Tuesday, May 31, 2011

My 3rd Wedding Anniversary

SyukurAlhamdulillah...

3 tahun sudah usia perkahwinan kami
Pelbagai onak duri sudah dilalui
Moga cinta kita semakin utuh bersemi
Di bawah naungan keberkatan Illahi



31 Mei 2008
Lafaz ijab dan kabul merasmikan kami sebagai pasangan SUAMI ISTERI



Tiada apa yang lebih bahagia dari memiliki kamu semua!

"Semoga kasih sayang ini berkekalan hingga ke akhir hayat"


::LOVE U FOREVER::

Monday, May 30, 2011

I'm Yourss 1st Contest: Do I Look Gorgeous In A KEBAYA?

Assalamualaikum wbt

Pergh....!!! Tajuk contest very the tak hengat! Oh Kak Neenaku sayang, pertama kali diriku ingin mencuba nasib dalam contestmu yang sangat gojes ini! Dengan size badanku yang XXXL / UK 18-20 / 48 inci ini, bukan mudah untuk menjadi salah seorang peserta apatah lagi  dengan memakai kebaya =)


Namun cabaran dari Kak Neena gonjeng harus disahut! Kerana aku adalah salah seorang pembaca tegar blognya. Blogger hebat jika anjurkan contest, rugilah pembaca hebat jika tidak turut serta ^__^ (Kak Neena sila terharu)

Atas usaha yang berkobar2 macam bendera Malaysia berkibar masa musim merdeka, aku sanggup ke studio untuk berphotoshoot demi contest ini. Oh Kak Neena sila terharu lagi :) Maklumlah aku bukan insan istimewa yang punya natural skill berposing sakan. Sudahlah besar agam, tidak cantik seperti model (eleh saje je bandingkan dengan model, nape tak bandingkan dengan orang biasa je? *gulp*), pipi pula tembam ibarat pau Yik Mun. Sungguh rendah diri jika ingin mencuba nasib. NAMUN! Walaupun sekadar insan biasa NAMUN (amboi ulang 2x nampak) aku ingin menjadi insan yang berani dan berkeyakinan tinggi di samping berusaha bersungguh2 dan sedaya-upaya untuk memenuhi kriteria pertandingan sekaligus melayakkan diri merebut hadiah tempat pertama (woh... ayat berani matik)

Kak Neena sayang, meh tengok gambar pilihan adikmu berphotoshoot khas untuk contest.
(Ketawa boleh tapi ketawakan jangan tau)


Mieh mieh mieh.  Malu tau... tapi tak sangka pertama kali berphotoshoot inilah hasilnya! *sebenarnya banyak gambar yang hodoh2 tapi of courselah tak tayang dekat sini. Haruslah pilih gambar yang paling meletop kebaboommm!!! Khas untuk contest Kak Neena :)

Ini adalah kebaya moden, tidak berapa berpotongan kerana sedar diriku tidak ramping seperti insan lain. Namun keinginan untuk bergaya tetap terbit dalam jiwa selaku wanita Melayu terakhir (kononnya). Kebaya moden longgar dipilih sebagai pakaian ketrampilan diri ke pejabat mahupun menghadiri majlis keraian. Ia mesti longgar dan tidak menampakkan susuk tubuh badan sesuai dengan penampilan wanita Muslimah berhijab seperti saya. Tudung pashmina labuh menutupi dada menjadi pilihan zaman berzaman. Cantik mata melihat, cantik lagi bunga2 hati dalam jiwa saya apabila dapat berkebaya walaupun tidak seramping Neena Anuar.

Pesanan Penaja:
Bersaiz besar tidak bermakna anda tidak boleh bergaya tetapi mesti kena dengan caranya!


Dengan sukacitanya aku ingin mengetag sahabat baikku di pejabat merangkap official photographer untuk photoshoot ini iaitu:


Thanks for the photoshoot dear!!! Tanpa dirimu siapalah diriku, cewah!!!

Maklumat lanjut tentang contest sila klik  banner di atas ataupun di side bar. Selamat mencuba!


So Kak Neena.... Do I Look Gorgeous In A KEBAYA???
^__^


Hospital dan Tesco

Assalamualaikum wbt

Semalam kami beramai2 ke Hospital Sg.Buloh melawat Kak Ngah di wad ginekologi. Kak Ngah  masuk wad? WHY??? Ok nak uar-uar kat semua bahawasanya Kak Ngah,  my elder sister, Mak Ngah Izz dan Hasanah sedang mengandungkan adik Kak Long Dian & Ammar. Alhamdulillah... insyaAllah kalau ada rezeki, baby dijangka lahir awal Januari depan.

Kak Ngah memang ada diabetic history. So pregnant kali ni gula dalam darah tinggi as usual. Terpaksalah admitted, doc nak pantau gula & nak start insulin for her. Semalam genap 10 hari Kak Ngah di wad, still belum dapat bacaan insulin yang sesuai. Paras gula kadang tinggi, kadang rendah. Peliks. Anyway, i hope Kak Ngah cepat2 discharge (wahai gula... ke paras normal lah engko..) sebab kesian kat anak2 dia, dah 10 hari duduk di rumah tanpa mummy. *sobs* Kesian juga dekat Kak Ngah sebab dah bosan mengadap dinding, mengadap patient lain, mengadap makanan hospital yang (diabetic diet what do u expect) & aku rasa nurse and doc pun dah bosan mengadap dia. Hahaha...


Wah melampau. Aktiviti melawat di hospital pun kena ambil gambar photogroup. 



Yang dan Izz dalam 1 ton warna

Budak dan abah budak yang dipaksa bergambar oleh emak budak. Hasil: Wajah yang tidak ikhlas


Apehal  mak budak macam artis dah ni? Nak inform. Baju mak budak adalah baju Ms.Read yang berharga RM39 after discount (harga asal RM179) - ok sila benci kenyataan ini



Atuk yang semakin slim sebab jaga makan tak nak gemuk katanya. Cara slimkan badan: Kurangkan pengambilan karbohidrat - ok atuk berjaya *jealous*

Nak inform, sebenarnya patient DILARANG KERAS turun ke lobi. Memang peraturan di Hospital Sg. Buloh begitu. Tak macam HUKM. Aku tengok kat kafe, kat kedai, kat public phone bersepah2 patient. Selain itu, kanak2 bawah 12 tahun juga DIHARAMKAN naik ke wad. Maka bayangkan betapa sukarnya kami nak menjaga yang kecik2 tu di lobi yang penuh dengan budak kecik pastu kami kena gilir2 naik ke wad.

Kak Ngah cakap guard di Hospital Sg. Buloh macam mata-mata. So don't play2 ok. Bagaimanapun, semalam Kak Ngah berjaya turun ke lobi  diiringi seorang nurse sebab Kak Ngah buat drama airmata depan doc, nurse dan sister sekalian. Bukan apa, sebab dah TERLALU RINDU kat anak2 dia. 10 hari ok tak jumpa anak, bayangkanlah! Kak Ngah cakap dia takde niat pun nak menangis depan doc (means dia takdelah plan siap2  nak menangis or buat drama airmata kat kaunter sebab nak lepaskan diri turun ke lobi) tapi Kak Ngah cakap, masa dia bagitau nurse & doc yang dia  nak turun bawah jumpa anak2, automatically air mata bercucuran.. berjurai2 turun macam hujan lebat di musim tengkujuh. Tak sangka pulak doc bagi kebenaran. Tu yang dia dapat berpoya2 dengan anak2 kat lobi (walaupun berwilcha).

Tak lama pun kat bawah around 30 minit je then Kak Ngah naik ke wad semula. Aku dan Farizal sambung lawat Kak Ngah di wad (sebenarnya nak tengok wad sebab this is my 1st time ke Hospital Sg. Buloh yang terkenal dengan dekorasi dalamannya yang indah dan selesa) Ok  dah tengok dengan mata kepala sendiri memang hospitalnya sangat cantik dan selesa. Kalah HUKM *jealous* - kalau suka sangat, beranak la anak no. 3 nanti kat sini. Huhewwww.. (taknak... jauh!)

Lepas lawat Kak Ngah kami beramai2 konvoi ke rumah Kak Ngah di Rawang. Bermalam di sana dan pagi2 gerak ke Tesco Rawang untuk beli-belah. Gambar2 kat bawah ni gambar keesokan harinya di Tesco playland.



Pulas stereng Abang Izz, pulas!



Gembira tidak terkata. Cekak rambut sudah sampai dahi pun tidak perasan.


Sifat tamak, dua stereng pulas sekaligus.


Dua beradik sedang bergembira


Abang Izz fokus mengadap skrin



Menyampah betul naik lembu ni tapi tak bergerak2 - aku agak2 aje skrip nih

Sebenarnya aku memang malas melayan budak2 ni main kat playland. Tapi sebab abah dorang pergi tandas, Yang pun sudi nak temankan maka no big deal. Merasalah budak2 ni  main olok2. Tak masukkan syiling pun. Abah sampai, kami pun naik Tesco beli-belah. Beli barang wajib je pun, susu dan pampers. Singgah  Butik Anakku  sekali beli botol susu Abang Izz yang selalu MIA. Menyampah!

Malam ni Yang tidur rumah. Esok kan cuti sekolah :) Selamat cuti sekolah semua! Sebelum malam berakhir, ada lagi projek kami. Hem.. aku cerita next entry jelah. Dah pukul 1.30 am ni. Giler! Esok nak keje. Isk.. Apepun memang seronokla program hujung minggu kami kali ni. Penuh dan padat. Perut pun penuh dan padat je. Muehehe.. Apa la cerita weekend depan pulak ye? Bye-bye!

Saturday, May 28, 2011

Jangan Tiru

Inilah akibatnya kalau mendobi hanya pada hujung minggu.





Nasib baik rumah atas tanah :)

Wednesday, May 25, 2011

Saya Sangat Gembira Semalam

Assalamualaikum wbt

Semalam aku sangat2 gembira.
Kerana 2 perkara.
Pertama: HARI GAJI
Kedua: HUTANG PTPTN AKU DAH ABIS LA KORANG!!!
Yeayyyy.. yippie... wohooo...
Alhamdulillah...


Ok semalam over excited sampai tak sedar jari post status di wall FB.
So mungkin dah ramai yang tahu.
Tapi tak kira, nak uar-uar jugak dalam blog nih.
Hehehe... (gelak annoying)

Macam tak seronok kalo entry tiada gambar. Maka marilah saksikan wajah aku 20 tahun lebih tua.

 49 tahun (kalau panjang umur)


Yang bawah ni pulak, 30 tahun lebih tua.

59 tahun (kalau panjang umur)


Agaknya lebih kurang macam ni la kut esok. Comel gak walaupun dah berkedut. HAHAHA...!!!



(pssstt... macam muka opah aku ler)

Sunday, May 22, 2011

Tag Lima (5)

Dah lama kan aku tak jawab tag. Tadi skodeng blog Zetty, ala... organizer contest inner hari tu (yang aku menang tempat ke-5 tu lah) Hah kan dah termention ^__^  Latest entry dalam blog dia bertajuk TAG. Maka tak  pepasal Mak Izz dah  kena tag la pulak... (padahal memang gatal nak buat pun) Hahahahar harun salim bachik (eh dah lama tak dengar joke ni kan?) Hahahahar...

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim... silalah baca ye!

5 Tarikh Penting

27 Sept (my birthday)
31 July (his birthday)
6 Mac (Izz's birthday)
6 Jun (Hasanah's birthday)
31 May (our anniversary)

Fuh lengkap tuh!


5 Perkara Yang Dibuat Semalam

Pergi GM Klang teman UmmiRayyan beli borong pakaian bayi dan kanak-kanak
Lipat kain setinggi Banjaran Himalaya tapi tak habis (tinggal sikit je lagi)
Tengok vlog Maria Elena
Buat cekodok bawang for breakfast
Marathon cuci & sidai kain


5 Perkara Yang Buat Korang Happy

Budak2 berperangai baik (tidak menyepah rumah) dan tidur pada waktunya (senang mak nak buat kerja)
Abah membantu dalam hal-ehwal  pengurusan rumahtangga
Berat turun walaupun hanya 500 gram ^__^
Window shopping setiap hujung minggu (gilerlah!)
Rumah kemas dan bersih


5 Sebab Jawab Soalan

Sebab suka nak buat tag ni
Sebab Zetty tag semua peserta contest dia hari tu
Sebab nak banyakkan entry :)
Sebab nak datangkan mood mengemas rumah (eh ada perkaitan kah?)
Sebab jari-jemari gatal nak menaip


5 Orang Blogger Yang Ditag

KIKA
Ibu Syifa

Selesai sudah 1 entry. 5 orang blogger yang ditag, SILA JAWAB TAG OKEH!

Splashing Time


 Pagi Ahad yang hening kasi chance kat bebudak main air :)






Abang Izz sibuk guling2 dalam pool, Hasanah sibuk tepuk2 air dalam 10 minit pastu sibuk nak keluar. Nasib baik pandai berenti. Pas Hasanah stop, tak lama pastu Abang Izz pulak stop. Yippiee.. memang korang anak yang baik :) :) Sonang keroje tak payah susah2 nak pujuk.

THANKS MAK & ABAH! 

(thanks juga kepada Mak  Ngah yang bagi korang pool ni lepas dorang pindah ke rumah apartment) 
Hehe...

Friday, May 20, 2011

I Won Contest Again!

Eleh.. tajuk entry gedik sungguh. Baru menang kali ke-2 dah mengade tulis perkataan 'again'. Dahler sebelum ni contest yang menang tu Izz yang bertanding, bukan aku. Ok.. FINE! 

Awal Mei hari tu aku adalah join contest ni, sengaja mencuba nasib sebab hadiah dia tu BEST SANGAT. Semalam penganjur dah umumkan pemenang. Tak sangka Mak Izz termasuk dalam Top 5 (sebenarnya dapat no. 5) Hahaha.. jadilah kan. Dan sudah semestinya hadiah yang aku menangi adalah 3 helai cotton inner! Yippiee.. sukerrrr. Alhamdulillah! Terima kasih adik Zetty. Moga rezeki adik makin melimpah-ruah :)

Ok stop cerita kemenangan. Meh dengar cerita pasal aku dan bebudak berjalan tanpa abahnya ke Carrefour Wangsa Maju & WangsaWalk. Huhu.. hari Sabtu lepas yang permai, abah bebudak kena kerja. Mak bebudak mengambil kesempatan berfoya2 dengan adik-beradik ke tempat yang disebutkan di atas tadi. Sekadar berjalan cuci-cuci mata, tiada agenda tersembunyi pun (shopping mopping) sebab tiada peruntukan diperuntukkan. Hehe..

Malas cakap banyak (malas taip panjang2) saksikan gambar jelah ye!

 Lepaking at McD after having meals. Yang (my elder brother) & Hasanah muka gediks

Me with syria cotton inner (pestaim pakai). Tau kaler tak matching but who cares?! ^__^
Abang Izz sedih terpaksa berdiri dalam troli sebab 'dia-tidak-boleh-dikawal-langsung'. Yang nampak lebih kacak sebab HE IS LOST 15 KG's. FULL STOP. *nada jealous*

 Trademark Hasanah "hit me baby one more time" - nampak perut ala Britney :)

Pure me! Tanpa makeup (tak payah bagitau orang nampakla muka oily ko tu)

 My elder sister Kak Ngah with her husband, Abang Gom. Tema pakaian: Hitam putih kehidupan

Dalam kereta otw ke Wangsa Walk. Izz rambut kusut-masai tak reti diam. Susah betul nak amik gambar dia. Yang seperti biasa, tayang gigi cantik

 Tunggu Yang shopping di FOS. Lepaking at kids centre. Hasanah menjeling tajam dalam hati agaknya menyampah sebab tunggu Yang shopping lama sangat :)

 Ammar menangis kena paksa duduk dan bergambar

Us without abah :( Dalam hati sebenarnya :)

 Dah nak balik. Tunggu Kak  Ngah ambil kereta, hujan tengah lebat. Dian, mengapa buat posing si capik nih?

 Kami semua (ok tipu, Yang dengan Kak Ngah takde). Lawak giler gambar ni sebab... kalo korang tak nampak tak taulah. Pesanan penaja: Kalau seluar longgar, make sure pakaikan belt ok!

So apa yang korang buat Sabtu lepas? Happening cam kitorg tak? ^__^

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum wbt

Setiap tahun pada hari ini 16 Mei semua guru-guru, ustaz-ustaz, ustazah-ustazah, cikgu-cikgu, pensyarah-pensyarah, dan semua yang bergelar pendidik akan menyambut Hari Guru! Sangat istimewa hari ini. Jika melihat seseorang itu sangat berjaya dalam kehidupannya, sangat sempurna sahsiah akhlaknya, pasti hati kita akan terdetik siapakah ibu bapanya? Siapakah gurunya? Betapa pentingnya impak seorang guru itu kepada seorang manusia selepas ibu bapa. Tanpa guru... siapalah kita pada hari ini  ^__^

Entry ini adalah autopublish. Dikarang siap2 semalam sebab tahu hari ni aku pasti sibuk tidak menang tangan dengan kerja hakiki di pejabat. Entry kali ini aku ingin memberi ucapan yang teramat istimewa kepada guru-guru yang pernah mendidikku sedari kecil sehinggalah dewasa.

Selamat Hari Guru

kepada

bekas guru-guruku semasa di :-

Tadika KEMAS Lorong Mewah
SKBTR (1)
SRA Rakyat Lorong Mewah 14
SMKBTR
Kolej Chermai
Politeknik Sultan Idris Shah

dan tidak lupa juga kepada ahli keluarga dan rakan2 terapat yang turut bergelar guru :-

Along dan isteri, Kak Ayu
Yang
Mak Yong
Kak Eja
Awatif
Guru-guru di SMKSBU

Selamat Hari Guru juga kepada semua warga pendidik di luar sana. Jasa kalian tidak dapat dibalas dengan hadiah dan wang ringgit. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya! Selamat berbahagia di hari yang mulia ini :)



Tanpa guru, tidak mungkin pingat emas ini terkalung di leherku :)

TERIMA KASIH CIKGU!!!


Sunday, May 15, 2011

My 1st Photoshoot

Assalamualaikum wbt

Geli-geleman tak baca tajuk entry? Aku yang berphotoshoot pun geli-geleman apatah lagi korang kan. Sabor jelah dengan karenah Mak Izz. Jom tengok gambar Mak Izz berphotoshoot. 1st time in my life occay!


Mak Izz gaya tudung Hana Tajima tapi diubahsuai jadi gaya Hana Tamaji



Ilusi optik kah? Abaikan kedut2 di baju, mangkuk tingkat cina dipilih sebagai props


Posing sisi memperlihatkan saiz sebenar tuan punya badan. AWAS! Jangan posing begini jika tidak punya keyakinan yang tinggi :)




Nah amik mangkuk cina ni sebagai hadiah! 




Gaya sopan dari Mak Izz khas untuk semua (sila jangan muntah)



Mak Izz Raffali? Pegang gitar macam pegang senapang


Hahahaha... penat tau aku gelak guling-guling pas tengok gambar2 ni. Actually ada 54 keping sume gambar yang dishoot tapi aku pilih2 je letak kat sini. Nanti letak banyak2 korang jealous pulak :p

Pengalaman semasa photoshoot:

Ya Allah.. tak tahu nak cakap macam mana (eh nape cakap bajet new artist nih?). Kekok gilababas alagapas sebab tak pernah photoshoot. Pulak tu sedar diri tak cantik, sebesar2 alam pulak tu, maka main bantai saje. Gambar hodoh sangat banyak (saje tak nak letak kat sini tak nak korang kutuk) Terima kasihlah kepada kawan2 photographer yang bersusah-payah mengambil gambarku yang 'kayu dan pembaris' ni. Penat korang tolong ajar cara pose, tapi tetap tak  menjadi. Aduhai.... apepun korang memang photographer yang SUPERB!!!

Tujuan photoshoot:

Tak lain tak bukan sebab nak join contest Kak Neena gojes. Gambar untuk dipertandingkan akan dipilih kemudian sebab jantung masih berdebar2 kesan terkejut dengan lighting dan flash dari kamera SUPERB oleh photographer SUPERB.



So korang... HOW DO I LOOK???

ok tak buat photoshoot camni lain kali?

Wednesday, May 11, 2011

::CONTEST:..Ape Tema Nye Eh!?::


Assalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera!

Firstly nak ucap tahniah dekat my BFF, Umi Rayyan yang telah berjaya menganjurkan contest rasminya yang pertama. *clap clap* Bravo kawanku! Atas sokongan yang tidak berbelah bahagi, maka selaku BFF aku ingin menjadi peserta pertama!

Setelah memerah keringat dan fikiran dan jari-jemari meng'google' image. Aku telah memilih tema "White Shirt with Jeans" untuk tema photoshoot mereka. Rasa macam cool je! 


FK kalau pakai white shirt ni dengan jeans fuh!




Ummi Rayyan kalau pakai gini, Katie Holmes pun kalah. Tapi jeans tu kena longgarkan sikit eyh! Tudung jangan lupo!


Rayyan comel, nanti photoshoot jangan lupa kancing butang baju tau!


Amacam suka tak? Sekadar membantu dari segi idea. Mungkinkah idea peserta lain lebih mantap??? Jom join ramai2 mana tahu rezeki korang yang menang! (dalam hati "Oh Encik FK, tolonglah pilih tema saya!) *wink wink

TARIKH TUTUP:

22 Mei 2011 jam 10.00 malam

Aku nak tag blogger2 kental di bawah. Sila join contest ye!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!