dah jadi bini orang. Aku juara senyum lebau dan muka lebau *sedar dirik

 Gambar masa  balik kampung. Masa ni muka gebu giler tanpa sebijik jerawat mahupun jeragat sebab sel kulit masih muda. Wah rindunye kat budak berdua tu. Aiman (baju biru) dah Tingkatan 2 sekarang. Si Haziq (baju kotak2) dah darjah Darjah 4. Masa ni dorang kecik lagi, so comel!!!

Hihi.. (nape zaman ni senyum mesti lebau?) Actually aku tengah cuak giler time ni sebab duduk dalam perahu kecik yang amat. Teroleng2 body perahu tu ke kiri ke kanan, dahle berbaju kurung (wah sopan ko!). Nasib baik tiba dengan selamat tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Aku (eh pakai baju kurung lagi?) dengan Ecu (amboi pegang bahu aku nampak?) -> Ecu ni pak sedara aku (adik mak aku yang paling bongsu). Aku ni kira anak buah paling rapat dengan dia sebab dari umur aku 6thn sampaila umur puloh2 tahun, Ecu ni tinggal serumah dengan kami. Tapi sekarang Ecu dah berumahtangga ada seorang anak dan dah duduk rumah sendiri ^__^

Ops lupa pulak nak perkenalkan si kecil kat tengah2 tu. Dialah Dian, anak sulung kakakku, Kak Ngah. Sape pembaca setia blog aku ni tau lah pasal Dian tu. Comel kan dia masa kecik2 dulu? Bertambah comel sebab dia cucu sulung dalam keluarga kami. Jadi, perangai tak comel pun kami anggap comel. Hahaha...

Best tak dapat tengok gambar lama2? Nanti nak cari lagilah. Tempek kat sini jadi photo album digital. Boring2 boleh tengok semula dan senyum sorang2.

TIBA-TIBA!!!!

(dah tua aku ni rupanya)
^_______^

Tuesday, June 21, 2011

One Lovely Blog Award


Terasa seperti ingin menitik airmata ke lantai dapur bila menerima award indah ini dari Mama Ainan dan Arash yang nunnnnnnnn jauh di benua Eropah sana. Terima kasih Ann sebab sudi singgah blog ni, baca cerita-cerita merepek Mak Izz walaupun Ann sentiasa sibuk dengan tugas sebagai seorang isteri, ibu dan pelajar. Mak Izz sangat terharu dan rasa macam sekarang jugak nak beli tiket kapal terbang ke Norwich untuk lawat Ann di sana (ok tipu).

Ini award bukan sebarang award tapi ini award ada kerja kena buat daa... Aku dikehendaki bercerita tentang 7 PERKARA MENGENAI DIRIKU. Amboi cam retis kena interview dalam majalah Hai! pulak ye. Ok2 bukan senang nak dapat award (jadi retis pun belum tentu dapat award) maka dengan sukacitanya aku nak bercerita 7 perkara pasal diri aku. Jom baca dan selami, sejarah hidupku cewah..!! *Siapa benci sila nyanyi lagi Casey - Jangan Ada Benci  ^__^

Perkara 1 - Kelahiran Luar Negeri
Bertuahnya aku dilahirkan di bumi Inggeris (wah....) Menumpang tuah ayah yang bertugas di Malaysia Hall, London pada ketika itu. Malangnya aku sekadar bayi kecil yang tidak mengingati apa2. Langsung tiada memori terpahat di minda. Yang menjadi kenangan hanya gambar2 kami sekeluarga menetap di sana selama hampir 3 tahun.
Ok cuma gambar ni aje yang aku ada softcopy. Nanti ada masa aku scan gambar2 lama kat London dulu k (eh korang nak tengok ker?)

Iklan sekejap:

Perasan tak gaun yang aku pakai dekat gambar atas tu (feeling comel dekat tepi pantai) dengan gaun yang Hasanah pakai dekat gambar ni? Ia adalah GAUN YANG SAMA! 29 tahun ko usia gaun tu. Syabas kepada emakku (opah Hasanah) yang berjaya menyimpan pakaian tu dengan cermat sampai boleh pass pulak kat anak aku. Siapa kata simpan barang lama tu merugikan?

Perkara 2 - Masa umur 7-12 tahun
Sekolah rendah di SKBTR (1), Cheras. Dari darjah 1 sampai 6 duduk dalam kelas pertama. Boleh bajet la aku periksa nombor berapa kan (of course nombor belakang2) Hehe.. dengan result UPSR yang tak berapa semenggah  aku sambung ke SMKBTR (sebelah sekolah rendah je). Sebenarnya dapat sambung ke SAB (sekolah kawalan) tapi aku tak pergi sebab takut naik bas awam (boleh terima tak alasan nih?). Mohon juga sekolah menengah agama tapi selepas 2 minggu mendaftar di SMKBTR baru dapat tawaran ke SMA Hulu Langat. Pun aku tak pergi sebab aku rasa membazir duit (yelah, aku dah beli buku2 sekolah kat SMKBTR). Dah takdir aku meniti usia remaja di SMKBTR, redha je :)

Gambar kelas masa Darjah 5 (tahun 1994). Guru Kelas, Puan Rosnah. Dia sangat cantik dan baik. Cuba cari aku. Sape dapat teka, anda memang teror!

Perkara 3 - Masa umur 13 - 17 tahun
Menghabiskan usia persekolahan waktu remaja suam2 kuku di SMKBTR. Masa ni mula bergaul dengan kawan2 dari sekolah rendah yang berlainan. Baru belajar sekelas dengan separuh classmate berbangsa Cina. Belajar dapat nombor belakang (eh ni bukan dari sekolah rendah ke?) Masa Form 1-3 masuk PBSM tapi bila Form 4 tukar Persatuan Puteri Islam pulak. Tah pape je. Takde apa2 yang best masa ni. Jiwa remaja kan, memberontak je banyak (tapi dalam hati jelah). Sebab tu result SPM pun tak best (alasan).

Perkara 4 - Pekerjaan selepas tamat SPM
Abis je exam kemasukan khas ke matrik, berdesup aku pergi interview Operator Pengeluaran di Kilang Ramly Burger dekat dengan rumah (jalan kaki je). Wah.. bangga giler masa tu bila dapat kerja. Pekerjaan pertama dalam hidupku selepas tamat persekolahan - 'gadis kilang'. Tapi gelaran tu hanya untuk seketika sebab sebulan kemudian aku dapat offer masuk matrik dekat Bahau. Maka bermulalah perjalanan hidup aku sebagai seorang pelajar matrikulasi :P

Perkara 5 - Kena buang matrik dan kembali  menjadi 'gadis kilang'
Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari *cisss sape cipta pepatah  ni? Kena pulak dengan diri aku :( Result SPM sangat teruk maka tidak melayakkan diri untuk hidup lebih lama di takuk matrikulasi. Hanya sempat 2 bulan berjimba di Kolej Chermai, aku packing barang pulang ke rumah untuk bertapa selama seminggu. Malu weh.. mana nak sorok muka yang tembam macam kuih pau ni??? Sana sini orang bertanya "Eh bukan aritu masuk matrik ke?" NAMUN, genap seminggu tempoh pertapaan, nafsu bekerja kembali mengganas. Malu untuk kembali ke Kilang Ramly Burger (sebab dalam surat berhenti inform nak sambung belajar), aku ke lokasi kilang yang jauh sedikit dari rumah (kena naik basikal) dan menadah muka dari 1 kilang ke 1 kilang untuk memenuhi tuntutan nafsu mencari uang. Yes,  berjaya! Aku kembali bergelar 'gadis kilang' di sebuah kilang percetakan selepas menagih simpati *murah rezeki betul :)

Perkara 6 - Jadi Akak Cybercafe pulak
2  bulan di kilang percetakan aku dapat offer kerja lebih menarik. Bekerja sebagai Akak Cybercafe di cybercafe milik kawan baik kepada boyfriend kakakku. Masa ni dah advance sikit. Pergi kerja naik bas RapidKL dengan tambang 90sen (jenuh wo kumpul duit syiling tiap2 hari. Kalau masuk RM1, 10sen tu burn) RUGI. Dengan pendapatan sebanyak RM550 pada ketika itu, aku mampu tersenyum bangga! Di sini aku mula belajar selok-belok perniagaan (tipu). Baca balik. Masa ni aku mula belajar selok-belok pc games dan playstation. Masa ni juga aku mula mengenal email dan chatting. Masa ni juga dah pandai mengenal jurnal atau blog (wah...). Menjadi Akak Cybercafe hanya untuk 9 bulan sahaja.


Perkara 7 - Berjinak2 dengan agensi Gomen
Tak lama kerja dekat cc, ayah paksa isi borang kerja gomen. Nak tak nak isi lah jugak. Pergi interview macam orang lain juga (entah mengapa masa interview air mata aku meleleh mencurah2 especially bila penemuduga tanya pasal bab sambung belajar).  Bukan aku tak nak sambung belajar wei. Nak sangatttt... Tapi result SPM aku teruk! Diulangi teruk! Mana ada unibersiti nak amik student tak cemerlang macam aku? Masuk matrik pun kena tendang. Sedeh... dalam sedeh2 tu 3 kali jugak aku isi borang masuk maktab, pergi exam DPLI tapi tak dapat. Nak kata aku merepek jawab soalan, soalan dalam bentuk objektif. Agaknya sudah tertulis takde rezeki aku nak bergelar guru. Berkat doa emak dan ayah, aku dapat keje gomen tu. Pada bulan Mei 2001 pada usia 19 tahun aku mula bergelar sebagai kakitangan awam. Best tak best tak? Macam tak percaya tapi itulah realitinya. Alhamdulillah...

Perkara 8 - Eh sudah terlajak perahu nih ^__^
Award ni minta aku cerita 7 perkara je. Korang nak tau lebih ke? Hahaha... cerita selanjutnya hanya akan disambung jika ada permintaan dari anda. Ceay... bajet bagus  bajet bagus.

Akhir kata, hargailah hidup anda selagi masih ada nyawa. Bersyukurlah dengan titian perjalanan hidup kita ini walaupun ada suka ada duka. Itulah warna-warni kehidupan kita :) Lagi banyak warna, lagi indah kan? (kecuali korang suka warna plain) Hehehe...

Sorrylah tak dapat nak lengkapkan entry ni dengan gambar2 zaman persekolahan dan zaman muda-mudi dulu. Dulu2 mana ada kamera digital, semua guna filem. Kalau nak upload dalam entry ni kena scan dulu. Mana la nak sempat scan bagai (sebenarnya malas). Ok tanggungjawab award belum tamat lagi. Aku kena tag 15 orang. Dengan sukacitanya aku mengetag blogger di bawah:

Jue, Suzila, Roskhadijah, Izzah, Lea, K'Deqna, K'Neena, K'Ina, CikWhite, K'Kamariah, Emma, Ameh, K'Fid, Mama Aqilah dan Mama Isya.

Mengapa mereka?
Sebab saya punya sukalah! (jawapan tak berhemah) Hehe.. Sudilah terima award ni ye kawan2, adik2 dan kakak2 semua :)

Bye!

Friday, June 17, 2011

Aktiviti Terjun Tiruk Part 3

Dulu kami pernah buat Aktiviti Terjuk Tiruk Part 2. Kali ni Part 3 pulak. Kalau dulu Izz masih kecil tapi sekarang dah besar dan dah ada adik.  Bagaimanapun Aktiviti Terjun Tiruk Part 3 tidak melibatkan Izz dan Hasanah. Dorang sibuk tidur selepas letih menghavockan diri di majlis kenduri (entry sebelum ni).

Bila anak2 tidur lena, mak dan abah Izz mulalah merancang aktiviti. Bukan mudah berjumpa swimming pool orang dewasa percuma kalau bukan di rumah Kak Ngah. Didorongi hasutan nakal dari Yang dan Dian, maka.... terjadilah aktiviti di bawah.


 
Wajah eksaited lengkap bercermin mata - perenang amatur dari  BTR

 Budak ni paling eksaited sebab takde adik2 tukang kacau

 Yang menyakat Dian, tah pebenda la tu

 Abah warming up sebelum aktiviti terjun tiruk

 Niat nak ambil gambar abah tengah terjun malangnya photographer tak cekap
(aku lah tu)
*Masa ni kami berempat je yang terjun tiruk, tak lama lepas tu baru budak2 lain datang join

 Kuak lentang katanya

Disulami aktiviti renang berirama

 Budak2 lain menyertai. Diulangi budak2 lain. (Kami je orang dewasa)

 Aku sekadar di gigi air (penakot yang amat) - kedalaman air adalah paras leher aku

 Muka penakot tak abis2 kena buli dengan Dian

Best weh! (kecuali aku) Nanti mandi-manda lagi ^_^
*walaupun hanya di gigi air

Kenduri Kahwin di Rawang

Majlis berlangsung pada Ahad lepas, 12 Jun.

Bapa pengantin merupakan abang kepada adik ipar emak. Rumah pengantin tidak jauh dari rumah Kak Ngah di Green Valley, Rawang. Maka berbondong-bondonglah kami ke rumah pengantin, selain mewajibkan diri menghadiri walimah kerana tiada urusan lain, kami juga ingin berkenalan dengan saudara-mara belah keluarga ibu saudara yang lebih mesra kami panggil Mama itu. *nape tak cakap je ko pergi sebab nak makan lauk kenduri? ^____^

Bergambar sebelum ke kenduri (menanti kaum hawa  bersiap)

 Yang semakin susut badannya

 Dua beradik yang ceria sebab rumah tiba2 ramai ahli

Geng sepupu bersama Pak Ngah

Gambar2 selepas makan (sebelum makan takdo)


Makanan adalah super sedap. Semua menu sedap.


 Gambar bertiga sahaja, Abang Izz ntah ke mana

 Aku yang dah sama saiz dengan Kak Ngah *arghhhhh

 Pelamin nan indah

 Sepupuku, Rabiatul Adawiyah (anak sulung Mama)


Nur Izni Hasanah dengan fesyen rambut pokok kelapak yang tak menjadi (nasiblah dapat emak tangan tak bedung macam aku)

Gambar pengantin takde sebab kami sampai dah agak lewat. Pengantin pun dah masuk bilik (untuk solat zohor la.. apa korang pikir da?) ^__^ Aku sorang je yang excited nak bergambar di pelamin (nasib baik Hasanah ada buat peneman) Then paksa Adawiyah ikut sama (jadi photographer) sebab geng cik kiah yang lain tak berminat. Huh!

Kepada pasangan pengantin (nama dah lupa) Selamat Pengantin Baru dan berkekalan hingga ke anak cucu :)

Thursday, June 16, 2011

Ayam Penyet AP

Isnin lepas aku menghadiahkan perut comelku dengan hidangan Ayam Penyet AP sempena majlis berbuka puasa di bulan Rejab. (Boleh???) Berbuka puasa secara berjemaah bersama suami dan anak2 (walaupun yang berpuasa cuma aku seorang) di Restoran Ayam Penyet AP di Bandar Sri Permaisuri. Sedap hingga menjilat lutut
^_^

Ayam Penyet AP - terbaik wok!!! RM8.00
 Udang Penyet RM8.00 menjadi pilihan suami.
Turut order Bakso RM5.50 sebab tak reti makan nasi dengan lauk tanpa kuah. Sedap gak!

Order nasi putih 2, RM1.50 each dan air teh 'o' ais dan iced lemon tea. Minuman harga RM3 ke atas. Hem.. Rasa minuman SANGAT MANIS.

Suasana restoran sangat eksklusif dengan dekorasi indah (waktu Maghrib tak ramai orang pun) so seronokla berbuka dengan *gelojoh. T_T

Jumlah berbuka puasa: RM30+ (mahal weh)
Jumlah kekenyangan: Infinity
Jumlah keseronokan: Berlipat-lipat ganda
Jumlah lemak: Berlipat-lipat sparetyre :) :)

Selamat mencuba makan di sini. PASTI ENAK!

Siapa Punya Kerja?



Anak orang atau anak beruang? T..T


*Psst... tikar biru tu lah tikar ABC yang aku beli di Sarawak dengan harga RM20.
(tak boleh kurang ko!) Comel tak?

GiveAway = Dia dh 7bln.....

GiveAway = Dia dh 7bln ni julung2 kali dianjurkan oleh seorang blogger cun, merangkap sahabat baik semasa di alam kampus dolu2, Ibu Shifaa *clap! clap!

Ibu Shifaa buat GA ni sempena usia Shifaa yang genap 7 bulan pada 11 Jun lepas.
So jom join GA ni! Senang dan mudah hadiah pun best :)


Syarat-Syarat Penyertaan: 
1) Follow blog @ networking blog Ibu Shifaa (pilih salah satu)
2) Tag kawan-kawan at least 5 orang 
3) Tempek banner di atas
4) Tinggalkan link kat comment box Ibu Shifaa

Apa yang korang kena buat utk GiveAway = Dia dh 7 Bln ialah:
1) Tempek 3 gambar UNIKNYA SENYUMAN INI
2) Describe gambar tersebut 

Hem.. senang je kan. Maka marilah kita mencuba nasib!
Gambar yang dipertaruhkan adalah.... (drum roll please):

Uniknya Senyuman Ini 1 - Senyuman tanpa gigi oleh Izz Haris, putera kesayanganku


Uniknya Senyuman Ini 2 - Senyuman mesra dari Datuk K, ayah kesayanganku


Uniknya Senyuman Ini 3 - Senyuman gigi terkeluar melangkaui bibir dariku.
HA HA HA!!!

 Unik tak? Unik tak?

Dengan segala hormatnya aku mengetag mereka yang bertuah di bawah: 
Suzie
Kak Fid
Juliana
Kak Neena
Adik Zetty
Izzah

Selamat mencuba u ols! Hadiah best tau!

 
Handbag Hanger @ Handbag Hooks 

 Tarikh tutup: 2 Julai 2011 jam 10.00 malam
 
Good Luck!!!

Wednesday, June 15, 2011

Hasanah 1 Tahun (Gambar)

 
Haha.. Sekeping je gambar cukuplah. Nanti aku letak lagi dalam entry yang akan datang :)

Monday, June 13, 2011

Checkup Hasanah 1 Tahun

Selasa lepas bawak Hasanah checkup umur 1 tahun. Berat  badan 8.5 kg. Sebelum balik kena inject dulu dengan nurse. Apa lagi, melalakla sekuat hati. Pujuk2 sikit nasib baik mau diam. Senang pujuk :) Alhamdulillah..

Perkembangan umur setahun:

1) Gigi sudah ada 5 batang.
2) Hobi MAKAN.
3) Dalam kereta nak berdiri tak mau duduk apatah lagi dipangku. Adeh..  masalah betol T__T
4) Tangan kiri letak kat telinga pastu "bababababa" cakap dekat hp konon2 ^__^
5) Dah boleh berjalan tapi malas berjalan (lebih suka merangkak kulu kilir)
6) Masih tak balance duduk sendiri, kena duduk katak.
7) Pandai merenyeh bila mak dengan abah buat muka lawak.
8) Suka guling2 atas toto dan tilam (dari bayi  memang suka berguling. Jangan sampai dewasa berguling udah.  Hehe)
9) Semakin bijak mengajuk. Ayah Yang exercise, Hasanah pun ikut exercise juga. Sangat bangga bila dapat panjat basikal exercise tuh, ketawa berdekah2.
10) Panggil aku "mak @ mek" (sejak bila jadi ore kelate nih?) Panggil abah "bah". *auch sedikit terharu di situ.
11) Pantang dengar sebarang muzik (even suara aku menyanyi yang macam...) mesti menari2 goyang kepala kanan kiri hem.. anak sape la ni?
12) Super excited berdiri dalam troli kat shopping mall (melompat2 dengan girang sampai terjatuh pastu nangis)
13) Dah pandai gerak ke depan ke belakang bila naik kereta Abang Izz (hanya dapat naik bila Abang Izz tidur sahaja) *tak bagi tuh adik dia main, sabor jelah!
14) Hobi kedua adalah MENJERIT.
15) Rambut semakin panjang dan boleh tocang yeay!!! *terserlah ayumu

Gambar setahun? Pc ofis ni takdela simpan gambar Hasanah yang latest. Esok aku update k.

Friday, June 10, 2011

Main Pasir

::Story Telling by Izz Haris::

Assalamualaikum wbt

Hari ni Izz bercerita bagi pihak mak. Mak pergi kerja. Kesian dekat mak selalu takde masa untuk tulis blog. So kali ni Izz tolong. Semua baca apa yang Izz taip ni k.

Bulan lepas kami sekeluarga balik kampung abah di Pahang. Abah bawak kami ikut jalan baru melalui Temerloh terus tembus di Jengka (berapa ntah). Jalan dia lebih pendek berbanding jalan biasa yang kami lalu. Abah suka sebab dia tak perlu drive lama2. Mak tak suka sebab mak cakap tak dapat tidur lebih lama lagi dalam kereta (eh ye ke mak?). Maafkan Izz kalau Izz salah sebut.

Izz suka balik kampung! Ada atuk.. ada nenek.. ada Ateh.. paling Izz suka ada kokok dan ucing. Erm.. mak cakap kokok tu ayam. Ucing tu kucing. Tapi lidah Izz ni selalu tersalah sebut. Mungkin sebab umur Izz baru 2 tahun kut. Maka banyak kosa kata yang mak ajar Izz belum mampu lagi ikut. Mak jangan putus asa ajar Izz tau! InsyaAllah tak lama lagi mesti Izz pandai sebut mak. Yang penting, mak kena sentiasa ajar Izz.

Nak tahu apa aktiviti Izz bila balik kampung? Izz ringkaskan dalam bentuk list ye.

1) Borak2 dengan atuk sampai atuk tak boleh tidur (sorry tok...)
2) Jalan2 kat laman luar dengan nenek dan tengok kokok eh ayam.
3) Ikut atuk pergi kedai naik motor. Best!!! Paling best time atuk belikan aiskrim cornetto. Alhamdulillah..
4) Lari2 dalam rumah ke depan ke belakang (Izz rasa macam lari 1 padang sebab rumah atuk LUAS)
5) Kacau kucing dari jauh tapi bila dekat Izz takut sangat! (Kucing tu cakar Adik Anah beberapa kali sebab tu Izz takut)
6) Makan tak berhenti. Rumah atuk banyak makanan sebab tu Izz asyik makan. Makanan fav Izz adalah keropok ikan kaler merah. Sedap!
7) MAIN PASIR - mesti ramai nak tau macam mana aktiviti Izz main pasir kan?







Tak sangka senyap2 mak ambil gambar Izz tengah main pasir. Izz tak sedar langsung! Mak suruh Izz berhenti main. Izz tak nak. Mak cuba panjat nak dekat dengan Izz. Alamak... habislah mak dah datang. Cepat2 Izz kaut  pasir guna tapak tangan pastu Izz baling dekat mak. Mak cuba elak. Tiap kali mak datang dekat, Izz baling pasir, mak elak lagi. Hihihi.. Izz rasa kelakar! Izz ketawa dekah2.  Mak nampak macam marah. Izz tak kira, Izz taknak berhenti main. Dekat rumah Klang manade pasir macam ni. Dekat rumah opah pun takde. Tiba2 mak hilang. Mak masuk dalam rumah. Yeay... boleh Izz sambung main pasir.

Tak sampai 5 minit Izz nampak abah keluar dengan mata terjegil marah. Dekat tangan abah ada batang penyapu. Woh... abah nak buat apa ni? Papppp!!! Kena sekali kat punggung Izz. Memangla Izz pakai pampers tapi tetap sakit tau... huhuhu... Izz nangis kuat2. Sampai hati abah pukul Izz dengan batang penyapu. Apa salah Izz???

Eh oklah, kejap lagi mak balik. Izz nak tidur dulu nanti pukul 6 Izz boleh main dengan mak tanpa rasa mengantuk.  Nanti Izz cerita lagi ye. Bye-bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!