Thursday, June 2, 2011

Trip to Kuching, Sarawak: Day 2 (Part 2)

Salam muhibbah kepada semua pembaca setia :) Fuh, akhirnya! Entry kali ni aku nak lunaskan janji-janji manisku dulu. Sambungan trip to Kuching. Silalah baca tanpa rasa jemu  ^__^

Rujuk entry Trip to Kuching, Sarawak: Day 2 (Part 1) untuk refresh kembali memori anda. Setelah berpenat lelah menghabiskan air liur tawar-menawar dan mengosongkan poket membeli-belah di Serikin, kami  bertolak ke sebuah perkampungan Islam di Pedawan. Perjalanan memakan masa 2 jam dari Serikin. Woh... letih yang amat! Bayangkanlah naik bas, duduk di seat paling belakang then melalui jalan bengkang-bengkok dan tidak rata (terhenjut2) dalam tempoh 2 jam! 2 jam pergi dan 2 jam balik. 4 jam perjalanan dalam bas sahaja. Huhu... letih dan jeran.


Papan tanda simpang ke Pedawan. Perkampungan Islam yang kami pergi ni atas lagi dari Annah Rais Hot Spring. Lebih 40km lagi, uwaaa....


Alhamdulillah, berkat kesabaran yang tinggi (kalau sabar nape merungut tadi?) akhirnya kami sampai jua walaupun  pelbagai cabaran terpaksa diharung. Macam tak percaya di balik gunung-ganang, hutan belukar tiba2 jumpa pintu gerbang Selamat Datang ke Kampung Darul Islam Belimbing (atau lebih dikenali sebagai Kampung Belimbing). Tiba2 dalam hati terasa macam "perkampungan buniankah?"



Wah.. mula2 tadi bajet perkampungan bunian kan? Sekali masuk... hambek ko! Siap ada tarian selamat datang lagi! Tergezut rombongan cik kiah. Memang shiok la adik2 manis ni menari welcome kami semua siap dengan paluan gong dan alat muzik tradisional kaum Bidayuh. Tiba2 perasan seperti pelancong luar negara :p


Geng rombongan tidak melepaskan peluang untuk turut menari bersama-sama. Ikut hati aku memang nak sangat join menari (hobi masa kecil adalah menari) tapi sedar diri saiz badan tak berapa sesuai nak tunjuk bakat kat situ maka sekadar menjadi penonton setia jelah. Terharu sangat tau dengan sambutan dorang nih. Sungguh tak sangka!

Selepas sambutan tarian selamat datang tu, kami semua dipelawa menaiki pondok Pusat Kraf di Kampung Belimbing (nampak tak pondok belakang budak2 menari tu) Ha.. itulah pondoknya. Kami pun naik bersimpuh ayu then majlis pun bermula. Ada ucapan2 dari tuan rumah dan acara makan tengahari!


 Antara aktiviti di Pusat Kraf. Menjahit benang emas atau perak di selendang (ada spesifik nama kain dia tapi aku dah lupa) Peram lama sangat gambar2 ni tu la pasal. Ingatan semua dah kabur.


Pelancong asing turut ada waktu ni. Tengah berkira2 nak beli ke tak barang kraf tu agaknya :)


Rumah Barok - tempat makan tengahari dan minum petang

 Jom makan! Menu adalah makanan tradisi suku kaum Bidayuh

Usai makan tengah hari, masing2 merebahkan diri di rumah rehat yang disediakan. Solat Zohor then bersiap2 untuk acara yang seterusnya.




Apakah acara yang seterusnya? Tunggu entry selepas ini :)

2 comments:

ummirayyan said...

wah..marathon nampap enrty ko ni eh..
banyak...
hmm..ni la untungnye g berkumpulan..nak nye gomen, kalo g ngan femly..tak dapat le sambutan tari menari tu..

Mak Izz said...

marathon 2 episod je. lelain sambung minggu depan. best kan jd staf gomen. rejeki alhamdulillah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!