Friday, August 28, 2009

Macam Nak Beli Benda Ni

Sejak 2, 3 menjak ni Izz selalu kebasahan pada waktu malam. Means pampersnya bocor. Bukan bocor kerana ditebuk tupai (ahaks) tapi bocor di tepi kiri kanan dan belakang pampersnya. Maklumlah, Izz sudah semakin besar jadi pee dia sudah semakin banyak dan Izz sendiri sudah semakin lasak. Bila gerak lasak sangat, pampers yang elok terletak pada tempatnya sudah beralih kedudukan. Selalunya terlorot ke bawah. Sebab tu selalu bocor pada belakang pampers. Haishhh... masalah betol.

Bila pampers Izz dah bocor, mulala dia rasa tak selesa, tidur pun tak lena. Mula lah hek.. hek.. ar... kadang2 jadi baran je kita nih. Tapi tak pernah baran lagi taw! (ahaks). Yelah, mana budak tu nak tido lena? Dah seluar & bajunya basah. Cuba bayangkan diri kita sendiri ni tengah sedap2 tido (airliur meleleh) tiba2 je kita rasa seram sejuk.. seram sejuk.. Bukan seram sejuk sebab ada makhluk lain dok menumpang tido sama tapi sebab sudah kebasahan... kalo air biasa takpe gak. Ini air shingshing (harusla melekit dan hancing kan) huhu. *tapi pee Izz belum melekit & hancing lagi. Besar2 esok tak tau ler. So kesian sangat dengan Izz kan.

Mula2 dulu aku guna pampers Drypers. Hem Drypers tidak berjaya menahan kebocoran untuk Izz. Walaupun aku salin pampers Izz jam 12am dan salin 6am berikutnye, kompom2 dah basah. Adoi.. kesian anak mak. So aku tukar pakai Huggies Comfort Dry (kaler merah tu) kadang2 ok kadang2 basah. Erm macam mana nak buat ni ye? Pampers ni bukan calang2 harga dia (walaupun belum beat lagi harga Mamy Poko yang aku tak mampu nak beli tuh, hehe) tapi.. still bocor jugak. Erm.. camne nak buat ye?

Aku try guna Drypantz. Yezza.. berjaya. Tapi cost Drypantz dah RM20 ++ untuk size M24. Sebulan ada 30 hari. Erm, tak boleh jadi ni. Huggies pakai siang lagi.. Drypantz pakai malam lagi.. erm cannot2. Ni baru anak sorang. Anak 2, 3 nanti camno? (wah banyaknye anak aku nanti) Sesuatu harus dilakukan!

Maka pencarian pun bermula. Surfing2.. Looking2.. Bloghopping2..

Aku rasa macam nak beli benda ni lah.


CLOTH DIAPER a.k.a LAMPIN KAIN MODEN


Apa benda ni ek? Mana yang dah tau, angguk kepala sekarang. Aku cakap angguk! Hehe.. (Gurau senda je weh) Ar... mana yang belum tau tu, korang boleh baca kat sini, sini dan sini. *sekadar menyebut beberapa website.

*Nak beli ke idok ye?

Thursday, August 27, 2009

Mari Bertadarus

Jumaat lepas, Kak Rozaini roger aku.

"Ji, nak join tadarus tak?"

Tadarus? Bunyi macam menarik. Rugi kalau lepaskan peluang nih. Aku tak pernah join tadarus di ofis. Seronoknye kalau dapat mengaji dengan kawan2 sepejabat kan? Ar.. tak payah pikir panjang2.

"Boleh jugak. Bila & macam mana nak join?"

"Cepat call CC Jannah. Nanti CC explain"

"Ok!"



Maka...


Sejak Isnin lepas aku dah start bertadarus dengan group aku (CC Rosminah & Cik Yati) Dua2 otai besar Jabatan (aku lak otai kecik berbadan besar, ahaks!) 1 group ada 3 orang dan setiap group diberi 3 juzuk untuk dihabiskan pada bulan Ramadhan ni. Kumpulan lain (dari setiap bahagian) pun dapat juzuk mereka masing2. Beramai2la kami mengaji di bulan Ramadhan ni di surau bahagian masing2. Alhamdulillah...

Hari Isnin kami bertiga pulun baca juzuk 20 sampai abes (group aku dapat juzuk 20, 23 dan 26). Hari Selasa baca separuh juzuk 23. Hari Rabu sambung juzuk 23 sampai 24. Hari ni setelkan juzuk 24. Esok dan minggu depan insyaAllah baca juzuk 26 sampai selesai. Pas tu, blh join group lain pulak bertadarus beramai2. Meriah!

Untuk pengetahuan semua, ni 1st time aku join tadarus dengan orang luar. Sebelum ni pernah la buat dengan adik-beradik di rumah tapi tu pun masa sekolah2 dulu. Dah besar sket bukan senang nak berkumpul. Dah kawen & ada anak kecik ni lagi la. Mengaji sorang2 ajelah kat umh. Sambil ngaji sambil enjut anak dalam buai. Hiks!

Erm... apa perasaan aku pertama kali bertadarus dengan orang luar ni ye?

Ya, aku dapat rasa ada kupu-kupu yang sedang terbang dalam perut aku (yang kiut ini)!

Aku sangat suspens dan berdebar2. Macam mana bacaan kita diperdengarkan pada orang ramai. Bagaimana kalau tersalah baca, tersilap hukum. Malu rasanya. Malu!

JANGAN MALU KAWAN2. Kesalahan dan kesilapan dalam pembacaan cepat2 kawan kita akan betulkan. Itu bagusnye tadarus! Ada orang yang saling menunjuk ajar.

Suspens dan berdebar2 hanya mula2 aje. Hari pertama, suara macam keluar tak keluar. Siap ada vibrate2 lagi (suara menggeletar) Ahaks! Over kan aku. Macam nak masuk pertandingan musabaqah je. Tapi alhamdulillah, hari kedua je dah ok dan semakin ok.. dan konfiden untuk hari seterusnya :)

*Tak lama lagi ada khatam Quran di Angkasapuri (join dengan orang2 Kementerian). Aku harap dapat join. First time ni nak khatam dengan rakan2 sepejabat. Teruja!!!

Wednesday, August 26, 2009

Izz Checkup 5 Bulan

Tadi aku baca blog kawan aku Seri. Tajuk entry dia semalam "eii cendawan tumbuh..." buat aku ketawa terbahak2. Korang nak tahu, kejap lagi aku cerita. Baca dulu kisah ni.

Petang semalam aku bawak Izz checkup untuk umur 5 bulan. Padahal Ahad depan Izz dah masuk 6 bulan pun. Lambat benor kan. Nak buat macam mana, dah klinik bagi tarikh lambat kita ikut jelah. Pergi klinik petang2 ni seronok sebab takde orang. Buat pertama kalinya Farizal ikut sama ke klinik. Yelah, sebelum2 ni aku bawak Izz checkup waktu pagi. Waktu pagi ni, klinik penuh macam tin sardin. Jadi tak perlulah Farizal nak menyibuk sama. Kaum bapa memang DILARANG KERAS menunggu di dalam klinik. Kalau nak tunggu isteri, tunggu di luar (ada bangku disediakan untuk kaum bapa). Kalau taknak menunggu di situ berpanas2, tunggula dalam kereta ye. Yang penting jangan menyemak dalam klinik sebab klinik sangatla kecik, penuh sesak dengan kaum ibu & kanak2. Untuk tidak merimaskan suasana dan menyempitkan lagi keadaan elokla kaum bapa tunggu di luar saja ye.

Oleh sebab petang tak ramai orang (semalam masa aku sampai cuma ada 2 pasang parents dengan bayi masing2 sedang menunggu). Masa nurse timbang & ukur Izz, Farizal belum sampai lagi, sibuk cari parking. Dah habis ukur baru Farizal sampai. Izz punyela menjerit2 marah bila nurse tu nak ukur lilit kepala & dada dia. Dia tenung tajammmm je kat nurse tu. Mentang2la nurse tu bangsa India. Amboi... racist ke Izz Haris? Tak baik tau! Berat Izz tak naik banyak bulan ni. Bulan lepas berat Izz 6.9kg tapi semalam 7.1kg (naik 200gram). Ukut lilit kepala pulak 40.5 cm (naik 0.5cm) dan ukur lilit dada 41cm (naik 1cm). Panjang Izz dah 65cm (naik 2cm). Huhu.. anak mak dah semakin besar.

Masa jumpa nurse (nurse semalam lelaki, Najmi nama dia), Izz diam je. Nasib baik dia tak mengamuk. Dah abes check semua, tunggu turn untuk cucuk pulak. Nurse Najmi juga yang akan cucuk Izz. Izz punyalah marah bila nurse Najmi suruh baring ikut posisi breastfeed (Izz memang trauma baring posisi ni). Kaki pulak terajang2 tak kasi kita pegang. Geram betul! (dalam geram tu rasa kesian jugak) Masa Izz checkup umur 2 bulan, nurse Najmi juga yang cucuk. Memang Izz meronta2 dan menangis time tu. Tapi masa nurse2 lain (perempuan) cucuk masa Izz umur sebulan & 3 bulan, Izz ok je. Duduk diam, tak meronta & tak menangis langsung selepas cucuk. Hem, mungkin nurse lelaki cucuk kasar tak lembut macam nurse perempuan kut. Mungkinlah kut.. cuma Izz aje yang tau.

Pas cucuk Izz menangis sekuat ati, uwaaa... nape nangis ni? (jangan nangis Izz, malu mak. Izz kan boy. Ekekek!) Pujuk2 baru diam. Balik tu nurse bekalkan ubat demam. Masuk je dalam kereta Izz terus lena. Owh mengantuk sangat rupanye anak mak ni. Sampai rumah masukkan Izz dalam buai, tak sempat bagi ubat. Izz terjaga pukul 7 malam baru bagi ubat. Izz ni bukan senang nak makan ubat (mak cakap sama macam aku kecik2 dulu, sua ubat je muntah). Masuk je separuh, abis Izz muntahkan semua. Dengan susu yang dia minum sebelum tu pun dia muntahkan sekali. Huhu.. sabar jelah. Izz ikut perangai mak ye... harussss bersabar banyak2 kan (hehe).

Tadi call Acik, tanya macam Izz hari ni. Acik bagitau badan Izz dedar2 sket. Aku suruh Acik tukarkan baju Izz pakai singlet berlubang & lapkan badan Izz dengan towel basah. Takut juga kalau2 dia demam. Acik check suhu around 36.5 darjah. Tak demam cuma dedar2. Huhu.. risau. Harap2 Izz ok dah petang ni. Kalau tak ok gak, harus aku EL esok (alasan takmo g kerja, huhu)

So next checkup 29 September nanti. Seminggu selepas raya. Agak2 nurse jamu kuih raya tak nanti? (Hahak, melampau la tu...) Harap2 Izz tak menangis masa nurse cucuk nanti.

Berbalik kepada entry "eii cendawan tumbuh.." oleh kawan aku Seri yang buat aku ketawa terbahak2 tadi. Bukannye apa, aku memang mati2 ingat Seri tulis entry pasal cendawan. Dah jadi tokei cendawan ke minah ni? Rupa2nye pasal topi anak dia si Aryan tu. Hikhik.. lawak sungguh! Btw aku tambah ketawa sebab aku teringat yang Izz pun ada topi yang lebih kurang sama macam topi cendawan Aryan tu. Tapi kami tak panggil topi tu topi cendawan, kami panggil topi labu-labi. Hahak.. cobak tengok gambar kat bawah. Ada persamaan tak?


Topi cendawan Aryan kaler putih.


Cendawan betul kaler merah.


Izz memakai topi labu-labi (masa ni Izz umur 9 minggu) *sila abaikan memek muka Izz ye.


See the topi of labu-labi, hampir sama dengan topi Izz kan? Ekekek...

*Ragam budak2 sering buat kita tertawa. Terasa seperti di dalam syurga!

Tuesday, August 25, 2009

Apa Nak Buat Bila Mata Mengantuk

Eh mengapa mata aku arini mengantuk yang amat sangat ar? Apa yang aku buat malam tadi? Erm, takde pape. Aku tidur dengan lena-selenanya mulai jam 11 malam tadi dan bangun keesokan harinya pukul 5 pagi untuk bersahur.

Pagi tadi dengan tak lalu nak buka mata, aku bersahur dengan agak slow. 5 minit sebelum imsak aku masih meneguk saki baki air masak. Pas sahur, salin pampers Izz. Izz pun dah terjaga senyum sorang2 macam kerang busuk. Izz gud boy, walaupun dah jaga tapi dia main sorang2 je tak kacau orang lain. Then aku gosok baju. Argh... gosok baju punyela lama, amik masa sampai setengah jam untuk gosok sepasang baju. Mata aku mengantuk....... sambil gosok sambil menguap. Huhu.. tolong, tolong! Sape boleh tolong aku hilangkan mengantuk???

Jika mengantuk, buatla aktiviti yang anda sangat minat! InsyaAllah hilang mengantuk. (Pesanan penaja untuk mereka2 yang mengantuk di pejabat. Kalau mengantuk di rumah, tido ajelah ye!)

Apa aktiviti yang aku minat ye? Membaca? Ye, aku suka membaca. Nak baca majalah2 kat bawah ni lah. Mana tau... leh apply kat umah sendiri ke nanti (verangan)


Wahai mata... janganla ko mengantok lagi....

*Majalah2 tu aku tak beli. Pinjam dari library je.

Monday, August 24, 2009

Mari Makeup di Hari Raya II

Last week saya ada update entry bertajuk Mari Makeup di Hari Raya. Sila rujuk entry ini. Erm tak sangka ada juga yang berminat untuk menyertai kelas ini ye. Untuk memudahkan anda semua, saya masukkan sedikit info secara ringkas di sini berkenaan dengan Kelas Makeup tersebut.

Tajuk:
Mari Makeup di Hari Raya

Tarikh:
4 kali diadakan iaitu;

1st class - 4 September (Jumaat)
2nd class - 5 September (Sabtu)
3rd class - 11 September (Jumaat)
4th class - 12 September (Sabtu)

Masa:
Dari 8.30 malam sehingga selesai (bergantung kepada peserta nak tamatkan pukul berapa)

Tempat:
"Get Gorgeous With Madam Hana Studio"
P2-6 Podium Block,
Plaza Dwitasik,
Jalan 5/106, Bandar Sri Permaisuri,
56000 Cheras, KL.

Tidak tahu lokasi studio? Boleh view map ini.

Jumlah Peserta:
Hanya 5 orang untuk setiap kelas.

Availability:
1st class - 4 September (Jumaat)
2 tempat kosong.

2nd class - 5 September (Sabtu)
Kelas penuh.

3rd class - 11 September (Jumaat)
5 tempat kosong.

4th class - 12 September (Sabtu)
2 tempat kosong.

*Kesimpulannya, HANYA tinggal 9 TEMPAT KOSONG sahaja lagi!!! Siapa cepat dia dapat!!!

Modul Makeup:
1) Pengenalan kepada alat2 makeup (jenis, kegunaan, brand dan etc)

2) Teknik memilih bedak asas dan concealer yang betul (sesuai dengan jenis dan warna kulit)

3) Teknik aplikasi makeup yang betul di wajah dan leher (step by step)

4) Teknik aplikasi eye shadow yang sesuai mengikut jenis bentuk mata

5) Teknik contouring (shading) yang tepat dan sesuai dengan bentuk wajah

6) Teknik mengenalpasti kosmetik original & tiruan (esp by MAC & Bobbi Brown)

7) Cara2 mendandan rambut dan mengenakan tudung secara stylish sesuai mengikut majlis

8) Pengenalan jenis2 berus makeup juga turut diajar

Syarat-syarat:
Sila bawa alat makeup sendiri & model (untuk demo tapi jika tiada pun tidak mengapa)

*Walaupun hanya memiliki alat makeup asas sahaja, anda dialu2kan untuk menyertai kelas ini.

Yuran:
RM200 seorang. Deposit RM50 untuk tempahan.

Semua peserta akan diberi goodie bag yang mengandungi eyeshadow pallete 120 colour, makeup remover, sponge, fake eyelashes and many more...

*Setiap kelas akan diberi goodie bag yang berlainan.

ADAKAH ANDA BERMINAT? SANGAT2 BERMINAT?

Sila hubungi Madam Hana secepat mungkin ye!

Contact Number : 013-3414775
Email Address : madamhana@rocketmail.com

Selamat Bersolek!!!

Karenah Baru Izz

Lately Izz suka bebenor hisap jari dia. Tangan kanan ke.. tangan kiri ke.. pantang lepa je mesti nak hisap. Slrupppp.... slrupppp.... bunyi. Pastu air liur mula la meleleh2 macam air terjun. Kita ni kejap2 bangun nak lap mulut dia yang sentiasa berbuih tu. Huhu.. macam2 karenah budak2 ni ye.

Marilah tengok aksi2 Izz menghisap jari.


Sambil meniarap pun boleh hisap jari. "Ehm, cedapnye jari Izz mak..." Nasib baik jari manis yang Izz tunjuk, kalau jari hantu? Huhu..


Tangan kiri. Hampir 3 jari nak dimasukkan. Tapi yang berjaya masuk, cuma 2.


Tangan kanan pulak. 3 jari dah masuk, jari ke-4 hampir masuk.


Tangan kiri balik. Kali ni 2 jari je. Tapi tekan kuat2 kat gusi and senyum lebar yang amatttttttsss. "Cedap sangat hisap jari ni mak..."

Sketsa Bulan Ramadhan

Izz : Erm cedap2 (sambil menghisap jari)

Acik : Izz... mana boleh hisap jari bulan puasa ni. Nanti batal posa.

Izz : Erk!??????????

*Aku dan Farizal tak galakkan Izz hisap jari. Kalau dia hisap, kami cuba tarik tangan dia dan lap. Takut ada kuman/bakteria yang kita tak nampak pada tangan Izz masuk ke dalam mulut & terus ke perut. Apa pendapat semua, elok ke tak baby hisap jari ni ye? Nak biarkan saja atau kena elakkan?

Sunday, August 23, 2009

Ucapan Selamat Berpuasa

Usai Rejab dan Syaaban, kini Ramadhan menjelma lagi. Ramadhan.. bulan 1000 keberkatan, bulan 1000 ganjaran. Bersama2 kita tingkatkan amalan, sempurnakan yang wajib dan lipat gandakan yang sunat. Moga kita semua sama2 beroleh manfaat. InsyaAllah...

Esok hari ketiga kita berpuasa. Sejak pagi Jumaat hp aku tak henti2 berbunyi. Terima msg dari kawan2 yang ucap Selamat Berpuasa. Zaman sekarang ni macam2 jenis ucapan yang sampai ye. Ada yang straight to the point dan ada yang bermadah2.

Cth straight to the point seperti "Selamat Berpuasa dari kami sekeluarga" dan "Salam Ramadhan al-Mubarak, selamat berpuasa".

Mana yang puitis, ucapan lebih dalam bentuk madah beritma dan mana yang kreatif, siap berpantun2 lagi. *Tapi msg puitis dan msg berpantun2 ni selalunya fwd msg dari orang2 lain kan? Tak kisahlah, yang penting maksudnya sama. Ada juga ucapan dalam bentuk nasihat & doa. Yang ini memang bagus!

Kat sini aku nak coret sket msg2 yang aku terima dari kawan2. Macam2 jenis! Jom kongsi.

Pertama:
Perkataan yang cantik ALLAH. Lagu yang merdu AZAN. Novel yang menarik AL-QURAN. Senaman yang baik SOLAT dan DIET yang mujarab PUASA. Selamat menyambut bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa!

Kedua:
Berakhir sudah tirai Syaaban, kini tiba lambaian Ramadhan, luhur iman ikhlas amalan, luhur ibadat diberkati Tuhan.. Mohon ampun untuk segala kesilapan.. Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak.

Ketiga:
Semoga Ramadhan ini menemukan kita dengan erti sebenar ikhlas & sabar. Perbanyakkan istighfar dan ibadah. Selamat berpuasa dan maafkanlah segala kesilapan saya.

Keempat:
1 hari lagi NAFAS ini menjadi TASBIH, 1 hari lagi TIDUR ini menjadi IBADAH, 1 hari lagi PAHALA ini di LIPAT GANDAKAN, tapi.. itu semua tak akan terjadi tanpa MAAF tulus darimu... mohon maaf atas kata2 yang terlanjur & semua sikap yang menyakitkan.. jika seumur HIDUP adalah DOSA, maka TAUBAT ubatnya, jika seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADHAN lah PEMUTIHnya. Selamat berpuasa..

Kelima:
YA ALLAH, ku doakan di Ramadhan ini, muliakan & sayangi saudaraku ini. Bahagiakan keluarganya, sihatkan tubuh badannya, berkati & murahkan rezekinya, teguhkan keimanannya. Berikan nikmat beribadah, jauhkan dari fitnah & musibah. Suburkan KEISLAMAN dengan rasa kasih sayang, Amin... SELAMAT BERPUASA.

Keenam:
Syaaban pergi tidak terasa, ingatan murni pada yang ada, bersihkan jiwa sabar berpuasa, Ramadhan membawa pahala berganda. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. ~pengemis cinta Illahi, perindu syahid abadi~

Ketujuh:
Jika hati sejernih air, jangan biar ia keruh. Jika hati seputih awan, jangan biar ia mendung. Jika hati seindah bulan, hiasi ia dengan iman. Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak dan selamat menjalani ibadah puasa. Semoga semua amalan kita mendapat keberkatan Allah s.w.t.

Kelapan:
Eh sampai kelapan ke.. takyahla cam dah banyak sangat je nih. Cukup2lah madah berhelah kat atas tu je ye.

Macam2 pesen kan msg ucapan zaman sekarang. Itu baru ucapan selamat berpuasa. Dekat2 nak raya nanti hambek ko.. dengan segala lemang rendang, ketupat palas, kuih almond london sume kuar ye. Nak bagi ucapan lebih bombastik, susunla macam2 kata dan madah pujangga. Tak kisahla apa2 pun kan, yang penting mesej sampai dengan selamat & membawa maksud yang baik. Hehe..

Untuk kawan2 yang menghantar msg ucapan selamat berpuasa kepada aku, aku ucapkan berbanyak terima kasih ye. Aku nak buat pengakuan di sini yang aku memang tak reply msg ucapan2 korang (sorang pun aku tak balas). Bukan aku tak mahu balas dalam erti kata nak menyombong ke haper tapi... aku sebenarnya.. tak mampu nak balas. Kredit hp aku telah kehabisan. Heheh!

So di sini, aku nak amik kesempatan untuk reply msg kawan2 (di mana aku sangat menghargai ucapan itu, tanda korang masih mengingati aku walaupun kita berjauhan) dan aku tujukan juga ucapan ini kepada semua kawan2 yang mengenali diri aku dari dulu, kini dan selamanya;

"Selamat berpuasa semua! Sama2 menambah pahala di bulan yang mulia ini. Moga Ramadhan kali ini membawa seribu pengertian untuk kita. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Mohon maaf atas segala kesalahan kata ataupun laku. Take care"

Selamat berpuasa & jangan ponteng puasa!

*Msg ucapan di atas cuma dalam bentuk teks ye. Bentuk bergambar atau bentuk2 lain yang lebih up to date tak termasuk. Sekian, terima kasih.

Friday, August 21, 2009

Mari Makeup di Hari Raya

Semalam aku dah bercerita pasal artis. So arini aku nak bercerita pasal kawan aku yang ala-ala artis. Isk korang nih, dia ni ala-ala artis dari segi penampilan lah. Bukan dari segi perangai artis yang tak berapa semenggah tu. Tapi bukan semua artis wat perangai tak berapa semenggah tau, cuma segelintir aje (segelintir ajekah? hihi..)

Eh kenapa aku nak cerita pasal kawan aku pulak nih? Adakah aku ingin mengumpats? Iey... tak baek tau mengumpat orang, apatah lagi di bulan Ramadhan yang mulia ni. Isk isk.. jangan sangka bukan-bukan. Aku cuma nak promote bisnes kawan aku ni je. Ha... jangan taktau kawan aku ni ada bisnes menarik tau! Ala... bisnes andaman lah. Bukan andaman untuk majlis perkahwinan/pertunangan sahaja TAPI juga untuk macam2 majlis seperti makeup untuk dinner, kenduri kahwin, majlis formal/tak formal dan sebagainya.

Di bulan Ramadhan yang barokah ni, bisnes andaman dia agak slow (sebab manade orang kawen/tunang/party2 di bulan Ramadhan ni) so dia ada masa free untuk adakan kelas belajar bersolek. Isk ape da ayat aku ni, very the old fashion. Kelas belajar makeup la, makeover.. ar gitula lebih kurang. Tajuk kelas dia ialah Mari Makeup di Hari Raya, huahuahua.. very riang ria raya kan. Actually kelas ni diadakan atas permintaan ramai. Member nak buat pada waktu biasa tak sempat dik non, bz yang amat. Maklumlah selain daripada mempunyai bisnes tegar, kawan aku ni juga adalah 'mother kepada 2 orang resaksa yg comel'. Tu kawan aku sendiri yang cakap, bukan aku tau, hehe! Ibu2 yang berbisnes ni selalu busy kan, so dia amik kesempatan waktu yang agak free di bulan Ramadhan ni untuk beramal kepada client2nya yang udah tidak sabar2 ingin belajar makeup.

My friend ni nama dia Hana. Nama glamour dalam bidang mengandam ialah Madam Hana. Haha.. suka ati aku je kan. Butiran lanjut pasal Hana ni, silalah klik di sini ye. Hana ni bermula dari bawah. Semuanya bermula dari minat. Ar... minat pun boleh jadi bisnes kan? Tapi yang paling penting ialah mesti rajin, rajin dan rajin! Rajin cari ilmu, rajin cari pelanggan (untuk makeup ok, bukan untuk perkara2 lain hiks!), rajin kreatifkan diri & rajin serba serbi lah. Walaupun ibu kepada 2 orang anak, Hana tak pernah mengalah. Mula2 dia hanya try makeup client saja, makin hari makin banyak tempahan (maklumlah, hasil air tangan Hana ni sangat memberangsangkan, ada kemajuan dari hari ke hari) maka pelanggan pun semakin bertambah. Nah... sekarang Hana punya studio makeup sendiri tau! Tapi baru je lagi. Dun wori, tak lama lagi lengkap dan serba indahla studio dia tu. Kalau korang minat, pergila jengah ye. Jengah jangan tak jengah!

Sesiapa yang belum klik lagi blog Hana tu. Meh aku tampal gambar dia kat sini. Inilah orangnye ye. Chomelllll sangat2 (tapi agak brutal). Brutal2 pun mak orang tau!


Inilah Madam Hana. *aku nak cepat cari gambar ko ni, susah nak jumpa yang berwajah normal. Stok gedik je sume. So aku letak gambar ni jelah ek (amik kt fs) jgn mare..

Hana sangat friendly tau. Jangan risau. Kalau korang minat nak attend kelas or pasni korang ada majlis sarung2 cincin ke, bunyi2 kompang ke.. rogerla dia ek. Jangan memalu. Kalau korang dah lepas semua acara tu.. kut2 ada adik ke, anak buah ke, anak ke (ahaks! tua nau la pulak) sape2 jelah boleh roger kawan aku si Hana ni. Malu call, sms aje 013-3414775. Email pun boleh madamhana@rocketmail.com. Sepantas roket dia balas email korang nanti. Muehehe...

Ok kat bawah ni aku attach la gambar aku masa nikah dulu. Ar... jangan taktau! Masa aku nikah dulu, Hana la yang makeup aku. Masa ni dia amatur lagi. Price pun price amatur. Huahuahua... tapi walaupun amatur, hasilnya sangat mantopppp. Itu pandangan aku sebagai client la. Yang penting aku SANGAT PUAS HATI! Jom tengok.


Ni gambar dari pandangan atas. Wah, terasa sungguh ayu time tu (ferashan). Pengantinla katakan...


Gambar close up tapi sebelah muka jelah ye. Teknik fotografi la kunun2. See.. Hana tak cantas kening aku sebab aku tak izinkan (hehe). Tapi aku tetap berseri... (ferashan lagi)


Gambar dari jauh dengan cik abang pulak. Masa ni dah nikah, dah sah, dah HALAL. Ekekekek... makeup dah blend well dengan kulit aku. Walaupun berpeluh2 yang amats, tapi still cantek kan? (ferashannnnnnnnnn)

Gambar kat bawah ni gambar Suhaila. See Suhaila telah dimakeup. Oleh siapa? Bukan Hana TETAPI hasil air tangan aku ok! Aku... yang takde ilmu makeup memakeup nih. Hikhik.. Satu waktu dahulu, entah macam mana kisahnya (malas nak cerita nanti panjang sangat entry ni) Hana jadi cikgu aku untuk makeup Suhaila. Saje suka2 takde maksud apa2 pun. Pertama kali aku belajar makeup hasilnya.......... lihat gambar di bawah.




Ok2 takdela teror bebenor aku makeup pun kan. Biasa2 je (tapi jauh di sudut hati aku, aku kagum sebenarnya, hiks)

Maksud cerita aku di sini ialah... dengan sekali tutorial sahaja, Hana mengajar aku, aku yang tiada asas solekan ni tapi aku berjaya makeup Suhaila secantik itu. Erm.. korang rasa cantik tak? Tak cantik pun cakap cantik ye. Haha....... So macam mana. Nak belajar makeup dengan Madam Hana tak???

So kalau ada sesiapa di luar sana yang teringin belajar makeup untuk penampilan istimewa di hari raya nanti cewah... bolehla mendaftar dengan Hana ye. Bukan kelas makeup je.. macam2 pun ada tau di studio dia tu. So... jangan lupa klik dekat sini ye.

Sekian sahaja entry Mari Makeup di Hari Raya. Huhu.. lotih weh menaip! Tata titi tutu...

Thursday, August 20, 2009

Sofia Dedah Rahsia BESAR

Tadi aku amik paper Kosmo! di Bilik Berita. Nak baca la konon2. Paper aliran perdana aku tak suka baca tapi yang nyamuk2 ni pulak jadi peberet eh. Isk... patut ke aku kata Kosmo! tu akhbar nyamuk. Kang tak pasal2 aku kena saman pulak. Bukan ke Kosmo! & Metro pun dah termasuk dalam kategori akhbar aliran perdana sekarang? Ahaks! Yang pasti, larisssss!!! Okeh jom cite sket apa yang aku berkenan sangat dengan Kosmo! nih.

1st - ianye percuma (ofis aku dapat naskhah percuma untuk paper Kosmo! & Utusan. Thanks to Utusan)

2nd - tajuk berita sangat sensasi walaupun cerita tak sensasi langsung!

3rd - gambar very the malatops!

4th - caption gambar pun malatops gak!

5th - ianya kecik, mudah nak baca. Berita pun ringan2 aje tak berat sendat mendat dengan isu negara. Kira aku baca cuma nak release2 tension je. Sambil baca sambil jamu mata tengok apa cerita hari ni okeh!

Baru belek2 muka depan Kosmo! tiba2 aku terbaca salah satu tajuk cerita kat situ. "Sofia dedah rahsia besar" mukasurat 41-43. Rahsia BESAR? Apa rahsia BESAR dia tu ek? Tiba2 aku ketawa terbahak2. Diulangi, terbahak2! Sangat2 lucu aku rasa. Kenapa ye? Sesiapa yang belum atau tak baca Kosmo! lagi meh sini.

Erm.. apa la rahsia BESAR si Sofia ni ek. Huhu.. ape ye? Mari cuci mata tengok wajah Sofia yang cun melecun ni, ayukkkkk...

Erm seksinya Sharifah Sofia ni ek. Apa la agaknye rahsia BESAR dia tu?


Adakah ia rahsia Sofia sudah semakin slim? Aku rasa tidak, Sofia sudah lama slim. Itu bukan rahsia BESAR Sofia.


Mungkinkah.... ia rahsia kulit putih berseri mulus gebu Sofia? Semua pun maklum kulit Sofia memang sedia mulus sejak awal kemunculannya di kaca tv. Itu juga bukan rahsia BESAR Sofia.


Apakah... selama ini Sofia berambut palsu? Bukan menggunakan rambut sebenar? Isk isk.. tak baik fitnah tau. Itu sudah semestinya bukan rahsia BESAR Sofia.

Apa rahsia BESAR Sofia agaknye ye? Ar... ini lah sebabnya. Jom tengok gambar seterusnya.


Yezza... Dia nak kawen daa... tak lama lagi penghujung bulan 10 ni. Apa la korang ni fikir bukan2. Isk isk. Btw bawah ni gambar dia dgn bf merangkap bakal suami. Campuran melayu, jordan & arab. Campuran jugak...


Selamat pengantin barula untuk korang berdua ye. *Macamlah korang baca blog aku. Hiks!

Eh sejak bila aku gosip pasal artis nih? Huhu.. Sekali sekala ubah selera. Boring dah asik cite pasal Izz, pasal aku dan pasal Farizal je. Kehkehkeh... (boleh pulak boring ye) Ini kan blog aku, suka atila nak cite pasal apa.

Arrrr... terlupa pulak. Tadi kat atas aku bagitau yang aku ketawa terbahak2 kan bila baca tajuk Sofia Dedah Rahsia BESAR. Mengapa ye??? (teka teki teka tekuk) Aku takmo cite, korang pikir sendirilah ye. Hehehe...

Ok jumpa lagi esok dengan cerita yang lebih menarik (ferashan). Bye Bye!

*Gambar2 adalah ihsan (aku copy paste) dari Kosmo Online & google image. Harap maklum!

Wednesday, August 19, 2009

Perbualan Suami & Isteri

Masa : 6 petang
Lokasi : Di dalam kereta


Isteri baru pulang dari kerja. Suami datang menjemput di stesen lrt. Suami tidak sihat, baru pulang dari hospital.

Perbualan bermula.

Isteri : Eh abang, kenapa tak pakai mask ni. Pakai2. Abang tu dahla tak sihat. Bahaya sekarang ni tak pakai mask. Boleh berjangkit kat orang lain nanti.

Suami : Awak jelah yang pakai.

Isteri : Eh apa pulak saya. Abang la.

Suami : Kalau takut berjangkit, baik awak pakai.

Isteri : La kenapa pulak saya yang nak kena pakai mask. Abang lah yang pakai sebab abang yang sakit. Orang sihat pulak nak kena pakai. Dahla pakai mask tu panas, rimas, meruap, blablablabla (bebelan seorang isteri)

Suami : Tak nak berjangkit baik awak pakai. Abang taknak.

Isteri : Yelahhhhh... (Malas nak bertekak dengan suami dan takut berjangkit si isteri terus amik mask yang baru dibuka dan pakai semula) *sebelum tu si isteri memang dah pakai mask sepanjang perjalanan pulang dari tempat kerja.

Pukul 7 malam kedua2 suami isteri ni pun tiba di rumah. Anak dan adik sudah menunggu di rumah.

Isteri : Ar bang, cepatla pakai mask. Nanti jangkit pulak kat anak nanti. Kita sakit takpe, kalo budak2 yang kena. Kesian kat dorang blablablabla (bebelan seorang isteri)

Suami : Koranglah yang pakai. Abang taknak.

Isteri : Wah... ini sudah lawan tokei. Dia sorang sakit, abis 1 rumah kena pakai mask pulak. Yang sakit tak mahu pakai (isteri mengomel dalam hati)

Isteri : Abang... pakailah mask ni. Tak kesian ke tengok anak. Kalau dia sakit macam mana????

Suami : (Hanya tersenyum macam kerang busuk. Tiada reaksi)

Isteri : Ok2lah. (Terus amik mask try sarungkan kat anak yang baru berusia 5 bln. Aisey.. besar pulak mask ni. Tak muat lah)

Anak : Isk isk.. apa ni? Rimaslah. Tak bestlah mak. Apa nih??? Isk isk.. (sambil tangan yang comel dok tarik2 mask tu) <- dialog adalah imaginasi si ibu

Isteri : Huhu.. kesian anak mak. Kesian kat kita semua. Ok fine! Sume tak payah pakai mask! (sambil berdoa mohon Allah jauhkan penyakit dari kita semua)

Sekian.

Tuesday, August 18, 2009

Suspens!

Tengahari tadi abah call. Bagitau baru pas jumpa doktor kat klinik. Selsema! Baru2 ni abah demam 2 hari. Tapi dah baik. Tadi doc check macam ada demam sket and selsema, so doc soh refer hospital.

Huh, aku suspens!

Abah tanya pendapat. Aku cakap better la g hospital check. Risau sangat nih. Virus H1N1 tengah menggila. Mana tahu entah2 dah tiba giliran kami (harap2 takla). Abah decide nak check kat Assunta je sebab dekat dengan ofis. Lagipun belum confirm lagi betul2 dah kena atau belum.

Aku tunggu dengan debaran. Tak putus2 doa kat Allah pohon segalanya baik.

Pukul 3 abah msg bagitau doc dah amik sampel darah. So tunggu result. Maybe dalam setengah jam lagi dapat result.

Still suspens!

3.30 aku call abah, abah cakap belom dapat result lagi. Ya Allah, ko lindungilah ahli keluargaku.

4.10 abah msg "dah dapat result". Mencanak aku call abah, "alhamdulillah, takde pape. Just demam & selsema biasa"

ALHAMDULILLAHHHHHHHHH... risau sungguh tadi. Terima kasih Ya Allah!!! Selamatkanlah kami dari wabak ini Ya Allah. AMIN...

*Walaupun dah lega tapi aku masih suspens. Sebab kita tak tahu situasi pada masa2 mendatang. Selamatkah kita? Harus ambil langkah drastik ni.

Kereta Baru Izz

Izz dah ada kereta baru. Lesen belum dapat lagi tapi kereta Izz dah lenjan cukup2. Mak Izz ni ntah bila baru dapat lesen :) Erm takde cerita menarik for today. Just jamu mata tengok aksi Izz dengan kereta baru dia ye.


Inilah kereta baru Izz. Kaler coklat menjadi pilihan mak dan abah (sangat maskulin ok)


Izz sedang mencuba2 kereta barunya (tanpa lesen).


Belajar menggunakan toy yang ada pada dashboard. Picit tigger jangan tak picit. Pitt.. pitt.. (bukan panggil Brad Pitt tau, just nak wat bunyi tigger tu je)


Berkerut2 dahi Izz menggunakan stereng pooh. Fuhyo.. susah juga ye mak.


Sekarang Izz sedang belajar menekan2 button yang ada di dashboard.


Wah... Izz tak sangka la mak, ada kuar bunyi binatang la. Moo.. moo.. miow.. miow.. (Mak Izz menokok tambah bunyi yang ada) Lagu pun ada, best2. Izz suka!


Terima kasih la mak dengan abah ye. Izz memang betul2 terharu. Harap2 bila Izz dah besor esok Izz dapat kereta yang betul2 pulak.

Haperrrrrr??? (Mak Izz jegil mata) heheheh!

Pas main, dah letih. Dah huk hek huk hek, jom masuk buai, tido! Esok main lagi ye. Gud nite...



*Hehe, dialog di atas adalah imaginasi Mak Izz semata2. Saje gurau2, siannnn anak mak. Hihi..

Monday, August 17, 2009

MICCOS 2009

Sabtu lepas aku sempat ke Malaysia International Commodity Conference & Showcase 2009 (MICCOS) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang. Aku pun taktau ada program resaksa ni, Farizal yang beria2 ajak aku ke sana. Nak tengok anak2 pokok katanya. Mak pun beria2 nak pergi. Dorang bajet MICCOS ni macam MAHA. Kami gerak dari rumah pukul 3.30 petang, sampai setengah jam berikutnya. Orang dah tak berapa ramai. Okla kan, tak payah berasak2. Kami parking kereta jauh tapi ada bas shuttle yang dah sedia menunggu. Comel sangat bas shuttle ni tau. Sampai 1st station transit naik bas shuttle yang ke dua then baru gerak sampai ke pintu masuk dewan. Sekali dah sampai sana (jengah semua dewan) tak jumpa pun sebatang anak pokok. Ekekek.. MICCOS ni lebih kepada pameran komoditi (berasaskan perkayuan). Kesian Farizal dan mak.


Shuttle bus yang cute. Takde pintu & tingkap. Berangin sangat tau naik bas ni. Best!!!... (aku memang suka open air ni)


Muka enjoy naik bas. Izz pelik2 je tengok kiri kanan. Opah Izz pun hepi gak. Enjoy!!!


Muka tak sabar2 nak jenguk anak pokok. Tapi nan ado, kesian...

Tapi apa pun, sebab kaki dah melangkah & dah sampai pun ke tempat yang dituju. Maka haruslah jalan2 kan tengok booth2 yang ada di sana. Dewan A, Dewan B, Dewan C & Dewan D memang penuh dengan macam2 program. Ada booth jualan, ada conference, ada pameran dan macam2 lagilah. Kat luar (di tengah2 kawasan lapang di luar keempat2 dewan) ada pentas & artis buat persembahan. Tapi aku rasa itu bukan artis lah. Mungkin MICCOS jemput mana2 kumpulan nyanyian untuk buat persembahan. Aku takdelah teleku tunggu depan pentas tu tengok show. Cuma bila kuar & masuk dewan tu dengorla mereka2 perasan artis ni menyanyi. Fuh, suara tak sedap langsung. Ada sumbang2 sket. Wat pekak telinga je. Nasib baik bila dah masuk dalam dewan tak dengar dah suara2 sumbang itew. Izz pun tak suka bila suasana bising & hingar bingar.

Aku puji MICCOS ni sebab di setiap pintu masuk dewan ada gerai minuman koko brand apa tah. Yang penting rasanya sedap dan sejuk. Bila dah letih dan rasa dahaga tak perlu melilau cari air mineral or cari mana2 gerai minuman sebab gerai koko ini dah tersedia dengan percumanya. Percuma je ok.

Jom tengok gambar kami jalan2 di sekitar kawasan pameran di Dewan A.


Pergola, kabinet dan perabot berasaskan kayu di hutan hujan tropika Malaysia.





Hasil getah asli. Sangat kenyal dan tidak membahayakan kanak2 tau. Izz belum pandai duduk lagi, so dia tak enjoy pun. Mak Izz je yang lebih2 paksa Izz duduk atas kuda getah tu. Hehe...


Pas kuar dari Dewan A kami jengah Dewan D. Dewan B & C just jenguk gitu je dari luar. Malas nak masuk, tak larat sangat dah. Sebelum balik, minum2 dulu di foodcourt. Mak makan laksa, Farizal makan burger, aku makan waffle je. Air pun cuma beli 1 then kongsi2. Hehe.. Pukul 6 kami gerak ke tempat parking kereta (naik bus shuttle lagi, i likeeee). Apa yang kami shopping sempena MICCOS kali ini? Farizal beli produk Permata Hijrah (cuba nak elokkan mata dia yang dah bertahun rabun, hehe) dan aku beli seluar raya Izz (slack khakis) yang berharga RM10. Aku rasa dah murah sangat dah tu. Yey.. cukup dah baju raya Izz. Pasni takyah shopping dah.

Pukul 7 sampai rumah. Lega!!! Walaupun pulang tanpa anak pokok, tapi produk Permata Hijrah & seluar raya Izz tu dah cukup berbaloi la pemergian kami ke sana. Jumpa lagi next year MICCOS 2010! (yolah tu...) Sekian.

Friday, August 14, 2009

Welcome Aniq Yusuf!

Baru-baru ni kawan baik aku Ina telah selamat melahirkan cahayamata pertamanya di Masai Regency Hospital, Johor. Ina ni kawan baik aku dari zaman tadika sampai le ke zaman mak budak nih. Dulu parents Ina tinggal di BTR dekat2 dengan umah mak aku. Tapi sejak beberapa tahun lepas dorang dah pindah ke Puncak Alam. Sedih tau bila bestfriend kita pindah rumah. Rasa macam terpisah jauh sangat2. Walaupun dah berpindah, tapi aku dan Ina selalu gak berjumpa. Sometimes Ina turun BTR, sometimes kami jumpa kat KL aje.

Tapi sejak Ina tamat belajar di UiTM Shah Alam and dapat kerja di Pasir Gudang, sekali lagi kami berpisah. Masa ni memang betul2 sedih. Yelah, selama ni selalu spent masa bersama tapi bila dia dapat kerja di tempat yang agak jauh, sedihla kan. Tapi walaupun berjauhan, hampir setiap minggu kami berhubung samada melalui telefon ataupun email untuk bertanya khabar masing2. Beberapa tahun dah berlalu, aku dan Ina pun dua2 dah kahwin and punya keluarga sendiri. Ina dan suami masih di Johor dan aku sekeluarga di Shah Alam.

Baru2 ni Ina selamat melahirkan cahayamatanya yang pertama. Sempatla jugak aku datang menjenguk dia & baby di Puncak Alam tu. Huhu.. dah lama tak jumpa ni (almost 5 months). Last time jumpa masa Ina ziarah aku 3 hari dalam pantang selepas lahirkan Izz, sekarang aku pulak ziarah Ina yang 6 hari dalam pantang selepas lahirkan Yusuf. Hehe.. Jom tengok gambar!


Ina with her son. Abaikan kawasan sekeliling yang agak bersepah itew ok! Barang2 hadiah orang bagi, tak sempat bawak naik atas. <- tolong cover bagi pihak Ina. Miahaha..
Aniq Yusuf bin Sambrin. Keturunan Bumiputera Sabah ni (hiks!) Sebab suami Ina si Sambrin tu orang Sandakan. Ekekekek, pupuslah keturunan Melayu dalam i/c anak2 Ina nanti. Hehe.. Comel kan Yusuf ni. Kecik molek je. Mata pun sepet (cam Sambrin) Tengok pipi dia, ada segaris luka kesan cakar. Kecik2 dah ganaz. Huahuahua..

Happy family at home. Sambrin, Ina & the baby. *Handbag aku, warmer, napkin, botol susu Izz and betik pun nak enterframe jugak.

Izz dan abah merenung baby Yusuf dari jauh. *Izz tak reti dok diam, excited sangat jumpa kawan baru.

Izz malu jumpa kawan baru. Yusuf kecik lagi, masih suka tido. Tunggu la lagi 5 bulan, nanti geng dengan Yusuf tau. Cam mak geng dengan acik Ina. Hehe!

Aku sampai umah Ina pukul 8 malam and mintak diri untuk pulang jam 9.30 malam. Punyela lama melawat baby. Actually bersembang dengan mak baby je yang lebih2nya. Anyway sempat jamah lemang dan rendang, ayam golek & nasi berlauk pauk mak Ina jamu. Pergi rumah mak Ina ni, kalo tak makan nasik memang tak sah. Nasik takde pun sanggup masak nih nak jamu kawan2 anak datang rumah. Terima kasihla makcik ye. Susah2 je. Tapi sedap tau!!! *Kekeke...

To Ina & Sambrin, selamat memulakan hidup baru bersama Aniq Yusuf tersayang. Pasni bolehla kita sembang2 pasal anak pulak. Sebelum ni pasal suami je. Kuakuakua... Moga anak2 kita jadi anak yang soleh, beriman & berjaya di dunia & akhirat. Nanti kita jumpa lagi tau! Tata...

Thursday, August 13, 2009

Sejarah Aku dan Blog

Baru2 ni aku ada tepekkan blog lama aku ujikus's bloggie kat sini. Saja nak bagi semua yang baca blog aku ni mengenang kembali zaman aku menulis dolu2. *Psstt.. ada ke yang dah baca? Ahaks! Bila baca2 balik, argh... jiwang karatnya aku time tu! Bahasa tersangatlah novelis. Sasterawati poyo! Uh, itulah aku satu masa dahulu. Jiwa penuh pemberontakan dalaman. Sindiran menjadi bahasa lidah. Tak kenal erti kejam & perikemanusiaan. Blog aku, aku punya sukalah! Ahaks!

Masa tu aku blogging menggunakan friendster. Kawan masa praktikal yang kenalkan aku dengan dunia friendster ni. Dunia blog pulak aku dah kenal lama, masa awal tahun 2000 dulu, masa tu aku kerja di cybercafe 6 bulan selepas aku tamat Tingkatan 5. Masa tu aku tak tau pun ada blog free (adakah blog free pada masa itu?) Aku ingatkan semua penulis blog perlu membuat bayaran bulanan kepada erm.. company yang mempublish blog dorang (ntah pape je kan aku ni) Ehm... dan aku ingatkan mereka2 yang menulis blog ni adalah mereka2 yang mahir dengan java & html. Ataupun mungkin mereka ni buta IT tetapi mempunyai kawan2 yang mahir dengan java & html. Mereka hanya perlu mintak tolong kawan yang mahir IT rekakan background, bina website dari A hingga Z dan kemudian si buta IT yang minat menulis blog sudah boleh terus menulis dan berblogging. Gitu... Aku sendiri punya keinginan untuk menulis dan mempunyai blog sendiri. Tapi itu tidak mungkin terjadi kerana pada tahun 2000 tu aku memang buta IT dan aku tidak mempunyai kawan yang mahir IT yang boleh tolong binakan website untuk aku dan aku tidak mempunyai duit untuk membayar bil bulanan untuk blog aku. Huhu.. ceteknya akal ketika itu.

Beberapa tahun berlalu, April 2005 aku mula menulis blog di friendster.com. Ia adalah blog sedia ada, cuma pilih template dan layout. Paling penting, it's FREE! Aku menulis sekadar meluah isi hati aku. Apa yang aku rasa dan apa yang aku pendam. Apa sahaja yang berlegar dalam otak dan jiwa aku. Sungguh berbaur emosi masa tu kan. Ekekek, lucu betul. Sebenarnya aku banyak terpengaruh dengan gaya penulisan blog zaman awal tahun 2000 dulu. Blog mereka lebih kepada luahan hati & emosi. Tentang isu semasa dunia ataupun isu semasa perihal diri, keluarga dan tempat kerja. Hehe.. dulu aku rasa (aku rasa la) tak ramai lagi orang menulis blog. Mungkin masih belum terdedah dengan perkembangan IT yang suam2 kuku waktu tu, dan mungkin orang ramai pun belum tahu lagi tentang kewujudan blog. Tengok sekarang (setelah 9 tahun berlalu), nah! sape lagi dalam dunia ni yang tidak punya blog? Ok, mungkin ada yang tidak mempunyai blog sendiri lagi. Tapi hobi mereka ialah membaca blog2 orang lain. Bermaksud, mereka tahu tentang blog. Ternyata kini manusia & blog tidak boleh lagi dipisahkan. Sangat sinonim. Blog pun termasuk dalam aliran media sekarang. MEDIA SIBER. Begitu cemerlang kemajuannya kan?

Eh mengapa aku membebel tulis pasal sejarah hidup aku dengan blog ni. Hehe.. takdelah saja je nak promote blog lama. Isk.. orang lain promote benda baru, aku pulak promote blog lama. Bukan apa, sekadar nak berkongsi kisah dolu2. Gitu... K lah, nak sambung wat keje semula. Chow!!!

Monday, August 10, 2009

Majlis Tautan Hati PUSPANITA

Jumaat lepas, PUSPANITA Jabatan Penerangan menganjurkan Majlis Tautan Hati untuk semua ahli PUSPANITA di jabatan aku ni. Majlis ni adalah majlis tahunan yang diadakan setahun sekali. Majlis yang berlangsung sehari suntuk ni diadakan di Dewan Bestari, Wisma Sime Darby. Sejak pekeliling berjimat keluar, semua acara pun buat di ofis saje. Jarang2 dah dapat buat di hotel. Last year majlis ini dibuat di Hotel Grand Continental. Seberang jalan je dengan ofis aku ni. Tak kisahla buat di mana2 pun, asalkan pengisiannya menarik, tertarik lagi dabomb!

Ok, bermacam-macam program telah dijalankan dalam majlis ni antaranya Mesyuarat Agong (acara utama), ceramah, jualan lelong amal, sumbangan kebajikan & hadiah untuk ahli (yang baru berkahwin, menimang cahayamata, menerima menantu dan yang bersara). Yang bestnya Majlis Tautan Hati pada tahun ini, buat pertama kalinya, beberapa pertandingan yang menarik telah dibuka untuk semua ahli bertanding menunjuk bakat iaitu Pertandingan Solekan, Puzzle dan Karaoke.


Majlis bermula jam 8.30 pagi. Tapi aku turun lambat sket dalam 8.45 pagi cmtu. Sampai2 je terus ke kaunter pendaftaran. Kat atas meja dah ada kertas kehadiran bahagian2. Sign kat kertas kehadiran then dapat doorgift dan boleh duduk di tempat pilihan masing2. Aku pilih sit depan row ke 4 sebelah kiri (dekat dengan pentas)

Barisan beg doorgift. Lupa pulak nak amik gambar isi kandungan beg tu. Untuk pengetahuan semua, dalam beg ada majalah Rapi & MIDI (edisi lain2 tak sama dengan orang lain punya), dapat 1 buah buku nota & sebiji muffin chocolate (creamy yummy). Tapi agaknya memang rezeki aku agaknye, ntah macam mana dalam beg aku aku ada 2 biji muffin. Maybe tersalah letak kut. Rezeki jangan ditolak dik... Pulun abes. Rasa muffin lembut, enak dan lazat seperti menikmati muffin di kaki pergunungan Alps. Sungguh segar dan mempersonakan.

Tengok, tak sempat amik gambar muffin dah tinggal separuh. Hikhik.. Sementara menunggu ketibaan semua ahli yang lambat benor datang nak penuhkan dewan (maybe terikat dengan tugas kat ofis masing2) maka aku sempat snappy2 kawasan sekitar dalam & luar dewan.

Mula2 amik gambar tuan punya blog dulu dengan banner majlis. Hem, cantik kan kaler banner tu, pink colour (my fav colour). Oh lupa nak cerita, tema warna pada majlis kali ni ialah pink & hitam. Maka beramai2lah mereka ni mengenakan pakaian yang bermacam2 fesyen berwarna pink & hitam. Tapi ada jugak beberapa orang yang memakai baju tak mengikut warna tema. Maybe tak sempat kut.. atau terlupa.. atau mungkin tak tahu menahu. Hehe... btw saksikan gambar2 sepanjang majlis berlangsung.

Hamper dan hadiah untuk cabutan bertuah (ada 80 buah semuanya). Setiap bahagian DIWAJIBKAN untuk sponsor 5 hadiah. Kira takde penaja luar le. Sendiri punya majlis sendiri taja ok! Tapi ada jugak pengarah2 bahagian dan timbalan2 pengarah yang baik hati menyumbangkan sesuatu untuk dicabutan bertuahkan. Hehe.. (ayat apa la ni).

Hadiah2 kebajikan. Ada frame ayat al-Quran, ada anak2 patung, ada hadiah yang dibungkus kemas & ada buahan2 dalam bakul. Ehm.. menarik... Jom tengok kat luar dewan pulak ada apa.

Akmal's Corner. Pakaian dan barang2 perhiasan original material from India. *Kak Akmal ni salah sorang officer di Cawangan Perhubungan Antarabangsa. Dia memang dah lama berkecimpung dalam arena perniagaan material dari India. Barang memang eksklusif, harga pun eksklusif dik non. (Akak tudung bunga kaler oren tu bukan Kak Akmal tau, tu akak yg jual tudung kat bawah ni. Tiba2 terenterprem)

Beraneka jenis tudung (dijual oleh orang luar yang menyewa tapak dengan kami). Aku tak belek pun tudung2 ni sebab aku bukan boleh pakai pun. Dada mak bidang nyah, x tertutup aurat2 di dada kalau pakai tudung ni. Dangerous!


Bermacam-macam jenis kek, muffin, cupcakes etc. Masa ni aku just snappy2 je. Masa nak balik baru rembat kek coklat 1 hanya RM10 ok. Rasanya sangat lazat berkrim.

Ini pulak gerai barang-barang makeup. Aku tak jengah pun. Males! Nanti terbeli aku jugak yang susah. Ok dah round2 tengok apa barang jualan jom kita masuk semula ke dalam dewan.

Orang2 kuat PUSPANITA sedang berbincang sesuatu. Lihat tema pakaian, pink dan hitam ok.

Gerai jualan lelong amal barang2 terpakai (hanya barang yang berkualiti baik sahaja yang dijual). *Di atas meja penuh dengan pakaian (t-shirt, baju kurung, seluar slack, blouse)

Deretan barang2 lelong jualan amal. Ada handbag, teddy bear, kasut, pasu tembikar dan macam2 lagi. Jom tengok harga barang.

Kasut jenama Alfio Raldo ni hanya berharga RM9.99 sahaja. Sangat murah kan. Kualiti masih baik macam belum pernah dipakai. Entah2 memang belum pernah dipakai kut. Hehe..

Teddy bear HANYA berharga RM8 sahaja. Kesian kat teddy bear tu kan, ada ke patut tampal tag harga kat tengah2 dahi je. Jatuh maruah teddy bear tu taw! Ekekek. Hem, sapelah yang rembat barang2 ni nanti ye. Aku? Idok... aku hanya beli kek coklat sahaja pada hari itu. Katakan TIDAK pada barang2 lain (kempen berjimat-cermat)

Sesi Mesyuarat Agong bermula dipengerusikan oleh Puan Manisah, Timbalan Pengarah Bahagian Penerbitan Dasar Negara. Sori gambar tak clear, gelap pulak tu malah nampak kepala2 lagi. Hehe, aku hanya snappy gambar melalui tempat duduk aku je. Malu nak bangun, kalo badan comel lote takpe jugak. Pada mulanya mesyuarat berjalan dengan lancar tapi bila dah masuk sesi soal jawab agak hangat sketla. Penuh dengan emosi tau. Aku malas nak masuk campur tapi aku pesan kat semua AJK PUSPANITA, bila dah berpesatuan gini jangan cepat sangat emosi ok. Tangani semua masalah dengan penuh profesional. Biasalah, mana2 persatuan pun mesti ada cacat cela. Kita tak boleh puaskan hati semua pihak. Ok jom snappy2 lagi.

Semasa bermesyuarat. Ramai gak kan ahli2 PUSPANITA yang hadir. Penuh kerusi sampai ke belakang dewan. Erm, kerusi belakang memang penuh. Mari kita tengok kerusi kat bahagian depan pulak ye.


Ye... kosong. Kerusi kat depan tak penuh. Mentaliti orang dewasa bekerja tak lari jauh dengan mentaliti budak2 sekolah. Tetap taknak penuhkan kerusi di bahagian depan. Bukan nak kena jawab soalan pun. Tapi tak taulah apa puncanya jadi begitu ye? Yang pasti aku tetap duduk di depan. Sebab apa? Sebab yang pertama, aku boleh lihat keseluruhan acara yang berlaku di pentas dengan lebih jelas. Yang kedua, aku dapat dengar ceramah & ikuti mesyuarat dengan lebih fokus (sebab suara pun jelas) dan yang ketiga, aku boleh memandang anak mata tiap2 orang yang bercakap di mikrofon. Eye contact gitu! Hehe.. apepun, lain padang lain belalang. Lain orang, lainla ragam. Tak gitu?

Tamat Mesyuarat Agong, sesi ceramah pula. Ceramah oleh Ustazah Rahimah dari Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) bertajuk Kerja Adalah Ibadah. Tajuk ceramah ni adalah serupa dengan tajuk Program Nur Iman & Ceramah Islam Hadhari yang aku attend beberapa bulan lepas. Takpelah, tajuk sama tapi pengisian tetap berbeza kan? Bergantung pada penceramah la jugak. Sesi ceramah sangat cepat dan express sebab masa untuk sesi ceramah dah terguna pakai semasa sesi Mesyuarat Agong tadi. Kesian aku tengok ustazah ni. Tercungap2 dia berceramah. Nak amik nafas pun tak sempat. Tapi alhamdulillah, mesej tetap juga sampai dengan baik (untuk aku la. Untuk orang lain aku tak tau). Sebelum menamatkan ceramah ustazah sempat berkempen tentang amalan sedekah. Rupa2nya YAPEIM ada buat amalan bersedekah melalui potongan gaji. Ustazah bersemangat edarkan borang. Nak share saham akhirat bersama2 katanya. Aku join tapi takla banyak buat potongan. Sekadar mampu je. InsyaAllah kalo mampu pada masa2 mendatang, kita potong lebih sket ye. Bukan untuk sesiapa pun, diri sendiri jugak di akhirat nanti (insyaAllah).

Tada... tiba2 ada badak kaler oren ye? Inilah hadiah yang aku dapat dari PUSPANITA (thankssss) bukan untuk aku la tapi untuk Izz Haris. Siap ada riben hadiah lagi kt dada badak tu. Comel kan? Nasib baik dapat badak kaler oren. Kalau dapat teddy bear kaler pinky2 harusla bukan Izz Haris yang main nanti tapi Mak Izz. Huahuahua...

See Leen dapat apa? Cabutan bertuah tempat pertama lagi tau! Memang Leen sangat2 bertuah pada hari tu. Tahniah untuk Leen (sebab dapat hamper cabutan bertuah) dan tahniah untuk diri aku (sebab dapat badak kaler oren -> untuk Izz) Mak tetap vangge!

(Tapi kan u ols, masa aku nak naik pentas amik hadiah Izz tu, aku terdengar sok sek sok sek kat belakang. "Bila Uji ni kawen? Bila Uji ni beranak?" Erk, terkonpius aku sekejap. Punyala aku tak glamer kat ofis ni sampaikan aku kawen dan mengandong 9 bulan pun dorang tak perasan. Ahakssss. Takpelah, yang penting sekarang dorang dah tahu. Btw dulu aku dah edar kad jemputan kawen kat semua division & sepanjang 9 bulan mengandong aku tetap ada kat ofis ni. Bukan salah aku dorang tak tahu menahu kan? Hehe)

Kat bawah ni aku letak jelah gambar aktiviti2 sepanjang majlis. Pertandingan solekan dan puzzle. Beria2 dorang bertanding. Bertanding secara sihat takpe kan.


Pertandingan Solekan.








Sori la kawan2, aku hanya sempat snappy gambar dorang before makeover je. Sebab selepas makeover aku tak turun dewan dah. Naik pejabat pukul 2 petang kunun2 nak solat Zohor sekejap. Tapi terus terperangkap dengan tugas2 yang menimbun (sejak pagi) kat meja. Huhu.. sodey. Eh cerita belum tamat lagi. Jom tengok gambar2 kami pulak. Posing jangan tak posing.


Ruby dan Leen.


Kak Zah dan teddy bear lelong yang telah diborong abessss.


Aku dan Ruby.

Pas posing2 amik gambar tadi, aku dengan kawan2 pun naik pejabat sebab nak solat Zohor. Tapi pas solat, semua2 pun tak dapat turun dewan semula sebab terikat dengan tugas.

Amacam puas tak jamu mata tengok gambar2 sepanjang majlis. Dengan gambar posing kami tadi maka tamatlah entry Majlis Tautan Hati untuk kali ini. Tahun depan kalau ada lagi majlis ni dan aku pun masih ada lagi di sini, insyaAllah aku menulis lagi. *Gambo makan2 semua tak sempat snap. Kelam kelibut beratur amik makanan. Lapor weh!

* Seronok sekali sekala berkumpul beramai2 dengan semua staf di bawah satu jabatan. Baru kenal nama dan rupa. Macam2 karenah. Hehe.. Ape2 pun kami tetap enjoy!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!