Monday, August 3, 2009

Trilogi: Sales, Balik Kampung & Virus H1N1

Sales (Jualan Gudang Anakku) Jumaat, 7pm

Balik kerja petang Jumaat lepas aku terus terjah Anakku Warehouse Sale kat Kg. Jawa, Klang. Dah dekat sangat kilang ni dengan rumah aku kat Jalan Kebun tu. Sebelum ni aku tak pernah tahu pun dekat situ ada kilang Anakku. Jenuh juga nak cari. Sebab lokasi kilang dalam map di internet x sama dengan lokasi sebenar. Geram betoi! Dahle jalan x berapa elok. Debu pulak berterbangan kiri kanan jalan. Kawasan perindustrian kan, tau2 jelah. Jalan pun blh tahan jem. Selepas berhempas pulas cari jalan (nasib baik Farizal x give up) jumpa jugak. Fuh, cam ada pesta. Siap pasang khemah kt luar. Tapi sebab waktu ni dh nak maghrib so khemah pn dah lengang. Tapi kat dalam gudang, Subhanallah! Punyelah ramai orang.

Ni 1st time aku pergi jualan gudang yg barangnye betul2 di jual di dalam gudang (IKEA x termasuk tau). Sebelum2 ni aku pernah pergi jualan gudang kat Taman Shamelin, tapi jualan DI LUAR kilang. Dorang pasang khemah. Barang2 pun susun kt bawah khemah tu. Ni betul2 dlm kilang yang agak lama, buruk & gelap. Gelap sebab waktu tu dah petang sangat, lampu kt dalam kilang tu pun malap2 je. 10 minit pertama aku tergamam. Punyela banyak baju, macam2. Ada kasut, barang2 baby, toiletries, mainan etc. Tak tau nak amik apa, nak amik yg mana. Aku pegang, pstu aku letak. Pegang letak, pegang letak. Harga memang murah yang amat la kan. Barang kena pandai pilih sebab ada yang dah kotor. Aku tengok orang lain macam nk gila pilih barang. Kain baju penuh kt tangan, bertimbun. Yang isi dalam bakul, penuh bakul. Bakul habis, kutip pulak kotak2 kosong kt luar gudang tu, isi lagi kain baju & barang2 lain nak beli. Memang borong abes dorang nih. Seriau aku tengok.

Oleh kerana lampu tak berapa terang, mata aku pun cam dah kabur2 tengok kain baju berlonggok punyela banyak. So aku takdela pulun borong cam dorang sume. Lagipun jenuh nak cari yang sepasang. Sebab baju & seluar bertimbun semua asing2. Kena pandai cari sendiri, geledah sendiri. Aku pun dah letih yang amat sangat (baru balik kerja kan) malam tu pulak nak rush balik kampung, so grab apa yg sempat je. Dapatla 4 helai baju & 4 helai seluar untuk Izz (tapi taktau nk pasang2kan macam mana sebab ada yg tak sama kaler) Sampai umah tak sempat belek baju yang baru beli tu terus packing untuk balik kampung.

Balik Kampung. Jumaat, 9.30pm

Pagi Jumaat ayah call ajak balik kampung petang nanti sebab pagi Sabtu, sepupu aku Poi nak bernikah. Wah... ni betul2 last minute punye jemputan. Roger Farizal, dia kata ok. Ayah ajak balik petang tapi Farizal kata kita balik malam. Argh.. aku pun dah berangan2 nak terjah warehouse sales Anakku & Pureen. Takkanlah last min x jadi pergi pulak kan. Mau aku meroyan nanti. So untuk tidak menghampakan hati yang dah berangan ke langit ke 7 ni, maka aku gagah gak paksa diri & Farizal untuk ke Kg. Jawa petang tu jugak. Gua tak kira, x dapat g sale Pureen, dapat g sale Anakku pun jadilah. Akhirnya berjaya jugak walaupun angan-anganku jauh lebih hebat dari kenyataan. Hehe!

So malam tu dalam 9.45 aku bertolak ke Cheras amik mak dan ayah. Sampai Cheras dalam pukul 10.30 camtu. Brok brek brok brek (sembang dengan mak ayah dan Yang) pukul 11.30 baru kami bertolak ke Rawang. Kami singgah rumah Kak Ngah di Rawang dulu sebab nak tukar kereta. Tukar Gen2, amik Myvi. Maka dengan Myvi kami berlima terus balik ke Kuala Kangsar. Sampai kampung pukul 3.30 pagi. Gilalah! Nasib baik Izz baik yang amat, dia tdooooo je senyenyak2nya. Mak dia ni pn tido senyenyaknye jugak. Sebelum tutup mata lagi 33km nak sampai R&R Tapah, bukak mata je dah sampai selekoh nak masuk umah opah. Uwa... memang lena sungguh!

Pagi kul 5.30 semua orang dah bangun mandi & siap2. Mana yang nak gosok baju, gosok baju. Mana yang nak uruskan anak, uruskan anak. Siap2, makeup2, breakfast then vrooommmm... 3 biji kereta bergerak ke Tasik Gelugor, Penang. Sampai masjid (tempat nikah) dalam pukul 10.30pg. Janji dengan tok kadi pukul 11pg, ngam2 soi! Kul 12 setel, terus g umah pengantin perempuan makan2. Takde kenduri besar, sebab majlis ni cuma majlis pernikahan aje. Kendurinya insyaAllah raya ke-3 nanti. Pas makan2, perut kenyang, kami pun mintak diri dulu nak balik ke pangkal jalan. 2 biji kereta x balik umah opah, dorang terus ke Lumut (cuti2 Malaysia). Dengan opah2 sekali dorang angkut. Kami sekereta memang plan nak balik umah opah semula, tapi rasa cam tak bermakna pulak sebab opah pun takde. So, kami plan pergi rumah bapak (adik mak) kat Taiping.

Sebelum g Taiping, singgah dulu Bukit Merah Laketown. Fuh, bestnya. Cam hebat2 je aku tengok kat cni. Cuma singgah and jenguk kedai cendermata kat situ je. Jam pun dah kul 4.30 ptg. Solat Asar then terus ke rumah bapak. Otw ke sana jumpa pasar malam. Berhenti dulu ronda2 pasar malam baru ke rumah bapak. Letihnye badan yang teramat. Pas mandikan Izz, kami berlima tertidur kat ruang tamu. Hehe.. penuh ruang tamu kami wat medan melelapkan mata a.k.a melepaskan lelah. Apa taknye, malam tu cuma dapat tido atas tilam 2 jam je. 5.30 pagi dah pulun bangun. Huhu...

Pas Isyak bapak offer tidur kat rumah mertua dia (mak mertua bapak dah tak berapa sihat. Bapak ajak tinggal sekali dengan dia. Pak mertua pulak dah lama meninggal. So rumah mertua bapak kosong. Walaupun kosong, tapi barang2 dalam rumah ni lengkap sebab dorang pun selalu balik sini jenguk2. Kadang2 sedara mara lain pun datang tidur rumah ni). Bapak pelawa jugak kami tidur kat rumah dia tapi takot tak berapa selesa sebab bapak ramai anak2 dah besar panjang. Maklumlah, rumah 2 bilik. Tidur tu boleh tapi tak berapa selesa la. So kami pun decide nak tidur rumah mertua bapak. Rumah ni 5 min je perjalanan dari rumah bapak. Kalau kami balik bermalam kat rumah opah kat Kuala Kangsar pn bukan ada apa, sebab opah takde. Lagipun mak dengan ayah dah plan nak beli ikan fresh2 baru naik dari laut kat Matang. Dari Taiping dah dekat. Pagi tu pukul 7 dorang pergi, aku dengan Farizal x ikut. Kami sambung tido. Cuaca kat kampung sejukkkk... best buat taik mata. Izz pn tido lena sampai taknak bukak mata. Cam beratttt sangat mata dia nak bukak. Hahahah... lawak je bila Farizal usik2 kejutkan dia tapi dia takmo bangun.

Pukul 9 mak ayah sampai. Siap2 terus g bandar Kuala Kangsar. Mak dengan ayah nak borong sayur la pulak. Ikan2 dengan sayur2 ni mak ayah nak bawak balik KL. Begitu gigih sekali dorang shopping barang2 basah nak bawak balik KL. Katanya murah dan fresh. Huhu.. suka atiler. Time mak ayah beli sayur2 tu, aku, Farizal & Izz melepak kat jeti tepi Sungai Perak. Tengok bot, tengok orang2 kat jeti tu (dorang cakap Kuale bunyi best, cam Mr. Os). Sambil menikmati udara nyaman pagi di tepi sungai, perut kami juga menikmati kuih-muih yang dibeli dari pasar pagi. Hehehe.. Izz suka sangat dok tepi sungai ni, esp bila ada budak2 lelaki yang mulut riuh rendah x reti diam. Ralit Izz perhatikan dorang. Mesti dalam hati dia pn fikir, tak sabar2 nk besar cam abang2 tu. Huhu.. memandai je aku.

Kul 12 gerak balik umah opah. Ayah nk siang ikan2 tu sume. Mak pulak rajin kemaskan rumah opah. Aku biasalah, lepak2 dgn anak kt atas. Farizal pulak gigih keliling rumah opah cari anak2 pokok yang boleh ditanam kt umah kami nanti. Mula2 aku join, tinggal Izz kat atas rumah sorang2. Tapi bila rasa2 boring (ahaks!) aku cabut naik atas. Temankan anak la konon2nya. Kul 3.30 siap2 nak balik KL. Otw balik singgah Behrang dulu. Ayah nak amik bil2 kat rumah dia tu. Rumah kat Behrang ni ayah beli beberapa tahun lepas. Dulu, ada budak2 poli Tanjung Malim sewa kat sini. Tapi sekarang dah takde. So sekarang rumah tu kosong je. Walaupun kosong, tapi bil2 kena bayar gak. Kul 6ptg g kedai makan yg agak fofular kat Behrang ni. Makan2 then chow balik KL. Tapi kena singgah Rawang dulu sebab nak tukar kereta semula. Janji dengan Kak Ngah jumpa kat depan pintu pagar. Kak Ngah siap pakai mask sebab student kat sekolah dia dah ramai yang positif H1N1.

Pas antar mak dan ayah kami terus balik rumah. Sampai dalam pukul 10.30 camtu. Letih badan, tak larat sangat dah! Nampak baju2 yang aku beli kat jualan gudang aritu kat tepi bakul baju Izz. Nanti2la aku belek balik baju2 tu, kena ronda gak ni cari baju or seluar yg sepadan. Kalau tak, tak boleh pakai. Nanti baju kaler kuning, seluar kaler hijau. Apa ke hal nye yop? (wah baru balik Kuale dah ckp Kuale)

Virus H1N1. Ahad, 8pm

Masa nak tukar kereta kat rumah Kak Ngah sebelum balik kampung aritu, dia dh pesan awal2. Tak payah masuk kawasan sekolah. Sebab dah 61 pelajar positif H1N1. Dia jumpa kitorang kat pintu pagar je. Kak Ngah tinggal di kuarters warden sekolah asrama penuh kat Rawang. Fuh, suspennya. Masa amik kereta Kak Ngah siap2 pakai mask. Takut berjangkit katanya. Tapi dia takdela kena virus tu. Mudah2an taklah, mintak dijauhkan Allah. Kak Ngah cakap lagi, doc bagitau dia yang selsema babi ni bukan hanya merebak melalui air liur tapi juga boleh merebak melalui gigitan nyamuk. Fuh.... bertambah2 aku seriau.

Ahad malam ke Rawang sekali lagi untuk pulangkan kereta. Kak Ngah kata jumpa di pagar sekolah je jugak. Dah makin bertambah bilangan pelajar yang demam. Oleh sebab Kak Ngah ni warden kat sekolah tu, so tugas dia ialah jaga pelajar2 yang sakit dalam kawasan sekolah. Lagi2 sakit selsema babi, fuh.. memang mencabar! Kebetulan time pulangkan kereta tu Kak Ngah bawak beberapa orang student dia yang sedang demam nak bawa ke klinik. Dengar budak2 tu batuk2, isk lagila aku seriau. Mintak dijauhkan Allah la penyakit2 cmtu. Aku doa jugak biarla budak2 yang dh kena demam tu, cepat2lah sembuh.

Gitula cerita trilogi aku. Letih dan penuh thrill. Pagi ni bangun rasa badan sakit menyucuk2 tapi kena g kerja jugak. Hujung minggu ni aku ingat nak rest. InsyaAllah... Cerita panjang lebar tapi mintak maaple kawan2 sume ye, balik kampung tak bawak kamera. So xdela gambornye. Takpe2, cerita tanpa gambar dapat gak korang bermain dengan imaginasi kan? Tajamkan minda, gambarkan pemikiran anda. Cewah2.

*Tahniah Ina my bestfriend yg baru je melahirkan putera sulungnya 10.45 pagi semalam (2 Ogos) di Regency Specialist Hospital, Masai selepas menempuh 16 jam sakit bersalin. Tahniah 1000x! Bertambah sorang lagi kawan Izz :P Alhamdulillah.

4 comments:

LiNda said...

salam Mak Izz..

Tq sbb jadi follower saya. Punyalah gigih nak cari blog awak, akhirnya bertemu jugak . hehehe

Adha Khalid said...

salam kak linda,

maafle masuk blog akak x bg salam. hehe.. sy mmg pengikut setia blog akak, very keibuan. cth ibu & isteri mithali ni, hihi.. slm perkenalan!

Diarihatiku1976 said...

hi.. salam kenal... kak Ina PSM lah.. yg tanya ri tu...

Mak Izz said...

oh ni la kak Ina yg havoc tu ye. salam kenal gak. pasni jumpa kat luar tegor2 la ye. slmt berblogging!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!