Monday, January 31, 2011

Ini Bukan Papa Saya


Ini bukan papa saya! Bukan!!!
(sambil menggaru2 rambut yang tidak gatal)

Hehehe...

*Terlupa nak upload gambar ni dalam entry lepas.

Sunday, January 30, 2011

Riverside Trip, Janda Baik Episod 2

Salam semua,

Bertemu kembali dalam entry Riverside Trip, Janda Baik Episod 2. Dalam Episod 1, aku bercerita tentang catatan awal perjalanan kami dari rumah ke R&R Genting Sempah dan ke destinasi yang dituju, Riverside, Janda Baik. Dalam entry itu juga aku titipkan beberapa keping gambar persekitaran Riverside yang indah memukau, kemudahan2 yang disediakan, aktiviti utama kami (BBQ), sajian menu2 yang dibawa dan sesi perkenalan dengan kanak-kanak yang menambah keriangan Riverside Trip. Klik sini untuk mengimbau kembali memori anda.


Dalam Episod 2 ini pula aku nak sambung ceritalah ye. Harap tak bosan dengar aku berceloteh. Berkenalan dengan anak-anak sudah, harap2 masih ingat Zia, Zahira, Khaulah, Izz dan Hasanah. Kali ni nak perkenal papa kepada kanak-kanak ni pulak. Papa dulu ye, mama kemudian. Hehe.. Gambar yang pertama goes to...



Anwar & Khaulah. Alamak Khaulah cekcila... isk isk. Anyway Khaulah ni sangatlah iras papa. Anak papa la katakan. Apa, tak nampak muka Khaulah? Tu la pasal, salah angle ni. Sat ar aku letak pic Khaulah nampak muka.


Tada.. Khaulah's family. Dah alang2 nak tayang muka Khaulah, meh tayang muka mama Khaulah sekali. Bazilah namanye. Betul tak aku cakap Khaulah iras papanya? Takpe nanti adik Khaulah ikut muka mama pulak ye.



Zaidi and Zia. Zahira takde, kecik lagi tak boleh bawak masuk sungai. Bahaya! Hihi.. Zia pun cekci jugak. Jangan tengok lama2. Zia ni kan.. manja sangat dengan parentsnya. Tak boleh berenggang langsung. Tak macam abg Izz. Yelah, girl mestilah manja. Kalau boy manja, hem.. lain macam je bunyinya.



Bukti Zia manja, tangan tak lepas dari baju mama & papanya. Hihi.. nak tengok muka mama? Gambar mama tengok kat bawah2 nanti.


Aidil and Hannah. Syoknyer berendam dalam sungai. Si Hannah ni memang suka air & tak takut sejuk. Berkali2 dia turun naik berendam dalam sungai. Kalah kawan-kawan papa dia. Erm geng mama langsung tak turun. Tak bawak baju konon2. Hehe..



Hannah dan pelampungnya yang diimport jauh dari Puncak Jalil. Everytime trip R&D ke mana2 tempat yang ada 'air', Hannah mesti tak tinggal pelampung dia. So cute & brave! (Brave sebab dia sangat berani swimming walaupun umur baru masuk 4 tahun)



Huh orang lain semua bergambar dalam sungai, budak berdua ni kat atas darat pulak. Macam mana nih? Meh nak terus-terang, abang Izz memang sangat takut air yang mengalir. Sungai ke.. swimming pool ke.. laut ke.. jangan haraplah nak tengok dia suka suki main air. Tapi kalau bab main air dalam bilik mandi toksah cakap la. Siap membasuh baju bagai. Ar.. cerita pasal basuh baju ni aku update kemudian yer.


Jom berkenalan dengan yang lain2. Berkenalan dengan geng bujang dan anak dara pulak.



Bujang kacak dari SATO, Shah & Syazwan.



Anak dara genit, Sook Yee & Syazni. Ha.. sape kata agensi swasta tak mengamalkan konsep 1Malaysia? Tell me! Tell me!


Mari lihat gambar2 geng mama pulak. Gambar adalah secara rojak sebab sukar betul nak mendapatkan gambar mama satu persatu. Maklumlah busy manjang (busy layan anak & layan tekak) Wakakakak! *Eh eh macam rhythm pulak :)


Me & Nadia (wife Mr.Photographer). Amboi muncung aku.. bukan main lagi berborak sampai tak sedar photographer snap gambar. Hem.. tengok rupa macam kena puasa siang malam aku nih. Hahaha.. (gelak sedar diri okeh!)



Nadia & Kak Marina. Sipi2 pun jadila kan? Borak apa tu korang? Amboi amboi amboi... (bengkok jari kelingking macam AA)



Lepak kat tangga & pangkin. Meriba Zia adalah mamanya, Zaida. Bila tengok gambar ni baru perasan aku sedang menjadi mamarazi, hem.. gambar sape aku sibuk2 kandid tu ah sampai terangkat2 kaki tayang tapak selipar jepun murah. Hahahah... Ehem Sook Yee.. texting boifren ke? ^_^


Jom tengok gambar2 lain, aktiviti memenuhi masa lapang di tepi sungai a.k.a membuang stress.



Panjat pokok, yeay!!! Selain daripada belajar mengenal pokok, boleh juga memantapkan skill memanjat pokok yang dah lama ditinggalkan sejak zaman kecik2 dulu.



Pose istimewa untuk aweks2 di luar sana, aksi 'kuntau' hanya di blog Mak Izz Menulis.



Antara kemudahan yang disediakan. Buaian ranjut. Syiok wo berbaring kat buai ni. Berangin je. Apatah lagi dapat usya awek2 cun tengah mandi-manda dalam sungai. Ops!


Buang stress tak? Buang stress je tau, buang lain jangan! "Cintailah Kebersihan Sungai Kita". Meh aku tambah lagi gambar2 buang stress.



Eh silap, ni bukan gambar buang stress tapi gambar tanda arah untuk buang benda lain. Sorry!



Tali? Tali untuk buang stress? What the ..... Isk korang ni, jangan marah dulu. Tengok gambar bawah baru faham maksud aku.



Terjun tiruk ko! Ini adalah kemudahan terbaik yang disediakan oleh pemilik Riverside. Cumanye aku nak cadangkan. Next time ikat tali ni pada dahan pokok yang besar sikit ye. Bukan apa.. lebih tegap dan kukuh untuk menampung berat badan pengunjung2 yang ... ala faham2 sendirilah. Malas nak cakap. Nanti ada orang kecik ati ^_____^


Kalau ke Riverside tapi tak mandi sungai memang giler namanya. Hehe.. so jom tengok gambar kami mandi-manda.



Zaidi berenang lengkap berpakaian (dengan kasut okeh!) Eh eh korang ni apa da... ingat geng dewasa nak cekci2 macam kanak-kanak ke? No way la kan.


Eh baru perasan. Gambar berenang cuma ada 1 je. Kihkih.. gambar2 ni aku kopipes dari FB Mr.Photographer, takde pulak gambar berenang yang lain. Takde rezeki korang le nak cuci mata. Hihi...



Tak adil la kalau aku letak sekeping je gambar mandi-manda kan? Hah kat sini aku letak gambar Izz dan abahnye yang dah pun selesai berendam. Izz ni bukan boleh lama dalam sungai tu, menjerit2. Tak sempat nak snap gambar pun. Sabar jelah.



Geng tampan dari SATO; separuh tengah berendam, separuh lagi tengah berdiri. Hem.. apa la yang Firdaus cakap dengan Shah tu ye. Mungkinkah ini perbualannya?

Firdaus: Bravo Shah! Bravo! Sekejap je wa jadi mentor lu, lu dah teror. Senang keje wa camni.

Shah: Wahai mentosku.. belum boleh lagi tuan menggelar saya sebagai teror. Tidak cukup lagi ilmu yang tuan berikan kepada saya. Lain kali beri tunjuk ajar lagi ye tuan.

*Butir perbualan adalah mainan maginasi aku sahaja, jangan kata aku fitnah pulak. Tiada kaitan dengan mereka mahupun sape2 individu lain yang bernama Firdaus dan Shah k! *hehehehe...


Lepas mandi-manda, swimming dan terjun tiruk beberapa kali, perut yang dah kenyang tadi menjadi lapar semula. Jadi kaum kerabat mengisi tembolok semula sehingga masing2 telah bersetuju dan sepakat perut masing2 sudah kenyang bangat. Eh eh lupa pulak. Masa tengahari sebelum aktiviti mandi-manda berlangsung, masing2 telah ke surau berhampiran untuk solat Zohor. Alhamdulillah kemudahan di Riverside sangat selesa dan memuaskan. Telekung yang disediakan sangat bersih dan tak berbau hapak. Eh kalau dah bersih mestilah tak bau hapak kan? Terima kasih Thirsty Hippo.


Petang menjelma, masing2 pun sedar diri untuk pulang ke pangkal jalan. Yang basah pergi menyalin pakaian yang kering (itu pun nak cerita ker?). Yang membawa makanan, mula memikirkan bagaimana ingin mengosongkan tupperware2 yang dibawa. Hehe.. masa nilah tahap kreativiti masing2 sangat penting. Yang penting, rezeki dari Allah jangan dibuang ke tong sampah ye. Marilah kita sama2 menapau makanan secara berjemaah.


Sebelum pulang, pastilah tidak lupa untuk bergambar secara berkumpulan (kehkeh, kelakar pulak ayat aku ni). Maka saksikanlah kami semua!



Atas pokok: Syazwan. Berdiri belakang dari kiri: Nadia, Syazni, Shah (hanya nampak muka dan tshirt putih sket), Zaida, Zaidi, Kak Marina, Aidil (dukung Hannah) & Firdaus. Duduk dari kiri: Anwar & Khaulah, Bazilah, Sook Yee, AKU & Farizal.


Ehem.. mesti korang tertanya2 dari awal kan? Siapakah Mr. Photographer? Siapakah insan yang bertanggungjawab menghasilkan gambar2 yang cantik menawan qalbu ini? Siapakah insan istimewa di hati Nadia & papa kepada Nawrah bayi comel mereka? Cewah2.. entry aku kali ni memang sangat hover. Siapa berjaya baca sampai habis tanpa rasa boring, korang memang hebat! Sangat hebat! (dan dan.. hebat. Wakakak! Aku suker!)


Last but not least, gambar Mr. Photographer.



Encik Firdaus Kadir. Terima kasih banyak2 kepada Firdaus kerana sudi berpenat-lelah, berhempas-pulas, memeras tenaga dan keringat mengambil gambar2 kami pada hari kejadian. Gambar tersangatlah cantik (Bukti: Sila baca komen pembaca pada entry Episod 1. Berminat untuk dapatkan khidmat beliau? Klik sini untuk maklumat lanjut.


Akhirnya, tamat sudah entry Riverside Trip, Janda Baik. Seronok tak? Seronok mata memandang, seronok lagi bahu kami menghabiskan masa di sana. Bolehlah datang ke sini untuk bercuti dengan keluarga atau kawan2. Kemudahan adalah terbaik. Keseronokan adalah priceless! Bergantung kepada penilaian masing2 la ye. Kalau diberi 5 bintang, aku bagi 4 bintang. Lagi 1 bintang? Mungkin sebab aku tak berendam dalam sungai kut, maka 1 bintang tolak dari situ. Hihihi... Lain kali pergi aku nak mandi sungai, nak mandi, nak mandi. Tak kira nak mandi sungai jugak! Mandi sungai je. Terjun tiruk kena tunggu pakcik Riverside tanam pokok besar kat situ dulu. Hahaha.. macamlah berani! Ok mengaku, tak berani pun :)


Trip R&D seterusnya adalah ke ........... masa akan menentukannya :) Ada peluang makan angin kat tempat lain nanti, aku cerita ceriti lagi ye. Take care u ols & terima kasih banyak2 kerana sudi melayan celotehku yang panjang berjela ni. Jumpa lagi di lain trip! Tata..

Saturday, January 29, 2011

Testing.. Testing..

Cuba update dari pc ofis yang dah lama tak boleh update blog. Sebelum ni click pada ikon Mozilla Firefox, page yang keluar adalah error. Beratus kali cuba pun tetap error. Entah mengapa hari ni cuba, eh eh mau pulak dia.

Masih mood testing. Jom try upload gambr. Nak tengok berjaya atau tidak? Loading lambat atau cepat?


Pemandangan belakang rumah, mak dan Aiman (sepupu) sedang berkebun.


Wah... tidak ku sangka! Akhirnya... berjaya juga update blog bergambar menggunakan pc aku di ofis. Ye, nak bagitahu yang pada hari ni Sabtu, 29 Januari 2011 aku datang ofis untuk buat kerja. Sedih kan? Apa nak buat... Berkhidmat Untuk Negara, Saya Yang Menurut Perintah :(

Isnin nanti nak try update lagi dari pc ofis (kalau ada masa free la), nak tengok berjaya atau tidak. Hem..

*Sambungan cerita Riverside Trip, Janda Baik akan diupdate kemudian. Semua gambar dalam laptop di rumah. Will find a way & time to update it today or tomorrow. Sabar menanti ye!

Friday, January 28, 2011

Riverside Trip, Janda Baik Episod 1

Seperti yang dijanjikan, entry kali ni aku nak cerita tentang trip kami sekeluarga ke Janda Baik masa cuti Hari Thaipusam lepas. Kami pergi dengan officemate Farizal, geng2 dari R&D Dept, SATO. Bertolak dari rumah masing2 pagi selepas Subuh (hehe ye ke Cik Bedah?) dan berjumpa pada jam 9 di R&R Genting Sempah untuk breakfast together. Sampai awal la jugak, rupa2nya Anwar, Bazilah & their cute lil baby Khaulah dah pun sampai. Muka masing2 macam baru bangun tido, eh silap2.. muka Khaulah macam baru bangun tido, memang baru bangun pun kata mamanya. Yang lelain belum sampai lagi, ajak dorang breakfast sama tapi dah makan roti. So.. kami g la makan dulu. Menu nasi lemak dan teh tarik. Gambar takde sebab masa ni Mr.Photographer belom sampai lagi :)

Selesai makan, kembali ke kereta. 2 kereta dah sampai. Kereta 1: Aidil, K'Marina & Hannah. Kereta 2: Mr.Photographer & Nadia. Baby Nawrah takde, kat kampung. Huhu.. Salam2, borak2 jap, kereta ke-3 sampai, Shah & d gang (geng bujang). Katanye 1 kereta lagi: Zaidi, Zaida, Zia & Zahira akan menyusul kemudian. Okey.. so kami 5 kereta pun vroom.. vroom.. dulu terus ke Riverside.

Perjalanan dari R&R Genting Sempah ke Riverside, Janda Baik around 15-20 minit sahaja. Dekat je weh, tak jauh pun. Tak sempat nak pening kepala walaupun jalan bengkang-bengkok. Cerita berikutnya, entry bergambar. Sila jamu mata anda.


Welcome to Janda Baik Riverside. Berminat nak spend holiday kat sini? Sila contact no hp yang tertera. Terima kasih.


Pondok buluh (wakaf) yang direserved untuk kami. RM15 untuk 1 pondok. Kami sewa 2 pondok total RM30. Murah kan?


Turut terdapat tapak khemah (khemah muatan 4 orang) di antara 2 pondok buluh. Khemah bawak sendiri. Iklan: Khemah ni beli kat Carrefour harga RM65 je, murah kan?


Sungai oh sungai!


Airmu mengalir... dari gunung jauh di sana.. tak berhenti2.. hingga sampai di laut nanti. Kau tetap mengalir... (sambung sendiri lagu ni) Air adalah dingin lagi menyejukkan. Tak dalam sangat paras peha bagi mereka yang berketinggian 160cm. Sesuai untuk kanak2 dan dewasa yang takut air.



What a beautiful scenery! Sambil menyelam sambil minum air. Sambil berpiknik sambil belajar mengenal pokok. Ala2 lawatan sambil belajar. Memang berbaloi!


Kerusi lipat, bawalah ke mana2 sahaja pasti tidak mengecewakan. Kalau bosan, boleh duduk dan berangan director Ahmad Nisfu. Pakailah topi untuk mengelak sinar uv pada wajah yang jelita dan tampan. Jenama Hard Rock dipilih kerana sesuai dengan kawasan sungai memang banyak 'batu keras'.


Acara utama tentulah...

...

...

...

...

...

...

...


Sape jawab mandi sungai adalah salah! Acara utama adalah ini.






BBQ time! Terbaek wokkk... Rasanya lazat menjilat jari tangan dan ka..

Menu2 lain?



Fruits, homemade cake by Syazni & fruit salad. Superb!


Kasi tarik tinggi lagi macha!!!

Ada lagi menu2 lain macam bihun goreng, sandwich n lain2. Agihan menu adalah secara potluck.

Kanak2 adalah pelapis generasi masa hadapan. Tanpa kanak2 apa makna kebahagiaan? Mari berkenalan dengan kanak2 yang turut serta dalam trip ini.


Nur Zia Zaara atau nama pendeknya Zia. Puteri sulung Zaidi dan Zaida. Umur tua sebulan dari Izz. Comei kan?


Nur Zahira, adik kepada Zia. Muda sebulan dari Hasanah. Comei sangat!


Hannah, puteri tunggal kepada Aidil & Marina. Baik sangat Hannah ni, sopan-santun budaknya.


Inilah Khaulah... puteri Anwar & Bazilah. Jangan tersilap tafsir ingat anak Cina pulak ye. Budak ni kan.. huhuh. Sangat bambam!


Tengok tu, dahla kat tangan ada mami, minta didukung lagi. Hehe...


Abang Izz, satu2nya kanak-kanak lelaki pada hari tersebut, merangkap hero idaman Malaya. Hehe..


Last but not least, bayi terakhir adalah Hasanah. Seronok betul Hasanah time ni, dari satu tangan ke satu tangan yang mendukung.

Baby Nawrah tak dapat datang, masih di kampung. Kata mama Nawrah, tunggu Nawrah besar sikit baru boleh join trip yang akan datang. InsyaAllah...

Update seterusnya.. next entry k!

::to be continued::

Thursday, January 27, 2011

Line Problem

Tiba-tiba lately blog aku sepi tanpa sebarang entry. Tak tertanya2 ke? Hehe.. Line telefon problem la kat rumah. Weekend tanpa internet ibarat badan tanpa roh. Wah... over! Apa pun line dah ok. Cuma masa tidak berapa mengizinkan aku mengupdate. Sejak malam tadi kepala pulak pening, mata berpinar2, jalan terhuyung-hayang sampai terlanggar dinding. Entahlah tak tahu kenapa. Adakah kerana ..........??? Tidak mungkin. Wahai sang implan, adakah anda penyebabnya? Katakan tidakkkk...

Ha.. nak bagitahu. Hari tu aku ada la join 1 contest ni, Contest Jelingan Manja. Klik sini untuk review. Result dah keluar ler korang! Keputusannya adalah...... orang lain menang. Hehe.. tapi memang wajar la dorang menang beb. Jelingan mereka fuh! Tak tahan... Boleh tengok result kat blog Cik Bulan k.

Lain kali kalau ada contest menarik (atau kena tag) kita join lagi yek! Mana tahu ada rezeki pulak ke. Hehehe... Eh jom tengok gelagat budak berdua ni. Shoot masa trip ke Janda Baik Khamis lepas. Full entry kemudian ye. Cuci2 mata dulu.

















Full entry next episode eh. InsyaAllah... :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!