Monday, October 26, 2009

Salam Pagi Isnin

Assalamualaikum dan selamat pagi Isnin kawan2. Huargh... mengantuknya aku pagi ni. Pagi tadi ok je tapi lepas breakfast bihun goreng lauk paru terlebih masin baru mata aku jadi mengantuk yang amattttttttttt sangat. Huargh... (menguap lagi, jangan lupa tutup mulut okeh)

Farizal ada kursus di SME Bank sejak Sabtu sampai Selasa ni. Tapi kursus 8 to 5 je. Tapi weekend tetap boring bila Farizal takde kat rumah. Nasib baik Kak Ngah ada plan baik nak ronda2 Banting petang Sabtu aritu. Harusla aku dan Izz ngekor kan. Berjalan dari Jalan Kebun ke Jugra kemudian patah balik ke Banting. Hoho.. seronoknya dapat jalan2 hirup udara baru (walaupun tak berapa segar). Dekat pukul 9 malam baru sampai rumah, kesian Farizal menunggu lama. Heheh, jangan marah ye abah!

Malam tu Kak Ngah sekeluarga tidur kat rumah. Pukul 10 pagi kami gerak ke Rawang pergi rumah Kak Ngah. Pas lunch and lepak2 (baca majalah atas katil) kami gerak ke Tasik Puteri tengok rumah baru Kak Ngah. Auwwww.. Kak Ngah sudah beli rumah sekarang. Alhamdulillah.. bukan bungalow atau semi D, cuma apartment kecik saje. Okla tu kan? Alang2 dah sampai jengah showroom unit sekali. Huhu.. bestnya. Tak lama lagi Izz boleh lepak2 rumah baru Mak Ngah yang ada swimming pool tu tau. Debush! Debush! Nanti kita terjun tiruk ramai2 ye.

Tengah sedap2 menikmati panaroma Tasik Puteri tiba2 Izz yakyak pulak. Adui.. mana nak basuh ni? Dah la showroom unit takde air. Kak Ngah ajak pergi rumah kawan dia Kak Ita dekat2 situ. Sambil bersihkan Izz boleh tengok sekali rumah Kak Ita sekali yang... fuh, hiasan dalamannya yang sangat indah mata memandang. Maklumlah.. kos id saja mencecah lebih 40k. Mana tau kalau2 aku boleh dapat idea untuk deko rumah aku nanti. Apa... 40k? gulp! Telan air liur jelah yang mampu :P

Rumah Kak Ita memang cantik. Keseluruhan warna adalah bertemakan warna biru ilham sang suami. Suami Kak Ita ni kreatif, pandai dia deko rumah. Rumah lengkap dengan built in cabinet, kitchen cabinet, hob & hod, lampu2 dinding, lampu2 gantung (macam2 jenis), bilik anak bujang & anak dara yang sangat kemas dan cantik dan macam2 lagilah. Wah... sukar diungkap dengan kata2. Aku tak bawak kamera so takdela ambil gambar. Hp pun dah lama corrupt, kamera tak boleh guna (kedekut hantar repair :]). Ar.. rumah Kak Ita ni pernah masuk dalam majalah Harmoni tahun 2007 dulu. Glam tuh.. tapi dalam majalah, gambar rumah nampak lebih cantik mungkin sebab teknik lighting. Rumah aku kalau diambil gambar dengan menggunakan lighting yang cantik, adakah.... ok jawapannya adalah TIDAK. Hehe..

Oklah nak samb buat kerja (yang sebenarnya: baca paper). Nanti cerita lagi, da..

*Baru kurang sikit mengantuk, kena tulis blog baru motivasi bertambah ^_^

4 comments:

Nur Irfan Juezrie said...

wah2.. very the alasan kan? konon2 kena tulis blog, baru tak ngantuk.. hehhee

Eyra said...

heYY ade kekosongan lagi utk kelas makeup di KL 7/11 & S'REMBN 15/11, 6/12 K.TGANU call 016-2128740 utk register!!! tempat terhad. cepat!

http://www.eyrarizal.com

Mak Izz said...

ju - btl la ju.. bila tulis blog tu barulah mata kurang mengantuk. hehe..

eyra - thanks for d info. interested but cannot make it. bz dgn anak (kunun2)

Khalid said...

Ari tu kata nak crita pasal banting dlm blog. Lupa k @ mgantuk malas nak crita. Jgn lupa kan kolam ikan yg izz suka 2 & jgn lupa pd ayam yg izz takut 2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!