Sunday, May 8, 2011

Happy Mother's Day

Kek Hari Ibu kami untuk 2011




Assalamualaikum wbt semua!

Perasan tak kek tu icingnya tidak berapa sempurna. Emak teruja sangat kemas2 meja nak letak kek sampai terkena icing. Riuh mulut aku menceceh. Pastu mak cakap "Ala biarlah... nanti nak makan juga". Betul gak tu. Lagipun kek tu kan kek untuk emak. Hehe.. Tahun ni kami merayakan hari ibu di rumah ayah di Behrang, Tanjung Malim. Tapi bukan semua adik-beradik yang dapat join. Cuma keluarga aku dan keluarga Kak Ngah je. Btw kek tu Kak Ngah yang sponsor. Kami tukang makan je :)

Kepada emakku, Cik Ton (panggilan jejiran di BTR) ku ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana menjadi ibu yang tiada tandingannya walaupun dirimu garang pada zaman mudamu. Kerana kegaranganmu itulah menjadikan aku seorang anak yang baik, baik dan baik :)

Kepada kakakku, Kak Ngah mummy kepada Dian dan Ammar, ku ucapkan semoga hari ibu yang kita sambut bersama di kampung ini menjadi acara tahunan kita bersama. Dan aku juga turut mendoakan agar kau sentiasa menjadi mummy yang terbaik buat anak2mu.

Kepada diriku, ku ucapkan Selamat Hari Ibu yang ke-2! Tak sangka sambutan hari ibu ke-2 disambut dengan 2 orang anak. Memang murah rezeki :) Tahun lepas takde langsung orang nak ucap Happy Mother's Day kat aku tapi tahun ni alhamdulillah ada 3 orang. Siapakah mereka? Biarlah rahsia :p

Kepada anak2ku Izz dan Hasanah, mak tahu korang belum pandai cakap lagi. Walaupun berpuluh2 kali mak ajar Abang Izz sebut Selamat  Hari Ibu tapi Abang Izz tetap tak pandai sebut, takpe mak maafkan. Semoga sambut Hari Ibu ke-3 nanti Abang Izz dah pandai sebut & mana tahu masa tu kut2 Hasanah pun dah pandai sebut. Bukan ke anak perempuan lebih petah mulutnya?

Kepada ibu mertuaku Mak Siti yang berada di KG3, selamat hari ibu jua. Tanpa dirimu, siapalah suamiku.. Moga mak sentiasa sihat2 sejahtera!

Kepada suamiku, walaupun aku bukan ibumu, tapi apa lah salahnya kalau kau ringan2kan mulut menyebut "Selamat Hari Ibu" kepadaku. Aku kan ibu kepada anak2mu?

Eh tetiba kan. Hehe.. Peace no war bang!!!

Oklah nak tidur. Selamat malam semua, assalamualaikum!

9 comments:

~AZALEA~ said...

Hepi Mother's Day kak... (Dgn ini sy telah menjadi org ke-4 yg wishkn??) ngeh3x...

Anonymous said...

Hj Ali wish Hari Ibu berkias2. Dia ckp ngan Alia, tk ucap Selamat Hari Ibu kat mak ke? Yelah, wlpn kt bukan ibu pd mereka, apa salahnya ucap kaan, ni pass kat anak plak..hmm-mak enon.

ummirayyan said...

huhhh..nak post entry hari ibu cecepat ni..bz bebangat nih..

~ JuJu ~ said...

selamat hari ibu uji!!!!

Mak Izz said...

lea - maceh dik. akak doakan lea cpt2 dpt bb agar leh celebrate this celebration together dgn akak! usaha tangga jaya chaiyok2!

mak enon - hj. ali cm farizal, ego tinggi melangit. takpela kak, dia ckp kt anak2 tu maknanye dia wish kt u la jgk. malu tp mau!

ros - dh bc entry hr ibu ko. so lovely!

juju - thanks juju. cpt2 kawen dik nt leh celebrate sama2. hehe..

Kamariah Awang said...

Menariklah entry nii..!

Suzila said...

Happy mothers day ogy....
suke ko yerh.... hari ibu bg tahun ke-2 dan anak pn ada 2...kelas gituuuuuuu.... tahun depan anak 3 plak yerh. huhuhu

Mak Izz said...

k'kamariah - tang mana yg menarik tu ma?

suzila - maceh. tahun depan turn ko pulak sambut. AMIN.. a'ah suker suker tau! ish tahun depan kasi chance kt ko la pulak. mak izz nk REHAT skjp :)

Mak Izz said...

k'kamariah - menarik? tang mana tu? :)

suzila - mmg sukerrrr! isk tahun dpn kasi peluang kt ko pulak. usaha tangga jaya chaiyok2!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!