Wednesday, November 25, 2009

Aksi-Aksi Izz

Dah lama betul aku tak upload gambar anak bujang aku nih. So entry kali adalah special entry untuk kawan2 yang teringin benor nak tengok rupa anak bujang aku sekarang.


Anak bujang aku over sekarang. Sudah pandai tersengih lebar2 macam la comei sangat. Masa ni badan Izz susut sikit sebab baru baik dari demam campak. *Kat rumah rambut kusut masai.


Muka behave je bila bawak jalan2 (sebenarnya tengah mengantuk ni) Tu pasal muka baek je. *Bila kuar berjalan rambut tersisir rapi.


Paling suka naik kereta dengan syarat kena duduk depan (dapat main stereng lagi best!)


Main measure tape Acik pun Izz suka jugak. Bagi je kat tangan pastu berejam2 la dia main sorang2. Besar esok Izz nak jadi tailor macam Acik ke? Bagus jugak. Nanti boleh Izz jahit baju mak :)


Kalau sedih tu mulalah meleleh-leleh airmata. Alahai.. kesiannya anak mak. Aik anak bujang pun menangis juga ke? Tak macholah..


Erm ok, Izz dah boring. Lain kali kita upload lagi gambar Izz ek. Tata titi tutu...

Friday, November 20, 2009

Duit Dah Habis

Hahak korang semua dah kena tipu! Duit aku belum habis lagi. Saja buat tajuk entry gini sebab semalam ada sorang hamba Allah tu dah bebel2 kat telinga aku. "Duit dah masuk.. duit dah masuk. Ji, ko tak reti2 ke nak tulis blog lagi. Boring aku tengok tajuk entry ko, duit dah masukkkkkk je. Dah kaya sangat ke ko sekarang?" Ahaks! Bunyik cam pedas je kan, tapi itulah gaya kami bergurau kat ofis ni. Ok tajuk entry tadi khas untuk Nana, one of my officemate merangkap peminat blog aku (weh, betul ke peminat?) ekekek.. (ye, ada sedikit unsur perasan di situ)

So sebab semalam Nana dah membebel and ada lagi sorang hamba Allah pun dah bebel, so.. aku gigih dan gagahkan diri jugak untuk menulis. Sebenarnya kan, aku bukannye dah hilang minat nak menulis ke aper, atau.. dah perasan kaya untuk tidak menulis lagi (ahaks) atau.. dah takde idea nak menulis tentang apa TAPI.. TAPI aku sangat2 busy lately (busy buat kerja ofis & busy chatting) ekekekek! Walaupun aku benci orang tak reti buat kerja multitasking, tapi sebenarnya aku pun bawah golongan lembap juga. Aku tak reti menyelam sambil minum air ni. Kalau blogging, blogging je. Kalau chatting, chatting je. Teruk betul!

Okeh, entry aku hari ni tiada mengena dengan tajuk di atas. Itu sekadar pemancing undi sahaja untuk anda klik ke blog ini. Maka sekarang marilah baca entry aku yang sebenar-benarnya. Hari ni aku takde cerita menarik, cuma nak jalankan amanah orang. Apa la amanah orang nak jalan dalam blog pulak ye? Of coursela menjawab TAG. Ar.. ni adalah tag pertama yang aku terima dalam kamus kehidupan maya, dan sudah tentu aku akan menjawab sebaik mungkin. Kerana aku seorang rakan maya yang sangat baik hati dan memberi komitmen penuh atas hubungan maya ini. Ewww.. apa aku merepek-repek ni? Tulah, dah lama tak menulis. Ok straight to the point!

Aku dapat tag ni dari Ju, my bestfriend semasa belajar di politeknik dulu, pernah jadi roommate untuk 1 semester, pernah jadi penunggang motosikal untuk aku (ye, aku tak pandai bawak motor, maka hanya layak jadi pembonceng berjaya), pernah jadi teman ketawa, teman menangis, teman mengumpat (what?) dan segala2nya lah. Nanti kat bawah aku cerita lagi pasal Ju ni ye. Mari tengok apa yang dia tag aku:

1) Write five (5) interesting facts about the person who gave you this award
2) Jot down ten (10) interesting facts about yourself or your hobbies
3) Pick your ten (10) most deserving recipients and describe them
4) Leave a comment on the recipients' blog to tell them they've been tagged
5) Paste the award badge in your sidebar



Untuk tidak berlengah lagi, mari kita jawab soalan pertama yang berbunyi:

1) Write five (5) interesting facts about the person who gave you this award

5 fakta menarik tentang Ju ye? Baiklah.

i) Ju adalah seorang ibu muda, berkahwin muda dan mempunyai anak pada usia yang sangat muda (cuba kira berapa kali aku sebut muda?)

ii) Seorang yang sangat manja, manja pada kedua orang tuanya, manja kepada adik-adik lelakinya yang kacak, manja kepada kakak2 di poli (sewaktu tika dulu) dan manja kepada suaminya (ini of coursela kan, walaupun aku hanya teka tapi jawapannya mesti 100% betul. Erm.. betul tak Ju?) Kenapa Ju manja sangat ye? Sebab dia adalah anak perempuan tunggal dalam keluarga, so dapat kredit lebih sikitlah hehehe.

iii) Seorang yang sangat pembersih. Aku boleh lihat dia pembersih melalui alat2 mandian dia yang bermacam2 jenis (berapa jenis syampu nak ada ni?), tiap2 malam sebelum tidur mesti cuci muka & berus gigi (walaupun lepas mandi petang tu takde makan apa2 pun). Oh ini cerita masa di poli dulu.

iv) Seorang yang baik hati, suka menolong orang. Lemah lembut tutur kata dan seorang yang sopan santun.

v) Seorang yang agak perfectionist dalam hal ehwal berkaitan penampilan diri. Kalau pakai contact lense mesti berejam (hahak), pakai tudung mesti perfect kemas baru boleh keluar bilik dan agak cerewet dalam membeli apa2 barang. Tapi cerewet bertempatla, means nak barang yang baik kualiti dan berbaloi untuk dimiliki.

Ok, soalan kedua:

2) Jot down ten (10) interesting facts about yourself or your hobbies

10 perkara menarik tentang diri/hobi aku? Jom baca.

i) Aku adalah anak ke 4 dari 7 orang adik beradik. Aku adalah anak yang tengah (betul2 tengah tau) Sebab di atas aku ada 2 orang abang dan seorang kakak. Dan di bawah aku ada 2 orang adik lelaki dan seorang adik perempuan. Betul2 tengah kan? Menarik tak fakta ni? Tak menarik? Ok abaikan.

ii) Aku dilahirkan di benua Eropah, kota London. Bukan senang2 nak dapat peluang dilahirkan di kota indah macam ni kan? Itu semua rezeki. Ok walaupun aku dilahirkan di sana tapi aku tak fasih berbahasa Inggeris, mata aku tidak berwarna biru dan rambut aku tidak blonde. Dan nama aku juga bukan Stefa Isle. Hikhik.. Kami sekeluarga cuma 2 tahun setengah aje di sana, pastu balik Malaysia ikut ayah yang telah tamat tempoh perkhidmatan.

iii) Hobi aku adalah membaca. Semua bahan bercetak pun aku suka baca. Dulu2 masa sekolah menengah, emak memang tak bagi aku baca suratkhabar pagi2 sebab kalau aku dah start baca suratkhabar mesti berejam-jam sebab semua topik pun nak baca. Kenapa emak marah? Sebab dia kata aku nak mengelak dari tolong dia buat kerja rumah. Erm.. akibatnya sampai sekarang aku culas baca suratkhabar. Jangan salahkan aku kalau tak tahu perkembangan terkini & isu semasa *wink wink

iv) Aku seorang yang banyak cakap. Aku suka bercakap (tapi tak bagus sebenarnya sebab dikhuatiri percakapan yang banyak tu bakal menimbulkan dosa) *Farizal mesti setuju statement aku ni. Bukti aku suka bercakap ialah melalui penulisan aku dalam blog ni yang selalunya mesti panjang lebar. Jarang2 keluar entry pendek kan?

v) Aku rasa aku seorang yang agak funny. Aku suka dengar orang ketawa, sebab tu aku selalu cari modal untuk buat orang ketawa. Yelah modal nak buat orang ketawa cuma perlu buat sedikit joke, tak perlu withdraw duit kat mana2 ATM. Mudah kan? Yang penting, aku happy bila orang lain happy (jom nyanyi lagu Happy)

vi) Apa lagi fakta menarik pasal aku ye? Aku rasa aku macam tak menarik je pulak. Bukan ke fakta menarik ni orang lain yang kena sebutkan sebab kalau aku sebut sendiri macam angkat bakul je. Argh.. penatnya otak kerah kepala nak fikir apa yang menarik tentang diri sendiri. Ok dah ingat! Sambung ke no vii (sengaja nak cepat cukupkan 10)

vii) Aku menaip sangat laju (di keyboard komputer/laptop sahaja ok) Typewriter tak dikira sebab jarang2 praktis menaip di situ. Kalau korang pernah baca entry aku yang lepas, aku pernah buat speedtest menaip ni. Aku dapat 64 word per minute yang pada aku dah kira champion. Ahaks! *Champion pada aku, pada korang aku tak tauler. Korang boleh test kalau rasa2 nak beat kepantasan aku dan boleh jadikan salah 1 dari fakta menarik korang nanti, ekekek. Sila klik sini Speedtest.

viii) Aku khatam Quran pada usia 9 tahun (eh riak ke ni?). Bukan nak kata aku pandai mengaji ke.. terang hati ke.. tapi nak bagitau yang ustaz ajar kami mengaji tu adalah sangat GARANG. Apa bukti dia sangat garang? Adik aku pernah patah gigi ditepuk mulutnya oleh ustaz. Adik aku (yang sama) jugak pernah terkencing kat rumah ustaz tu semasa belajar mengaji. Kalau kita mengantuk, ustaz tu akan tunjal kepala kita dengan hujung pensel dia yang tajam tu. And kalau kita bebal (lambat faham) ustaz akan tampar and rotan kita sesuka hati dia. Owh kendengaran seperti ustaz terlalu kejam kan? Kerana kekejaman ustaz majoriti pelajar2 yang belajar mengaji khatam Quran pada usia 9 tahun dan paling lewat pun 12 tahun. Kagum tak? Terima kasih pada Cik Selamat (aku tak panggil dia ustaz sebab dia bukan ustaz pun, dia cuma seorang waiter di hotel tetapi dia berkebolehan mengajar mengaji Quran) Fuh~ *tiba2 rasa takut pulak kalau2 ada waris Cik Selamat baca blog aku ni. Ye, Cik Selamat memang garang tapi garang dia garang mengajar, bukan garang membunuh.

ix) Yang ke-9, fuh.. apa ye menarik pasal aku? Eh kejap ek, aku nak ronda2 ofis kejap. Nak tanya orang, apa lagi 2 perkara menarik pasal aku.

"Lalla.. lalala... lalla.. lalala..." (meronda sambil menyanyi2 kecil)

Ok dah dapat. Aku tanya Lin je. Lin cakap aku ni mesra rakyat. Wah.. tiba2 rasa seperti seorang YB pulak. Mungkin betul la kut apa yang Lin cakapkan tu. Aku ni mudah mesra dengan semua orang. Kata banyak cakap kan, orang banyak cakap ni mestilah peramah. Dan bila dia peramah, mudahlah dia mesra dengan semua orang atau pun rakyat.

x) Yang kesepuluh.. yang penutup la ni. Nasib baik dah sampai no 10, tak larat dah aku. Aku rasa kelebihan aku ialah, aku sukar nak merajuk. Mungkin sebab aku anak yang tengah jadi takde istilah merajuk dalam hidup aku. Sesiapa yang cari pasal dengan aku, bergembiralah. Sebab seteruk mana pun korang layan aku.. korang sakitkan hati aku, sekejap je aku marah. Pastu bila perasaan marah aku dah hilang, mood aku kembali normal. Aku memang betul2 tak reti merajuk dan itu adalah fakta menarik bagi mereka2 yang berada rapat dengan aku. Setuju kan?

Ok tamat sudah soalan ke-2. Mari tengok soalan ke-3 pulak. Penatnyer...

3) Pick your ten (10) most deserving recipients and describe them

10 orang? Aiyo.. siapa aku nak tag ni? Aku bukan kenal sangat rakan-rakan blogger nih. Erm.. kalau kenal pun, dorang tak aktif menulis pulak. Kalau tag rakan blogger yang tak aktif, tak bestla kan? Ntah bila2 dorang nak jawab tag aku. Nak tag rakan blogger yang aktif tapi dah popular pun tak best jugak sebab dorang mesti dah pernah dapat tag macam ni. Yelah, kalau dah 5 tahun berkecimpung dalam arena maya nih, mustahil tak pernah kena tag kan? Kalau nak mintak follower2 aku jawab tag, ada follower aku ni yang ahli akademik, golongan ibu2, dorang layan ke tag2 nih? Mana yang agak2 boleh layan, takde blogla pulak. Erm.. ok takpe. Dipendekkan cerita, aku tak mahu tag sesiapa pun di sini. Asal korang berjaya habiskan baca entry panjang lebar aku ni pun dah cukup ok.

Soalan ke-4:

4) Leave a comment on the recipients' blog to tell them they've been tagged

Oleh sebab aku main tipu untuk soalan ke-3, maka soalan ke-4 pun aku tak perlu jawab. Wah.. seronoknya :)

Dan yang terakhir aku perlu 5) Paste the award badge in your sidebar

Dah tampal pun. Uber Amazing Blog tuh.. hebat2. Terima kasih kepada Ju kerana menganugerahkan akak award yang begitu awesome! (i love pink)

So akhirnya, setelah berusaha berejam2 akhirnya tag ini berjaya disiapkan walaupun aku menipu. Hehe... jumpa lagi di lain entry (yang ntahkan bila).

Adios!

Wednesday, November 11, 2009

Duit Dah Masuk

Wah.. rejeki. Sebelum berceloteh dengan lebih panjang, mula2 aku nak panjatkan syukur kepada Allah SWT kerana mengurniakan aku rezeki bergolek tatkala dalam kocek cuma tinggal beberapa RM sahaja. Tu dalam poket, dalam bank toksah cakapla. Nak topup RM5 pun tak lepas (wah.. very the hazab).

Meh nak cite sikit. Khamis lepas aku hantar borang permohonan pengeluaran duit KWSP aku. Sebelum tu punyala bertangguh2 nak isi borang tu. Yelah, sibuk sangat kat ofis. Tak sempat2 nak isi borang & cari dokumen2 penting untuk sokong borang permohonan tu. Masih terngiang-ngiang lagi kat telinga aku masa kat KWSP tempoh hari, akak kaunter tu cakap... "Tunggu dalam tempoh masa 21 hari bekerja, pihak kami akan proses. Selepas 21 hari kalau duit masih tak masuk lagi hubungi nombor ni" Wah.. 21 hari bekerja tu. Kalau tak campur Sabtu dan Ahad maknanya dalam masa sebulan jugakla.

Kita biasalah kan, kalau bab2 duit ni rajin aje. So sejak Isnin aritu aku takde keje lain melainkan pagi2 sampai je ofis, terus bukak maybank2u nak check duit dah masuk ke belum. Wah, sangat jakun ok. Isnin check, belum masuk. Selasa check, pun masih belum masuk lagi. Iey mengada2nye aku, baru 2-3 hari dah menggatal2 check. Tapi tadi... jeng jeng jeng. Memang rezeki bergolek tu dah masuk ko, alhamdulillah! CEPATNYE??? Baguslah cepat kan. Kalau lambat nanti aku tension pulak. Erm, berapa jumlah yang masuk ye? Haha.. mana boleh bagitau. Korang agak2 sendiri jelah ye. Kerani gomen cabuk cam aku ni potong KWSP tu sejak tahun 2001 dan last potong bulan Oct 2009 baru ni. Korang agak2lah berapa yang aku dapat ye. Hehe, refreshkan kembali kemahiran matematik anda!

Tak sangka betul begitu cepat dorang buat kerja kan? Tak bertangguh langsung. Aku ingatkan dorang peram borang aku tu seminggu dua pastu baru terhegeh2 nak proses. Hem.. tiba2 aku rasa berdosa sebab berpandangan negatip tentang dorang (warga KWSP). Kat sini aku nak ucapkan syabas dan tahniah la ye kepada semua petugas KWSP yang memang buat kerja sangat cekap dan pantas. Memang betul2 menepati Piagam Pelangganlah! Atau mungkin korang tahu kut yang aku memang benar2 perlukan duit sekarang. Hoho... apepun KWSP HQ mmg bestlahhhhh!!!!

So.. sekarang hati aku sedang berbunga bahagia, bibir lebar menguntum senyum dan mata bulat bercahaya bak bintang kejora. Bila banyak duit, hati pun senang la ye. Tapi seperti biasalah, duit tak selamanya banyak. Kebahagiaan tak semestinya berkekalan. Eleh, ingat ada duit je boleh bahagia? Takde duit pun boleh bahagia, yang penting cukup kasih dan sayang (eh apa aku mengarut nih). Ok2, nak bagitau kat korang (yang mungkin dah berangan2 nak suruh aku belanja itu ini - pesanan ini ditujukan kepada mereka2 yang berniat sedemikian. Yang takde niat, please ignore this statement) duit KWSP tu aku dah pasang tujuan awal2 nak dilaburkan ke mana. So kalau aku rasa nak belanja apa2 tu.. memang rezeki korang la ye.

Oklah, aku ada banyak benda nak buat ni. Asik berangan je sejak pagi tadi, kerja tah ke mana, apa tah ke mana. Oh ye, lagipun bos takde sekarang. Tu pasal dapat berangan. Erm.. dapat makan buah berangan pun sedap gak ni :P

Eh, ok bye!

Tuesday, November 10, 2009

Angan Mat Jenin

Mata ngantok betul tadi. Tersengguk2 depan pc. Haish... memang tak boleh tahan. Bukak website Bhg. Pinjaman Perumahan, tengok2, kira2, berangan2.. argh makin lama makin kecik pulak mata aku. Bukak pulak website Glory Beach Resort, ler.. lama menunggu gambar tak kuar pulak. Boring2. Mata yang mengantuk bertambah mengantuk. Nasib baik ada je kerja yang datang. So bila ada kerja, hilangla mengantok ni sekejap. Bila kerja tu dah setel, mata mula mengecik semula. Isk isk.. ha.. Sekarang bos takde, ada miting kat bawah. Mulalah aku rasa macam... (nak balik awal je) tapi of courselah tak boleh kan. Walaupun surat2 masih banyak nak difailkan tapi sebab dah 4.30 petang, maka motivasi kerja tu pun otomatik hilang. Argh... teruknya!!! *Motivasi kerja selalu hilang bila bos takde di pejabat.

Ar mesti korang tertanya-tanya kan mengapalah aku menggatal surf website Pinjaman Perumahan tu. Pastu macam mana pulak boleh terlencong click website Glory Beach Resort pulak.. ar ada la beberapa perkara yang sedang bermain-main dalam kotak fikiran aku ni. Dok pikiaq2, nak beli umah baru ke tak..? Mampu ke aku nak membayar pinjaman tu semula tiap2 bulan..? Anak baru nak membesar, gaji pun sekarang berapa sen sangat, orang kata baru nak hidup la katakan. Pinjaman PTPTN pun tak abis bayar lagi dah berangan nak beli rumah. Woh... pinjaman PTPTN aku abis 2011 nanti. Aku harap cita-cita dan angan-angan aku ni menjadi kenyataan la tak lama lagi. Apapun yang paling penting, ianya tidak menyesakkan dada dan menambah tekanan dalam hidup (untuk membayar balik pinjaman berpuloh tahun tuh). Hopefully!

Semalam Farizal dah bagitau, confirm family day dept dia bln 12 ni dorang nak buat kat Glory Beach Resort, PD. Standby la duit RM390 untuk bayaran deluxe penthouse - bunyi cm hebat tapi cuma apt biasa je :). Tu baru penginapan, belum lagi tokok tambah duit minyak, tol, jalan2, shopping2 dsb. Yolah, bercuti setahun sekali je kan. Kita tong-tong pakitong-kitong la. Barula pasangan bahagia gitu (saja cakap macam ni nak pujuk hati). Oh ye, percutian kali ni (amboi.. macam la selalu pergi bercuti padahal ini adalah pertama kali) aku nak bawak Acik sekali makan angin. Saje je nak bagi Acik berehat cuti2 Malaysia, merasa bermalam di hotel (bukan hotel pun, apt je), dan boleh lah bermandi-manda di pantai PD sambil mencuci mata melihat jejaka2 kacak di luar sana. Hahahah! Ke.. aku nak ada geng untuk cuci mata bersama2? Oh tidakkkk!!! Mak sapela noti ni :P

Apa pendapat korang ye kalau aku beli rumah sekarang? Ok meh nak brief sikit, aku plan nak beli rumah apartment saja, area sekitar Kota Kemuning (dekat2 rumah yang aku tinggal sekarang). Tujuan sebenar nak beli bukan untuk didiami (sebab rumah sekarang dah super best) tapi untuk disewakan, as investment la cadangnya. Aku nak beli sekarang dan bukan menunggu lagi 3 atau 4 tahun lagi sebab aku tengok kawasan situ bakal membangun dengan pesat menjelang awal tahun depan sebab Carrefour tengah dibina berhampiran kawasan apartment tu (jalan kaki pun sampai). Carrefour tu bakal siap bulan 12 ni. Aku berangan.. nanti berebut2 staf Carrefour tu nak menyewa umah aku (belum apa2 lagi dah perasan) dan aku bolehla pulang modal bayar balik pinjaman rumah tu dengan menggunakan duit sewa budak2 ni (wah.. jahatnye niat aku). Eh bukan ke itu memang tujuan asal aku nak beli rumah? Ye, mula2 berangan dulu. Mana tahu angan2 mat jenin aku ni menjadi ke nanti?

Oklah cakap banyak pun tak guna. Tengoklah macam mana nanti, if jadi aku war-war la. Kalau senyap je tuh, maknanya.. faham2 sendiri. Apa pun aku memang tak sabar tunggu bulan 12 ni. PD dah lama tunggu aku anak-beranak (haha.. poyos).

Tata...

Friday, November 6, 2009

Izz Genap 8 Bulan

Salam semua. Mesti korang perasan kan, dah lama aku tak bercerita pasal Izz. Bukan aku tak mahu cerita, banyak benda nak cerita pasal Izz sebenarnya tapi sebab aku takde gambar2 terkini Izz kat pc ofis ni, maka jadi malas sikit.

Aku 2, 3 menjak ni letih yang teramat sangat. Balik kerja sampai umah dah pukul 7.30 malam. Dah seminggu macam tu dan akan berlarutan sampai ke minggu depan. Sekarang abah Izz ada practice petang2 selepas kerja. Practice apa? Takyahla cite nanti mengganggu konsentrasi abah pulak untuk praktis hari2 berikutnya, hehe. Apapun, abah praktis petang2 tu untuk perform masa Annual Party company abah Sabtu depan. Huh.. tak sabar2 Sabtu tu datang cepat. Tak payahlah abah praktis lagi dan bolehlah mak dengan abah sampai di rumah sebelum Maghrib. Bukan apa, kesian sangat dekat Izz kena tunggu kat rumah lama2 kat rumah :[

Ok jom bercerita pasal Izz nak. Hari ni 6 November, genap umur Izz 8 bulan. Wow dah bujang anak mak! Alhamdulillah walaupun Izz lambat meniarap tapi Izz dah pun mula merangkak sejak 2 minggu lepas. Tapi belum laju2 lagi, masih perlahan2. Orang kata biar lambat asal selamat, haha. Tapi semalam Acik kata Izz dah semakin laju. Woh.. kena lebih berhati2 lepas ni. Perkembangan lain, Izz dah mula belajar2 nak memanjat. Pantang kita ni baring atau duduk kat lantai, mulalah dia panjat2 badan. Habis 1 badan termasuk muka2 kita ni jadi tempat dia nak berpaut. Kadang2 sampai sakit2. Tapi redhakan ajelah, budak baru nak belajar kan. Disekat-sekat nanti dia jadi tak berminat pulak.

Paling suspen bila Izz terjatuh. Yelah, belum pandai berdiri sendiri lagi tapi sudah berani lepas tangan. Dia ingat lantai tu empuk cam tilam agaknya. Baby boy, lasak sikit. Kena extra carefull jaga belakang dia bila dah start panjat-memanjat nih. Bertambah lagi satu kerja. Manalah badan kita tak letih? Takpe, sabar2. Walaupun letih tapi tetap seronok. Seronok melihat perkembangan bayi dari masa ke masa.

Perkembangan lain, erm.. mungkin Izz dah pandai pura2 menangis kut. Yelah, nak kan perhatian yang lebih dari mak dengan abah ni. Tapi Izz ni taktahulah mengapa, SANGAT2 NAKKAN perhatian dari abah dia. Pantang abah dia ke mana2 mesti dah menangis2 nak ikut. Abah masuk toilet pun melalak2. Dengan mak, tak macam tu pulak. Amboi lawan tokei nampak. Mengapa dengan mak Izz buat dekkkk je ni. Sabar.. sabar.. :) Kalau abah suap makan, laju je makan. Happy2 lagi. Kalau mak dengan Acik suap, isk isk sabar jelah. Disembur2nya. Bilalah Izz nak pandai makan ni? Badan pun mak tengok dah makin susut. Tak tahulah berapa berat Izz sekarang sebab tak timbang. Next month baru ke klinik untuk checkup dia 9 bulan. Hopefully berat bertambahlah.

Gambar Izz terkini belum transfer lagi. Nanti aku transfer dan upload ye. Bolehlah tengok gambar terbaru Izz. Dah lama pendam cerita pasal Izz ni. Akhir2 ni mak je yang enterframe, this time bagi peluang kat Izz pulaklah :)

Oklah, jumpa lagi next entry ye. Tata...

Thursday, November 5, 2009

Bekerja Dari Rumah

Pelukis Pelan JKR Bekerja Dari Rumah

KUALA LUMPUR, 4 Nov. - Kementerian Kerja Raya akan melaksanakan projek perintis bagi membenarkan 35 pelukis pelan Jabatan Kerja Raya (JKR) bekerja dari rumah mulai Januari tahun depan.

Menterinya, Datuk Shaziman Abdul Mansor berkata, pelaksanaan projek itu bertujuan meningkatkan produktiviti selain mengurangkan kos pengangkutan yang terpaksa dibelanjakan oleh kakitangan JKR.

"Saya telah mencadangkan perkara ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mendapati pelukis pelan banyak menghabiskan masa bekerja dengan komputer dan beliau membenarkan.

"Kita percaya langkah ini berupaya meningkatkan produktiviti terutama kepada kakitangan perempuan kerana pada masa sama mereka mampu memberi tumpuan yang lebih kepada keluarga," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Menurutnya, melalui kaedah bekerja dari rumah, 35 pelukis pelan tersebut hanya perlu hadir ke pejabat sehari dalam masa seminggu untuk bertemu dengan penyelia.

Katanya, jika projek perintis itu berjaya, ia kemudian akan diperluaskan kepada agensi-agensi lain di bawah kementerian berkenaan.

Bagaimanapun, jelas beliau, jika penilaian mendapati projek itu gagal meningkatkan produktiviti kerja, ia akan dibatalkan.

"Kementerian memberi masa tiga bulan iaitu sehingga Mac tahun depan untuk membuat penilaian sebelum sebarang keputusan terhadap masa depan projek ini diputuskan.

"Kami bagaimanapun percaya, ia akan membuahkan hasil seperti yang diharapkan," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia, Khamis 5 November 2009

*Kenapa aku bukan Pelukis Pelan JKR? Owh.. alangkah indahnya kehidupan mereka bermula Januari depan. Tahniahlah untuk korang semua ye. Kerja elok2 tau! Nanti mana tahu.. tempias pulak ke kat golongan PA ni. Tapi aku rasa tak mungkin. Ho ho ho... Bestnye korang... anak depan mata, sambil kerja sambil enjut anak dalam buai (jimat duit pengasuh). Jimat duit minyak & tambang, duit parking & duit tol. Jimat duit dari breakfast & lunch kat ofis. And jimat duit dari terbeli barang kawan2 jual kat ofis. Owh... bahagianyer!

Wednesday, November 4, 2009

Rindu Kenangan Lalu

Tiba-tiba aku rindukan kenangan lalu.

Rindu bermain air bersama teman-teman di Pangkor...


Rindu berposing dengan kawan-kawan di hadapan kapal yang besar gedabak di Lumut...


Rindu makan-makan dengan ofismet di pejabat lama di BERNAMA...


Rindu menjejakkan kaki di kaki Gunung Kinabalu...


Rindu memilih bunga-bunga segar di Kundasang...


Rindu ramai-ramai pakai baju sedondon di Prince Hotel ...


Rindu saat bertiga macam dulu-dulu di Morib... ^_^


And rindunya nak berfamily day macam ni lagi di Lost World of Tambun...


Argh....... Rindunya aku pada kenangan lalu! Kalaulah masa itu boleh diputar kembali. Huhu... sobsob.. kawan2, aku rindulah kat korang semua. Rinduuuuuuuu sangat2! Moga korang sentiasa berbahagia walau di mana sahaja korang berada. Jaga diri baik2 tau!

Sayang korang selalu!!!

Monday, November 2, 2009

Sibuk Yang Amat

Tajuk entry saja dah cukup menjelaskan betapa sibuknya aku sekarang. Memang betul2 sibuk sampaikan tak sempat nak menulis apa2 dalam blog ni. Rasa sedih juga kerana misi 30 entry masih belum tercapai :[

Di pejabat sibuk dengan tugas yang datang tak henti2, di rumah pula sibuk dengan Izz Haris yang tidak sihat sejak Khamis lepas. Izz kena penyakit 6 dalam 1 - demam campak, selsema, batuk, sakit tekak, ulser dalam mulut & sakit mata.

Dui.. sebagai mak, korang tau jelah rutin kita bila anak tak sihat ni. Melayan karenah Izz yang sentiasa meragam, tidur malam yang tak lena, tak mahu menyusu, susut berat badan. Isk isk.. pertama kali aku hadapi situasi begini. Kena banyak sabar dan terus bersabar.

Alhamdulillah, tengahari semalam Izz semakin sihat. Sakit mata dan demam dah hilang, dah mahu menyusu (mungkin sakit tekak dan ulser pun dah takde agaknye). Cuma selsema dan batuk2 masih ada. Mudah2an Izz cepat sembuh.

Ada masa aku menulis lagi ye :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!