Wednesday, May 4, 2011

Inner Tu Saya Punya!

 Seminggu menghilangkan diri tiba2 muncul kembali dengan tajuk super berlagak lagi riak. Wakakak! Tajuk entry tiada kaitan dengan mana2 tokei inner di Jalan TAR mahu pun di Butik Arzu KLCC. Tajuk entry adalah semata2 ingin menyertakan diri yang somel gebu ni dalam contest Inner Tu Saya Punya!

Jangan cakap banyak, marilah paksa baca dan paksa dengar ayat2 simpati dari mulut aku

::baca dalam mood sopan::

Saya merupakan pemakai hijab setia dari usia 13 tahun hingga sekarang. Dari fesyen tudung tiga segi hujung bucu ada bunga ros kecik sampaila sekarang fesyen selendang/shawl macam2 rupa, macam2 gaya. Dari rupa selendang Ibu Halimah Jamu Mak Dara sampailah ke gaya belit-belit putar belit Hana Tajima. Pelbagai evolusi tudung telah saya lihat dan cuba (mana yang sesuai je). Walau bagaimanapun, tidak kiralah semacam fesyen apa tudung yang anda gayakan, material apa tudung yang anda gunakan, yang penting syariat MENUTUP AURAT ditepati 100%. Tidak ada kompromi ok! Fesyen2 jugak tapi jangan sampai hukum yang wajib dibuat tak tau aje :) Eh eh macam sudah lari tajuk je. Ok2 back to the point. Kenapa Inner Tu Saya Punya!??? Sebab saya MEMANG NAK SANGAT inner2 tu. Saya belum ada lagi koleksi inner syria cotton
ni. Maka... haruslah merebut peluang untuk dapatkannya secara percuma. Mana tahu bila dah pakai cantik macam Kate Winslet ke (Kate Winslet pakai tudung kah?)

Untuk melengkapkan syarat contest meh tengok gambar aku yang paling ayu bertudung.
*jenuh nak cari  gambar nampak ayu sebab memang tak ayu*


Wajah ayu kah ini? Macam wajah minta pelempang je :)

Masa ni aku pakai selendang tritone, (warna kuning, ungu dan biru) untuk digandingkan bersama baju kurung moden saya yang berwarna biru. Inner adalah inner awning dari arked Jalan TAR. Suka inner jenis awning sebab sedar diri muka bulat macam bulan penuh, maka dengan memakai inner awning bisa membujur sirehkan sedikit wajah tembamku.Bagaimanapun dalam hati teringin sangat mencuba guna inner syria cotton seperti di bawah, cuma belum tercapai hajat lagi ingin membeli. Mungkinkah hajat aku tercapai dengan memenangi contest kali ni? Hanya Puan Zetty yang boleh menjawabnya.


Inner syria cotton hadiah untuk contest ni!


Apa lagi kawan2, akak2, adik2, untie2, moh join contest moh! Tarikh tutup 7 Mei 2011.

Dengan sukacitanya aku mengetag sepupu dan BFFku untuk turut serta dalam contest ini.

Khairina Izzah
Roskhadijah

Join tau korang!

Syarat penyertaan dan maklumat lanjut KLIK SINI.

11 comments:

-anidaothman- said...

GOOD LUCK akak

Mak Izz said...

maceh nida :)

ummirayyan said...

wah...aku di tag...owhh tidak...sempatkah nak join nih...Jumaat ni penentunya..bz tahp gaban weh..nak kire stok..nak kire stok..klise je nih..huhhh..

Kamariah Awang said...

Cuba jangan tak cuba... mana tau nasib baik menang! Hihihi..

Suzila said...

inner....sgt suka pakai inner. Tp sy mau inner Lycra sahaja....... no cotton.... nnt muka sy nmpk tembam......... hahahahah

Mak Izz said...

ummirayyan - ar terlintas di kepala otakku ingin mengetag dirimu kerana dikau suka mengumpul inner yang pelbagai warna dan ghupe. dikau juga adalah teman shoppingku di serata pelusuk Jalan TAR dan plaza GM (coming soon) maka dirimu tidak harus aku lupakan. join wei. soh FK tolong kirakan stok.

k'kamariah - byk tag contest dah terlepas utk join sbb bz. tp kali ni sy x kira, nk join jgk! pasni contest kebaya pulak. nk tag ma la. amacam berani? hehehehe...

suzie - a'ah muka kau cun melecun pakai inner sbb bujur sireh x tembun cm aku. oh.. ko suka lycra ye, nsb baik tak tag ko. aku x pernah pakai lg inner melekap ni, cotton ke.. lycra ke.. lom pernah coba lg. kalo menang, mari saksikan wajah tembamku berubah wajah (yo yo o je)

K.I.K.A. said...

tq2....terharunyer dpt tag khusus ni... =D

Mak Izz said...

izzah - kalo terharu mesti nanges. nape x nanges? hah pasni kalo dpt contest, jgn lupakan kakchik di sini. good luck to u! (kalo menang, share inner dgn kakchik tau)

mrs chenta said...

kejap lagi buka blog zetty ya =)

Mak Izz said...

woh.. sy telah menang!!! x sangka :) Alhamdulillah... maceh dik pilih akak sbg slh seorg pemenang. nak senyum lebar2 arini smpi esok pg smpi tahun dpn :) :)

mrs chenta said...

mama izz.... hantar alamat ngan no tepon lagi sekali ya =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!