Tuesday, April 20, 2010

Award

Alhamdulillah walaupun belum setahun jagung saya berkecimpung dalam dunia penulisan blog, saya tetap juga mendapat tempat di dalam hati kawan saya sehingga sudi menganugerahkan 2 award untuk menghargai penat lelah saya meluangkan sedikit masa untuk memeriahkan dunia blogging.

Ahaks! Gile poyos ayat di atas. Macam hebat sangat. Ok, saya mengaku blog saya tidak hebat. Apatah lagi saya bukan blogger berani mati seperti yang lain2. Berani mati commit 100% dengan dunia penulisan. Commit 100% dengan dunia IT. Fuh~ ternyata mereka2 yang berjaya ini terlebih dahulu layak menerima award seperti di bawah.





Apapun ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pengirim award Ju kerana sudi hadiahkan akak award yang cukup bermakna untuk penulis 'setahun jagung' seperti akak. Semoga dengan award2 begini akan lebih menambah keinginan & keghairahan dalam mengisi blog dengan cerita2 yang menarik (perasan) dan bermanfaat untuk semua pembaca (konon2).

Thanks a lot!

*Poyo giler entry ni, macamla award tu ada cop SIRIM or tauliah dr MS ISO. Ahaks! Gurau2 je kan. Sekadar memeriahkan dunia blogging... Apepun, Ju.. award je ke? Duit insentif takde? Hehe.. :)

Monday, April 19, 2010

Kemas Barang2 Baby

Last weekend berangan nak buat projek mengemas barang2 baby. Kandungan dah masuk 31 minggu. Barang2 baby tak bersentuh lagi. Shopping pun baru fasa 1. Tu pun beli 3-4 barang wajib je. Maka haruslah weekend lepas sangat dinanti2. Actually sejak kandungan cecah 7 bulan aku dah berangan nak mengemas. Tapi, dah beberapa kali weekend berlalu, kemasnya tak jugak :P

So, sejak hari Jumaat hati dah berkobar2. Harus kemas! Mesti kemas! Dan wajib kemas! Tapi.. manusia hanya mampu merancang. Allah yang tentukan :( Sabtu petang kami bersiap2 untuk keluar :) Niat asal nak melawat ofismate Farizal baru bersalin di Selayang tapi atas sebab2 tak dapat dielakkan maka tak jadi melawat. Kami teruskan perjalanan ke rumah kakak aku (Kak Ngah) di Tasik Puteri, Rawang.

Sampai dah lewat petang. Lepak2 kat rumah je sambil tengok dvd. 8.30 malam merayap ke Saujana Rawang, jumpa kawan Farizal baru pindah rumah. Best wo rumah dia. Dan yang paling best, tak lama lagi dorang akan menimang cahayamata setelah menanti selama beberapa tahun. Alhamdulillah.. rezeki. Malam tu tido rumah Kak Ngah, esoknya pagi2 dah terjun swimming pool. Mula2 ingat abah Izz je nak terjun tiruk dengan Izz, sekali dengan mak Izz sekali terpedaya. Tengahari mak ayah sampai rumah Kak Ngah (wah dah jadi macam family gathering pulak), kami pulak siap2 nak balik Jalan Kebun. Walaupun seronok berpesta ria bersama keluarga tetapi niat nak mengemas barang2 baby tetap tidak dilupakan.

So sampai rumah dah pukul 4.30 ptg. Terusla memunggah apa yang patut. Belek2, kemas2, lipat2. Yang pelik tu sampai rajin mop lantai lagi. (Apa kaitan mengemas barang baby dengan mop lantai?) Izz pulak sedap ngorok dalam buai. Aman dunia :) Selepas beberapa jam berhempas-pulas, akhirnya.. berjaya jugak kemas barang2 baby. I'm so happy!!! Masa dok lipat2 tu baru perasan, baju yang ada semua untuk baby boy (yelah, baju2 lama Izz kan) Of coursela semuanya untuk baby boy. Yang aku beli pn, ala2 untuk boy gak. Erm.. sampai sekarang masih tertanya2 apa la jantina baby dalam rahim aku ni. Nak beli baju girl, takut keluar nanti boy. Dah membazir pulak. At least kalau baju boy, girl still boleh pakai. Takat singlet dgn short tu.. kaler biru.. boleh je pakai. Cuma takde ropol2, riben2 & pinky2 je :) Takpelah, sekarang guna je baju apa yang ada. Nanti kalo kuar baby girl, lepas pantang jelah kita shopping ye dik! *Malas & kedekut nak scan di klinik private. 2nd baby kan.. kami tak kisah. Boy ke girl, kami terima dengan tangan terbuka. Yang penting sihat & selamat, insyaAllah.. Alhamdulillah...

Nak tengok gambar? InsyaAllah next entry aku upload. Tunggu..!

Friday, April 16, 2010

Manusia Meniti Hari2 Kematian

Jangan tergezut dengan tajuk blog aku hari ni. Pagi tadi ada program Nur Iman anjuran Jabatan aku. Tajuk ceramah adalah 'Manusia Meniti Hari-Hari Kematian' yang disampaikan oleh ustazah Dr. Salema Ahmad dari .... (tak dinyatakan di dalam surat jemputan).

Isi kandungan ceramah ok, cuma cara penyampaian je yang aku rasa agak kureng sikit. Bukan kureng dari segi apa, aku suka penceramah yang suka bermain dengan ekspresi wajah, mengaitkan topik ceramah dengan pelbagai cerita yang boleh dijadikan iktibar, suara yang memberi penegasan dan ciri2 lain yang sepatutnya ada dalam diri penceramah yang berjaya. Bukan apa, aku ni ada anak kecik. Kalau dah mendatarrrr aje dari awal sampai ke sudah, tak ke buat aku mengantok? (tapi tadi aku usha kiri kanan, macam aku sorang je yang mengantuk sampai tersengguk2. Yang lain2 ok je pulak) Huhu..

Okeh2 aku tak mahu cerita panjang lebar tentang isi ceramah takut tersalah kata tersilap bahasa. Maklumlah, bercerita bab ilmu agama ni kena berpandukan al-Quran dan hadith, dahla tadi tersengguk2 mendengar ceramah, pasti ada tertinggal di sana sini. Dalam keadaan mata tak berapa nak segar tu, sempat jugaklah catit beberapa perkara/ayat penting dan menarik yang aku rasa nak kongsikan dengan pembaca semua. Mungkin ada pembaca yang dah tahu, tapi tak mengapalah. Kita sama2 refresh kembali ye sebagai peringatan kita bersama.

Antara perkara / ayat yang aku rasa menarik dan tertarik apa yang ustazah sampaikan dalam ceramah tadi adalah seperti berikut:

- Bekerjalah kamu sesungguh2nya seolah2 kamu akan hidup selamanya. Dan beribadatlah kamu sesungguh2nya seolah2 kamu akan mati pada esok hari.
Kata aku: Bukan bekerja sungguh2 sebab nak naik pangkat sebab nak gaji besar sebab boleh shopping banyak2 dan boleh enjoy sana sini pastu tak ingat nak mati.

- Hidup dengan ilmu dunia dan akhirat.
Kata ustazah: Bukan ilmu dunia sahaja penting ye, ilmu akhirat pun penting. Bekal kita di dunia sana.

- Kematian adalah jalan ke akhirat.
Kata ustazah: Siapa takut mati, takde chance ke akhirat. Tak nak jumpa Allah ke?

- Tiap2 kali lepas solat, pohon pada Allah "Lindungi aku dari Sakaratul Maut"
Kata ustazah: Sakit sakaratul maut itu haish.... lagi tajam dari 40 tusukan pedang. *Iktibar dari sebuah kisah

- Tanda kematian bagi orang yang beriman adalah dalam tempoh 100 hari
Kata aku: Moga kita tergolong dalam golongan yang beriman

- Kubur itu taman syurga bagi mereka yang beriman dan lubang neraka bagi mereka yang engkar.
Kata ustazah: Siapa ahli syurga, tak sabar2 nak masuk kubur.

- Sebelum berlaku tanda2 kematian, cepat2 selesaikan hutang.
Nota: Berkali2 ustazah menekankan tentang perkara ini. Betapa pentingnya urusan melunaskan hutang bagi kita sebelum menghadapi kematian. Maka, sesiapa yang liat nak jelaskan hutang PTPTN tu... (dan hutang2 lain) sama2la kita mengingati diri ye.

- Hutang ada banyak. Hutang kepada manusia, hutang kepada Allah. Apa dia hutang kepada Allah? Puasa, Zakat, Haji dan Nazar.
Kata ustazah: Tunaikanlah ketika mampu. Jika tak mampu dan telah meninggal dunia, adalah tanggungjawab waris untuk melunaskan segala hutang piutang.

- Sakit itu kifarah dosa.
Kata ustazah: Kita patut bersyukur bila ditimpa sakit kerana sakit itu penghapus dosa.

- Apabila menziarah orang sakit/meninggal dunia, jangan lakukan perkara2 ini:
1) Bersembang2
2) Bergelak ketawa
3) Makan dan minum

Kenapa?

Kerana rumah tersebut dipenuhi dengan malaikat. Maka jangan burukkan rumah itu dengan perkara2 yang tak berfaedah (seolah2 tidak menghormati para malaikat yang memenuhi rumah tersebut). Maka, hendaklah kita membanyakkan zikir dan membaca al-Quran ketika datang menziarah.

- 3 perkara yang perlu disegerakan:
1) Menguruskan jenazah
2) Solat apabila masuk waktu
3) Kahwin (mesti ramai yang suka ni)


Ok begitulah serba sedikit point2 menarik yang dapat aku kongsikan. Actually ada lagi beberapa point, tapi aku rasa cukuplah setakat ni. InsyaAllah kalau ada majlis ilmu lagi kat tempat aku ni, sama2 kita dapat berkongsi.

"Ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah"

Maksud: Ada ilmu tapi korang tak buat, tak amalkan, tak kerjakan, tak guna gak..

Sekian, jumpa lagi :)

Thursday, April 15, 2010

Checkup 30 Minggu

Sejak kandungan mencecah 7 bulan, nurse dah suruh aku datang checkup 2 minggu sekali. So pagi tadi aku gigih ke klinik untuk checkup 30 minggu. Ingat pagi tadi nak bonceng motor ayah ke klinik. Memandangkan aku lambat sangat bersiap, maka pergi sendirian berhad aje naik teksi. Tunggu agak lama jugak lebih kurang 15 minit baru teksi sampai. Terus berdesup ke klinik nak dapat nombor awal kunun2.

Sampai klinik kaum ibu dan bayi tak ramai lagi. Aku dapat no 16. Kelihatan susun atur kerusi dah berubah dalam klinik. Baguslah, at least takdela serupa aje macam tahun lepas. Segar sikit mata memandang. Geram sungguh tengok baby2 yang datang checkup. Comel2, montel2 & gebus gebas. Terus teringat Izz kat rumah & terus aku usap2 perut. Tak sabar nak tunggu baby mak yang no. 2 ni keluar. Macam rupa siapa la agaknye ye? Gebus gebas tak? (kalau ikut baka mak dia, confirmla kan. Hikhik)

Seperti biasa tunggu berejam2 baru nurse panggil untuk check perut. Kali ni aku dapat nurse Marina, lembut yang amat. Peramah pulak tu. Lama jugak dia check perut aku. Katanya "Maaf ye, saya tekan kuat sikit. Badan berisi ni susah sikit nak rasa kedudukan baby" Hehe.. tergelak aku dengar. Punyalah baik dia sebut perkataan 'berisi'. Aku rasa perkataan tu sangat comel. Dah lama orang tak panggil aku badan berisi sebab dah lama terlebih isi :) Tapi kalau nurse tu sebut perkataan 'gemuk' mesti agak tersentap jugakla. Bukan sentap sebab dia kata aku gemuk (memang gemok pun) tapi sebab macam takde manners pulak nurse ni. Wokey.. sambung cite. Tekan punya tekan (perut), picit punya picit, nurse kata ok.. kepala baby kat bawah. Alhamdulillah..

Then keluar dan tunggu giliran lagi sampai nurse panggil untuk consultation. Masa ni perut memang dah berkeroncong gilababas alagapas. Ketwok laju2 terus ke kedai beli sandwich tuna & air milo kotak. Then ketwok laju2 balik ke klinik. Terus le menjamu selera dalam klinik. Selamba badak je aku ngupngap ngupngap, berbau tuna 1 klinik (lantakler janji perut kenyang).

Tengah sedap2 makan, tiba2 nurse panggil "Nur Adha..." Alamak, x sempat abis lagi makan ni. Cepat2 telan (buruk lantak sungguh) dan masuk dalam bilik jumpa nurse. Tak tahu kenapa tapi aku rasa nurse macam baikkk sangat hari ni. Macam2 dia nasihatkan aku. Oh ye, pagi tadi masa ambil bacaan tekanan darah (BP), bacaan BP aku agak tinggi 140/90. Beria-ia la nurse tu tanya aku ada alami tak pening kepala, rasa mual, loya, mata berpinar etc. Aku jawab takde. Ala.. aku tau dia takut aku kena pre-eklampsia la tu. Nurse nasihat lagi dari segi pemakanan. Dia kata kurangkan garam. Makanan2 bersup tu, daging2, kalau boleh elakkan. Aku memang jarang makan sup2 & daging ni. Tapi dah BP tu nak tinggi kan (alasan).

2nd check alhamdulillah bacaan BP dah normal. Tapi nurse still nasihatkan aku agar jaga pemakanan etc. Aku mengadu jugak pasal masalah heartburn aku yang semakin kronik ni. Boleh ke aku minum Gaviscon macam iklan dalam tv tu. Nurse tak galakkan. Nurse kata, normal la time mengandung ni berlaku heartburn sebab bila perut semakin besar, diafragma tertolak ke atas dan menyebabkan asid dalam perut tu tertolak sama. Tu pasal rasa haish... malas nak cakap. Sebab memang tak best betul bila rasa heartburn tu. Nurse nasihat lagi, katanya kalau tak sihat, demam ke.. selsema ke.. nak makan ubat pastikan dapat perskripsi daripada doktor. Pergilah ke klinik. Jangan nak memandai2 telan panadol sebab pernah terjadi pada sorang ibu ni, pas makan panadol berlaku contraction padahal kandungan belum lagi matang. Wah.. suspentot dengar. Dahla sebelum2 ni pernah makan panadol (kes malas ke klinik) Selepas ni, KATAKAN TIDAK PADA PANADOL!

Dah settle semua nurse bagi tarikh temujanji berikutnya pada 29 April nanti. Nurse siap bekalkan time slip untuk aku tunjuk kat bos. 10.30 pagi aku selamat sampai ke pejabat. Fuh, penat!

Gitulah al-kisah checkup aku hari ni. Oh ye, terlupa pulak. 2 minggu lepas, nurse dah suruh aku start catit pergerakan baby tapi aku tak buat pun (malas + sukar nak ikut). Tadi pun nurse suruh lagi. Dia siap tulis dah tarikh esok 16/4 kat jadual pergerakan baby tu. Isk isk.. nak tak nak kena buat jugala. Nurse cakap dengan aku, (dia pun faham bukan boleh concentrate sangat catit pergerakan baby tu) walaupun tak dapat catit tiap2 pergerakan, tapi make sure cukup 10 gerakan dalam tempoh 12 jam (9 pagi - 9 malam) maknanya baby takde masalah. In case jam dah pukul 8.30 malam, tapi baby baru bergerak 5-6 kali macam tu, ar.. cepat2lah pergi hospital bahagian emergency. Bukan apa, ditakuti (ulang: ditakuti) baby lemah sebab tali pusat terbelit ke.. haper ke.. jadi sebagai langkah keselamatan, kita berjaga2 aje. Memang betul pun apa yang nurse cakap. Terpulang kat kita je nak atau taknak ikut. Eh eh tiba2 'aku' dan tukar jadi 'kita'. Hehe..

Oklah, nanti cerita lagi untuk checkup2 seterusnya ye. Adios!

Monday, April 12, 2010

Ganas Tak Ganas?

Pagi subuh yang hening, jarum jam baru menginjak ke angka 5.30. Seorang insan sedang bertungkus lumus untuk menggosok pakaian selepas selesai tugas2 membasuh pinggan mangkuk di subuh2 hari.

Mata mengantuk, baju tetap juga perlu digosok. Jam 8 kena sampai di pejabat. Tak boleh terlewat.

On seterika dulu, tegakkan di papan penggosok. Belum sempat tegakkan seterika.... bedebuk! Seterika terjatuh tanpa sempat disambut. Hancur berderai dan bersepai2. TENSIONNNNN!!! Seterika baru dibeli, pakai tak sampai beberapa bulan dah hancur tempat pemegangnya! Lampu di seterika masih menyala. Raba pada besi seterika, masih hangat. Seterika tidak rosak, tapi bagaimana mahu menggunakannya tanpa pemegang?



Ada sesiapa boleh bantu aku untuk selesaikan masalah seterika ni?

* Samada boleh jual semula di kedai elektrik terpakai?
* Atau boleh ganti body iron baru?
* Atau boleh cipta pemegang baru untuk iron ni?

Anyone, please help me!

Wednesday, April 7, 2010

Alkisah di HUKM

Salam semua. Berjumpa lagi selepas beberapa hari aku ber'cuti'. Cuti menulis blog je, kerja2 di pejabat tak cuti pun. Last week aku ada cerita pasal aku warded di HUKM kan. Hah meh sini aku nak cerita apa la alkisahnya yang berlaku.

Masa aku checkup 24 minggu aritu di HUKM, doc yang check aku tu berminat untuk jadikan aku sebagai patient untuk student perubatan HUKM exam. Ala2 jd tikus makmal gitu! (atau kakak aku cakap jadi guinea pig, ceh!). Mula2 cam ragu2 jugak, yelah.. buatnye 20 orang student hurung aku dalam satu2 masa, tanya macam2 soalan, tak ke pening kepala aku nanti? Aku just tinggalkan no hp, nanti doc akan contact aku samada setuju atau tak.

Bila balik rumah, sms Farizal tanya macam mana, Farizal kata ok je. At least kita tolong student. Kalau takde patient sporting, sanggup luangkan masa untuk dorang, macam mana dorang nak buat test. Betul gak tu. Fikir punya fikir, aku pun setujulah. So tunggu doc call je. Last few weeks, doc call tanya setuju atau tak. Aku kata ok. Doc cakap student around 2-3 orang untuk 1 patient, tak perlu bermalam, just warded 1 hari sahaja. Masuk pagi, petang dah boleh keluar. Makan minum percuma (of coursela free kan, dah nama duduk wad) & parking pun dia bagi free. Wokey.. aku decide nak warded 26 Mac hari Jumaat yang hening.

So pagi 26 Mac tu aku pun gigihla ke HUKM. Daftar kat kecemasan O&G then ikut nurse ke Wad Zamrud. Wad kosong je.. cuma ada beberapa orang. Dan ada 2, 3 orang doktor sedang menunggu tikus2 makmal untuk diujikaji. Hehe.. Patutlah wad kosong, rupa2nye patient yang ada semuanya adalah patient 'berlakon' untuk student2 exam. Actually doc suruh datang pukul 7 pagi tapi sebab aku orang Melayu, maka aku sampai pukul 7.30 pagi. Tak kisahlah! Doc pun tak marah. Pas serah buku merah & kad temujanji, nurse bagi aku uniform wad untuk disalin. Wah.. terkenang zaman dulu2.

Kebetulan breakfast sedang dihidang, doc suruh breakfast dulu. Harusssss aku mengadap kan. Nak tunggu lunch lambat lagi. Kang tak pasal2 aku berlapar pulak. Dahla tak bawak stok makan apa2 nak alas perut. Tengah sedap2 pulun makan tiba2 doc datang kat aku.

"Adha, patient untuk exam hari ni dah penuh. Jadi, awak tak perlu warded lah"

"Hah?" Sambil mengunyah mi goreng.

"Ye, tak sangka pulak patient yang kami panggil semuanya datang. Actually memang kami panggil lebih sebab takut ada yang tak datang. Tapi nampaknya, hari ni semua ada. Jadi..."

"So saya tak perlu warded la ye? Boleh balik ke nurse?" Dalam hati rasa frust sikit2. Maklumlah, niat murni aku nak tolong student tak kesampaian.

"A'ah awak boleh balik. Erm, awak bekerja ke? Sebagai apa?"

(Ar.. masa ni aku rasa macam nak melompat dah. Bestnya tak payah warded. Jam pun baru pukul 8.15 pagi. Nak mintak mc jugak, aku tak kira!)

"Doc, boleh dapat mc tak. Sebab saya kerja hari ni. Nak masuk pun dah lambat"

"Ok, saya bagi awak mc. Salin baju then datang kaunter ye. Habiskan makan dulu"

"Ok..." Sambil menghabiskan mi goreng & air teh yang ada. Cepat2 salin baju (buang karan je salin uniform tadi) then terus ke kaunter.

"Ni mc awak, saya bagi untuk hari ni. Dan ini sedikit saguhati untuk awak"

"Saguhati? Apa ni doktor? Eh tak payahlah...."

"Iye, pihak HUKM memang berniat nak bagi saguhati ni kepada semua patient yang sudi luangkan masa untuk student2 kami"

"Isk isk.. malulah pulak doktor. Dahlah makan free (merujuk kepada mi goreng dan air teh tadi), tak jadi warded, dapat mc lagi, malulah dapat saguhati"

(tapi dalam hati korang tahu jelah macam mana gumbira tak kepalang aku kan. Siap jeling2 lagi saguhati tu)

"Ambillah.. bayar duit teksi"

(Yezza, memang pagi tadi aku gigih ke spital naik teksi. Tu pasal lambat 30 minit - alasan)

"Ok doc, terima kasihla ye"

Yahoooooooooo!!! Syok syok syok! Dapat mc! Dapat cuti! Dan dapat saguhati! Best3!

Nak tahu apa saguhati aku?




Sekeping not RM50.



Alhamdulillah!...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!