Baru2 ni aku ada tepekkan blog lama aku ujikus's bloggie kat sini. Saja nak bagi semua yang baca blog aku ni mengenang kembali zaman aku menulis dolu2. *Psstt.. ada ke yang dah baca? Ahaks! Bila baca2 balik, argh... jiwang karatnya aku time tu! Bahasa tersangatlah novelis. Sasterawati poyo! Uh, itulah aku satu masa dahulu. Jiwa penuh pemberontakan dalaman. Sindiran menjadi bahasa lidah. Tak kenal erti kejam & perikemanusiaan. Blog aku, aku punya sukalah! Ahaks!
Masa tu aku blogging menggunakan friendster. Kawan masa praktikal yang kenalkan aku dengan dunia friendster ni. Dunia blog pulak aku dah kenal lama, masa awal tahun 2000 dulu, masa tu aku kerja di cybercafe 6 bulan selepas aku tamat Tingkatan 5. Masa tu aku tak tau pun ada blog free (adakah blog free pada masa itu?) Aku ingatkan semua penulis blog perlu membuat bayaran bulanan kepada erm.. company yang mempublish blog dorang (ntah pape je kan aku ni) Ehm... dan aku ingatkan mereka2 yang menulis blog ni adalah mereka2 yang mahir dengan java & html. Ataupun mungkin mereka ni buta IT tetapi mempunyai kawan2 yang mahir dengan java & html. Mereka hanya perlu mintak tolong kawan yang mahir IT rekakan background, bina website dari A hingga Z dan kemudian si buta IT yang minat menulis blog sudah boleh terus menulis dan berblogging. Gitu... Aku sendiri punya keinginan untuk menulis dan mempunyai blog sendiri. Tapi itu tidak mungkin terjadi kerana pada tahun 2000 tu aku memang buta IT dan aku tidak mempunyai kawan yang mahir IT yang boleh tolong binakan website untuk aku dan aku tidak mempunyai duit untuk membayar bil bulanan untuk blog aku. Huhu.. ceteknya akal ketika itu.
Beberapa tahun berlalu, April 2005 aku mula menulis blog di friendster.com. Ia adalah blog sedia ada, cuma pilih template dan layout. Paling penting, it's FREE! Aku menulis sekadar meluah isi hati aku. Apa yang aku rasa dan apa yang aku pendam. Apa sahaja yang berlegar dalam otak dan jiwa aku. Sungguh berbaur emosi masa tu kan. Ekekek, lucu betul. Sebenarnya aku banyak terpengaruh dengan gaya penulisan blog zaman awal tahun 2000 dulu. Blog mereka lebih kepada luahan hati & emosi. Tentang isu semasa dunia ataupun isu semasa perihal diri, keluarga dan tempat kerja. Hehe.. dulu aku rasa (aku rasa la) tak ramai lagi orang menulis blog. Mungkin masih belum terdedah dengan perkembangan IT yang suam2 kuku waktu tu, dan mungkin orang ramai pun belum tahu lagi tentang kewujudan blog. Tengok sekarang (setelah 9 tahun berlalu), nah! sape lagi dalam dunia ni yang tidak punya blog? Ok, mungkin ada yang tidak mempunyai blog sendiri lagi. Tapi hobi mereka ialah membaca blog2 orang lain. Bermaksud, mereka tahu tentang blog. Ternyata kini manusia & blog tidak boleh lagi dipisahkan. Sangat sinonim. Blog pun termasuk dalam aliran media sekarang. MEDIA SIBER. Begitu cemerlang kemajuannya kan?
Eh mengapa aku membebel tulis pasal sejarah hidup aku dengan blog ni. Hehe.. takdelah saja je nak promote blog lama. Isk.. orang lain promote benda baru, aku pulak promote blog lama. Bukan apa, sekadar nak berkongsi kisah dolu2. Gitu... K lah, nak sambung wat keje semula. Chow!!!
2 comments:
Blog lama uji ...kat ofis tak leh bukak.... kat umah boleh!....
really? sbb tu under fs. ofis kita kan xleh surf fs. hehe.. tp nape pc sy kt ofis boleh pulak ye? *konpius
Post a Comment