Thursday, July 28, 2011

Boria Setiausaha Cemerlang

 ::Dedikasi untuk teman2 yang bergelar SETIAUSAHA::

sila  nyanyi beramai2 jika sudi :)

Salam sejahtera kami ucapkan
Kepada semua hadirin sekalian
Setiausaha Cemerlang jadi impian
Boria Mawar Berduri kami persembahkan

Bertempat di IPPTAR, Angkasapuri
Dato' Dr. Syed Ahmad penceramah kami
Lantang bersuara 'sense of humour' pun tinggi
Kami mendapat ilmu tak kering gusi

Setiausaha Cemerlang tajuk kursus kami
Belajar jadi setiausaha yang disegani
Menambah ilmu baiki personaliti
Penampilan berseri, IQ pun tinggi

Setiausaha cemerlang pandai berkomunikasi
Arahan ketua cepat difahami
Senyum sentiasa setiap hari
Ketua sayang, markah prestasi tinggi ^__^

Sekian sahaja persembahan kami
Boria Mawar Berduri mengundur diri
Salah dan silap harap dimaafi
Semoga kita berjumpa lagi


*Kenangan manis kumpulan aku Mawar Berduri *nama group tak boleh blah :) sempena Kursus Setiausaha Cemerlang anjuran KPKK bulan April lalu. Malangnya kerana kesuntukan masa (dan peserta pun ramai taknak buat persembahan) maka persembahan boria sekadar di atas kertas. Hehe... karya bidan terjun nukilan aku la, sape lagi? Semoga terhibur (poyo sket jgn marah)

Friday, July 22, 2011

Terima kasih Awak, Awak dan Awak!

Terima kasih banyak2 kepada awak semua! Kerana awak, awak dan awaklah saya rasa (saya rasa) saya dapat menang I LOVE SHAWL CONTEST (walaupun tempat ke-10) *wink wink

Terima kasih kepada awak yang pertama:

 
Adik Iezan Idma owner Idma Textile organizer I LOVE SHAWL CONTEST. Tanpa dirimu, tiadalah contest. Tiada contest, tiadalah pemenang. Tiada pemenang, tiadalah peluang akak dapat hadiah saguhati :) Maceh dik!

Terima kasih kepada awak yang kedua:

Tanpa jari-jemari emas dan bakat terserlahmu sebagai photographer hebat tidak memungkinkan photoshoot dulu berlangsung. Anda memang ohsem!
THANK YOU LALING!

Terima kasih kepada awak yang ketiga:

Bukan akulah, tapi benda yang aku pegang tuh. Gitar kapok kaler merah terang. Heheh! Terima kasih awak (gitar) kerana menjadi props yang berguna untukku. (faktor kemenangan mungkin?) ^__^

THANK YOU SO MUCH AWAK SEMUA!!! 
(bajet retis seketika) ^___^

::moga ada rezeki lagi di lain masa::

Wednesday, July 20, 2011

Update Tentang Abah Lagi

Petang semalam abah dah discaj dari HKL. Doc benarkan abah transfer ke Hospital Jengka memandangkan kesihatan abah semakin baik. Alhamdulillah... Maka petang semalam lepas balik kerja Farizal jemput abah dari hospital dan bawa ke rumah nenek di Sungai  Besi. Malamnya pulak Abang Seli hantar abah ke Hospital Jengka. Mudah2an abah cepat2 sihat sepenuhnya seperti dulu2. Amin Ya Rabbal Alamin...




Rindu saat-saat abah semasa sihat, aktif bermain dan bergurau senda dengan cucu-cucu ^__^

Wordless Wednesday #2 : Once Upon A Time in Port Dickson


Tuesday, July 19, 2011

Sore Throat

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Tak tahu aku apa kaitannya peribahasa tadi dengan situasi aku sekarang. Apapun yang pasti, niat baik untuk menikmati vitamin C dari buah2an segar dari gerai tepi jalan tengah hari semalam membuatkan aku meroyan sakit tekak dari petang sampai sekarang!


Bukan main sukar lagi aku menelan air liur, dah lama tak sakit tekak sebenarnya. Bila sekali-sekala diduga sakit begini, penangan mengadanya sakitnya ya Rabbi! Malam tadi badan dah menggigil2 semacam mahu demam. Lenguh sana, lenguh sini minta dipicit. Paksa juga abah picit. Yang ajak ke Tesco untuk  membeli  barang2 keperluan. Lambang kasih sayang adik sejati, aku gagahkan juga tulang empat kerat ni ke Tesco. Lemah longlai je aku berjalan. Bergoyang2 satu badan. Pertama kali ke Tesco tanpa semangat beli-belah. Macam tak percaya :(

Pagi tadi dah tekad nak ke klinik. Tahu kalau pergi  klinik kerajaan, setakat sakit tekak confirm TAKKAN DAPAT MC. Takpelah.. aku pergi klinik sebab nak amik ubat, nak makan ubat, nak cepat sihat, bukan nak cuti sakit (ehem ehem.. boleh percaya ke?) ^___^ Ke klinik bersama abang Izz, budak kecik ni pun tak sihat jugak. Perihal dia sakit aku cerita next entry k.

K lah korang, nak sambung buat kerja. Actually memang aku berniat nak MC today, badan tak sihat, macam mana nak kerja? Tapi tak sampai hati nak abaikan kerja yang berlambak kat pejabat. Kalau tak datang hari ni, esok aku juga yang kena mengadap :(

Byebye... psssttt.. doakan aku sembuh cepat ye!



Sunday, July 17, 2011

Pureen Clearance Promotion 2011


Sales untuk 2 hari sahaja seperti yang tertera di atas iaitu semalam dan hari ni. Mesti ramai yang dah tahu, korang pergi tak?

Aku dah pergi last year. Takdela shopping sangat pun just beli baju harian Izz dan hadiah sket untuk kawan2 yang baru dapat baby. Semalam aku pergi lagi, target memang nak beli beberapa barang untuk kegunaan harian seperti di bawah.

Boleh buat stok (botol susu, puting botol, syampu & liquid cleanser) Lelain tu biasalah... total semua RM176. Murah tak?

Dari pemerhatian aku, harga barang kurang la RM2-3 berbanding harga biasa. Takdela murah sangat (walaupun aku kata dekat Kak Eja barang murah nak mams, haha... saje nak soh dia pergi jugak)

So masih ada sejam lagi. Cepat2 ke Summit Co. habiskan wang anda! Hehe..

Saturday, July 16, 2011

Update Tentang Abah

Assalamualaikum wbt

Tengahari Khamis kami dikejutkan dengan panggilan telefon daripada hospital mengatakan abah semakin tenat. Mak yang setia menunggu abah di hospital memberitahu sejak malam Rabu abah kembali mengadu perutnya sakit. Sambil memicit2 perut abah yang kembung, mak mendengar abah menyebut2 nama ibunya, "Mak.. mak.."

Apa lagi yang mampu mak lakukan? Hanya meminta abah bersabar dan redha dengan ujian Allah. Selepas doktor berusaha sedaya upaya menyelamatkan abah, keadaan abah kembali stabil. Tengahari itu juga aku minta kebenaran dari bos untuk balik awal. Terus ke HKL menjenguk abah dan abah kelihatan sangat2 lemah dan tidak bermaya. Alhamdulillah.. Allah masih panjangkan umur abah. Tiub di hidung dan pek kencing yang sebelum ini sudah ditanggalkan, dipasang semula.

Siang tadi berkesempatan melawat abah di HKL. Keadaan abah semakin baik. Perut yang kembung sebelum ini sudah kembali seperti sediakala. Kali ni aku bawa Hasanah sekali ke hospital, berpeluanglah juga orang tua tu mencium  pipi budak dobot ni. Mula2 Hasanah tak mahu dekat dengan atuk, berulang kali ku sua baru dia mahu. Tu pun ligat tangannya nak meraba tiub2 di tangan abah. Ish! Abah boleh bercakap seperti biasa, ingatan juga masih kuat. Walaupun doktor memasang topeng oksigen pada abah, tapi abah tidak mahu menggunakannya bila kami datang. Senang abah nak bercakap dengan kami. Abah katakan perutnya tidak sakit lagi, cuma badannya aje yang rasa lemah dan menggeletar.

Sebelum pulang, sempat aku meninjau kawasan wad. Dan mengambil kesempatan melihat papan kenyataan  yang sarat dengan info. Antaranya keratan akhbar bertajuk "Aneurisme Aorta Abdomen'. Tak syak lagi, inilah penyakit abah. Korang boleh google kalau nak tahu tentang penyakit ni dengan lebih lanjut.

Semasa keluar dari wad aku terserempak dengan ayah. Datang seorang untuk melawat abah. Hampir setiap hari ayah ke HKL untuk melawat abah. Terharu aku melihat betapa utuhnya talian persaudaraan 2 keluarga T-T

Semoga persaudaraan ini berkekalan erat sampai bila-bila!

Thursday, July 14, 2011

Rentetan Kemenangan Semalam

Gelenyar sungguh tajuk entry semalam. Dah pandai berWordless Wednesday aku ni.. :) Orang lain buat, Mak Izz pun gatai jugaklah nak buat. Lagipun macam penuh tanda tanya kan entry macam tu. Ala2 misteri gitu. Poninglah pala korang pikir apa la cite di sebalik gambar kan? Sebab aku ni baik hati... (suka membebel sebenarnya) tak sampai hatilah pulak biarkan korang hidup dalam teka teki teka tekuk, ular mati dalam periuk (iewwww gelinyerrrr). Maka nak ceritalah jugak pasal hadiah kemenangan semalam. Ala.. yang dapat FM dari Kelantan tuh! Hehe..

Hadiah dari UmmiRayyan. Terima kasih noks! UmmiRayyan ni kawan baik aku di pejabat (kami 1 Jabatan tapi berlainan Bahagian). Dia ni pun ada blog tersendiri. Kliklah kat nama dia tadi ye boleh baca dan follow blog dia. Blog dia best banyak info, tak macam blog aku  ni, merepek je banyak :)

Baru2 ni UmmiRayyan buat 1 contest. Selaku kawan baik mestilah aku gedik-gedik  manja nak join contest dia kan? Maka joinlah. Contest senang gila, rugi siapa tak join. Contestnya lebih kurang gini "Pengomen Paling Banyak Dalam Tempoh Tertentu" Terus2an aku mengomen ko. Dah jadi huru-hara dah kotak komen dia. Semua berebut nak menang contest. Kihkih.. Jadi semalam UmmiRayyan dah umum pemenang, macam tak percaya je aku salah seorang dari pemenang bertuah yeay...!!! (tak percaya konon padahal punyalah tak berhenti2 komen nak menang punya pasal, hahahaha).  Usaha tangga jaya kan, haruslah mencuba sehabis baik!

So UmmiRayyan bagi pilihan dekat pemenang2 pilih hadiah pilihan hati. Ada pouch handphone tenun, pencil case tenun dan FM. Aku mestilah pilih FM sebab nak banyakkan koleksi dekat peti es. Terima kasih tau Ros (Ros adalah nama manja UmmiRayyan). Aku suka FM tu. Cantik sangat2. Harap2 Izz tak musnahkan :)

Kepada kengkawan, rajin2la join contest tau. Bak aku cakap dalam entry sebelum2 ni, "Untung  sabut timbul, untung batu tenggelam" jadi tak salah kan kalau kita mencuba nasib? Menang atau kalah perkara biasa. Kalau menang, happy senyum empatbelas hari sambil belek hadiah, kalo kalah nangis sorang2 je tepi hutan. Bukan orang tahu pon :p

Aku habiskan entry ni dengan gambar aku bersama UmmiRayyan masa firedrill ofis bulan lepas.

Moga persahabatan ini kekal ke akhir hayat

(dah menang FM baru cap kawan baikla.. apa la.. HAHAHA)


Wednesday, July 13, 2011

Wordless Wednesday #1: Menang Hadiah Lagi! Yippiee...

I LOVE SHAWL CONTEST

 
Contest Datang Lagi!

Contest kali ni anjuran Idma Textile, sebuah butik online yang menjual pelbagai jenis tekstil samada kain ela, baju tidur (kelawar), aneka shawl, inner dan lain-lain.  Sebelum ni aku pernah join Contest Nama Baby Saya anjuran Idma Textile pada awal bulan Mac lalu namun tidak berjaya.

Maka kali ini aku dengan berbesar hatinya ingin mencuba nasib sekali lagi :) Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Siapa tahu mungkin kali ini aku bakal dinobatkan sebagai pemenang? *perasan ^__^

Syarat Penyertaan:

1) Upload pic memakai shawl yang terbaik (pic solo sahaja) - done
2) Buat satu (1) entry tentang contest ini, copy banner dan linkkan - done
3) Like Page Idma Textile di Facebook - done
4) Tag seorang rakan - done
5) Tinggalkan link penyertaan di entry beliau- done

Pic yang dipertandingkan:


Hihi.. bangga giler letak gambar besar gedabak. Bior cerah sikit mata Ezan (tauke butik) tengok gaya shawl Mak Izz :) Gaya shawl inspirasi dari Hana Tajima tapi bedal lilit ikut suka aku. Tak lupa gitar sebagai props pelengkap gaya anda (markah lebih sikit ye dik)


Dengan sukahatinya aku mengetag adik comel SUZIE untuk turut sama menyertai contest ini.


Hadiah Utama untuk 3 Pemenang Terbaik:

RM50 setiap seorang
(wah bab hadiah je font merah extra large, kehkeh)

 
 Tarikh tutup penyertaan: 19 Julai 2011

Yang lain jika berminat bolehlah cuba join contest ni. Tapi korang letak gambar pakai shawl biasa2 je tau, barulah peluang aku untuk menang lebih terbuka luas  ^________^ 


Good Luck to Me!!!

Tuesday, July 12, 2011

Tragedi April "Alahai Anak Emak!"



Siapakah insan bertanggungjawab membuat lukisan abstrak ni menggunakan cat minyak (hitam) di atas lantai rumah mak aku?

 Pelukis tersebut semakin dikenalpasti dengan bukti palitan cat minyak hitam penuh di kaki dan badan

Nur Izni  Hasanah???!!! Lepas kantoi main dan tumpahkan cat, terus tertidur kepenatan. Tak sempat pakaikan baju pun (lepas mandikan dia).


Korang bayangkanlah macam mana adik aku berhempas-pulas membersihkan Hasanah dari sisa-sisa cat minyak hitam yang degil. Katanya dekat separuh botol jugak tinner digunakan untuk buang cat2 kat lantai & kat badan tu. Aku balik kerja tengok Hasanah dah bersih cuma kat hujung2 kuku je masih ada lagi hitam sket2. 2-3 hari kemudian baru bersih sepenuhnya.

Situasi Kejadian:

Semua penghuni rumah sedang nyenyak tidur kecuali budak kecik di atas. Tu yang tak sedar dia tengah sedap mandi cat. Yang lawaknya, bila semua orang dah bangun, dorang terkejut la tengok kerja budak kecik ni, abangnya si Izz pun terjaga sama. Dialog pertama keluar dari mulut Izz yang bikin aku ketawa berdekah2 (bila adik aku cerita balik) ialah.........

"Mak, Anah itam"

Hahaha...!!!

Monday, July 11, 2011

Deko Impian Hati - Wall Shelves

Macam nak menggigil ketap bibir aku menahan kesejukan. Bunyi macam mastautin di luar negara tetapi hakikatnya di luar bilik bos je :) Aircond di bangunan Sime Darby ni memang sejuk yang amat. Aku rasa takde bezanya duduk dalam peti ais (tapi bahagian chiller la bukan yang bahagian freezer tu) dengan keadaan sekarang. Sama! Nasib baiklah ada lemak bertepek2 peneman setia anda. Boleh juga dijadikan heater sementara :) Kalau kurus macam  Nasha Aziz, iew... tak tahu nak nyahbeku macam mana.

Btw hari ni hari Isnin. Hari pertama bekerja selepas bercuti selama 2 hari. Jadi, kerja ofis memang sebanyak2nya menimbun di atas meja. Lagi  menimbun, lagilah aku 'rajin'. Entahlah, sejak takde bos ni motivasi kerja aku memang merundum giler-giler remaja.

Atas daya saing dengan diri sendiri (sangat hina tak mampu nak bersaing dengan orang lain), aku telah mencambahkan mood bekerja di pejabat dengan melilaukan mata mengakses imej2 dekorasi rumah melalui google search engine. Niat di hati mahu memenuhkan dinding2 kosong di rumah, bilik dan dapur tapi tanpa uang yang mencukupi, tanpa ilmu di dada, tanpa drill di tangan, bagaimana perhiasan sedemikian mampu digantung?

Jom cuci mata O-O

Dah lama berangan nak beli wall shelves macam ni (ala macam dekat showroom Ikea tu). Dulu2 berangan nak letak atas kabinet tv, pastu nak letak frame gambar keluarga etc. Macam cantik je. Ataupun gantung shelves ni dekat kepala katil. Pastu letak gambar. Silap haribulan frame gambar terjatuh bedebuk betul2 kena kat muka. Isk cancel2 takmo letak kat kepala katil. Kat atas kabinet tv ok!


 Susun bertingkat 3 ketoi  macam ni indah kan? Letak tinggi2 agar budak2 tak boleh capai. Gantung dekat dinding antara 2 pintu bilik ok tak?

 Shelves halus ni aku berangan nak gantung dalam bilik air. Pastu susun toiletteries free dapat dari hotel tu. Tak payah sampai 5 tingkat, 1 atau 2 je dah nice rasanya. Pastu bolehla tambah lilin aroma terapi dan letak pasu bunga kecil2 macam pokok kaktus ke wah comel....

 Shelves rekabentuk klasik untuk dapur. Boleh susun pinggan mangkuk hiasan kalau rajin lap buang habuk :) Aku ada beli 1 dulu tapi yang murah punya dekat Ikea, dekat setahun dah masih belum bergantung2. Konon nak letak aneka tok nenek detergent dekat dinding mesin basuh. Sampai sekarang tak bergantung2 lagi. Tersimpan rapi dalam almari T..T

Gambar last bukan shelves tapi contoh frame gambar gantung kat dinding berhampiran kepala katil. Simple je kan tapi sentuhan deko tu tetap ada. Dari bilik yang dull naiklah jugak seri sikit.  Btw frame dah ada, gambar dah ada, gantung je belum. Setahun dah tersimpan. Adoi....


*Agak2  lepas entry ni dipublish, bergantung ke tidak frame gambar & rak untuk detergent tuh? Dekat setahun dah beli tu :) Tolonglah doakan bagi pihak aku ye :)



Samb: Kronologi Abah Masuk Hospital

1 Julai 2011 (Jumaat)

Paidi beritahu abah warded semula sebab sakit perut datang balik. Aku tanya Farizal, nak balik kampung ke? Farizal cakap tak payah dulu. Tengok dulu keadaan abah macam mana. Kalau tak ok, baru kita balik. Aku ikut aje.

2 Julai 2011 (Sabtu)

Pagi2 Ateh telefon beritahu abah kena transfer ke Hospital Temerloh. Oh tidak.. sakit perut abah makin kronik ke sampai Hospital Bandar Pusat tak boleh handle? Petangnya Abang Seli dan Acik (abang dan adik perempuan Farizal) cadang balik kampung menjenguk abah. Lewat petang Ateh telefon beritahu abah akan ditransfer ke HKL sebab salur darah di perut bengkak tunggu masa je nak pecah. Astaghfirullah.... suspen sungguh kami waktu tu. Dengan ambulan, mak temani abah dari Hospital Temerloh ke HKL. Acik tak jadi balik kampung. Farizal drive ke R&R Awan Besar untuk jemput Acik bawak ke rumah kami (sebab Abang Seli kena balik kampung juga nak hantar anak2 dia bersekolah di sana). Balik dari ambil Acik, Farizal tak boleh pergi HKL terus sebab malam tu, jiran kami buat tahlil. Pergi tahlil dulu kemudian baru ke HKL bersama Acik, Paidi dan Izz (budak kecik ni wajib ikut abah dia). Aku dan Hasanah tinggal berdua di rumah. Tengah malam, mereka berempat dan mak sampai di rumah aku. Kata Farizal, salur darah abah dah pecah. Doktor akan buat operation secepat mungkin.

3 Julai 2011 (Ahad)

Seawal 7.30 pagi kami semua bertolak ke HKL ingin menjenguk abah sebelum operation jam 9.00 pagi. Sampai di atas, doktor sedang round check pesakit. So kami tak masuk dalam wad dulu. Baru je tunggu 5 minit kat bangku luar tu sekuriti dah tegur "Kanak2 tak dibenarkan masuk" Aisey... kena bawak turunlah pulak (memang dah tahu peraturannya macam tu, sebab bukan waktu melawat kan. Tapi gatai sangat nak bawak naik atas) Makanya turunlah aku bawak  budak2, pesan dekat Acik kirim salam jelah dekat abah sambil doa pohon semuanya selamat.

Betapa sangapnya tunggu di bawah dengan 2 orang budak kecik korang bayangkan ajelah ye. Macam2 aktiviti aku dah buat dengan dorang. Aktiviti minum air milo sampai tumpah kena baju, lari2 dengan stroller kemudian pura2 brek mengejut sampai Izz dan Hasanah ketawa terkekeh2, minum susu sampai habis, pergi rumah kaca dalam tu ada replika binatang macam bangau, rusa, katak besar (Izz takut katak ni) so tak boleh lepak lama kat situ. Duduk bawah pokok, disapa angin sepoi2 bahasa. Beberapa jam jugaklah aku duduk kat bawah ni dengan anak2. Izz daripada suka sampai benci. Daripada berlari sampai nak berbaring dah dekat lantai koridor tu. Isk isk.. nasib baik tak lama lepas Izz buat aksi baring2an tu abahnya sampai. Yeay...!!! (emaknya yang horey lebih). Abah dah disorong ke dalam OT jam 10.00 pagi. Doktor kata operation memakan masa paling awal pun 3 jam. Tapi selalunya lebih daripada tu. So kami semua amik keputusan untuk balik ke rumah  nenek di Sungai Besi. Berehat2 di situ especially mak lah yang sangat letih seharian di hospital hari2 sebelumnya.

Setengah jam di rumah nenek aku berangkat ke rumah mak di BTR. Apa lagi, tidur jelah petang tu. Pukul 2.30 Farizal kembali ke hospital. Abah selesai operation jam 4.30 petang. Malamnya bila abah dah stabil sedikit, abah dihantar ke ICU.

4 - 6 Julai 2011 (Isnin - Rabu)

Abah menjadi penghuni sementara di ICU. Keadaan abah semakin stabil.

7 - 10 Julai 2011 (Khamis - Ahad)

Pagi Khamis, abah dipindahkan ke Wad 13. Alhamdulillah.. abah sudah sedar dan kesihatan semakin baik. Cuma tiub di hidung masih belum dibuka. Aku sempat menziarahi abah pada petang Jumaat. Abah boleh bercakap walaupun masih lemah. Semasa bersalam sempat abah  berbisik ke telingaku "Maafkan salah silap abah selama  ni" Oh.. sebak sungguh perasaan aku masa ni. Tak terluah jawapan nak ku  balas. Cuma yang mampu aku katakan "Samalah bah.."

Hari ni

Abah masih di Wad 13. Setiap petang Farizal ke HKL melawat abah tanpa henti. Paidi juga menunggu di hospital sejak seminggu lalu langsung tidak pulang ke rumah. Ya Allah Ya Tuhanku, sembuhkanlah bapa mertuaku dan berikanlah dia kekuatan untuk menempuh kesakitan ini, Ameen...

Notakaki: Terima kasih kepada semua kawan2 yang mendoakan kesejahteraan dan keselamatan abah. Saya cukup hargai T..T

Thursday, July 7, 2011

Kronologi Abah Masuk Hospital

26 Jun 2011 (Ahad), 6.30 pagi

Bangun tidur mata terkulat2 menahan ngantuk. Solat subuh & mata terus ke dapur check handphone (aku charge handphone dekat dapur, letak atas oven yang tinggi, barulah Izz dengan Hasanah tak sampai tangan nak cekau)  Malam tadi bateri flat so charge dari malam sampai ke pagi. Check inbox tengok2 ada msg dari Kak Long (kakak Farizal) berbunyi "Abah sakit. Masuk Hospital  Bandar Pusat pagi tadi". Fuh, melompat kegezutan aku! Terus berlari2 kingkong mendapatkan Farizal yang sedang nyenyak tidur berbungkus selimut dikelilingi bidadari bidadara comel. "Bang, baca msg ni, abah sakit!" Farizal pun tergezut terus bangun cari spek dan baca msg. Call Kak Long dapatkan info. Katanya abah sakit dari malam. Ajak ke klinik tak nak. Pagi2 buta pukul 3 macam tu abah dah tak tahan sangat, sendiri ajak mak ke hospital. So pukul 3 pagi jugalah Eddy (adik ipar Farizal) dan mak zasssss ke Hospital Bandar Pusat, Jengka bawa abah. Warded pagi tu jugak.

Farizal kata "Siap2, tengahari kita balik kampung!" Ok. Pung pang pung pang tungkus-lumus buat kerja rumah; basuh baju, lipat kain, packing barang etc pukul 2.30 petang baru bertolak. Singgah McD dulu tapau makanan sebab tak lunch  lagi (tak sempat nak masak). Hari Ahad lebuhraya ke Pantai Timur lengang, sepanjang perjalanan hari hujan. Budak2 biasalah macam2 perangai. Kejap nak ke depan, kejap nak ke belakang. Kami terus ke hospital. Sampai dekat2 6.30 petang. Keadaan abah sangat lemah. Terbaring je, nak buka mata pun tak larat. Nurse drip air 1 botol. Doc kata abah gastrik.

Tamat waktu melawat kami beransur pulang. Eddy tinggal di hospital menjaga abah. Malam nanti Farizal akan datang semula untuk ganti shift menjaga abah. Mak pulang ke rumah bersama kami, letih sangat dari pagi di hospital. Sebelum sampai di rumah, singgah dulu di rumah mak Eddy di kampung bersebelahan untuk ambil Yan (adik Farizal, isteri Eddy) yang masih dalam pantang untuk dibawa balik ke rumah mak. Sampai je di halaman rumah tiba2 Yan bersuara "Mak ambil tak kunci grill dalam kereta  abah?". Mak jawab "Eh mana ada. Takpe, grill tu tak pernah berkunci". Yan sambung lagi "La... hari tu orang kuncila grill ni. Bahaya la tak kunci" Mak jawab dengan nada suspens "La... kenapa kunci? Manada kunci. Kunci dalam kereta abah" Ok masa ni korang mesti dah jangka apa akan berlaku kan? Kami bertujuh (4 orang dewasa, seorang kanak2 dan 2 org bayi - kasi chancelah Hasanah masih bayi hihi) tersadai di luar rumah pada waktu Maghrib dan tak boleh masuk sebab kunci grill tertinggal dalam kereta abah di hospital. Sila SIMPATI  T..T

Farizal cuba2 untuk menjadi McGyver tapi McGyver pun kena ada peralatan dalam cubaan nak bukak kunci bagai, kalau setakat berlagak macam McGyver sambil kuis2 rambut perasan handsome jangan haraplah dapat buka :) Cuba juga cari ruang kosong celah2 atap zink kut2 ada ruang boleh selinap masuk malangnya kalau dah takde bakat pecah masuk rumah orang (ops!) kalau dah tak reti, memang tak berjaya. Lagipun mulut aku dengan mak kecoh je bising2 tak bagi Farizal panjat. Bukan apa, risaula kang jatuh ker.. luka ke.. diri sendiri jugak yang susah. Dahlah waktu Maghrib setan banyak berkeliaran. Tak bagus mencuba sesuatu perkara yang anda tak pernah cuba, bahaya pulak tu.. pada waktu Maghrib. Don't u ever! Jiran sebelah rumah dah datang menjenguk. Tak lama lepas tu anak dia pulak yang datang. Memang kerja tukang rumah, sekejap je dia usya port nak selinap masuk jumpala lubang sket kat atap depan, ngam2 je muat badan dia. Sekali harung dia dorong badan dia terus lepas masuk dalam. Tapi aku tau, masa dia cuba nak masuk tu atap zink tu kena gak pada kulit2 badan dia adoi... sakitnye, mesti sakit kan? Tapi dia masih kontrol macho. Dapat masuk dan buka pintu dari ruang tengah.

Nak dijadikan cerita lagi, selamat je dia bukak pintu tu Eddy pun sampai dengan kereta abah. Hihi... aku dengan mak dah banyak kali cakap tak payah cuba2 nak bahayakan diri panjat atap bagai nak masuk rumah, tunggu jelah Eddy sampai. Kalau bawak kereta macam Micheal Schumacher, 15 minit pun dah boleh sampai. Tapi sebab jiran sendiri sudi nak tolong, takpelah. Kami redha aje :) Akhirnya selamatlah kami masuk ke dalam rumah malam tu selepas macam2 peristiwa. Tak lama kami masuk rumah, Paidi (adik bongsu Farizal) sms bagitahu dia dah nak sampai Bandar Pusat (dia naik bas dari KL). Farizal siap2 terus ambil dia dan bawa ke hospital. Malam tu Paidi yang jaga abah di hospital. Farizal tidur di rumah bersama aku anak-anak.

27 Jun 2011 (Isnin)

Call ofis bagitau aku EL dan berada di kampung. Pagi dalam pukul 10 macam tu Paidi sms kami beritahu abah dah boleh discharge tengahari nanti. Alhamdulillah.. so kami decide pulang ke KL petang nanti. Tengahari Farizal pergi jemput abah dan Paidi dari hospital bawa pulang ke rumah. Abah kelihatan lebih sihat berbanding semalam. Izz pergi dekat abah nak ajak main tapi abah tak larat. Selalu abah memang suka main dengan cucu-cucu. Kasihan.. Petang tu kami bersiap2 pulang ke KL. Sedih juga nak tinggalkan abah dan mak tapi nak buat macam mana, kami kena kembali bekerja. Perjalanan pulang begitu lancar sekali, budak2 tidur sepanjang perjalanan LEGA. Singgah di R&R Genting Sempah untuk ambil angin sambil minum petang. Selesai makan terus shoot ke rumah Jalan Kebun. Letih weh... esok kena pergi kerja. Fuh!

1 Julai 2011 (Jumaat)

Dapat tahu abah dimasukkan ke wad semula kerana sakit perut yang teramat sangat. Apa?.... masuk wad semula?

::to be continued::

Wednesday, July 6, 2011

Birthday, Alam Budiman, Karak dan Scream

Assalamualaikum wbt

Petang Sabtu 2 minggu yang lepas, kami sekeluarga bersama Yang bertandang ke rumah kawan lama Farizal, Roy di Alam Budiman, Shah Alam. Roy dan isteri menjemput kami datang meraikan majlis hari jadi putera tunggalnya, Zhafran yang genap berusia 4 tahun. Happy Birthday Zhafran!

Birthday Zhafran tau bkn Bryson ^__^

Sampai agak lewat sebab 4.30 petang baru bertolak dari rumah. Tengahari busy dengan tugas-tugas khas sempena projek mega. Tiba di rumah Roy setengah jam kemudian. Senang sangat nak cari rumah Roy ni. Maklumlah... invitation lengkap peta lokasi, siapa tak jumpa rumah memang ba wau ta alif. Sampai je hujung lorong dah nampak kanopi putih tersergam indah. Confirm rumah Roy! Farizal masih tak pasti, sibuk2 nak call Roy tanya rumah. Hello... itu je satu2nya rumah yang ada kanopi kat Alam Budiman ni, kita berada pada lorong yang betul ok! Dari jauh nampak Roy segak berbaju Melayu melambai2 tangan menggamit kami datang ke rumah. Hehe...

Walaupun kami tiba lewat namun makanan masih banyak, kek je yang dah abis. Menu utama adalah nasi beriani eh betul ke? Entahlah tapi rasanya memang sedap lagi pedas. Kuih-muih pun masih ada, sedap bangat! Usai makan lepak2 dengan Izz dan Hasanah dalam rumah Roy yang cantik  menawan qalbu. Tak ambil gambar pun sebab tak bawak kamera. Nak snap dengan handphone malu sebab handphone cokia. Lepak2 dalam setengah jam dalam rumah, lepak bawah khemah pulak. Orang paling gembira tentulah Farizal sebab dapat jumpa kawan lama.

Jam hampir 6.30 petang. Kami mula beransur. Plan seterusnya ke rumah Kak Ngah di Rawang. Sebelum tu, jom tengok gambar rumah Roy di Alam Budiman (psstt... ini bukan rumah Roy tapi aku cilok gambar ni dari internet, taip je perkataan Alam Budiman berlambak2 gambar yang keluar. Tapi aku pilih 2 keping je untuk tatapan korang.



Cantik kan? Aku suka binaan batu-batan merah tu, nampak macam rumah dekat luar negara walaupun suhu 38 darjah celcius :) Yang paling aku suka rumah ni sebab............... My BFF, Ina pun beli rumah dekat sini jugak. Yeay... aku suka rumah Ina dekat rumah Roy. Jadi peluang aku untuk bertandang ke rumah Ina selepas ini adalah SANGAT CERAH sebab bila pergi rumah Ina, boleh pergi rumah Roy. Pergi rumah Roy boleh pergi rumah Ina, yeay!!! Btw kalau korang nak tahu, rumah Ina dan rumah Roy adalah selang selorong *pitam* (gile dekat rumah dorang wei....)

Ina belum pindah lagi ke rumah baru, masih menghabiskan sisa-sisa hidup di bumi Pasir Gudang (hehe), mengumpul duit banyak2 untuk renovate rumah baru katanya. Aduiiiiii... tak sabar tunggu Ina pindah ke sini agar persahabatan kami yang rapat sebelum ini bertambah2 rapat dan mudah2an suami dan anak2 kami juga bakal bersahabat baik seperti kami ^_____^ *kawan since 1988 taw!

Tiba2 rindu kat Ina T..T (padahal baru bercakap dalam phone tadi) Ok memang gedik! :p 

Sampai rumah Kak Ngah betul2 waktu Maghrib. Lepak2 macam biasa menonton dvd beramai2. Pilihan dvd malam itu adalah Karak dan Scream (filem seram Thailand). 


 Pandai gak budak2 ni berlakon


Scream yang memang buat aku scream dalam mood menyampah

Filem Karak bolehlah.. filem Scream rasa nak pecah2kan je dvd tu, tak seram langsung! Filem low budget la katakan... Pertama kali kami tidak bermalam di rumah Kak Ngah sebab 4 beranak sehelai sepinggang! Pukul 11 malam mula bergerak pulang ke rumah Jalan Kebun. Yang tinggal di rumah Kak Ngah. Sepanjang perjalanan Izz dok sebut "hantu.. hantu.." pengaruh 2 filem seram tadi. Isk! Sabor jelah. Apapun sedar2 je dah sampai depan pagar rumah. Hehehe...

Pagi Ahad bangun tidur dapat berita tragis! (will update next entry)


Monday, July 4, 2011

Daddy's Team


Lokasi: Hospital Kuala Lumpur

(mak busy tak sempat nak update entry)

Friday, July 1, 2011

Catatan Seminggu

Assalamualaikum wbt

Woh.. dekat seminggu juga blog ini bersawang ye. Dalam hati membuak2 keinginan berkongsi cerita dengan kamu semua (eh sejak bila guna perkataan kamu ni?) tapi apakan daya kesibukan melampau sebagai PA terlampau tak kasi chance langsung aku nak berjimba dengan blog. Huhu.. (padahal blogwalking boleh je) 

Aku cerita perihal seminggu ni dengan subpoint jelah ye. Kalau nak dengar aku membebel 10 kertas kajang pun tak cukup ^__^

10 perkara penting yang berlaku sepanjang blog bersawang: 

1) Projek mega hampir bermula. Stok barang sudah dibeli. Proses jual beli belum lagi. Coming soon! (bakal diceritakan bila projek dah start) Ele... macamla ada orang peduli pasal projek aku tuh :)

2) Ahad pulang ke Jerantut melawat bapa mertua yang sakit gastrik sampai warded di Hospital Bandar Pusat Jengka. Alhamdulillah keesokan harinya dibenarkan pulang. Kami pulang ke KL pada Isnin petang.

3) Bangun tidur pagi Selasa terkejut beruk mat yeh tengok tilam dalam bilik tidur utama (tapi kami tak tidur di sini sejak kelahiran Hasanah, tidur di ruang tamu bentang toto lebar2 bergelimpangan dengan anak2 adalah pilihan paling praktikal) dan kain-kain dah dan belum berlipat basah lenjun dihujani air menitis dari siling. Apakah???? Hampir pengsan tengok lantai basah separa banjir. Air meresap di  balik dinding (dahle cat dinding kaler purple gelap) Wah... sangat buruk jelas kelihatan. *nanges*. Sedih cat rosak. Sedih rumah banjir. Sedih sebab tangki air rumah jiran rosak dan tempias ke rumah kami. Tapi alhamdulillah sebab ada alasan untuk EL pada hari tersebut (badan pun tak habis letih lagi balik dari kampung).

4) Catatan cuti terbanyak sepanjang menjawat status kakitangan awam dalam tempoh sebulan adalah bulan Jun 2011 - 1 hari MC, 3 hari Cuti Rehat dan 3 hari EL (giler!)

5) Selipar kegunaan ambil wuduk di pejabat telah putus petang semalam. Sedih sebab sayang sangat selipar tu. Banyak kenangan manis antaranya -> tergolek di toilet HUKM sehari sebelum kelahiran Hasanah kerana lantai licin *selipar murah la katakan..) T..T

6) Perpisahan jiwa paling ketara antara PA dan bos (ok nak inform kamu semua bos kesayangan pejabatku telah bertukar berkuatkuasa hari ni. Maka semalam adalah hari terakhir. *sobs* "Selamat Maju Jaya Bos! Rindu bos selalu....": Antara ayat yang aku tulis dalam kad -SEDIH GILER TAHU-

7) Tewas dengan nafsu mengisi tembolok perut. Akibatnya tidak dapat mengqada' puasa walau sehari pun pada minggu ni (eh ni perkara penting ke? Penting sangat bagi aku sebab banyak hari lagi nak ganti *sobs*)

8) Streamyx bakal ditukar dengan Unifi. Jangan tanya aku apa2 tentang 2 perkara ini sebab tiada info di dada. Farizal beri pendapat, aku turutkan aje. "Saya yang menurut perintah.. suami"

9) Hasanah dah boleh berjalan (walaupun terkengkang2 kerana pampers). Syabas anak daraku! Yippieee.. mak tumpang vanggah!

10) Hari ni hari pertama dalam tempoh 5 tahun, aku menjadi PA tanpa bos! (bos baru belum masuk lagi, tak tahulah siapa) Suspenssss... korang doa2lah aku dapat tukar ke Shah Alam ye! Dah lama aku mendambakan tempat kerja dekat dengan rumah. Tak larat weh nak berulang jauh2 apatah lagi ke Putrajaya lepas ni. Aarghhhh!!!.... katakan tidak pada kotoran degil :)

Oklah nak balik dah. Esok lusa kalau Unifi sudah berfungsi dengan  baik aku updatekan lagi cerita ye. Hopefully boleh uar-uar dah tentang projek mega aku tu. Hopefully! AMIN... Jumpa lagi, :B

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!