Tuesday, June 15, 2010

Entry Bergambar 1: Indahnya Cameron Highlands

Salam semua. Izz baru sampai Cameron ni. Entry bergambar kali ni biar Izz yang cerita ye.


Masa baru sampai di apartment, kita warming up dulu. Izz main2 dengan Ammar kat balkoni ni. Seronok.. rasa macam nak terjun ke bawah je. Malangnya kami tak lepas pagar besi tu. Hem..


Kak Long Dian pun main2 dengan Ammar pusing2 satu rumah. Excited!


Sebelum keluar petang ni, Izz tidur dulu ye. Caj bateri, hehe!


Ok semua dah siap2 untuk keluar petang tu. Bergambar dengan Ayah En, Ammar, Kak Long Dian & Abah depan apartment. Kami nak pergi pasar malam di Brinchang. Jom ikut Izz.


Di gerai jual kaktus. Masa ni mata Izz ngantok sangat2. Izz boring sebenarnya. Bukan boleh main pun pokok kaktus ni :(


Kak Long Dian excited tayang sweater & glove baru. Macamla ada snow! (Izz sebenarnya jealous sebab mak tak belikan Izz glove)


Pagi hari ke-2 kami di CH. Bergambar dulu sebelum jalan2. Kamilah cucu2 kesayangan atuk dan opah. Abaikan hingus Ammar yang meleleh tu. Sejuk betul Cameron ni. Izz suka!


Favourite spot kami di apartment - BALKONI! Tengok rambut abah menggerbang ditiup angin bayu. Feeling zaman muda mudi kat Jepun la tu. Erm.. Ayah Yang terpaksa peluk Izz dan Ammar kuat2 sebab nak elakkan kami curi air kotak abah. Hehe..


Ni lah rupa bangunan apartment penginapan kami dari luar. Ayah Yang ada bersembang2 dengan staf Alina Apartment, dia bagitahu masa beli apartment ni dulu 50k je. Hem berbaloi2.


Family Kak Ngah.


Team perempuan.


Team lelaki.


Ayah En dan Ammar di pasar pagi. Gerai penuh sesak dengan barang2 jualan dan orang ramai.


Ammar busy memilih keledek.


Di Cactus Point. Memang kat sini ada banyak pokok kaktus & pokok2 lain tapi Izz lebih suka naik ultraman ni dengan Kak Long Dian. Hehe.. Izz memang sayang atuk lebihla masa ni sebab sudi topup syiling 2-3 kali. Sayang atuk!


Mak pun tak ketinggalan untuk bergambar. Nak abadikan gambar pregnant 9 bulan di CH katanya. Lihat bunga2an yang berwarna-warni. Indahnya ciptaan Allah!


Kak Long Dian dengan kereta kecilnya. Izz tak naik pun kereta ni. Abah tak bagi. Sob..sob..


Perjalanan diteruskan ke Time Tunnel. Kami sempat bergambar sekeluarga. Kemudian Izz ikut abah lepak2 kat tempat lain. Mak sorang aje yang masuk dalam muzium. Sebab abah dah pernah masuk Time Tunnel ni. Mak cakap tak larat dukung Izz, maka Izz terpaksa ikut abah. Ok, takpelah. Izz tak kisah pun :(


Mak Ngah sekeluarga bergambar di pintu masuk Time Tunnel. Erm, mak masuk muzium ni dengan family Mak Ngah la. Yang lain2 memang taknak masuk. Taknak bayar RM5 katanya. Mak dengan Mak Ngah tetap nak masuk, dorang suka sejarah. Izz no comment.


Turn mak pulak bergambar. Isk Kak Long ni mesti ada je dalam gambar.

Oklah, Izz dah penat bercerita ni. Stop sini dulu. Gambar2 lain di dalam muzium dan destinasi percutian seterusnya di CH, Izz akan sambung di next entry ye. Jumpa lagi!

Friday, June 11, 2010

Samb: Indahnya Cameron Highlands

Huwa.. dalam pantang pun masih sempat mengupdate blog. Wokeh, tak mau pendam lama2 entry ni. Nanti basi. Lagipun sejak Hasanah wujud dalam hidup kami, almost 24jam masa dihabiskan dengan dia. Izz Haris? Masih lasak seperti biasa. Kecik lagi, Izz genap 1 tahun 3 bulan masa dapat adik Hasanah. Tak faham apa2 pun. Tak tahu lagi Hasanah tu adik dia. Mesti dia pelik je kan, mengapalah budak kecik pipi bulat ni sentiasa ada dengan mak dan abah. Hem.. pelik2. Tadi dalam kereta pun (otw ke klinik untuk check jaundis Hasanah) Izz dok jelingggg je kat adik dia. Mengapa budak kecik ni ikut naik kereta kami? Agaknyelah kut dalam fikiran Izz macam tu. Takpe, lama2 nanti fahamlah. Nak lupakan kesedihan berkongsi kasih (hehe) Izz banyak habiskan masa dengan mengemas rumah (tau jelah aktiviti fav dia kan?)

Okeh berbalik semula kepada entry Indahnya Cameron Highlands. Entry sebelum ni aku dok bercerita pasal aktiviti singgah kami di sebuah pasar pagi yang aku pun tak tahu namanya. Tapi ada seorg reader bagi komen yang nama tempat tu Kea Farm. Erm entahlah sebab tak jauh dari tempat tu baru sampai tempat bernama Kea Farm. Mungkin reader tu lebih maklum. Ok2, selesai singgah di situ kami teruskan perjalanan ke Brinchang untuk makan tengahari. Masa di pasar tadi takde shopping apa2 pun sebab abang aku cakap harga barang2 di Pasar Malam Brinchang lebih murah. Makan tengahari di medan selera Brinchang then terus check in di Alina Holiday Apartment. Kami tinggal di Royal Lily Park di Tanah Rata. Nak tengok tempat penginapan kami, klik lah kat atas tu ye.

Pas check in, lepak2 kat rumah dulu lepaskan lelah sambil tengok tv. 5.30 petang baru gerak ke Pasar Malam Brinchang. Jalan2, cuci mata, isi perut, memang seronok tak terkata ke pasar malam ni. Apa taknye, cuaca sememangnya sejuk, waktu pula dah lewat petang, memang sangat2 windy. Ala2 kat obersi kononnya. Aku ada la beli barang2 sket kat pasar malam ni. Tapi setelah round 1 pasar malam, comparekan harga, jauh barang2 di tempat pertama persinggahan kami berdekatan Hotel Equatorial tu lebih murah. Di pasar malam aku beli baju sejuk untuk Izz, payung strawberry (memang kami takde payung di rumah), cenderamata untuk sedara mara (ewah cam ramai bonar) & sedikit sayur2an segar.

Before Maghrib balik ke apartment. Makan malam kami adalah menu yang ditapau dari Pasar Malam. Kununnya malam tu nak jalan2 sekitar Tanah Rata tapi aku telah diserang selsema kronik maka program dibatalkan. Awal2 lagi aku dah ngorok. Zzzzz... pagi2 lagi dah bangun & breakfast (ayah selaku chef) kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu ke pasar pagi berdekatan Hotel Equatorial (yang kami singgah semalam). Ada la beli barang2 sket di sini. Kaktus murah, RM10 boleh dapat 10 pokok. Cantik2 pulak tu. Kat pasar malam RM10 cuma boleh dapat 7 pokok aje. Penuh jugakla bonet dengan pokok2 & sayur2. Kemudian kami ke Cactus Point. Cactus Point ni lokasinya berhampiran je dengan pasar ni. Macam2 jenis bunga, kaktus, sayur2an & tanam2an ada kat sini. Di bahagian belakang Cactus Point pulak ada beberapa kandang arnab & ada gak jualan barang2 antik. Macam2 cara orang berniaga kan?

Pas jalan2 di Cactus Point, kami ke Time Tunnel. Ia adalah sebuah muzium. Of coursela muzium ni banyak bercerita tentang sejarah Cameron Highlands. Dah namanya muzium, maka penuh dengan barang2 lama. Aku suka ke sini, walaupun perlu bayar RM5 untuk bayaran masuk. Paling best, boleh bergambar dalam muzium ni. Gambar2 di Time Tunnel boleh tengok di entry seterusnya nanti. Bersebelahan Time Tunnel ni ada 1 lagi ladang sayur2an tapi aku tak singgah pun. Cuma sempat merasa aiskrim buatan tempatan perisa chocolate strawberry. Rasa agak sedap walaupun aisnya agak kasar. Sekadar merasa kan. Beli 2 scoop tapi kongsi makan 1 kereta. Hehe! Kemudian teruskan perjalanan mengisi perut yang berkeroncong di Medan Selera Brinchang. *Actually aku tak tahu nama tempat makan ni tapi macam medan selera sebab banyak2 kedai makan dikumpulkan bawah 1 bumbung. Lepas makan, jalan2 di deretan kedai sekitar Brinchang sebab nak beli bantal golek strawberry untuk Izz dan baby.

Kemudian kami ke Cactus Valley & Big Red Strawberry Farm di Brinchang. Punyala penat mendaki anak2 tangga yang ntah berapa ratus (dalam hati rasa macam berjuta2 anak tangga je). Maklum sajalah.. badan dahle berat tunggu masa meletop, kena panjat anak tangga satu persatu menuju ke puncak, lotih yg amat! Akhirnya berjaya jugak. Yang jadi sanggup naik sampai ke atas tu sebab nak pergi toilet punya pasal. Ceh! Napelah dorang letak tandas kat atas? Penatttttttt... Nasib baik ada restoran kat atas tu. Apa tah nama lupa pulak. Yang penting, isi perut jangan tak isi dengan strawberry waffle & strawberry milk shake (semua menu pun ada strawberry) untuk reward diri yang dah penat nak mamps mendaki.

Otw ke puncak (atau tandas sbnrnya :P) aku tak sempat nak bergambar or tengok tanaman kiri kanan betul2. Yang aku perasan ada sayur kobis, strawberry of course, anggur & kolam ikan. Tapi family Kak Ngah adalah bergambar kat sini, nanti aku letak gambar dorang yek. Big Red Strawberry Farm ni adalah destinasi terakhir kami di sini. Aku pun dah tak larat nak angkat kaki. Setelah puas menjelajah (walaupun tak sempat ke semua destinasi menarik di CH) kami pun bertolak pulang melalui Tapah. Otw balik nampak kereta ayah parking tepi jalan. Rupa2nya dorang menyinggah di Ladang Teh Cameron Bharat. Farizal tanya nak singgah ke tak? Huh tak larat dah abah. Kita balik jelah. Ada rezeki kita datang sini lagi (hopefully time tu tak pregnantlah, boleh jalan puas2. Haha..)

Gambar2 sekitar percutian di CH boleh tengok di entry seterusnya.

Tuesday, June 8, 2010

Selamat Datang Puteriku

Belum tamat entry Cameron Highland aku nak menyelit sikit kisah 'budak' nih.


Selamat datang puteriku, NUR IZNI HASANAH BINTI FARIZAL (cahaya, kebenaran, yang baik), puteri pertama kami, zuriat kedua dan adik Muhammad Izz Haris.

Tarikh lahir: 6 Jun 2010 (Ahad)
Masa lahir : 9.23 pagi
Tempat lahir: PPUKM, Cheras
Berat : 3.15 kg
Panjang : 48 cm
Ukurlilit kepala : 34 cm

Gambar2 lain masih dalam hp & kamera, belum transfer lagi ke laptop. Gambar ni pun abang aku snap dari webcam. InsyaAllah ada masa, kita susuli lagi cerita ceriti pasal kelahiran Hasanah ok! Dan juga sambungan entry Cameron Highlands. Hehe!

*Bantal golek Hasanah imported from CH :)

Tuesday, June 1, 2010

Indahnya Cameron Highlands I

Jom sambung entry vacation. Konon2 nak sambung cerita secepat mungkin. Tapi biasalah kan.. busy benda2 lain sampai tak sempat menyempat nak sambung cerita. Apepun, betullah tekaan korang (terima kasih ye kepada blogger2 yang sudi menjawab soalan aku dalam entry lepas). Kami sekeluarga telah selamat melencong ke Cameron Highlands! Yahoo~ Seronok tak terkata. Alhamdulillah tercapai juga hajat kami adik-beradik nak bawa mak dan ayah jalan2 di CH.

Perjalanan kami bermula seawal 9 pagi selepas mengisi perut dengan menu sarapan pagi di Behrang Stesen. Terus ke Simpang Pulai mendaki ke puncak. 1st time naik dari sini sampai sesat2 ke Gunung Rapat, tak tahu macam mana boleh terlepas simpang. Ceh! *Mungkin sebab kami follow kereta ayah kut. Haha.. :) Tapi kereta Kak Ngah lagi dahsyat, mereka terlajak sampai ke Ipoh. Patutla berejam kami menunggu tak sampai2.

Dari Simpang Pulai aku sedap buat taik mata (alasan untuk mengelak pening). Sejam ngorok, bukak2 mata je dah sampai area Kampung Raja. Wah... cantiknya pemandangan. Dengan deretan teres tanam2an, pohon2 menghijau betul2 buat segar mata memandang. Yelah, last time ke CH masa tahun 1993 (masa ni aku Darjah 5 ikut rombongan sekolah). Naik pulak ikut Tapah, bukan lalu pun kawasan teres tanaman bukit ni. Lalu hutan2, pokok2, ladang teh kemudian terus sampai Tanah Rata. Tak adventurelah aku rasa. Macamla aku yang bawak bas tu nak adventure konon2 :P Naik melalui Simpang Pulai lebih puas!

Dari Kampung Raja ke Tringkap. Tak singgah mana2 pun sebab tujuan utama nak cepat2 sampai Brinchang (nak isi perut yang dah berkeroncong). Tapi on the way ke Brinchang tu tersinggah sebentar di sebuah pasar (erm tak tahu apa nama tempat ni) berhampiran dengan Hotel Equatorial. Boleh tak kalau aku panggil tempat ni Brinchang Peak? Suka hati aku lah. Hehe.. Pasar ni kecik je, tak besar mana tapi barang2 memang fresh (semua barang kat CH pun fresh kan). Ada jual sayur2an, bunga2an, strawberry2an, keychain2an, dan macam2 lagilah. Tak penat berjalan kat sini sebab jalan sekejap je pun dah sampai hujung pasar. Btw saksikan wajah2 kami yang super teruja sebab dah lama & ada yang tak pernah sampai CH.

Gambar 1: Laluan pasar - sunyi tak ramai orang lagi sebab masih pagi. Seronok jalan2 tak ramai orang. Begitu santai sekali membeli-belah.


Gambar 2: Hujung pasar ada bukit menghijau. Sejuk, nyaman dan berangin...


Gambar 3: Along dan ayah bersama buah strawberry. Kan aku dah cakap kat tempat ni banyak strawberry. Ada yang ori, ada yang fake. Ni yang fake lah ^_^


Gambar 4: Ahli rombongan yang tiba dulu. Dari kiri; Along, Mak, Farizal, Yang (dukung Izz) & Ayah. Aku? *Makcik adalah photographer untuk rombongan kali ini.



Gambar 5: Turn makcik photographer bergambar pulak.

*Pesanan: Tatapan eksklusif buat kawan2 di luar sana yang teringin benor nak tengok aku mengandung 9 bulan. Ye, usia kandungan adalah 36 minggu dan aku masih gagah berjalan ke sana ke sinun. Kuatkan otot betis kununnya (malam2 cramp padan muka aku). Jangan abaikan kulit muka yang gebu gebas itu ye kerana cuaca adalah sejuk maka terasa kulit muka lebih licin dan cantik (ferashan). Bibir juga merah semulajadi tanpa sebarang calitan lipstick.

Gambar 6: Menantu, cucu dan mertua. Tak tahu kenapa trip kali ni Izz susah sangat nak bergambar. Geram sungguh panggil2 dia suruh pandang kamera tapi buat dek je. Mungkinkah kerana suhu sejuk melampau? Ekekek. *Kelihatan bangunan Hotel Equatorial di belakang.


Gambar 7 dan 8: Antara cenderahati yang dijual. Stokin, gloves, aneka fridge magnet & keychain. (Motif ada jual glove? Macam ada salji je kat CH, heheh!)



Apa yang aku shopping kat pasar ni ye? Jeng jeng jeng...

Jangan lupa baca entry selepas ini!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!