Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum wbt

Setiap tahun pada hari ini 16 Mei semua guru-guru, ustaz-ustaz, ustazah-ustazah, cikgu-cikgu, pensyarah-pensyarah, dan semua yang bergelar pendidik akan menyambut Hari Guru! Sangat istimewa hari ini. Jika melihat seseorang itu sangat berjaya dalam kehidupannya, sangat sempurna sahsiah akhlaknya, pasti hati kita akan terdetik siapakah ibu bapanya? Siapakah gurunya? Betapa pentingnya impak seorang guru itu kepada seorang manusia selepas ibu bapa. Tanpa guru... siapalah kita pada hari ini  ^__^

Entry ini adalah autopublish. Dikarang siap2 semalam sebab tahu hari ni aku pasti sibuk tidak menang tangan dengan kerja hakiki di pejabat. Entry kali ini aku ingin memberi ucapan yang teramat istimewa kepada guru-guru yang pernah mendidikku sedari kecil sehinggalah dewasa.

Selamat Hari Guru

kepada

bekas guru-guruku semasa di :-

Tadika KEMAS Lorong Mewah
SKBTR (1)
SRA Rakyat Lorong Mewah 14
SMKBTR
Kolej Chermai
Politeknik Sultan Idris Shah

dan tidak lupa juga kepada ahli keluarga dan rakan2 terapat yang turut bergelar guru :-

Along dan isteri, Kak Ayu
Yang
Mak Yong
Kak Eja
Awatif
Guru-guru di SMKSBU

Selamat Hari Guru juga kepada semua warga pendidik di luar sana. Jasa kalian tidak dapat dibalas dengan hadiah dan wang ringgit. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya! Selamat berbahagia di hari yang mulia ini :)



Tanpa guru, tidak mungkin pingat emas ini terkalung di leherku :)

TERIMA KASIH CIKGU!!!


5 comments:

~AZALEA~ said...

Tahniah kak coz telah menjadi insan yg berjaya... Bangga rasanya dpt mengenali mak izz dan hasanah ni...

Anonymous said...

Terima kasih Mak Izz n Hasanah....-Mak Enon@Kak eja

Kamariah Awang said...

Tanpa guru siapalah kita, kan?

Mak Izz said...

azalea - insan yg berjaya kah sekarang? macam belum blh nobat lg. byk yg perlu belajar, baiki & tingkatkan diri agar lebih cemerlang dan gemilang. apepun, terima kasih atas penghargaan setinggi itu. akak pn bangga dpt kenal lea. u have the best & strongest personality i've known ever!

mak enon - sama2. jadilah pendidik yang terbaik utk anak bangsa k!

k'kamariah - betul tu ma :)

~AZALEA~ said...

Perghh!!! tersenyum sipu bak siput sedut di buatnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!