Friday, November 9, 2012

TERPERANGKAP


Salam semua,

Lamanya kita tak bersua.......... di alam maya. Rindunyerrrrrrrr!!!  ^___^

Masih adakah pembaca blog aku ni? 4 bulan aku menyepi, ada ke yang masih ingin membaca cerita-ceriti merepek aku di blog Mak Izz Menulis? Harap2 ada la... jangan buat aku malu woi  =)

Sedikit bingkisan cerita untuk warming up blog ni. Kalau boleh nak aktif balik menulis macam dulu2, NO MORE SAWANG, NO MORE TUKUN OK! Hehehe...

Petang semalam buat pertama kali dalam hidupku, buat pertama kalinya.... aku... aku... (dah lama tak update, kasi suspens sikit)

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v


AKU TERPERANGKAP DALAM LIF U OLS!!!


Betul2 hari semalam dalam sejarah. Cuaknya tak payah cakap. Dalam gambar di atas dorang trapped berdua, aku SORANG2 TAHU! Nasib baik lampu dalam lif tak terpadam. Kalau tak mesti aku dah terpadam sama. Eh eh.. maksud aku, semangat aku yang terpadam lah. Sobsssssss...

Almost 10 minit terperangkap. Peluh jantan betina semua merembes keluar tanpa had. Ayat Kursi, surah Fatihah dan macam2 lagi doa semua terhambur keluar. Jari dah naik sakit dok memicit segala punat2 dalam lif tapi langsung tiada jalan keluar. *Speechless*

Perasaan semasa terperangkap secara kronologi:

1) Suspens
2) Chuak
3) Panik
4) Menggelabah
5) Baca doa dan cuba bertenang
6) Kontrol cun (ops!)
7) Cuba dail talian kecemasan (ada dalam lif) - Tapi tak jalan sebab dalam lif tak dapat line
8) Tekan loceng kecemasan berulang kali
9) Berdoa dan berharap bantuan keselamatan tiba

Akhirnya, doa insan teraniaya dimakbulkan Allah :) Seorang hero datang menyelamatkan aku. Pintu terbuka di tingkat 12. LEGAAAAA!!! Soalan pertama hero tu tanya aku "Ok ke?" Aku pulak dengan muka tak malu jawab "10 minit terperangkap oiiiiii!" Chisss... terus tak cun :p

Hero tu bagitau aku, rupa2nya lif yang aku naik tu memang selalu sangkut. Cara nak kasi pintu terbukak ialah orang luar kena tekan button lif sampai ketiga2 pintu lif terbukak. Hem... VERY VERY NICE. Nasib aku lah jadi mangsa petang semalam. Mengadu dengan Farizal, boleh dia jawab "Tu lah banyak dosa lagi dengan abang" WHAT??? Fine Farizal, FINE!!!.... 

Kesimpulannya, pengajaran di sini ialah kalo tengah hujan lebat mencurah2 musim tengkujuh, kilat sabung-menyabung, guruh berdentam-dentum, petir memancor2, fikirlah 100 kali nak naik lif berseorangan atau pun tidak. Huhu...

**Sekarang aku agak fobia naik lif sorang2 T--T

Thursday, June 7, 2012

Ben-10 Drum Kit - Children's Toy Musical Instrument Play Set




 

Product:

Have an aspiring musician in the house that is in love with Ben 10? Then get ready to be the next rocking star! This unbeatable 3 piece Drum Kit Play Set sure will impress your little heads. Easy to assemble by adults and it sure will provide hours of fun safely. This drums set comes with bass drum with foot pedal, 2 tom tom, cymbal, a stool and drum stick.
This Ben 10 play set is not only created for entertaining but also helps to improve children's hands, eyes and foot coordination skills. Your children will have fun banging on this Ben 10 musical play set for hours and build up their self-confidence while playing. Great for both indoor and outdoor play. 


Retail Price: RM100
3 Days Promotion: RM80 only (without postage)
Available Stock: 3

Children's Kitchen Food Stand Toy Play Set with Register, Dishwasher and Accessories


 










Product:

Surprise your child with a fun kitchen toy play set. This toy set consists of a kitchen set up including an dishwasher. With plenty of accessories such as pots and pans as well as utensils and food, this play make up toy set is great for role playing. Let your little one enjoy the pretend play and encourage their imagination to soar with this toy set.
Brightly coloured, your child will be ecstatic and will spend hours at this kitchen play set. Complete with a cash register, dishwasher and plenty of food accessories, your child can really feel the lunchtime rush at this kitchen food stand.
*Note: Choking Hazard: Small parts. Not for children under 3 years


Features:

  • Kitchen Food Stand Shop Playset.
  • Hours of Pretend Kitchen Play.
  • Encourage Imagination Play.
  • Pretend to Run a Food Stand Shop
  • Plenty of Accessories Including Food and Cooking Tools

 

Specification:

Product Dimension (L x W x H) 69cm x 33cm x 92cm approx
Recommended Age 3 Years Old and Above
Package Content Dishwasher.
Cash register.
Play money.
Shelving.
Hanging hooks for utensils.
Pots.
Play food.
Saucers.
Cutlery.
Package Dimension (L x W x H) 69cm x 51cm x 18cm approx
Package Weight 4.4kg approx


Retail Price: RM120
3 Days Promotion: RM100 only (without postage)
 Available Stock: 1

Wednesday, April 18, 2012

Jom Beli Soft Toys

Salam,

Busy betul akhir2 ni. Busy dengan kerja pejabat yang tak pernah habis, busy dengan kerja rumah yang tak pernah selesai dan busy dengan bisnes yang insyaAllah kalau boleh biorle berpanjangan sampai bila-bila. AMIN...

Btw aku dah upload gambar2 di  bawah ni di facebook, tapi nak upload jugalah di sini. Mana2 yang tak add aku di facebook bolehla tengok soft toys yang aku jual. Mana2 yang belum add aku silalah berbuat demikian cepat2 ye sebab banyak preloved soft toys yang cantik2 dan masih tiptop aku jual dengan harga yang sangat sangat sangat murah! Rugi korang terlepas peluang keemasan macam ni. So.... cuci mata dulu ye. Semua item masih available. Harga x termasuk kos penghantaran.


Dolphins & White Seal - RM25 for set
(produk origin dari Seaworld Gold Coast Australia)
 Kualiti 9/10


Big Blue Bear - RM20
(memang empuk dan sedap dipeluk)
Kualiti 8/10


Fluffy Doggie - RM15
(memang best gilerrrrr bulu dia bagai membelai manja gitu)
Kualiti 9/10


Dinosaur Ganaih - RM15
(tegap, kuat, kukuh dan agak besar)
Kualiti 9/10


Kembar Tapi Tak Serupa - RM20 for both
(saiz sederhana, fur in good condition)
Kualiti 8/10


Marie with Photoframe - RM20
(gebu-gebas sangat dan paling best ada soft photoframe. Boleh letak gambar u)
Kualiti 10/10

 I Love You Bear - RM15
(boleh kasi awek woh...)
Kualiti 9/10


Teddy Bear Pakai Romper - RM15
(besar dan sedap dipeluk)
Kualiti 8/10

Mereka yang berminat, roger di kotak komen ye! Penghantaran boleh dibuat ke mana2 sahaja dan caj postage akan dikenakan mengikut tempat.

Feel free to add me at facebook

Thank you :)

Tuesday, April 10, 2012

Kenangan Yang Terindah

Assalamualaikum wbt

Lama kan, aku x update apa2 dlm blog nih. Pagi tadi feeling macam nak dengar lagu lama-lama. Bila dengar lagu lama-lama ni mulalah feeling muda. Layannnnnn...

Siapa tak terkesan bila dengar lagu ni meh cakap dengan aku.


Memori silam kini hanya tinggal kenangannnnn yang terindahhhhh :)

(sekarang aku PA merangkap kerani kewangan, so upload sikit2 dah la yek)


Monday, March 19, 2012

Berniaga di Pejabat

Assalamualaikum wbt

Lama noh aku tak update blog. Busy yang amattttttt.... Apa pun syukur alhamdulillah, bila aku busy tu tandanya aku masih sihat walafiat kan? Selasa lepas ada Mesyuarat Agung PUSPANITA Jabatan Penerangan Malaysia di Kompleks KPKK dan buat pertama kalinya ofis aku buat jualan booth. Selaku AJK PUSPANITA Jabatan, aku ditugaskan untuk menghandle bahagian booth ni. Memang suka tak terkira la kan, selain daripada boleh pilih nak jualan macam mana, aku pun boleh menyelit juga 1 nama. Biz preloved soft toys aku dilupa jangan. Hehe...

Farizal siap amik cuti untuk merealisasikan hajat kami. Takmo cite banyak, tengok gambar jelah ye.

Booth kami beserta jualan jus delima (member tumpang).

Syukur alhamdulillah, sambutan di booth kami pada tempoh hari sangat2 menggalakkan. Sampai tak sempat nak catat jualan dalam buku sebab masing2 datang serbu bagai nak rak. Terima kasihla korang ye sebab beri sokongan tak berbelah bagi. Hehe...

Masa meniaga tu jugak aku dapat  bertemu dengan kawan2 lama yang dah lamaaaaaaaaaaa tak jumpa. Antaranya Kak Leha & Kak Marniza (dua2 cikgu tau). Kak Leha memang part-time biz Mary Kay dan Kak Marniza pulak datang untuk jumpa Kak Leha masa tu. Kami bertiga dulu sama2 bekerja di SBU. Dorang cikgulah, aku cikgi jer. Hihi...

Kak Leha, Kak Marniza & aku (abaikan perut yang nampak GEBU itu ok)

Selain booth jualan, kami invite juga booth pameran dari Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan. Tak sangka juga dapat bertemu kawan lama, skulmet masa sekolah menengah dulu si Hadi yang menjadi pharmacist di situ. Kecik je dunia ni kan.

Start meniaga jam 9.00 pagi, selesai jam 5.30 petang. Berkemas2 untuk pulang dengan hasil keuntungan yang lumayan. Syukur.... 27 Mac ni ada Mesyuarat Agung Kementerian pula. di Angkasapuri. Adakah aku bakal membuka booth di sana? Nanti aku buat pengumuman ye. K lah nak siap2 g kerja. Jumpa lagi di lain masa. Assalamualaikum!

Friday, March 9, 2012

Preloved Soft Toys for Sale

Produk yang disajikan, kualitinya tidak harus diragui. Sesiapa ada anak kecik, teringin nak beli soft toys tapi harga pasaran agak mahal, di sinilah tempat paling tepat anda untuk membeli-belah :) Boleh dijadikan hadiah untuk anak-anak tersayang malah untuk anak2 teman ketika majlis hari jadi. Harga murah tidak membebankan, duit kurang melayang, suami bertambah sayang  ^_____^  Jom cuci mata.

Doodle Bear - RM15 (SOLD)
(Material cotton senang basuh, campak je dalam mesin dan putar)


 Elmo - RM30 (SOLD)

Big White Bear - RM15 (SOLD)

Pink Panther - RM10 (SOLD)

Punk Rocker - RM10 (SOLD)

Noti Girl - RM8 (SOLD)

Kalau berminat boleh roger di kotak komen. Penghantaran melalui poslaju juga diterima dengan caj pengeposan mengikut standard Poslaju Malaysia. Happy shopping!


Thursday, March 1, 2012

Borong Habis!


Percaya tak my fren beli soft toys ni semua dari I dengan harga hanya RM115 sahaja! Apa lagi korang, cepatlah borong soft toys di facebook I, Adha Khalid dalam album Preloved Soft Toys.

Hanya yang terbaik di Blog Mak Izz Menulis :)

Tuesday, February 28, 2012

New Biz - Preloved Soft Toys

Heeeee.......... assalamualaikum wbt.

Diam2 ubi berisi, mana leh dok diam sesaje kan. Biz sentiasa diperbaharui, selagi hayat dikandung badan, :-)  Kali ni kami mengembangkan perniagaan dengan menceburi bidang jualan soft toys pulak. Biz2 sebelum ni masih berjalan seperti biasa tapi kali ni kita kasi lebih fokus kepada jualan SOFT TOYS... sesape yang ada facebook aku, memang taulah yang aku dah semakin mengganas dari hari ke hari. Haha..... tadi 2nd batch soft toys dah sampai. Kepada penggemar teddy bear, baby dolls dan yang seangkatan dengannya harap bersabor. Akan ku uploadkan sedikit demi sedikit di dalam facebook tak lama lagi. Kat blog pun mungkin aku akan upload, bergantung pada masa dan kelapangan. Cewah......

Cakap banyak tak guna. Waktu pun dah dinihari. Menanti masa untuk membuta sahaja. Nak khabor kat korang yang every Sunday, kami laki bini open booth di Flea Market, Level 1, Metro Point Kajang dari jam 10 pagi hingga 6 petang. Sesape yang berdekatan jemputlah datang ke booth kami ye. Yang jauh nak datang pun boleh, nanti i belanja u ols anak patung kecik eyh! Hehehehe......... (dengan syarat kenala beli anak patung besor). Selain soft toys aku jual gak beg maika yang unik lagi cantik tu. Korang leh tengok sendiri betapa berkualitinya jahitan manik2 pada beg tu. Adui... lenguhnya tangan menaip kat katil ni.

Okeh, nak share gambar masa kami berniaga last week. Sambutan agak menggalakkan sebab gomen baru gaji kan. Alhamdulillah... kalo setiap kali meniaga dapat macam last week, alangkah bestnya! Apepun, SYUKUR ALHAMDULILLAH!






Meriah kan? Jemput datang u olsssssssssss.......


Nanti aku update lagi ek. Nak tido dah. Gud nite everybody~ Da.........

Wednesday, February 22, 2012

Hasanah oh Hasanah!

Assalamualaikum wbt

Adui... lama kan aku tak menulis apa2 dalam blog ni. Busy la dengan macam2 hal. Hanya sempat blogwalking jer, update blog sendiri tak sempat. Heheh! Takpe... nanti ada masa lapang, aku curi2 update eyh.

Kali ni nak share sikit pe'el anak dara sorang ni. Tak lama lagi nak masuk 1 tahun 9 bulan. Perangai alahai... semakin lasak. Sama macam abang dia. Apa je Abang Izz buat, semua Hasanah nak ikut. Aktiviti paling digemari akhir2 ni adalah 'main bedak'. Pantang pintu bilik terbukak abis bedak Johnson baby aku jadi mainan. Ditabur2nya macam dia tabur susu dia (pun aktiviti peberet dia jugak). Jenuh dah diajar, ditegur, dilarang, kadang2 sampai naik jugak tangan kita ni. Tapi.... dia tetap dengan pe'elnya.

Baru2 ni dia main bedak lagi dalam bilik tidur aku. Aku dengan Farizal busy mengupdate stock (hah bab bisnes baru ni aku update later eyh). Tak perasan budak berdua dah bergelumang dengan bedak dalam bilik. Sedar2 je bau harum menusuk lubang hidung. Parah! Parah! Aku masuk je (tak sampai dalam lagi) terus aku tutup lampu. Bergelap la dorang. Of coursela melalak kuat2 kan (sbb takut) Hehe! Abang Izz cerdik, sepantas kilat dia lari keluar tinggalkan bilik gelap tu. Adala sikit2 tompok bedak kat rambut dan muka. Tiba2 aku nampak 1 lembaga kecil, perlahan2 bergerak keluar dari bilik. Sampai je kat aku, berderau darah mak u ols!!! Seram sangat2. Nak tahu pasal apa? Hah korang tengok la sendiri rupa Hasanah macam mana.

Ko tak seram? Dah rupa suster ngengsot dah keputihan dia tu. Meleleh2 air mata sedih aku marah dia.

Yang tak tahan tu... aku amik kamera amik gambar dia pastu aku sebut "Senyum..." Dia terus senyum dalam tangisan. Kehkehkeh.... bagai nak pecah perut aku dan Farizal gelakkan perangai budak ni.

Hasanah... Hasanah...  ^_____________^



Wednesday, February 15, 2012

Wordless Wednesday #10: Adik Kembar Izz dan Hasanah

Dari kiri: Izz, Durah, Hasanah dan Dorah

 ^_______^


Thursday, February 9, 2012

Kembali

Assalamualaikum wbt

Just a short entry. Tak berapa sihat ni. Sakit2 badan bakal demam tapi tadi dah telan panadol mudah2an dengan izin Allah aku akan kembali sihat. Agaknya badan overload dengan lemak kerja keras membanting tulang bersama sanak-saudara menguruskan majlis tahlil arwah bapa mertua yang telah kembali ke Rahmatullah pada petang 28 Januari 2012 lalu. Semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan di kalangan orang2 yang solihin. AMIN. Marilah sama-sama kita sedekahkan al-fatihah kepada Allahyarham.

InsyaAllah ada masa dan kelapangan aku akan kembali aktif  menulis tolong doakan.

Janganlah lari dari memikirkan kematian. Jangan takut membicarakan tentang kematian, kerana mati itu pasti. Sampai masanya kita sendiri akan mengalami. Persiapkan diri kerana ianya tidak mengira masa. Masa kita entah bila. Entah esok entah lusa. (copy quote from here)
 
Segalanya akan hapus dari ikatan. Apa yang tinggal hanya amalan kebaikan.
~Al-Fatihah~


Wednesday, January 25, 2012

Equatorial dan Tanah Rata

Dapat bilik 440. Tingkat 4 tahu! Takpelah, penginapan percuma sape nak bagi? Lagipun bila lagi  nak eksesais kalau bukan sekarang haha.

 Deretan rumah penginapan. Feeling macam duduk negara 4 musim :)

Our room (kena dongak kepala)

Ada 4 kotak parking, pilih aje yang mana 1 kamu mahu.

Oleh kerana kami tiba pada hari Isnin maka suasana di Equatorial tidaklah seperti musim percutian. Tak ramai guest, agak lengang. Jom kita naik bilik. Dalam hati agak teruja nak tengok bilik sebab tak pernah lagi menginap di sini. Dulu pergi pun kami sewa apartment 3 bilik. Bertambah teruja sebab it's free :)

Aktiviti pertama bebudak. Izz lompat2 atas sofa, Hasanah main telefon. Haruslah telefon tu dicabut wayar dan disorok atas tv. Tempat paling tinggi yang Hasanah tak boleh capai. Muehehehe.... Hah perasan tak Izz dah pakai sweater. Kami singgah di Brinchang beli sweater tu untuk dia. Kesian, tak sampai hati tengok dia menahan kesejukan. Bebudak ni memang takde sweater. Baju sejuk yang Hasanah pakai tu pun Izz punya beli kat CH 2 tahun dulu.

 Sofa dia besar, boleh tengok tv beramai2 dengan selesa.

 Master bedroom. Standard macam hotel lain juga.

 Syok sebab dalam bilik pun ada tv. Tapi gambar tak berapa clear banding tv kat living tadi.

 Bilik kedua ada 2 katil single. Hah lupa nak bagitau. Penginapan kami ni adalah apartment 2 bilik. Sangat2 nice sebab Acik dapat bilik sendiri. Malam tu aku tidur sebilik dengan Acik. Bebudak ngorok dengan abah dia atas katil besar. Dapatlah mak tidur dengan aman dan damai. Hehe..

 Apartment lengkap dengan dapur. Senang nak bancuh susu  bebudak.

Microwave dan peti sejuk turut disediakan. Memang terbaek... Dalam kabinet ada 2 pinggan makan dan set sudu garpu. Bagus sungguh. Boleh main masak2 maggie :) Bersihkan diri dan solat, petang tu kami keluar lagi ke Tanah Rata. Jalan2 ambil angin petang. Syok meh.

 Penginapan Sri Juliana. Ada sesape pernah menginap di sini?

 Hotel Rosa Pasadena di Brinchang. Lokasi sangat strategik sebab dekat dengan kedai2 dan Pasar Malam (hari Sabtu je)

Restoran 1Malaysia juga sudah dibuka di CH. Tapi tak cuba pun makan di sini.

 Masa ni dekat Tanah Rata. Lepaskan je si kecik ni berjalan sendiri. Biar dia explore tempat orang. Explorelah sangat....

 Acik happy. Bebunga kat CH ni cantik2 dan segar.

Izz ngorok dari kereta lagi. Penat sangat tapi Hasanah masih maintain.

 Izz dah bangun. Muka blur je. Lawak tengok Izz masa ni sebab pakaian dia tu colour block sungguh! Stoking kuning, sweater purple, biru, merah. Seluar pulak hitam putih. Hahaha....

 Seronok jalan2 petang macam ni. Sebab SEJUKKKKKK....

Ok jom balik, dah nak maghrib. Kami singgah kedai runcit di Brinchang untuk membeli makanan2 ringan untuk disantap di bilik nanti. Sebab tak sure lagi nak keluar  malam ke tidak.

Balik bilik lepak tengok tv je. Bebudak pun nampak mengantuk maka tak jadila keluar malam tu.

Cerita last day di CH next entry. Nak buat kerja sikit. Bye n jumpa lagi. Salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!