Wednesday, December 30, 2009

A.L.O.N.G

Suami dan isteri berbual-berbual di dalam kereta semasa dalam perjalanan ke tempat kerja.

Isteri : Abang, agak2 cukup ke duit yang kita ada untuk tambah dapur dan buat awning tu?

Suami : Rasa2nya cukup.

Isteri : Kalau tak cukup macam mana?

Suami : Buat loanlah.

Isteri : Alah.. setakat 2-3 ribu takkan nak buat loan kat bank kut. Erm.. nak pinjam Alonglah.

Suami : Apa??? Pinjam ahlong??? Jangan mengada2 terfikir nak pinjam ahlong ye. Tak pasal2 je nanti.

Isteri : (Terkebil2 kehairanan) Orang nak pinjam dari Alonglah. Along... (merujuk kepada abang sulung si isteri)

Suami : Owh.. kalau dari Along bolehlah.

Isteri : (Ler... ada ke patut dia terfikir aku nak pinjam dari ahlong? Tak pernah terniat langsung. Anyway...

WAKAKAKAK! LUCUNYERRRRRRRRRRR... ^_^

Perbualan tamat dengan isteri tak henti2 ketawa berdekah2. Suami mula buat muka boring.

MORAL OF THE STORY: Sila dengar betul2 percakapan isteri anda sebelum naik darah. Sekian, terima kasih.

Tuesday, December 29, 2009

Makcik Gumbira

Yay aku gumbira!!! Aku gumbira sebab direktori dah siap. Yahoooo!!! Dah submit pun pada Kak Su. Lega 1 perkara. Sekarang aku tengah bercadang nak lengkapkan borang prestasi pulak. Hahak baru bercadang. Entah boleh siap ke tak sebelum balik hari ni. Kohkohkoh.. (terbatuk2 kecil)

Selain bergumbira sebab direktori dah siap, aku bertambah2 gumbira bila ada sorang hamba Allah ni warwar dalam blog dia yang dengar2 khabar dapat bonus hari ni. YAYYYYYYY!!! (wah kenapa kali ni mesti eja guna huruf besar?) Dan dengar2 khabarnya jugak, dia nak guna duit bonus tu untuk jalan2 sambil tengok panaroma alam yang indah tak terkata kat Malaysia ni. Wow, berita gumbira yang sangat memberangsangkan. Erm.. agak2 aku dapat tempias tak?

Aku nak suggest sikit la kat hamba Allah tu tempat mana yang best untuk spend duit bonus tu kan. Mula2 cadang macam nak pergi tempat ni.



Tapi.. sekarang kan musim hujan. Nanti entah aku dapat berjalan entah tak. Silap2 kena berpayung pulak time jalan2. Tak syiokla itu macam kan. Kalau takde anak kecik takpela jugak. Ni kang sampai stroller2 pun aku kena payungkan. Dukung? Hem.. nehi kabi nehi. Nehi to me & nehi to my partner. Beberapa minggu lepas hamba Allah ni ada bagitau yang kawan2 sepejabat dia nak jalan2 makan angin di sini.



Tapi dia dah pesan awal2, trip ni hanya untuk staf aje. No family ok! Erm.. yolah. Lagipun tak hingin aku nak pening2 lalat naik tempat ni ikut jalan berlingkau2 macam ular kena palu. Tak koser! (ayat tak puas hati) Lagipun apa je benda yang best kat tempat ni? Setakat sejuk je. Peti ais umah aku pun sejuk gak :)

Erm.. entahlah. Kepala macam tak boleh fikir nak ke mana lagi. Ikutkan hati nak aje pergi tempat ni.



Boleh ke? Ok dahla tu makcik. Cukup2lah berangan. Vacation in Malaysia only!

Tapi aku rasa bukan kata nak pergi Cameron, pergi Bagan Lalang pun belum tentu lepas lagi. Aku ada projek besar awal tahun ni. Tunggu!

*Tak sabar tunggu samseng Kg. Dusun datang umah malam ni untuk discuss projek mega. Harap kedua2 pihak dapat pulangan yang berbaloi.

Monday, December 28, 2009

Cerita Trip to Port Dickson Ditangguhkan

Owh stori mori pasal percutian kami ke Port Dickson terpaksa ditangguhkan buat seketika. Tugas di pejabat sebelum berakhirnya tahun 2009 ini terlebih banyak daripada biasa tak memungkinkan aku punya masa untuk berpoya-poya menulis blog.

Apa benda la yang aku sibuk sangat hujung tahun ni kan? Staf lain tengah berseronok duduk di rumah habiskan cuti tahun. Duduk goyang kaki sambil mengurut leher suami dan melayan karenah anak-anak. Yang bernasib baik dapat bercuti bersama keluarga di mana2 tempat percutian menarik di seluruh Malaysia. Yang tak berapa bernasib baik habiskan cuti di rumah aje tapi tetap seronok kan? Erm.. aku mampu telan air liur jelah. Gulp gulp! (bunyi air liur aku ditelan)

Walaupun tahun baru tak sampai beberapa hari je lagi tapi kat ofis aku ni masih ada mesyuarat2 yang perlu diadakan (persediaan untuk aktiviti tahun depan). Hujung tahun ni jugalah macam2 report nak hantar. Walaupun bukan aku yang prepare report2 tu tapi sebagai staf sokongan, terbias jugaklah kesibukan tu. Cewah, macam pro je. Kasi chancela aku poyo sikit eyh :P

Khamis lepas aku baru terima tugas untuk taip direktori semua bahagian kat jabatan aku nih. Woho.. kena submit hari ni ok! Entah sempat atau tidak tapi takpe, aku cuba siapkan. Kalau tak sempat, esok atau lusa jelah (boleh kan Kak Su... plz...) Fail Meja pun kena update ikut standard format, minggu ke-2 bulan depan nak kena check dah. Adus... Pastu aku kena Isytihar Harta dalam HRMIS, pun belum buat lagi. Macam mana nak buat, maklumat pun belum ada lagi. Petang ni balik rumah harus kena interview Farizal tanya itu ini. Dia je yang ada harta (tapi harta hutang la of course). Aku ni mana ada apa2 harta pun. Izz Haris jelah harta aku dunia akhirat. Ekekek... (ayat kaber, sebenarnya memang miskin pun)

Borang prestasi? Ok dah isi sikit last week tapi masih belum siap. Kena sambung lagi minggu ni, Khamis ni dah kena submit kat bos. Adusss... macam2lah. Macam mana aku nak ada masa untuk update blog? *Cewah.. padahal aku tengah update blog ni. Kihkih.. Ok2 tak mau buang masa lagi. Karang tak pasal2 cerita Trip to PD tu aku sambung time Izz dah masuk darjah 1 nanti. Itu bukan kata cerita dah basi tapi dah jadi tukun. Lagi lama aku simpan, lagi lapuk cerita aku. Silap2 dah jadi fosil. Ekekek.

Ok dahlah, aku nak sambung buat kerja ni. Nak pulun habis2an. Nanti dah setel semua baru senang hati. Baru lapang dada nak sambung cerita. Nur Kasih marathon pun dah tamat minggu lepas, aku masih lagi dengan episod Tanjung Biru. Buhsan!

Sehingga berjumpa lagi!

*Tahniah to my old fren, Awatif Mohd Zubir kerana telah selamat melahirkan cahayamata sulungnya .............. (belum ada nama lagi) pada 27 Disember 2009 di Hospital Pusrawi, Kota Damansara. Baby boy tau! Boleh geng dengan Izz Haris. Moga mama & baby sihat walafiat dan sejahtera selalu. AMIN...

Thursday, December 17, 2009

Trip to Port Dickson - Episod Tanjung Biru

Sedaya upaya aku cuba untuk merompak sedikit masa bekerja dengan menulis entry ni. Tadi Kak Eja dan Erin bising2 kata aku dah lama tak update blog. Eh bukan semalam aku ada update ke? Owh semalam aku sekadar update je tapi tak bercerita apa2 pun kan. Wokey.. aku try menulis juga hari ni untuk membuat mereka rasa gembira. Gembira ke? Aku harap aku sempat siapkan entry ni sebelum tiba waktu pulang. Yelah, selalu aku menulis sambil2 buat kerja. Kadang2 ralit buat kerja tup-tup dah pukul 5. Macam mana entry nak siap kalau menulis sambil buat kerja? Erm.. nampaknya aku kena ada line internet sendiri la dekat rumah kalau nak fokus tulis blog setiap hari. Ada sesiapa nak sponsor? Erin dan Kak Eja boleh pertimbangkan ek. Nana pun :) *Kuikuikui..

Ok untuk tidak membuang lebih banyak air, eh bukan.. untuk tidak membuang lebih banyak masa, meh aku start cerita pasal percutian kami sekeluarga ke PD hujung minggu lepas. Semua dah sedia maklum yang Jumaat lepas adalah cuti umum untuk umat manusia yang bekerja di Selangor. Oleh sebab si Farizal ni bekerja di Selangor, maka kawan2 ofis dia plan untuk pergi bercuti di PD. Actually dah plan dari awal lagi. Aku selaku isteri a.k.a penyibuk ni of coursela tergedik2 nak ikut sama kan. Yelah, trip ofis dia ni berkonsep family day, boleh bawak ahli keluarga kalau nak. Yang bujang2 masih takde family pun boleh join gak, takde masalah. Mana tahu selepas bercuti ni dapat berkeluarga pulak ke. Ahaks!

Awal2 lagi aku dah apply cuti hari Jumaat. Plan pagi Jumaat dah nak bertolak ke PD. Kali ni aku bawak Acik sekali. Saje bagi Acik merasa cuti-cuti Malaysia makan angin tepi laut. Selama ni makan angin kat pagar rumah je, bukan dapat apa pun. At least kalo makan angin tepi laut dapat gak cuci2 mata sambil melicinkan sel-sel kulit mati kat tapak kaki ni bila memijak butiran pasir pantai yang memutih tu. Paling best bila gatal2 kat badan hilang selepas berendam air laut yang masin. 3 in 1 tu.. Memang berbaloi Acik ikut kitorg. (Berbaloi gak untuk aku sebab ada geng untuk uruskan Izz Haris) Ekekek..

Kami bertolak tengahari macam tu. Konon2 nak gerak pagi tapi biasalah, janji meloya kan. Tengahari baru gerak dan dalam pukul 2 petang dah sampai PD. Farizal bawak kami ronda2 dengan kereta selusur pantai PD sampai ke Teluk Kemang. Cerita sebenar: Aku yang paksa Farizal bawak kami ronda2 dengan kereta sebab check in hotel pukul 3. Kami sampai sejam lebih awal. Bosanlah nak tercongok je kat lobi. Baik gi ronda2 best sikit. Farizal pulak ex-budak poli PD. Beria2 la aku suruh dia tunjuk aku mana tempat belajar dia dulu. Maklumlah kami kan sealiran. Dua2 ex-poli. Politeknik tau, bukan poliklinik atau pun polifonik. Jangan salah faham! Ar.. sepanjang dalam kereta tu riuhla mulut Farizal cerita itu ini. Tunjuk tempat dia melepak zaman muda mudi dulu (sekarang dah tua, sila sedar diri). Tempat skodeng. Tempat merayap. Macam2 tempatlah. And aku paling kelakar bila dia tunjuk hotel tempat dia konvo sijil dulu. Hotel tu dah buruk giler, cat dinding dah terkopak2, and dinding hotel tu pun tunggu masa nak runtuh je. Nak tau apa nama hotel tu? Hotel Ming Court yang kini hanya tinggal sejarah. Sejarah buat warga PD dan sejarah buat Farizal yang pernah konvo kat situ. Hehe..

Masa ronda2 tu, Farizal cerita pasal rumah api kat Tanjung Tuan. Dia kata rumah api tu tempat dia lepak2 la dengan kawan2. Tapi kalau nak pergi kena daki bukit. Payahlah nak daki petang tu sebab kendong Izz Haris. Sempatlah Acik snappy2 pic kat pintu masuk rumah api tu. Aku keluar kereta pun tak sebab Izz tido. Dah setel snappy2, Farizal drive kereta ke Tanjung Biru bersebelahan je dengan area rumah api tu. Erm.. tempat agak lengang mungkin sebab hari Jumaat kut. Warga Selangor je bercuti, warga negeri2 lain semua busy bekerja. Farizal terus parking kat bahagian hujung berdekatan dengan pokok2 besar. Baru je keluar dari kereta, tiba2 terjumpa officemate Farizal (yang sama2 join percutian ke PD ni) tengah lepak2 bawah pokok kat situ. Anwar & Bazilah (husband & wife dua2 officemate Farizal) Ler.. dorang sampai lagi awal. Dah puas berendam air laut & dah tukar baju pun. Sempatla lepak2 dengan dorang kejap bawah pokok sambil mengunyah jajan. Acik dah tak sabar2 nak cecah kaki ke laut. Maklumlah.. ini kali kedua Acik tengok laut secara live. Kejakunan sikitla kan. Jomlah tengok gambar2 kami di Tanjung Biru.



Anwar dan Bazilah (husband & wife). Dua2 officemate Farizal. Aku pernah tulis pasal wedding dorang dulu. Klik di sini untuk baca cerita.



Ok giliran mak pula untuk enterframe. Bermain2 di gigi air sambil mendukung Izz adalah sangat mencabar. Cuaca sangat panas terik tapi itu tidak membantutkan semangat mak Izz untuk berfoto2an di tepi laut. Izz tak pandang kamera sebab tak pernah lihat laut depan mata. Samada pelik atau teruja hanya Izz aje yang tahu.



Turn gambar Acik pulak. Tengok tu wajah ceria Acik, seronok tak terkata dapat cecah kaki ke laut. Izz pulak sampai kuyu2 mata menahan terik mentari. Terik pun teriklah, janji dapat jalan2 tepi pantai. Best!!!

Ada la lagi beberapa keping gambar snap kat sini tapi takyah masuk bloglah sebab gambar2 tu kurang semenggah (sebenarnya gambar aku tak cantik). Maklumlah, tak fotogenik pun, fotogedik je lebih. Selepas lepak lebih setengah jam jugakla dekat sini, kami pun gerak ke hotel. Tapi sebelum ke hotel kami singgah dulu di kedai makan, temankan Anwar & Bazilah makan tengahari walaupun dah petang sebenarnya. Kami bertiga tak makan, just pulun ABC dan cendol je. Memang best dapat minum air sejuk2 time cuaca panas macam ni. Tak jauh dari kedai makan tu ada kedai jual baju, pelampung & cenderamata. Of coursela aku dan Acik tak lepaskan peluang menyinggah. Acik sempat rembat baju 2 helai. Aku pulak cuma beli baju inner lengan panjang kaler hitam (konon2 nak pakai dalam t-shirt lengan pendek untuk mandi laut) tapi tak guna pun sebab aku mandi laut guna t-shirt lengan panjang. Takpe.. boleh guna untuk percutian seterusnya. Haha.. yo yo o je.

Selesai makan, terus ke hotel. Hotel mana kami tinggal di PD ye? Ala.. hotel biasa je. Entry sebelum ni aku ada cerita yang kami tinggal di apartment. Apartment apa la agaknye ye? Saje je nak berteka teki tekuk pulak kat sini, heheh. Entry berikutnya jelah aku cerita pasal tempat penginapan kami ye. Aku nak balik dah ni. Lagipun saje nak bagi korang tertunggu2 episod seterusnya. Barulah sekelas Nur Kasih. Sehingga berjumpa lagi di lain entry, tata...

::To be continued::

Wednesday, December 16, 2009

Kesal

Kesal benar aku hari ni. Tidak tahu ingin menyalahkan siapa? Adakah aku patut menyalahkan teknologi kerana lembap memproses maklumat? Atau adakah aku patut menyalahkan unit IT kerana tidak berusaha untuk memantapkan kelajuan internet? Jangan salahkan sesiapa kerana ini dinamakan TAKDIR.

Masa sangat mencemburui aku kerana tidak pernah memberi aku peluang untuk menulis catatan terkini di dalam blog akhir2 ini. Atau mungkin sebenarnya aku yang mencemburui masa kerana tidak pernah merasakan punya waktu yang cukup untuk aku menggunakan kemudahan internet 8 jam di pejabat.

Aku ingin menulis sesuatu yang menarik untuk dikongsikan bersama teman-teman. Aktiviti gembira dan seronok yang aku lakukan bersama keluarga dan teman-teman suami pada hujung minggu yang lalu. Tetapi aku masih belum mempunyai masa dan waktu kerana pengalaman itu perlu ditulis dengan begitu manis dan ceria yang tentunya mengambil masa.

::Tunggu catatan seterusnya::

Thursday, December 10, 2009

Entry Khas untuk K'Neena

Wah.. mesti kembang kempis lubang idung Kak Neena sekarang. Ekekek.. buat julung kalinya aku tulis entry khas untuk seorang blogger yang hanya dikenali dalam dunia maya dan tidak pernah bersua hidung di alam realiti. Buat K'Neena yang teringin nak belajar macam mana nak masukkan sistem 'pengundian' dalam blog, silalah baca entry ini ye.

Wah.. bercakap macam pro saja tapi sebenarnya ramai orang lain dah tahu. Oklah, entry ni khas untuk K'Neena dan untuk kawan2 lain yang masih belum tahu bagaimana nak wujudkan sistem 'pengundian' tuh. Ala.. nampak tak kat bahagian kiri atas blog aku ni? Ar.. yang itulah. Yang aku tanya 'pendapat anda tentang blog ini'. Dah 3 hari aku letak tapi baru 6 orang je yang vote. Huahuahua... punyalah tak ramai reader blog aku ni. Takpe2, at least masih ada reader (yang setia). Aku kena lebih berusaha memantapkan blog agar lebih enak dibaca dan sedap dihayati. And aku kena lebih pantas mencuri masa2 senggang untuk menulis blog setiap hari. Yay!!!

Ok terus kepada subjek entry pada hari ni. Saya adalah seorang mak budak baru belajar nak mengajar pembaca2 yang tidak tahu sahaja (yang sudah tahu sila abaikan). Gini caranya ye kalau nak tambah sistem pengundian tu. *Aku ajar dengan cara yang paling asas je, tak susah pun nak bina.

1) Mula2 klik pada dashboard (papan pemuka).
2) Kemudian klik pula pada layout (reka letak).
3) Pastikan anda berada di page element (elemen laman) untuk add & arrange page elements (tambah dan susun elemen laman).
4) Selepas itu, jangan malu2, segeralah klik pada add gadget (tambah alat).
5) Kemudian, drag scrollbar turun ke bawah (cuba kira no 9 dari atas) anda akan jumpa polls (pengundian). Kliklah di situ dan ikuti langkah seterusnya. Try and error pasti berjaya. Hehe, mudah kan?

Pasni bolehlah korang upload macam2 jenis polls ye. Aku memang suka vote2 nih. Selepas ini aku akan jadi pengundi tegar kepada blogger tegar seperti K'Neena dan lain2.

Selamat mencuba!

Izz Checkup 9 Bulan

Diam tak diam dah 9 bulan usia Izz Haris. Sekejap je masa berlalu kan. Seperti biasa, Selasa lepas aku bawa Izz checkup di KIKK Cheras. Sabar jelah dengan pe'el Izz. Masa ditanggalkan baju suka yang amat. Masa ditimbang, boleh pulak dia meronta-ronta atas penimbang tu. Jenuh nurse nak baca jarum scale. Masa ukur panjang pulak, dia terajang2 kayu yang nurse letak kat bawah kaki tu. Pastu mulut bising nak meraung. Geram betul! Bila dipakaikan baju menangis2 pulak, isk buat malu mak dengan abah je.

Hasil checkup, berat Izz meningkat 400gram je dalam tempoh 2 bulan dari 7.7kg ke 8.1kg. Panjang 72cm, ukur lilit kepala 43cm kut (ingat2 lupa). Nurse kata perkembangan baby baik. Selalu kalau checkup nurse briefing ekspres je tapi kali ni nurse tu beria-ria bercerita tentang perkembangan bayi.. pemakanan bayi.. dsb. Bagus jugak. Sepanjang dia dok ceramah tu, Izz tak henti2 cuba capai pen, kad & buku yang ada atas meja nurse tu (haish... malunye mak). Sabar2. Nurse kata biasalah budak2 besar Izz ni, semua benda nak pegang, semua benda nak kutip, semua benda nak koyak. Uwaaa.. dugaan anak nak membesar.

So perkembangan Izz pada usia 9 bulan ni ialah:

1) Alhamdulillah sejak 7 bulan lebih aritu Izz dah mula merangkak.
2) Genap 8 bulan dah start memanjat2.
3) Sekarang dah pandai jalan meniti pegang sofa.
4) Dah pandai duduk (tapi duduk katak - sebijik mcm aku masa kecik2 dulu)
5) Cuba2 lepas tangan bila berdiri pegang meja/sofa.
6) Dah pandai kejar kucing dan nak main dengan kucing.
7) Dah pandai berdiri bersandar pada pintu (tangan tak pegang apa2)
8) Pandai mendesak (muncung2kan muka)
9) Pandai pegang botol susu sendiri sepenuhnya (sebelum ni kurang rajin pegang botol, kena alas bantal la, napkin la, adussss)
10) Usik semua benda dalam kereta walaupun dilarang (wah... penat makcik)
11) Pandai menangis bila orang takde dekat2 dia (dulu boleh je main sorang2, agaknya sebab dah besar kut)
12) Dah semakin pandai makan (bila aku nak masak bubur untuk Izz ni?)

Ok aku tulis 12 jelah. Itu perkembangan Izz yang aku nampak obvious la. Kat sini aku tepekla gambar Izz menunjukkan skill dia merangkak, duduk, berdiri & main kucing. Alahai anak emak.. Macam2.



Gaya merangkak dari pandangan hadapan. *Kenapa muka Izz garang je?



Gaya merangkak dari pandangan tepi pulak. Aicece.. *Apala mak ni menyibuk je ambik gambar Izz.



Gaya duduk tak siap. Masa ni kami yang paksa Izz duduk. Haha.. kesian dia tak reti tegakkan badan. Terbongkok2, mesti sakit tulang belakang. Ala sekejap je. Gambar Izz duduk katak aku belum snap lagi.



Izz posing berdiri. Hamboi2 kaki terpeletok nampak?



Ini kucing kat kampung yang menjadi mangsa gomol Izz.



Cuba2 untuk merapati si kucing.




Yey berjaya!!! Muka bangga giler sebab dapat pegang kucing. Meow meow!

Next checkup masa Izz umur setahun bulan 3 nanti. Harap2 Izz membesar dengan sihat dan cergas, amin...

Monday, December 7, 2009

Kembali Bertugas

Yeay.. kembali bertugas seperti biasa. Nama je 2 hari berkursus, ingat dapatlah rest sikit tapi tak dapat rest pun sebab still kena buat kerja2 ofis. Bertambah penat ada. Ofis tingkat 12, kursus tingkat 14, melampaula kalau aku nak tinggalkan kerja terus. Sampai ofis waktu pagi cepat2 setelkan kerja ofis (mana yang urgent). Pastu berkejar attend kursus pulak. Tiba lunch time cepat2 balik ofis semula tengok kalau2 ada kerja penting. Pukul 2 berkejar semula naik atas sambung kursus. Petang macam tu jugak, woh.. lotih makcik 2 hari tu. Apa pun alhamdulillah, kursus dah tamat. Sijil pun dah dapat. Bolehlah kembali bertugas seperti biasa tak perlu terkejar2 lagi.

Seperti yang aku beritahu last entry, Khamis & Jumaat lepas aku attend Kursus Blog. Masa kursus, unit IT ajar create blog melalui blogspot je. Ada yang aku dah tahu dan ada ilmu baru. Ilmu baru tu aku dah apply kat blog ni. Nampak tak sekarang blog Mak Izz Menulis dah ada undian? Rajin2lah mengundi kat situ ye. Tak susah pun, just baca & klik jawapan anda. Jawab kena ikhlas tau. If jawapan anda tak berapa best untuk aku dengar pun takpe.. sebab jawapan tu ikhlas dari lubuk hati kan. At least aku boleh perbaiki kat mana2 yang kurang. Jangan risau, aku tak sentap punya, lagipun nak tengok sejauh mana kewibawaan blog aku ni. Haha.. poyonye makcik Bedah kali ni. Fuh!

Erm actually ada 2, 3 cerita nak kongsi kat sini tapi masa tak cukuplah. Ada kerja yang lebih penting menanti. Apapun nanti senang2 (korang doakanlah aku ada masa senang) aku kongsikan. Pendam cerita lama2 nanti jadi basi korang mual pulak nak baca. Oklah, sabar menanti cerita baru ye. Apapun jangan lupa buat undian. Penat je aku apply ilmu baru tu. Kalau korang tak buat, sape lagi? Hehehe...

Thursday, December 3, 2009

Berkursus

Walaupun sibuk tapi aku menggatal jugak nak update cerita sikit.

Hari ni dengan esok aku busy berkursus di Unit IT. Agak2 kursus apa ye? Kursus Blog okeh. Haha.. saje je join kursus ni. Selain daripada nak cukupkan kursus 7 hari setahun, aku pun nak belajar jugak hal ehwal tentang blog ni dengan lebih mendalam. Mana tahu boleh apply kat blog Mak Izz Menulis ni ke.. agar lebih menarik, ada umph! dan lebih classy! Haha (perasan sungguh!).

Ok tak boleh membebel panjang2 kali ni sebab pukul 2 dah kena sambung kursus. Bila2 free nanti aku sambung cerita ye. Tata...

Wednesday, November 25, 2009

Aksi-Aksi Izz

Dah lama betul aku tak upload gambar anak bujang aku nih. So entry kali adalah special entry untuk kawan2 yang teringin benor nak tengok rupa anak bujang aku sekarang.


Anak bujang aku over sekarang. Sudah pandai tersengih lebar2 macam la comei sangat. Masa ni badan Izz susut sikit sebab baru baik dari demam campak. *Kat rumah rambut kusut masai.


Muka behave je bila bawak jalan2 (sebenarnya tengah mengantuk ni) Tu pasal muka baek je. *Bila kuar berjalan rambut tersisir rapi.


Paling suka naik kereta dengan syarat kena duduk depan (dapat main stereng lagi best!)


Main measure tape Acik pun Izz suka jugak. Bagi je kat tangan pastu berejam2 la dia main sorang2. Besar esok Izz nak jadi tailor macam Acik ke? Bagus jugak. Nanti boleh Izz jahit baju mak :)


Kalau sedih tu mulalah meleleh-leleh airmata. Alahai.. kesiannya anak mak. Aik anak bujang pun menangis juga ke? Tak macholah..


Erm ok, Izz dah boring. Lain kali kita upload lagi gambar Izz ek. Tata titi tutu...

Friday, November 20, 2009

Duit Dah Habis

Hahak korang semua dah kena tipu! Duit aku belum habis lagi. Saja buat tajuk entry gini sebab semalam ada sorang hamba Allah tu dah bebel2 kat telinga aku. "Duit dah masuk.. duit dah masuk. Ji, ko tak reti2 ke nak tulis blog lagi. Boring aku tengok tajuk entry ko, duit dah masukkkkkk je. Dah kaya sangat ke ko sekarang?" Ahaks! Bunyik cam pedas je kan, tapi itulah gaya kami bergurau kat ofis ni. Ok tajuk entry tadi khas untuk Nana, one of my officemate merangkap peminat blog aku (weh, betul ke peminat?) ekekek.. (ye, ada sedikit unsur perasan di situ)

So sebab semalam Nana dah membebel and ada lagi sorang hamba Allah pun dah bebel, so.. aku gigih dan gagahkan diri jugak untuk menulis. Sebenarnya kan, aku bukannye dah hilang minat nak menulis ke aper, atau.. dah perasan kaya untuk tidak menulis lagi (ahaks) atau.. dah takde idea nak menulis tentang apa TAPI.. TAPI aku sangat2 busy lately (busy buat kerja ofis & busy chatting) ekekekek! Walaupun aku benci orang tak reti buat kerja multitasking, tapi sebenarnya aku pun bawah golongan lembap juga. Aku tak reti menyelam sambil minum air ni. Kalau blogging, blogging je. Kalau chatting, chatting je. Teruk betul!

Okeh, entry aku hari ni tiada mengena dengan tajuk di atas. Itu sekadar pemancing undi sahaja untuk anda klik ke blog ini. Maka sekarang marilah baca entry aku yang sebenar-benarnya. Hari ni aku takde cerita menarik, cuma nak jalankan amanah orang. Apa la amanah orang nak jalan dalam blog pulak ye? Of coursela menjawab TAG. Ar.. ni adalah tag pertama yang aku terima dalam kamus kehidupan maya, dan sudah tentu aku akan menjawab sebaik mungkin. Kerana aku seorang rakan maya yang sangat baik hati dan memberi komitmen penuh atas hubungan maya ini. Ewww.. apa aku merepek-repek ni? Tulah, dah lama tak menulis. Ok straight to the point!

Aku dapat tag ni dari Ju, my bestfriend semasa belajar di politeknik dulu, pernah jadi roommate untuk 1 semester, pernah jadi penunggang motosikal untuk aku (ye, aku tak pandai bawak motor, maka hanya layak jadi pembonceng berjaya), pernah jadi teman ketawa, teman menangis, teman mengumpat (what?) dan segala2nya lah. Nanti kat bawah aku cerita lagi pasal Ju ni ye. Mari tengok apa yang dia tag aku:

1) Write five (5) interesting facts about the person who gave you this award
2) Jot down ten (10) interesting facts about yourself or your hobbies
3) Pick your ten (10) most deserving recipients and describe them
4) Leave a comment on the recipients' blog to tell them they've been tagged
5) Paste the award badge in your sidebar



Untuk tidak berlengah lagi, mari kita jawab soalan pertama yang berbunyi:

1) Write five (5) interesting facts about the person who gave you this award

5 fakta menarik tentang Ju ye? Baiklah.

i) Ju adalah seorang ibu muda, berkahwin muda dan mempunyai anak pada usia yang sangat muda (cuba kira berapa kali aku sebut muda?)

ii) Seorang yang sangat manja, manja pada kedua orang tuanya, manja kepada adik-adik lelakinya yang kacak, manja kepada kakak2 di poli (sewaktu tika dulu) dan manja kepada suaminya (ini of coursela kan, walaupun aku hanya teka tapi jawapannya mesti 100% betul. Erm.. betul tak Ju?) Kenapa Ju manja sangat ye? Sebab dia adalah anak perempuan tunggal dalam keluarga, so dapat kredit lebih sikitlah hehehe.

iii) Seorang yang sangat pembersih. Aku boleh lihat dia pembersih melalui alat2 mandian dia yang bermacam2 jenis (berapa jenis syampu nak ada ni?), tiap2 malam sebelum tidur mesti cuci muka & berus gigi (walaupun lepas mandi petang tu takde makan apa2 pun). Oh ini cerita masa di poli dulu.

iv) Seorang yang baik hati, suka menolong orang. Lemah lembut tutur kata dan seorang yang sopan santun.

v) Seorang yang agak perfectionist dalam hal ehwal berkaitan penampilan diri. Kalau pakai contact lense mesti berejam (hahak), pakai tudung mesti perfect kemas baru boleh keluar bilik dan agak cerewet dalam membeli apa2 barang. Tapi cerewet bertempatla, means nak barang yang baik kualiti dan berbaloi untuk dimiliki.

Ok, soalan kedua:

2) Jot down ten (10) interesting facts about yourself or your hobbies

10 perkara menarik tentang diri/hobi aku? Jom baca.

i) Aku adalah anak ke 4 dari 7 orang adik beradik. Aku adalah anak yang tengah (betul2 tengah tau) Sebab di atas aku ada 2 orang abang dan seorang kakak. Dan di bawah aku ada 2 orang adik lelaki dan seorang adik perempuan. Betul2 tengah kan? Menarik tak fakta ni? Tak menarik? Ok abaikan.

ii) Aku dilahirkan di benua Eropah, kota London. Bukan senang2 nak dapat peluang dilahirkan di kota indah macam ni kan? Itu semua rezeki. Ok walaupun aku dilahirkan di sana tapi aku tak fasih berbahasa Inggeris, mata aku tidak berwarna biru dan rambut aku tidak blonde. Dan nama aku juga bukan Stefa Isle. Hikhik.. Kami sekeluarga cuma 2 tahun setengah aje di sana, pastu balik Malaysia ikut ayah yang telah tamat tempoh perkhidmatan.

iii) Hobi aku adalah membaca. Semua bahan bercetak pun aku suka baca. Dulu2 masa sekolah menengah, emak memang tak bagi aku baca suratkhabar pagi2 sebab kalau aku dah start baca suratkhabar mesti berejam-jam sebab semua topik pun nak baca. Kenapa emak marah? Sebab dia kata aku nak mengelak dari tolong dia buat kerja rumah. Erm.. akibatnya sampai sekarang aku culas baca suratkhabar. Jangan salahkan aku kalau tak tahu perkembangan terkini & isu semasa *wink wink

iv) Aku seorang yang banyak cakap. Aku suka bercakap (tapi tak bagus sebenarnya sebab dikhuatiri percakapan yang banyak tu bakal menimbulkan dosa) *Farizal mesti setuju statement aku ni. Bukti aku suka bercakap ialah melalui penulisan aku dalam blog ni yang selalunya mesti panjang lebar. Jarang2 keluar entry pendek kan?

v) Aku rasa aku seorang yang agak funny. Aku suka dengar orang ketawa, sebab tu aku selalu cari modal untuk buat orang ketawa. Yelah modal nak buat orang ketawa cuma perlu buat sedikit joke, tak perlu withdraw duit kat mana2 ATM. Mudah kan? Yang penting, aku happy bila orang lain happy (jom nyanyi lagu Happy)

vi) Apa lagi fakta menarik pasal aku ye? Aku rasa aku macam tak menarik je pulak. Bukan ke fakta menarik ni orang lain yang kena sebutkan sebab kalau aku sebut sendiri macam angkat bakul je. Argh.. penatnya otak kerah kepala nak fikir apa yang menarik tentang diri sendiri. Ok dah ingat! Sambung ke no vii (sengaja nak cepat cukupkan 10)

vii) Aku menaip sangat laju (di keyboard komputer/laptop sahaja ok) Typewriter tak dikira sebab jarang2 praktis menaip di situ. Kalau korang pernah baca entry aku yang lepas, aku pernah buat speedtest menaip ni. Aku dapat 64 word per minute yang pada aku dah kira champion. Ahaks! *Champion pada aku, pada korang aku tak tauler. Korang boleh test kalau rasa2 nak beat kepantasan aku dan boleh jadikan salah 1 dari fakta menarik korang nanti, ekekek. Sila klik sini Speedtest.

viii) Aku khatam Quran pada usia 9 tahun (eh riak ke ni?). Bukan nak kata aku pandai mengaji ke.. terang hati ke.. tapi nak bagitau yang ustaz ajar kami mengaji tu adalah sangat GARANG. Apa bukti dia sangat garang? Adik aku pernah patah gigi ditepuk mulutnya oleh ustaz. Adik aku (yang sama) jugak pernah terkencing kat rumah ustaz tu semasa belajar mengaji. Kalau kita mengantuk, ustaz tu akan tunjal kepala kita dengan hujung pensel dia yang tajam tu. And kalau kita bebal (lambat faham) ustaz akan tampar and rotan kita sesuka hati dia. Owh kendengaran seperti ustaz terlalu kejam kan? Kerana kekejaman ustaz majoriti pelajar2 yang belajar mengaji khatam Quran pada usia 9 tahun dan paling lewat pun 12 tahun. Kagum tak? Terima kasih pada Cik Selamat (aku tak panggil dia ustaz sebab dia bukan ustaz pun, dia cuma seorang waiter di hotel tetapi dia berkebolehan mengajar mengaji Quran) Fuh~ *tiba2 rasa takut pulak kalau2 ada waris Cik Selamat baca blog aku ni. Ye, Cik Selamat memang garang tapi garang dia garang mengajar, bukan garang membunuh.

ix) Yang ke-9, fuh.. apa ye menarik pasal aku? Eh kejap ek, aku nak ronda2 ofis kejap. Nak tanya orang, apa lagi 2 perkara menarik pasal aku.

"Lalla.. lalala... lalla.. lalala..." (meronda sambil menyanyi2 kecil)

Ok dah dapat. Aku tanya Lin je. Lin cakap aku ni mesra rakyat. Wah.. tiba2 rasa seperti seorang YB pulak. Mungkin betul la kut apa yang Lin cakapkan tu. Aku ni mudah mesra dengan semua orang. Kata banyak cakap kan, orang banyak cakap ni mestilah peramah. Dan bila dia peramah, mudahlah dia mesra dengan semua orang atau pun rakyat.

x) Yang kesepuluh.. yang penutup la ni. Nasib baik dah sampai no 10, tak larat dah aku. Aku rasa kelebihan aku ialah, aku sukar nak merajuk. Mungkin sebab aku anak yang tengah jadi takde istilah merajuk dalam hidup aku. Sesiapa yang cari pasal dengan aku, bergembiralah. Sebab seteruk mana pun korang layan aku.. korang sakitkan hati aku, sekejap je aku marah. Pastu bila perasaan marah aku dah hilang, mood aku kembali normal. Aku memang betul2 tak reti merajuk dan itu adalah fakta menarik bagi mereka2 yang berada rapat dengan aku. Setuju kan?

Ok tamat sudah soalan ke-2. Mari tengok soalan ke-3 pulak. Penatnyer...

3) Pick your ten (10) most deserving recipients and describe them

10 orang? Aiyo.. siapa aku nak tag ni? Aku bukan kenal sangat rakan-rakan blogger nih. Erm.. kalau kenal pun, dorang tak aktif menulis pulak. Kalau tag rakan blogger yang tak aktif, tak bestla kan? Ntah bila2 dorang nak jawab tag aku. Nak tag rakan blogger yang aktif tapi dah popular pun tak best jugak sebab dorang mesti dah pernah dapat tag macam ni. Yelah, kalau dah 5 tahun berkecimpung dalam arena maya nih, mustahil tak pernah kena tag kan? Kalau nak mintak follower2 aku jawab tag, ada follower aku ni yang ahli akademik, golongan ibu2, dorang layan ke tag2 nih? Mana yang agak2 boleh layan, takde blogla pulak. Erm.. ok takpe. Dipendekkan cerita, aku tak mahu tag sesiapa pun di sini. Asal korang berjaya habiskan baca entry panjang lebar aku ni pun dah cukup ok.

Soalan ke-4:

4) Leave a comment on the recipients' blog to tell them they've been tagged

Oleh sebab aku main tipu untuk soalan ke-3, maka soalan ke-4 pun aku tak perlu jawab. Wah.. seronoknya :)

Dan yang terakhir aku perlu 5) Paste the award badge in your sidebar

Dah tampal pun. Uber Amazing Blog tuh.. hebat2. Terima kasih kepada Ju kerana menganugerahkan akak award yang begitu awesome! (i love pink)

So akhirnya, setelah berusaha berejam2 akhirnya tag ini berjaya disiapkan walaupun aku menipu. Hehe... jumpa lagi di lain entry (yang ntahkan bila).

Adios!

Wednesday, November 11, 2009

Duit Dah Masuk

Wah.. rejeki. Sebelum berceloteh dengan lebih panjang, mula2 aku nak panjatkan syukur kepada Allah SWT kerana mengurniakan aku rezeki bergolek tatkala dalam kocek cuma tinggal beberapa RM sahaja. Tu dalam poket, dalam bank toksah cakapla. Nak topup RM5 pun tak lepas (wah.. very the hazab).

Meh nak cite sikit. Khamis lepas aku hantar borang permohonan pengeluaran duit KWSP aku. Sebelum tu punyala bertangguh2 nak isi borang tu. Yelah, sibuk sangat kat ofis. Tak sempat2 nak isi borang & cari dokumen2 penting untuk sokong borang permohonan tu. Masih terngiang-ngiang lagi kat telinga aku masa kat KWSP tempoh hari, akak kaunter tu cakap... "Tunggu dalam tempoh masa 21 hari bekerja, pihak kami akan proses. Selepas 21 hari kalau duit masih tak masuk lagi hubungi nombor ni" Wah.. 21 hari bekerja tu. Kalau tak campur Sabtu dan Ahad maknanya dalam masa sebulan jugakla.

Kita biasalah kan, kalau bab2 duit ni rajin aje. So sejak Isnin aritu aku takde keje lain melainkan pagi2 sampai je ofis, terus bukak maybank2u nak check duit dah masuk ke belum. Wah, sangat jakun ok. Isnin check, belum masuk. Selasa check, pun masih belum masuk lagi. Iey mengada2nye aku, baru 2-3 hari dah menggatal2 check. Tapi tadi... jeng jeng jeng. Memang rezeki bergolek tu dah masuk ko, alhamdulillah! CEPATNYE??? Baguslah cepat kan. Kalau lambat nanti aku tension pulak. Erm, berapa jumlah yang masuk ye? Haha.. mana boleh bagitau. Korang agak2 sendiri jelah ye. Kerani gomen cabuk cam aku ni potong KWSP tu sejak tahun 2001 dan last potong bulan Oct 2009 baru ni. Korang agak2lah berapa yang aku dapat ye. Hehe, refreshkan kembali kemahiran matematik anda!

Tak sangka betul begitu cepat dorang buat kerja kan? Tak bertangguh langsung. Aku ingatkan dorang peram borang aku tu seminggu dua pastu baru terhegeh2 nak proses. Hem.. tiba2 aku rasa berdosa sebab berpandangan negatip tentang dorang (warga KWSP). Kat sini aku nak ucapkan syabas dan tahniah la ye kepada semua petugas KWSP yang memang buat kerja sangat cekap dan pantas. Memang betul2 menepati Piagam Pelangganlah! Atau mungkin korang tahu kut yang aku memang benar2 perlukan duit sekarang. Hoho... apepun KWSP HQ mmg bestlahhhhh!!!!

So.. sekarang hati aku sedang berbunga bahagia, bibir lebar menguntum senyum dan mata bulat bercahaya bak bintang kejora. Bila banyak duit, hati pun senang la ye. Tapi seperti biasalah, duit tak selamanya banyak. Kebahagiaan tak semestinya berkekalan. Eleh, ingat ada duit je boleh bahagia? Takde duit pun boleh bahagia, yang penting cukup kasih dan sayang (eh apa aku mengarut nih). Ok2, nak bagitau kat korang (yang mungkin dah berangan2 nak suruh aku belanja itu ini - pesanan ini ditujukan kepada mereka2 yang berniat sedemikian. Yang takde niat, please ignore this statement) duit KWSP tu aku dah pasang tujuan awal2 nak dilaburkan ke mana. So kalau aku rasa nak belanja apa2 tu.. memang rezeki korang la ye.

Oklah, aku ada banyak benda nak buat ni. Asik berangan je sejak pagi tadi, kerja tah ke mana, apa tah ke mana. Oh ye, lagipun bos takde sekarang. Tu pasal dapat berangan. Erm.. dapat makan buah berangan pun sedap gak ni :P

Eh, ok bye!

Tuesday, November 10, 2009

Angan Mat Jenin

Mata ngantok betul tadi. Tersengguk2 depan pc. Haish... memang tak boleh tahan. Bukak website Bhg. Pinjaman Perumahan, tengok2, kira2, berangan2.. argh makin lama makin kecik pulak mata aku. Bukak pulak website Glory Beach Resort, ler.. lama menunggu gambar tak kuar pulak. Boring2. Mata yang mengantuk bertambah mengantuk. Nasib baik ada je kerja yang datang. So bila ada kerja, hilangla mengantok ni sekejap. Bila kerja tu dah setel, mata mula mengecik semula. Isk isk.. ha.. Sekarang bos takde, ada miting kat bawah. Mulalah aku rasa macam... (nak balik awal je) tapi of courselah tak boleh kan. Walaupun surat2 masih banyak nak difailkan tapi sebab dah 4.30 petang, maka motivasi kerja tu pun otomatik hilang. Argh... teruknya!!! *Motivasi kerja selalu hilang bila bos takde di pejabat.

Ar mesti korang tertanya-tanya kan mengapalah aku menggatal surf website Pinjaman Perumahan tu. Pastu macam mana pulak boleh terlencong click website Glory Beach Resort pulak.. ar ada la beberapa perkara yang sedang bermain-main dalam kotak fikiran aku ni. Dok pikiaq2, nak beli umah baru ke tak..? Mampu ke aku nak membayar pinjaman tu semula tiap2 bulan..? Anak baru nak membesar, gaji pun sekarang berapa sen sangat, orang kata baru nak hidup la katakan. Pinjaman PTPTN pun tak abis bayar lagi dah berangan nak beli rumah. Woh... pinjaman PTPTN aku abis 2011 nanti. Aku harap cita-cita dan angan-angan aku ni menjadi kenyataan la tak lama lagi. Apapun yang paling penting, ianya tidak menyesakkan dada dan menambah tekanan dalam hidup (untuk membayar balik pinjaman berpuloh tahun tuh). Hopefully!

Semalam Farizal dah bagitau, confirm family day dept dia bln 12 ni dorang nak buat kat Glory Beach Resort, PD. Standby la duit RM390 untuk bayaran deluxe penthouse - bunyi cm hebat tapi cuma apt biasa je :). Tu baru penginapan, belum lagi tokok tambah duit minyak, tol, jalan2, shopping2 dsb. Yolah, bercuti setahun sekali je kan. Kita tong-tong pakitong-kitong la. Barula pasangan bahagia gitu (saja cakap macam ni nak pujuk hati). Oh ye, percutian kali ni (amboi.. macam la selalu pergi bercuti padahal ini adalah pertama kali) aku nak bawak Acik sekali makan angin. Saje je nak bagi Acik berehat cuti2 Malaysia, merasa bermalam di hotel (bukan hotel pun, apt je), dan boleh lah bermandi-manda di pantai PD sambil mencuci mata melihat jejaka2 kacak di luar sana. Hahahah! Ke.. aku nak ada geng untuk cuci mata bersama2? Oh tidakkkk!!! Mak sapela noti ni :P

Apa pendapat korang ye kalau aku beli rumah sekarang? Ok meh nak brief sikit, aku plan nak beli rumah apartment saja, area sekitar Kota Kemuning (dekat2 rumah yang aku tinggal sekarang). Tujuan sebenar nak beli bukan untuk didiami (sebab rumah sekarang dah super best) tapi untuk disewakan, as investment la cadangnya. Aku nak beli sekarang dan bukan menunggu lagi 3 atau 4 tahun lagi sebab aku tengok kawasan situ bakal membangun dengan pesat menjelang awal tahun depan sebab Carrefour tengah dibina berhampiran kawasan apartment tu (jalan kaki pun sampai). Carrefour tu bakal siap bulan 12 ni. Aku berangan.. nanti berebut2 staf Carrefour tu nak menyewa umah aku (belum apa2 lagi dah perasan) dan aku bolehla pulang modal bayar balik pinjaman rumah tu dengan menggunakan duit sewa budak2 ni (wah.. jahatnye niat aku). Eh bukan ke itu memang tujuan asal aku nak beli rumah? Ye, mula2 berangan dulu. Mana tahu angan2 mat jenin aku ni menjadi ke nanti?

Oklah cakap banyak pun tak guna. Tengoklah macam mana nanti, if jadi aku war-war la. Kalau senyap je tuh, maknanya.. faham2 sendiri. Apa pun aku memang tak sabar tunggu bulan 12 ni. PD dah lama tunggu aku anak-beranak (haha.. poyos).

Tata...

Friday, November 6, 2009

Izz Genap 8 Bulan

Salam semua. Mesti korang perasan kan, dah lama aku tak bercerita pasal Izz. Bukan aku tak mahu cerita, banyak benda nak cerita pasal Izz sebenarnya tapi sebab aku takde gambar2 terkini Izz kat pc ofis ni, maka jadi malas sikit.

Aku 2, 3 menjak ni letih yang teramat sangat. Balik kerja sampai umah dah pukul 7.30 malam. Dah seminggu macam tu dan akan berlarutan sampai ke minggu depan. Sekarang abah Izz ada practice petang2 selepas kerja. Practice apa? Takyahla cite nanti mengganggu konsentrasi abah pulak untuk praktis hari2 berikutnya, hehe. Apapun, abah praktis petang2 tu untuk perform masa Annual Party company abah Sabtu depan. Huh.. tak sabar2 Sabtu tu datang cepat. Tak payahlah abah praktis lagi dan bolehlah mak dengan abah sampai di rumah sebelum Maghrib. Bukan apa, kesian sangat dekat Izz kena tunggu kat rumah lama2 kat rumah :[

Ok jom bercerita pasal Izz nak. Hari ni 6 November, genap umur Izz 8 bulan. Wow dah bujang anak mak! Alhamdulillah walaupun Izz lambat meniarap tapi Izz dah pun mula merangkak sejak 2 minggu lepas. Tapi belum laju2 lagi, masih perlahan2. Orang kata biar lambat asal selamat, haha. Tapi semalam Acik kata Izz dah semakin laju. Woh.. kena lebih berhati2 lepas ni. Perkembangan lain, Izz dah mula belajar2 nak memanjat. Pantang kita ni baring atau duduk kat lantai, mulalah dia panjat2 badan. Habis 1 badan termasuk muka2 kita ni jadi tempat dia nak berpaut. Kadang2 sampai sakit2. Tapi redhakan ajelah, budak baru nak belajar kan. Disekat-sekat nanti dia jadi tak berminat pulak.

Paling suspen bila Izz terjatuh. Yelah, belum pandai berdiri sendiri lagi tapi sudah berani lepas tangan. Dia ingat lantai tu empuk cam tilam agaknya. Baby boy, lasak sikit. Kena extra carefull jaga belakang dia bila dah start panjat-memanjat nih. Bertambah lagi satu kerja. Manalah badan kita tak letih? Takpe, sabar2. Walaupun letih tapi tetap seronok. Seronok melihat perkembangan bayi dari masa ke masa.

Perkembangan lain, erm.. mungkin Izz dah pandai pura2 menangis kut. Yelah, nak kan perhatian yang lebih dari mak dengan abah ni. Tapi Izz ni taktahulah mengapa, SANGAT2 NAKKAN perhatian dari abah dia. Pantang abah dia ke mana2 mesti dah menangis2 nak ikut. Abah masuk toilet pun melalak2. Dengan mak, tak macam tu pulak. Amboi lawan tokei nampak. Mengapa dengan mak Izz buat dekkkk je ni. Sabar.. sabar.. :) Kalau abah suap makan, laju je makan. Happy2 lagi. Kalau mak dengan Acik suap, isk isk sabar jelah. Disembur2nya. Bilalah Izz nak pandai makan ni? Badan pun mak tengok dah makin susut. Tak tahulah berapa berat Izz sekarang sebab tak timbang. Next month baru ke klinik untuk checkup dia 9 bulan. Hopefully berat bertambahlah.

Gambar Izz terkini belum transfer lagi. Nanti aku transfer dan upload ye. Bolehlah tengok gambar terbaru Izz. Dah lama pendam cerita pasal Izz ni. Akhir2 ni mak je yang enterframe, this time bagi peluang kat Izz pulaklah :)

Oklah, jumpa lagi next entry ye. Tata...

Thursday, November 5, 2009

Bekerja Dari Rumah

Pelukis Pelan JKR Bekerja Dari Rumah

KUALA LUMPUR, 4 Nov. - Kementerian Kerja Raya akan melaksanakan projek perintis bagi membenarkan 35 pelukis pelan Jabatan Kerja Raya (JKR) bekerja dari rumah mulai Januari tahun depan.

Menterinya, Datuk Shaziman Abdul Mansor berkata, pelaksanaan projek itu bertujuan meningkatkan produktiviti selain mengurangkan kos pengangkutan yang terpaksa dibelanjakan oleh kakitangan JKR.

"Saya telah mencadangkan perkara ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mendapati pelukis pelan banyak menghabiskan masa bekerja dengan komputer dan beliau membenarkan.

"Kita percaya langkah ini berupaya meningkatkan produktiviti terutama kepada kakitangan perempuan kerana pada masa sama mereka mampu memberi tumpuan yang lebih kepada keluarga," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Menurutnya, melalui kaedah bekerja dari rumah, 35 pelukis pelan tersebut hanya perlu hadir ke pejabat sehari dalam masa seminggu untuk bertemu dengan penyelia.

Katanya, jika projek perintis itu berjaya, ia kemudian akan diperluaskan kepada agensi-agensi lain di bawah kementerian berkenaan.

Bagaimanapun, jelas beliau, jika penilaian mendapati projek itu gagal meningkatkan produktiviti kerja, ia akan dibatalkan.

"Kementerian memberi masa tiga bulan iaitu sehingga Mac tahun depan untuk membuat penilaian sebelum sebarang keputusan terhadap masa depan projek ini diputuskan.

"Kami bagaimanapun percaya, ia akan membuahkan hasil seperti yang diharapkan," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia, Khamis 5 November 2009

*Kenapa aku bukan Pelukis Pelan JKR? Owh.. alangkah indahnya kehidupan mereka bermula Januari depan. Tahniahlah untuk korang semua ye. Kerja elok2 tau! Nanti mana tahu.. tempias pulak ke kat golongan PA ni. Tapi aku rasa tak mungkin. Ho ho ho... Bestnye korang... anak depan mata, sambil kerja sambil enjut anak dalam buai (jimat duit pengasuh). Jimat duit minyak & tambang, duit parking & duit tol. Jimat duit dari breakfast & lunch kat ofis. And jimat duit dari terbeli barang kawan2 jual kat ofis. Owh... bahagianyer!

Wednesday, November 4, 2009

Rindu Kenangan Lalu

Tiba-tiba aku rindukan kenangan lalu.

Rindu bermain air bersama teman-teman di Pangkor...


Rindu berposing dengan kawan-kawan di hadapan kapal yang besar gedabak di Lumut...


Rindu makan-makan dengan ofismet di pejabat lama di BERNAMA...


Rindu menjejakkan kaki di kaki Gunung Kinabalu...


Rindu memilih bunga-bunga segar di Kundasang...


Rindu ramai-ramai pakai baju sedondon di Prince Hotel ...


Rindu saat bertiga macam dulu-dulu di Morib... ^_^


And rindunya nak berfamily day macam ni lagi di Lost World of Tambun...


Argh....... Rindunya aku pada kenangan lalu! Kalaulah masa itu boleh diputar kembali. Huhu... sobsob.. kawan2, aku rindulah kat korang semua. Rinduuuuuuuu sangat2! Moga korang sentiasa berbahagia walau di mana sahaja korang berada. Jaga diri baik2 tau!

Sayang korang selalu!!!

Monday, November 2, 2009

Sibuk Yang Amat

Tajuk entry saja dah cukup menjelaskan betapa sibuknya aku sekarang. Memang betul2 sibuk sampaikan tak sempat nak menulis apa2 dalam blog ni. Rasa sedih juga kerana misi 30 entry masih belum tercapai :[

Di pejabat sibuk dengan tugas yang datang tak henti2, di rumah pula sibuk dengan Izz Haris yang tidak sihat sejak Khamis lepas. Izz kena penyakit 6 dalam 1 - demam campak, selsema, batuk, sakit tekak, ulser dalam mulut & sakit mata.

Dui.. sebagai mak, korang tau jelah rutin kita bila anak tak sihat ni. Melayan karenah Izz yang sentiasa meragam, tidur malam yang tak lena, tak mahu menyusu, susut berat badan. Isk isk.. pertama kali aku hadapi situasi begini. Kena banyak sabar dan terus bersabar.

Alhamdulillah, tengahari semalam Izz semakin sihat. Sakit mata dan demam dah hilang, dah mahu menyusu (mungkin sakit tekak dan ulser pun dah takde agaknye). Cuma selsema dan batuk2 masih ada. Mudah2an Izz cepat sembuh.

Ada masa aku menulis lagi ye :)

Wednesday, October 28, 2009

Makin Teruk

Sejak Lembaga Tatatertib menguatkuasakan penukaran punch card dari warna kuning ke hijau, aku tengok staf semakin menjadi2 perangainya. Bukannye nak ambil iktibar datang awal ke pejabat. Tapi... makin galak pulak suruh orang lain yang bodoh punch card untuk dorang. Dulu aku pernah tulis, aku paling benci golongan manusia bangang yang suruh orang lain punch card dan golongan manusia bodoh yang punch card orang lain. Eiy bencilah!

Korang rasa patut tak aku mengadu kat Lembaga Tatatertib? Tapi tak ke nanti aku jadi makcik penyibuk? Sibuk2 report kat orang atasan yang ada manusia bodoh sekian2 selalu mengkotak-katikkan punch card tuh. Tapi aku geramlah! Geram tahap ultraman benci kat resaksa jahat! Benciiiiiiiiiiiiiii sangat tau. Aku yang berulang alik dari Jalan Kebun, Klang ni pun boleh sampai ofis sebelum pukul 8, takkanlah korang yang duduk sekitar area Lembah Klang ni tak boleh sampai tepat pada waktunya. Pastu kan... pleaselahhhh.. tolonglah punch card sendiri.

Argh, kalo aku bebel seribu kali kat sini pun tak guna jugak. Korang bukan tau pun. Erm kalau2 ada sesiapa kat bahagian Sumber Manusia kat jabatan aku nih (hye Ina Camar..) yang rasa2 nak sampaikan aduan aku ni kat Lembaga Tatatertib, tolonglah bagitau ye. Tapi aku taknak mention nama sape2, aku harap hamba2 Allah kat Lembaga Tatatertib tu buatlah siasatan ye. Aku tahu, kes ni bukan berlaku kat ofis aku je tapi berlaku kat bahagian2 lain jugak. Entah2 kat Sumber Manusia sendiri pun ada (harap maaf jika ia tidak berlaku, sekadar serkap jarang. Hehe).

Kalau korang taknak menuduh or buat siasatan (kut2 la busy sangat ke) korang handle la 1 ceramah wajib untuk semua staf ni pasal ketelusan. Yelah.. kalo2 dorang tu dah terlupa bab bersih, cekap dan amanah. Ingatkan balik. Kadang2 orang yang dah kerja lama ni, super senior ni.. mungkin otak tu dah berkarat sikit, tu pasal terlupa. Hesh.. mari kita bersihkan kembali otak2 karat mereka ni dan boleh menjadi contoh teladan yang baik untuk generasi muda.

Di manakah keadilan bagi golongan yang datang lewat tapi tidak menipu punch card sehingga dikenakan penukaran kad perakam waktu dari warna kuning ke hijau;

dan golongan yang datang lewat tapi menipu punch card dan tidak dikenakan apa2 tindakan.

Di manakah keadilannya?????????????

Takkan nak tunggu balasan kat akhirat je. Kat dunia pun mesti kena balas jugak. Apatah lagi kalo berkaitan dengan hal2 kerja, berkait rapat dengan markah prestasi, bersangkut-paut dengan kenaikan pangkat dan anjakan gaji. Pleaselah...........

Ada sesiapa boleh tolong calm down aku?


Yang benar,

Aku yang lewat datang kerja 2x bulan ni.

Tuesday, October 27, 2009

Anak Genius & Soleh

Wah.. hebat je tajuk hari ni. Kalau entry tak hebat jangan marah ar. Semalam kan aku cerita yang aku mengantuk gila babas alagapas. Tersengguk2 aku sorang2 kat depan pc. Bos takde, ramai staf takde sebab masing2 busy berkhidmat di Istana Seri Menanti sempena pertabalan YDP Besar N9 tuh. Bayangkanlah ofis yang besar ni hanya tinggal 6 staf je. Sangat buhsan okeh! Nak buat kerja pun jadi tak semangat. Apatah lagi bila ada syaitonirrajim sedap2 bergayut kat kelopak mata aku nih. Tak boleh jadi! Mata yang mengantuk harus disegarkan. Aku pun kemas2 meja, pas remote pintu kat Lin terus berdesup pergi library baca buku. Hahak, baca buku tuh...

Aku memang suka lepak kat library especially bila bos takde. Setengah jam membaca tanpa gangguan pun dah jadi seronok sangat2. Mata yang mengantuk terus jadi segar bila membelek helaian majalah demi majalah. Haha.. aku takdela skema sangat pergi library nak baca buku ilmiah. Apa gunanya majalah berlambak2 library tu beli tiap2 bulan? Majalah kegemaran aku of courselah Anjung Seri dan Impiana. Wah.. dulu2 zaman remaja wajib baca Dara.Com setiap bulan. Bila dah kerja rajin beli Mingguan Wanita. Bila nak jadi ibu wajib beli Pa&Ma dan Mami&Baby. Bila makin gemuk beli Rapi pulak (hahah). Tapi sekarang ehem.. ehem.. majalah deko okeh. Baca je, beli tak mampu sebab mahal. Ikutkan hati nak aje beli majalah Apartment, Seni Hias dan mcm2 lagi tapi sebab harga majalah2 tu agak mahal (nasib baik mahal) so aku tak belilah. Nak ubat dukalara, pergila membaca kat library. Save bajet, ilmu pun dapat!

Dah baca2 then rasa tak tahan pulak sejuk melampau aircond kat library tuh. Isk isk.. kalau slowkan sikit aircond tuh mungkin lebih ramai lagi warga jabatan akan berkunjung ke library. Erm.. ok dah cukup setengah jam kenalah balik ofis semula. Buku apa aku nak pinjam ye? Takkan majalah lagi. Okey.. aku ambik majalah Anjung Seri 1, Impiana 1 and aku round2 tengok buku2 kat rak. Then ternampak 1 buku bertajuk "Petua Melahirkan Anak Genius dan Soleh". Ar.. tajuk macam menarik nih. Belek2 baca sikit, erm memang bestlah. So aku pinjam buku ni semalam, tarikh pulang 26 November nanti. Hoho..

Aku dah baca sikit semalam (bila rasa boring buat kerja & mata dah letih menatap pc). Walaupun tajuk buku ni Petua Melahirkan Anak Genius dan Soleh tapi isi kandungan buku merangkumi keseluruhan cara pendidikan anak sejak dari memilih pasangan hidup sehinggalah ketika membesarkannya pada usia 15-18 tahun. Tak sabar nak habiskan baca. Buku ni takla tebal pun cuma 193 m/s je. Meh iklan sikit pasal buku ni. Buku ni adalah terbitan Darul Nu'man pengarang oleh Urwah Sofri Zain. Harga pasaran buku ni cuma berharga RM10 sahaja (bagus sangat buku berkualiti begini dijual dengan harga yang sangat murah dan boleh dimiliki). Kalau suka boleh jengah di kedai2 buku berhampiran dengan tempat tinggal anda ye. Rajin2 boleh juga buka website Darul Nu'man ni. Ok nanti dah baca & ada info2 menarik nanti aku kongsikan bersama ye.

Da..

Monday, October 26, 2009

Salam Pagi Isnin

Assalamualaikum dan selamat pagi Isnin kawan2. Huargh... mengantuknya aku pagi ni. Pagi tadi ok je tapi lepas breakfast bihun goreng lauk paru terlebih masin baru mata aku jadi mengantuk yang amattttttttttt sangat. Huargh... (menguap lagi, jangan lupa tutup mulut okeh)

Farizal ada kursus di SME Bank sejak Sabtu sampai Selasa ni. Tapi kursus 8 to 5 je. Tapi weekend tetap boring bila Farizal takde kat rumah. Nasib baik Kak Ngah ada plan baik nak ronda2 Banting petang Sabtu aritu. Harusla aku dan Izz ngekor kan. Berjalan dari Jalan Kebun ke Jugra kemudian patah balik ke Banting. Hoho.. seronoknya dapat jalan2 hirup udara baru (walaupun tak berapa segar). Dekat pukul 9 malam baru sampai rumah, kesian Farizal menunggu lama. Heheh, jangan marah ye abah!

Malam tu Kak Ngah sekeluarga tidur kat rumah. Pukul 10 pagi kami gerak ke Rawang pergi rumah Kak Ngah. Pas lunch and lepak2 (baca majalah atas katil) kami gerak ke Tasik Puteri tengok rumah baru Kak Ngah. Auwwww.. Kak Ngah sudah beli rumah sekarang. Alhamdulillah.. bukan bungalow atau semi D, cuma apartment kecik saje. Okla tu kan? Alang2 dah sampai jengah showroom unit sekali. Huhu.. bestnya. Tak lama lagi Izz boleh lepak2 rumah baru Mak Ngah yang ada swimming pool tu tau. Debush! Debush! Nanti kita terjun tiruk ramai2 ye.

Tengah sedap2 menikmati panaroma Tasik Puteri tiba2 Izz yakyak pulak. Adui.. mana nak basuh ni? Dah la showroom unit takde air. Kak Ngah ajak pergi rumah kawan dia Kak Ita dekat2 situ. Sambil bersihkan Izz boleh tengok sekali rumah Kak Ita sekali yang... fuh, hiasan dalamannya yang sangat indah mata memandang. Maklumlah.. kos id saja mencecah lebih 40k. Mana tau kalau2 aku boleh dapat idea untuk deko rumah aku nanti. Apa... 40k? gulp! Telan air liur jelah yang mampu :P

Rumah Kak Ita memang cantik. Keseluruhan warna adalah bertemakan warna biru ilham sang suami. Suami Kak Ita ni kreatif, pandai dia deko rumah. Rumah lengkap dengan built in cabinet, kitchen cabinet, hob & hod, lampu2 dinding, lampu2 gantung (macam2 jenis), bilik anak bujang & anak dara yang sangat kemas dan cantik dan macam2 lagilah. Wah... sukar diungkap dengan kata2. Aku tak bawak kamera so takdela ambil gambar. Hp pun dah lama corrupt, kamera tak boleh guna (kedekut hantar repair :]). Ar.. rumah Kak Ita ni pernah masuk dalam majalah Harmoni tahun 2007 dulu. Glam tuh.. tapi dalam majalah, gambar rumah nampak lebih cantik mungkin sebab teknik lighting. Rumah aku kalau diambil gambar dengan menggunakan lighting yang cantik, adakah.... ok jawapannya adalah TIDAK. Hehe..

Oklah nak samb buat kerja (yang sebenarnya: baca paper). Nanti cerita lagi, da..

*Baru kurang sikit mengantuk, kena tulis blog baru motivasi bertambah ^_^

Friday, October 23, 2009

Jamuan Raya Jabatan 2009

Ini adalah entry terpendam sejak minggu lepas. Tak sempat menyempat nak update cerita. Pagi ni aku curi2 masa sikit untuk update entry pasal Jamuan Raya Jabatan aku aritu. Tengok gambar ajelah ye, malas nak cerita-cerita. Susunan gambar adalah tidak mengikut kronologi majlis, belasah je.


Gambar di atas adalah hiasan backdrop pentas. Dahsyat kan? Jabatan Penerangan ni tak kira acara apa pun, hiasan backdrop memang hebat. Maklumlah, jabatan aku ada 1 division khas yang dipenuhi dengan pereka2 (designer2) berbakat besar. Backdrop adalah hasil kerja Bahagian Komunikasi Visual dan Senireka.


Kelihatan Erin, Lin dan Ruby bertungkus-lumus menyiapkan persiapan terakhir gerai kami - Gerai MKK (Media dan Komunikasi Korporat). Oh ye, gerai kami menghidangkan menu Nasi Dagang, Koktel dan aneka kuih raya. Koktel mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan sampai kena bancuh 2 kali :)

Gerai kolaborasi antara GSPI (Gerak Saraf dan Pengurusan Isu) dan BTM (Bahagian Teknologi Maklumat) yang menghidangkan menu kuih-muih tradisional, aneka kek dan kerepek. Tengok hiasan gerai, ada umph! tak? Selain dari menjamu selera dan merapatkan ukhuwah sesama staf, majlis jamuan raya ini juga turut mengadakan pertandingan gerai tercantik. Setiap bahagian telah diamanahkan untuk membina gerai masing2 mengikut menu yang telah ditetapkan lebih awal dalam mesyuarat (siap bermesyuarat okeh). So bahagian masing2 pun jenuhla bersaing menghias gerai. Gerai sape paling cantik dan menarik. Nak menang hamper besar woh... (dan yang paling penting nak menang sorak! Hehe)


Persiapan demi persiapan. Sangat happening ok! Sehari sebelum dorang dah start angkut kerusi meja & hias gerai. Semangat... Kaum Adam turut tidak terkecuali.


Yezza.. tuan punya blog harus enterprem. Konsep raya tahun ini dan tahun lepas adalah hijau. Tudung hijau, baju hijau, dan eyeshadow harussss hijau. Lihat badan mak Izz yang telah naik beberapa kilogram kerana sangat tawaduk meraikan Syawal :) *Takkan Ramadhan je kena tawaduk..


Kaum kerabat sedang enak menjamu selera. Satay adalah menu gerai bahagian KPK (Khidmat Pengurusan dan Kewangan). Untuk mengelakkan ada kaum kerabat yang tidak dapat menikmati hidangan satay kerana telah habis (satay adalah menu paling popular dan paling cepat habis dalam mana2 jamuan sekalipun) maka bahagian KPK telah mengambil langkah bijak iaitu seorang staf hanya layak mendapat 5 cucuk satay sahaja (ini untuk golongan bukan VIP) Golongan VIP yang dapat duduk di meja bulat tu aku tak tau. Erm.. 5 cucuk pun kira ok aper. Kenyang gilos dah tu. Satay adalah satay ayam, daging dan perut. Nyum.. nyum..


The crowd! See.. very crowded. Inilah Dewan Bestari tempat kami berhimpun time Perhimpunan Bulanan or ada acara2 rasmi. Time jamuan raya ni je penuh sesak u ols, selalu sunyi sepi je. Especially time ceramah agama. Banyak benor kerusi kosong. Yang ni mak Izz malas nak komen ok :P


Tak lupa persembahan nyanyian dari artis PENTARAMA (artis berjadual yang sign kontrak dengan Jabatan Penerangan) Dorang ni menyanyi untuk acara-acara rasmi kerajaan. Makan gaji bulan2. Macam kerja kerajaan juga cuma statusnya kontrak. Sedap ke tak suara dorang? Okeylah... ada sedap, ada suam2 kuku. Yang pasti, tetap menghiburkan... Nampak kat tepi depan pentas tu? Iye, itulah hamper yang dinanti2.

Okey deretan bekas2 comel berbalut renda2 biru dan purple ni adalah aneka kuih raya di gerai kami. Bekas kuih raya sponsored (dipinjamkan) oleh Kak Nurul. Kuih2 dalam tu masing2 bawak. Luak la juga sikit2.


Inilah Koktel yang aku cerita kat atas tadi. Dapat sambutan yang sangat argh... dahsyat u ols. Resepi oleh Kak Nurul juga (our chef merangkap peniagawati berjaya).


Yang ini pulak adalah gerai minuman hidangan bahagian KPK. Ada air oren, air masak (penting ni tau) dan paling besh ABC ma... ayaq batu campoq! Tapi aku tak pekena pun ABC ni. Sebab tahu hidung jenis tak tahan minuman sejuk, cepat selsema (srettttt.. sambil menyedut sesuatu yang baru keluar daripada hidung)


Menu kek-kek dan kuih-muih. Owh dahsyat.... (sambil mengira2 kalori)

Cantik mulus je kek ni kan. Kek ni adalah hidangan bahagian PDN (Penerbitan Dasar Negara), sumbangan KLCC. Aku tak merasa pun kek ni sebab aku dah naik pejabat sebelum sempat dorang potong. Tak apelah, kurang sikit tepek2 lemak kat perut nih.

Okey tu jelah gambar yang sempat diambil. Majlis panjang lagi tapi sebab bateri kamera dah kong tak dapatlah snappy2 lagi. Kesimpulannya jamuan raya tahun ni tetap best seperti tahun2 terdahulu. Bagus juga jabatan buat sekaligus macam ni jamuan raya, kira takla perut aku padat hari2 dok mengisi makanan je :) Oh ye, keputusan gerai tercantik adalah jatuh kepada....... Bahagian PDN yang menghidangkan kek seketoi tadi dan mi kari yang super lazat. Aku takde pulak amik gambar gerai dorang, heheh. Honest aku cakap, gerai bahagian aku lagi cantik (sedikit perasan) tapi tak menang sebab takde konsep. Gerai PDN ni berkonsepkan 1 Malaysia, jadi bahagian doranglah yang dapat menjulang hamper pujaan qalbu itew.. dan paling best dapat menang sorak.. yahoo!! (untuk warga PDN).

Sekian sahaja entry bergambar Jamuan Raya Jabatan 2009 kali ini, jumpa lagi tahun depan (kalau aku masih di sini la, rasa macam nak tukar tempat kerja je..)

Ok chow!

Thursday, October 22, 2009

Birthday Cake

Sebelum pulang mari tulis 1 entry dulu. Ni kes nak kejar 5 entry yang sudah tertinggal (merujuk kepada misi 1 bulan 30 entry). Okeh, sebelum2 ni asik entry cerita je tanpa gambar. Dahle aku cerita panjang lebar. Mesti ramai menyampah baca cerita aku kan. This time entry bergambar pulak.

Seperti yang aku war-war dalam blog ni, 27 September lepas adalah birthday aku. Dan beberapa hari selepas tu adalah birthday Acik. Maka, aku sekaliguskan lah entry birthday cake aku dan Acik ye. Hehe..

Last year aku dan Farizal tak celebrate birthday (even beli kek pun tak). Yelah masa tu aku tengah mabuk kepayang. Bulan puasa lak tu. Tak koser la kan nak beli kek ke bagai. Farizal pun takde belikan aku hadiah apa2 (tak romantik dia nih). Tapi adalah dia bagi aku duit sikit suruh beli cincin. Tapi sampai ke sudah aku tak beli cincin (sebab kena tambah duit sendiri untuk beli cincin yang aku berkenan). Last2 duit tu aku guna untuk kegunaan harian, buat beli apa tah aku pun tak ingat (masa ni pulak aku jadi tak romantik, heheh!).

This year entah apa mimpi Farizal, dia belikan aku kek. Memang sangat surprise sebab otw balik kerja dia tak cerita apa2 pun pasal birthday aku. Masa dah sampai rumah, boleh pulak aku rileks2 je tak bukak peti ais. Pas maghrib tu baru rasa macam nak minum air, baru bukak peti dan... owh ada kek harijadi! (Terus aku tersipu2 malu ibarat seorang gadis yang baru dirisik). Bawak keluar kek dan apa lagi.. kasi potong2la itu kek dan makan.

Oleh sebab dah berjanji kali ni adalah entry bergambar. Meh tengok aksi Izz dengan birthday cake aku yang belum dikendurikan lagi.



Izz Haris teruja melihat kek yang ada lilin nan sebatang (sambil menggerakkan walkernya perlahan2 ke arah kek)



Serangan bermula. Izz mula menghulurkan tangan untuk mencapai kek. Abah cuba sedaya upaya untuk menghalang Izz.



Percubaan hampir berjaya. Izz sudah semakin hampir...



Wah Izz cuba menggunakan senjata. Hiyark! Hiyark! "Don't play2 with me" Kata Izz Haris dengan penuh garang.



Eh macam best pulak senjata nih. Erm.. No more cake. I want this!



Mak.. jaga2 tahun depan. Birthday mak next year umur Izz dah 1 tahun 6 bulan. Dapat ke mak dan abah selamatkan kek lagi? Watch out!!!

Itulah gelagat Izz bila nampak kek. Dia teruja dengan lilin tu sebenarnya. Budak2 kan. Of course lah suka dengan benda2 pelik yang dia jarang nampak. Last2 memang tangan Izz sempat juga menjangkau tepi kek. Huhu.. 1 hal pulak nak kena cuci tangan Izz. Pastu nyum..nyum.. (abah, mak dan Acik terus jamah kek takut insiden kek terlangkup pulak).

Masa birthday Acik aritu aku tekad takmo beli kek sebiji. Beli slice2 udahler. Lagipun yang nak makan cuma 3 orang. Aku memang dah lama nak makan kek2 ni. Huhu.. layan..



Mango Delight dan Chocolate Indulgence. Wow... very yummy sampai menjilat kotak :) Pasni nak beli lagi lah perisa lain pulak (walaupun bukan birthday sape2) Hehehe...

Masih Sempatkah?

Masih sempatkah mengejar beberapa entry lagi untuk mencapai misi 1 bulan 30 entry? Hehe.. tak tahulah sempat ke tak. Takpe, kalau tak sempat pun aku boleh terus berusaha pada bulan2 yang akan datang. Mana nak sempat, harapkan online di ofis aje. Kat rumah bukannya ada internet. Nak pasang pun rasa macam.. nanti dululah. Bukannya penting sangat internet ni kalau pasang kat rumah pun. Maklumlah aku bukannye ada bisnes atas talian. Eh tapi mana tau, kut2 pasni boleh mencuba ke.. Memang dah lama aku dok pikir2 camnela nak cari duit lebih. Nak buat OT pun dah tak sesuai sekarang. Kesian la dengan Izz kat rumah tu. Dahle gelap subuh sapi'e aku kuar umah, dah nak gelap (maghrib) pulak baru aku sampai rumah. Kalau buat OT tah pukul berapa baru aku dapat jumpa & spent masa dengan dia. Kesiannnn Izz. Lagipun internet ni kalau ada kat rumah hanya boleh guna waktu leisure je. Orang tak berdisiplin macam aku ni bahaya. Buatnya aku tukar bertenet tu jadi priority, tak ke bahaya? Woho.. jangan buat pasal. Baik aku online dari ofis saje. Jimat pun jimat (blurgh..).


Oleh sebab mood dah semakin baik (memikirkan profit yang bakal masuk ke dalam kocek walaupun sedikit), aku nak cerita sikitlah pasal pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan yang aku pergi aritu. Aku masuk ofis dulu punch card seperti biasa then breakfast. Nak attend majlis kena alas perut dulu. Aku tak suka biarkan perut lapar sampai ke tengahari, nanti mood tak berapa baik. Then buat kerja sikit, jam 8.30 pagi baru aku gerak ke Menara DBKL, Jalan Raja Laut. Event tu berlangsung di Auditorium DBKL, dekat aje dengan bangunan ofis aku ni. Sebab aku rasa macam dekat, aku decide nak pergi sendiri aje naik tren then jalan kaki sikit about 10 min dah sampai. Kalau rasa2 dekat dan mudah (ada public transport) aku prefer pergi mana2 event kerja sendirian berhad aje. Lainlah kalau jauh beratus batu or tempat tu takde/susah public transport haruslah minta kereta jabatan kan. Bukan ape, selagi boleh memudahkan orang, kita mudahkan. Lagipun bagus juga eksesais ni. Alah.. apa la sangat kan? (sebab aku memang hari2 turun naik LRT, so xde masalah nak naik public trans) Hehe.. Dengan Lin2 pun kami naik tren dan jalan kaki saje. Syabas ibu mengandung! (kalau sihat dan larat, toksah mengada2 kata tak boleh berjalan kaki sikit walaupun mengandung. Bukan nak jalan laju2 challenge Yu Fang dalam pertandingan lumba jalan kaki, ketwok pelan2 sudahla.. yang penting sampai ke destinasi dengan selamat) -> Ini adalah pesanan penaja.

Sampai je terus masuk dalam bangunan. Wah.. syiok meh sebab ada red carpet (aku tahu red carpet tu bukan untuk aku of course) So aku tak pijak pun (jaga kebersihannya untuk dipijak oleh Menteri nanti) Oh sila tahu, VIP yang merasmikan majlis pelancaran tempoh hari adalah Menteri Wilayah Persekutuan, YB Dato' Raja Nong Chik (kecik molek aje orangnye). Masa kat lobi Menara DBKL, ada la beberapa booth yang baru nak dibuka. Ada booth Dewan Bahasa dan Pustaka (salah satu penganjur) yang menjual bermacam2 jenis buku. Oleh sebab dalam wallet cuma ada beberapa hinggit saje tak dapekla menyambar 1 buku pun. Frust2! Pastu aku ke sebelah kanan, tengok map lokasi STAR dan PUTRA LRT laluan baru. Woh.. aku dan Lin sangat teruja. Bagi kami yang tinggal jauh2 ni (Lin di Shah Alam, aku di Jalan Kebun) berita tentang laluan baru LRT adalah sangat menggumbirakan. Tengok2la sambil cerita2 dengan Lin yang kununnya rumah aku di sinun... (padahal tak masuk pun dalam peta tu) Heheheh!

Lebih kurang 10 minit kat lobi, kami pun naik atas. Actually kami start naik atas ke auditorium selepas muzik gamelan dimainkan. Wow memang tersangat best. Aku sangat suka muzik gamelan ni. Aku selalu berangan yang aku jadi salah seorang dari pemuzik kat situ. Mesti hebat kan kalau aku duduk bersimpuh tersenyum ayu sambil jari jemari yang halus dan runcing (jari botok2 sebenarnya) memukul setiap .... (eh apa nama alat muzik gamelan tu? Tiba2 terlupa pulak). Oh sungguh ayu! Tapi mesti tersangat sukar apabila aku terpaksa menukar gaya bersimpuh setiap 10 minit sebab sebelah kaki yang terhimpit telah cramp. Ye, kaki aku memang mudah cramp! Dulu2 masa sekolah rendah masuk dikir barat wakil sekolah lawan sampai peringkat negeri bila kaki cramp, owh.. tersangatlah bencinya! *nak berlagak cerita pernah masuk dikir barat :)

Okey dah teringat, alat muzik gamelan di atas yang terlupa tadi adalah 'canang'. Ok dah masuk auditorium terus tak suka dengan lampu di situ. Cahaya lampu adalah berwarna kuning-kekuningan (memang membuai mata untuk jadi mengantok). Aku risau sangat kalau2 tertidur dalam auditorium (memang tertidur pun). Masuk dalam auditorium dalam pukul 9.15 pagi, sebelum tunggu kedatangan Menteri pada pukul 10.00 pagi, maka adalah persembahan sikit dari DBKL. Ada live band yang dianggotai oleh warga belia (40 thn ke atas, hehe. Tapi aku perasan ada sorang anak muda kat situ... haizzz.. kagum2) Macam2 alat muzik ada seperti trompet, seksafon (betul ke eja ni?), trombon (betul kah?), keyboard, drum of course, gitar (bukan gitar kapok ok) seruling (besi) dan macam2 lagilah yang aku tak tahu nama alat muzik tu. Memang sangat teruja! And pasukan koir DBKL yang menghiburkan kami dengan lagu2 melayu, English, hindustan dan cina (yang sangat fofular dalam irama koir). Best woh... i likeeeeeeeee!!! *Sangat susah untuk kontrol diri daripada goyang2kan kaki dan kepala. Aku sangat argh.... (gila muzik barangkali!) Mak Izz... ingat! Ini event kerajaan, jangan over! "Ok2, aku muhasabah diri" sambil tertunduk lemah.

Then Menteri pun sampai. Waduh2 diiringi oleh gadis2 yang cun melecun (kerana makeup tebal 3 inci plus bulu mata pelesu melentik tebal macam bulu mata gajah). Siap bersirih2 junjung occay! Then adalah ucapan2. Yang aku ingat ucapan oleh KP DBKL, ucapan oleh KSU Kem Wilayah, then ucapan Menteri sendiri. Aku tak ingat apa butir ucapan sebab aku zzzzzzzzzzzzzzzzzz... (ngorok adalah terbaek). TIBA2!!! Tiba2 adalah gimik pelancaran. Yes, masa ni aku cuba buka mata aku luas2. Nak tengok gimik la kan. Best ke tak. Nanti orang tanya, melopong pulak taktahu nak jawab. Ok, gimik pun best sebab Menteri telah diminta untuk melengkapkan teks dalam tulisan jawi yang berbunyi "Bahasa Jiwa Bangsa". Bagus kan? Aku suka sebab dorang guna tulisan jawi (di mana adalah tulisan dalam peradaban melayu dulu2. Bukan senang nak cari orang zaman sekarang yang masih pandai baca tulisan jawi) Setel pelancaran apa lagi.. mestilah persembahan kesenian oleh warga DBKL.

Okey masa ni mestilah mata aku dah tak mengantuk lagi. Persembahan kesenian dorang adalah tarian yang berkonsepkan 1 Malaysia. Ala.. gi mana2 pun sekarang sume pun konsep 1 Malaysia. Sebagai warga Malaysia, sokong jangan tak sokong k! Dah seronok tengok show dorang yang berwarna-warni maka tamatlah majlis pelancaran bulan bahasa. Majlis pelancaran je yang tamat, bulan bahasa tak tamat okeh. Baru je nak bermula. So janganlah malu2 untuk berbahasa Melayu sepanjang masa (terutama dengan orang Melayu) walaupun korang tu 100% fasih berbahasa Inggeris. Bukan apa.. sape lagi nak berbahasa Melayu, yang nak berbangga dengan bahasa Melayu kita ni kalau bukan kita orang Melayu. Sedangkan orang Cina dan orang India pun boleh berbahasa Melayu bila berbual sesama dorang, inikan pulak kita orang Melayu. Okey2 aku mengaku, lebih ramai yang prefer berbahasa Inggeris bila berbual (yelah, nak mantapkan bahasa Inggeris la katakan). Aku pun setuju kalau orang Melayu dan orang bangsa bukan Melayu nak berbual dalam bahasa antarabangsa tu (sebab nak mantapkan English). Tapi kalau sesama Melayu pleaseeee lah.. (cewah please tu kan bahasa Inggeris, hehe) tolong cakap bahasa Melayu ok. Ajar anak2 tu peribahasa dan simpulan bahasa. Ajar anak2 tu tulisan jawi. Ajar anak2 tu mengaji, eh eh ok dah keluar tajuk. Hoish.... penatnya makcik membebel.

Okey dah nak abis waktu rehat pun. Dipendekkan cite, majlis tamat jam 12.00 t/hari. Ada makan2 sikit (menu bihun sup, nasi impit, lemang, rendang etc) then terus balik ofis. Haha.. percaya ke balik ofis terus? Tak ye. Oleh sebab dah dekat waktu rehat, kalau aku balik terus ke ofis pun mesti sampai ofis pukul 2 petang. Nehi kabi nehi, aku dan Lin singgah Sogo beli present untuk Shahrir (ofismet yang akan bertukar ke Imigresen tak lama lagi) then singgah Avon (beli barang2 penjagaan kulit untuk aku, tapi terbeli eyeshadow dan eyeliner sekali). Tak lupa singgah Maju Junction untuk beli Wafito Waffle (penampung perut takut2 lapar petang nanti) dan beli paper bag untuk Shahrir (isi hadiah dia dalam paper bag tu). Puas puas puas hati sangat2! Puas hati sebab dapat gumbirakan hati tengok show hebat kat auditorium dan puas hati sebab dapat pencuci muka Anew yang harga asal RM42.90 tapi lepas sale hanya RM10.90 saja. Beshhhh!

Sekian, terima kasih.

Selsema, Sakit Tekak & Batuk

Semalam aku EL, tak berapa sihat. Hidung selsema teruk tak henti2 berhingus. Sakit tekak plus batuk2 sekali. Kalau batuk tu siap berkahak2. Iey.. geli je korang baca kan. Aku yang menghadap ni lagilah seksa dan sengsara. Tapi aku sabar je, masih lagi bertahan datang ke pejabat Isnin dan Selasa, tapi semalam aku dah tak larat sangat. Selasa malam tu Farizal pulak sakit perut kronik, siap muntah2 terbelahak. Tengah malam raba dahi dia, demam pulak. Isk isk.. aku tak sihat, suami pun tak sihat. Nasib baik la selsema Izz dah kurang & dia pun tak meragam sangat kebelakangan ni.

So semalam aku duduk di rumah aje. Tak pergi klinik pun sebab ubat klinik masih berlambak lagi kat rumah. Makan ubat yang ada je. Rasa la lega sikit. Tapi tulah, beza duduk di rumah dan datang ofis ni sebab kat rumah tu selsema teruk macam mana sekalipun cuaca tak sejuk dengan aircond. Kira selsema tu jadi kurang. Tapi kat ofis ni, sejuk bukan main. Manala tak semakin teruk dan teruk selsema nih. Hesh... entah bila mau baik. Sabar jelah banyak2. Farizal semalam dapat mc tapi dia kerja half day, kul 1 baru sampai rumah. Kesian kami, badan tak sihat tapi sebab kerja banyak kena jugak pergi kerja :(

Nak kerja pun takde feel. Tapi terpaksa juga datang kerja. Mana boleh cuti hari2, kerja banyak. Atas meja aku ni bersepah2 kerja menimbun. Bilik kat ofis ni pun sangatlah bersepahnya. Argh.. tensionnya kerja macam ni. Nak jawab panggilan telefon pun tak best. Suara rock. Bila hidung tersumbat mulalah sengau semacam. Kena ulang 2-3 kali pulak bila bercakap sebab orang tak faham. Iey benciiiiiiiiii...

Aku tak suka berada dalam mood yang tak baik. Nanti orang suruh aku buat apa2, mulalah muka aku masam je. Bukan niat tak suka dorang suruh2, tapi memang tak boleh nak senyum sebab hati rasa bengkek. Bengkek sebab hidung tak selesa, tersumbat dan berhingus. Dada lak rasa pedih je macam terbakar. Bila batuk mulalah aku rasa pedih giler kat tekak. Argh... sangat tak suka!

Okey2 aku tak boleh merungut lagi. Lagi banyak aku merungut, lagi bertambah dosa aku. Yelah, penyakit ni kan Allah yang bagi. Kenapa aku nak merungut bila Allah bagi aku penyakit. Patut aku bersyukur yang Allah masih sayangkan aku. Bagi peringatan kat aku yang waktu sihat lawannya sakit. Padanlah muka dengan aku yang mungkin ada buat salah dan silap kat mana2 ni. Huhu.. yolah2 aku mengaku memang aku ada buat salah. Jadi memang dah jadi kewajipan aku untuk bersabar di atas segala dugaanNya.

Ok dahla tu, aku nak sambung buat kerja plus nak kemas bilik sekali. Nak update blog cerita macam2 pun takde mood, nanti mood baik dah datang aku update ye. Entry terpendam ke.. entry basi ke.. kalau aku dah update tu.. korang terpaksalah baca jugak kan?

K daa.. Adios melangkos! (tiru trademark orang)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!