Dapat bilik 440. Tingkat 4 tahu! Takpelah, penginapan percuma sape nak bagi? Lagipun bila lagi nak eksesais kalau bukan sekarang haha.
Deretan rumah penginapan. Feeling macam duduk negara 4 musim :)
Our room (kena dongak kepala)
Ada 4 kotak parking, pilih aje yang mana 1 kamu mahu.
Sofa dia besar, boleh tengok tv beramai2 dengan selesa.
Master bedroom. Standard macam hotel lain juga.
Syok sebab dalam bilik pun ada tv. Tapi gambar tak berapa clear banding tv kat living tadi.
Apartment lengkap dengan dapur. Senang nak bancuh susu bebudak.
Penginapan Sri Juliana. Ada sesape pernah menginap di sini?
Hotel Rosa Pasadena di Brinchang. Lokasi sangat strategik sebab dekat dengan kedai2 dan Pasar Malam (hari Sabtu je)
Masa ni dekat Tanah Rata. Lepaskan je si kecik ni berjalan sendiri. Biar dia explore tempat orang. Explorelah sangat....
Acik happy. Bebunga kat CH ni cantik2 dan segar.
Izz dah bangun. Muka blur je. Lawak tengok Izz masa ni sebab pakaian dia tu colour block sungguh! Stoking kuning, sweater purple, biru, merah. Seluar pulak hitam putih. Hahaha....
Seronok jalan2 petang macam ni. Sebab SEJUKKKKKK....
Cerita last day di CH next entry. Nak buat kerja sikit. Bye n jumpa lagi. Salam.
Ada 4 kotak parking, pilih aje yang mana 1 kamu mahu.
Oleh kerana kami tiba pada hari Isnin maka suasana di Equatorial tidaklah seperti musim percutian. Tak ramai guest, agak lengang. Jom kita naik bilik. Dalam hati agak teruja nak tengok bilik sebab tak pernah lagi menginap di sini. Dulu pergi pun kami sewa apartment 3 bilik. Bertambah teruja sebab it's free :)
Aktiviti pertama bebudak. Izz lompat2 atas sofa, Hasanah main telefon. Haruslah telefon tu dicabut wayar dan disorok atas tv. Tempat paling tinggi yang Hasanah tak boleh capai. Muehehehe.... Hah perasan tak Izz dah pakai sweater. Kami singgah di Brinchang beli sweater tu untuk dia. Kesian, tak sampai hati tengok dia menahan kesejukan. Bebudak ni memang takde sweater. Baju sejuk yang Hasanah pakai tu pun Izz punya beli kat CH 2 tahun dulu.
Sofa dia besar, boleh tengok tv beramai2 dengan selesa.
Master bedroom. Standard macam hotel lain juga.
Syok sebab dalam bilik pun ada tv. Tapi gambar tak berapa clear banding tv kat living tadi.
Bilik kedua ada 2 katil single. Hah lupa nak bagitau. Penginapan kami ni adalah apartment 2 bilik. Sangat2 nice sebab Acik dapat bilik sendiri. Malam tu aku tidur sebilik dengan Acik. Bebudak ngorok dengan abah dia atas katil besar. Dapatlah mak tidur dengan aman dan damai. Hehe..
Apartment lengkap dengan dapur. Senang nak bancuh susu bebudak.
Microwave dan peti sejuk turut disediakan. Memang terbaek... Dalam kabinet ada 2 pinggan makan dan set sudu garpu. Bagus sungguh. Boleh main masak2 maggie :) Bersihkan diri dan solat, petang tu kami keluar lagi ke Tanah Rata. Jalan2 ambil angin petang. Syok meh.
Hotel Rosa Pasadena di Brinchang. Lokasi sangat strategik sebab dekat dengan kedai2 dan Pasar Malam (hari Sabtu je)
Restoran 1Malaysia juga sudah dibuka di CH. Tapi tak cuba pun makan di sini.
Acik happy. Bebunga kat CH ni cantik2 dan segar.
Izz ngorok dari kereta lagi. Penat sangat tapi Hasanah masih maintain.
Seronok jalan2 petang macam ni. Sebab SEJUKKKKKK....
Ok jom balik, dah nak maghrib. Kami singgah kedai runcit di Brinchang untuk membeli makanan2 ringan untuk disantap di bilik nanti. Sebab tak sure lagi nak keluar malam ke tidak.
Balik bilik lepak tengok tv je. Bebudak pun nampak mengantuk maka tak jadila keluar malam tu.
Cerita last day di CH next entry. Nak buat kerja sikit. Bye n jumpa lagi. Salam.