Friday, July 31, 2009

Selamat Hari Lahir Suamiku

32 tahun yang lampau, 31 Julai 1977 lahir seorang bayi lelaki yang comel iras2 Izz di Hospital Bersalin Kuala Lumpur (HKL). Walaupun ibu bapanya bermastautin di Sungai Besar, Selangor tetapi kerana mengalami kesukaran sewaktu melahirkan, ibu bayi tersebut terpaksa dipindahkan ke HKL untuk melahirkan bayinya dengan bantuan doktor pakar. Selepas beberapa jam bergelut dengan kesakitan, akhirnya bayi lelaki tersebut selamat dilahirkan dan diberi nama Farizal bin Muhamad Yusoff.

30 tahun kemudian, bayi ini membesar menjadi seorang lelaki dewasa yang tampan dan gagah (hahak, puji jangan tak puji. Kasi chancela kat birthday boy) Genap usia 30 tahun 10 bulan, beliau selamat bergelar suami kepada saya, hahahah (cam dh terbalik je bunyinya) dan menjadi bapa kepada anak saya, Izz Haris 9 bulan berikutnya.

Sempena tarikh hari lahir beliau yang jatuh pada hari ini, saya Nur Adha binti Khalid ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir Abangku Sayang yang ke-23 eh silap, 32 hehehe (kantoi umo). Ucapan ikhlas dari hati Uji -> Moga abang sentiasa dimurahkan rezeki (penting wo!), dipanjangkan umo (boleh kita nikmati zaman tua sama2) & dikurniakan kesihatan yang baik pagi petang siang dan MALAM. Hehehe... Moga rumahtangga kita diberkati Allah sampai bila2 dan diserikan lagi dengan putera puteri yg soleh & solehah. (Huwa... kecik ati Izz dengar aku dah sebut2 pasal adik2 dia yang ntahkan bila. Hehe!)

* Malam ni bergegas nak balik Kuale, before that serbu sales Anakku kat Kg. Jawa dulu. Sempat celebrate ke tak ni? Isk.. isk..

Thursday, July 30, 2009

Bikin Hati Panas

Aku paling geram bila ada orang yang tak amanah dengan punch card. Tak kirala tempat keje ko tu ofis ke, kilang ke, supermarket ke.. hatta kobun gotah sekalipun tapi kalau tempat keje korang dah ada punch card tu... tolonglah ketik dengan penuh rasa tanggungjawab ye!

Kalau dah 'TER'datang lambat, redha jelah. Apa kata korang tulis kat tepi punch card tu 'traffic jam' atau 'tayar pancit' atau 'bangun lewat' atau tulislah apa2 alasan yang korang rasa logik then jumpa bos mintak bos sign dalam ruang kecik tepi punch card tu. Even korang kerap datang lewat dalam sebulan pun, if ada sign bos di tepi alasan2 lambat korang tu, HR takkan ambil apa2 tindakan pada korang. Dah tentu2 bos korang tahu yang korang memang selalu datang lewat (yang mungkin akan effect laporan prestasi tahunan korang). Tapi korang taknak, atas alasan apa, korang saja yang tahu.

Korang buat kerja ni dah tak amanah. Malah melibatkan si bodoh 'tukang ketik' pun jadi tak amanah. Adil ke macam tu? Aku malas nak cakap banyak sebab benda ni isu sensitif. Aku tulis dalam blog ni nanti mulalah kata "Kenapa taknak tegur depan2, tulis dalam blog pulak" Meh aku bagi jawapan siap2 -> aku x pedulik langsung hal korang. Aku menulis untuk luahkan apa yang hati aku rasa. Korang ada otak fikir sendirilah perbuatan korang tu betul ke salah. Korang jangan takot, aku tak report kat bos punya. Hahahah!

Tuesday, July 28, 2009

Macam2 Dok Pikir

Dulu masa bujang, fikir macam2. Hujung minggu tiba je otak ligat pikir nak tengok movie apa.. nak keluar dengan kawan2 yang mana.. nak dating dengan boifren lagi.. Tapi kena adjust2 gak dengan mak sebab cuma hujung minggu je dapat tolong emak buat kerja rumah.. Time dapat gaji pikir pasal shopping pulak. Beli kain baju, makeup, handbag, sandal, kasut & barang2 lain yang dirasakan perlu.. Macam2 dok pikir (pikir yang mengabihkan boreh)


Dekat2 nak bertunang pikir pasal majlis, nt sape nk makeup, baju mcm mane, alas dulang, barang2 hantaran, dekorasi bilik, jamuan untuk tetamu, keluarga bakal mertua macam mana? (heheh). Bakal suami aku tu ok ke orangnya, boleh ke dibuat suami, pilihan yang tepatkah. Dah cukup bersedia ke aku ni nak jadi isteri orang? Macam2 dok pikir.


Dekat2 nak kawen pikir persiapan nak kawen pulak, dari hal borang2 terus ke hal barang2. Beribu riban duit keluar tak sedar, takpe janji berbaloi. Semua orang pening kepala especially mak dan ayah. Khemah, makanan, doorgift, bilik, mak andam, pelamin dan etc. Macam2 dok pikir nak bagi majlis berjalan lancar.


Dah kawen pikir pasal rumah sewa. Apa barang yang takde perlu diadakan. Beli tv, beli kabinet dapur, beli meja jepun (wat meja makan), beli sofa, beli tikar, beli itu dan ini. Beli semua barang keperluan untuk keselesaan diri sendiri & tetamu2 yang datang bertandang. Macam2 dok pikir nak lengkapkan rumah.


Dah peknen pikir pasal persiapan mental, fizikal & material untuk kedatangan ahli baru. Beli buku peknen, beli susu stok spjg 9bln mengandung, beli mag Pa&Ma, Mami&Baby every month, surf susuibu.com everyday, beli pulak kelengkapan baby - baju, tilam, kelambu, pam susu (hehe) dan macam2 lagi. Ehm.. macam2 dok pikir time tu.


Dah bersalin pikir pasal anak pulak. Pampers, susu, duit pengasuh, pakaian dia, sihat ke tak, perkembangan dia & macam2 lagi. Tiap2 bulan kena buat bajet nak beli itu dan ini untuk dia. Hanya yang terbaik untuk Izz Haris! Tapi kos mengikut kemampuan mak dan abah je.


Macam tulah life sekarang. Tak abis2 memikir macam2. Muka sebelum ni muda dah nampak tua, rambut lebat dah banyak gugur, kulit dulu halus sekarang dah kasar. Huhu.. penangan otak ligat berfikir. *Huh alasan, padahal mmg dah semakin tua pun. Hehe!

Sekarang aku pikir pasal rumahku syurgaku pulak. Nak besarkan dapur, nak cat rumah, nak pasang rel langsir, nak wat plaster siling (berangan), nak pasang tembok pemisah & macam2 lagila nak buat dalam rumah tu. Tapi kalo xde fulush, mampu berangan jelah. Adus... harap2 tak lama lagi aku berjaya realisasikan angan2 aku tu. Tunggu duit turun dari langit! Heheheh.

*Pikir macam2 jangan sampai kepala aku botak sudahlah :P

Monday, July 27, 2009

Hidup Ini Terlalu Singkat!

Al-Fatihah untuk arwah Yasmin Ahmad.


Senyum manis di bibir kini menjadi kenangan. Idea dan visual kreatif tinggal jadi tatapan. Tiada lagi yang baru. Yang manis dan yang indah hanya tinggal memori yang terpahat segar dalam ingatan.

Aku agak terkejut dengan berita pemergian beliau. Dua hari terlantar koma, beliau menghembuskan nafas terakhir di katil hospital. Hidup ini terlalu singkat! Tanpa sebarang tanda, jika sudah sampai masa, ia datang jua. Kumpullah berjuta impian dan harapan, bila ia datang, lenyap hapus semuanya. Yang tinggal hanya iman, amal jariah dan doa anak2 soleh yang boleh membantu di dunia baru kelak.

Tiba-tiba rasa takut menyelimuti jiwa. Bila tiba detik itu, adakah aku telah bersedia? Meninggalkan semua di dunia, termasuk suami dan anak yang dicintai? Hidup ini terlalu singkat kawan2! Moga Allah mengampuni dosa2 kita. Amin Ya Rabbal Alamin...

Friday, July 24, 2009

Stock Clearance Promotion

Tiba-tiba aku jadi promoter tak bertauliah. Tapi aku tak pedulik. Sebab aku nak share berita bahagia bersama orang lain. Hah, bahagia la sangat. Bahagia yang mengosongkan poket-poket para isteri dan suami. Mieh mieh! Maka kawan2 yang suka shopping barang2 bayi, mari baca iklan di bawah.

STOCK CLEARANCE PROMOTION


Venue :
Summit Company (M) Sdn Bhd
Lot 6, Jalan 19/1, 46300 Petaling Jaya
Tel : 03-7628 8888

Date : 1st & 2nd August 2009 (Sat & Sun)

Time : 10am to 6pm


Ada jual baby diapers, baby apparels, baby toiletries dan baby accessories. Turut dijual INCO adult diapers, adult toiletries, sanitary pads & maternity pads. Barang adalah dari produk Pureen Pride N Joy, Pureen Basic, Pureen, Tracia Toiletries & Dr. Mist.

Nak pergi ke tak ye?

Thursday, July 23, 2009

Cerita Aku, Izz dan Norjuma

Sori friends, tak berkesempatan lagi nak upload gambar barang baru Izz yang buat aku teruja siang dan malam tu. Hehe.. semalam dah snappy2 sekali check2 balik kat preview nan ado gambarnya. Macam mana pulak tu? Pagi tadi teringat nak keluarkan memory card dari kamera, mana la tau kut2 ada ke kat dalam tu kan. Tapi tak sempat la pulak. Biasalah, kalau pagi2 baru nak amik itu ini, memang la apa pun tak sempat. Kelam kelibut.

Pukul 7 pagi aku masih di KESAS. Fuh, belum lagi masuk Federal ni. Seram tengkuk. Bulan ni dah 2 kali datang lewat tanpa alasan (sebab terlambat keluar rumah). Takutnya kalau sampai lewat lagi pagi ni. Selepas berhempas pulas berjalan laju2 dan berlari2 anak mendaki setiap anak tangga (tangga batu, tangga eskelator, tangga jejantas) maka akhirnya aku punch card tepat jam 7.54 pagi. Wah, tercepatlah pulak. Ingat cukup2 masa je tadi. Nasib baik. Lega!

Semalam aku EL. Izz tak berapa sihat. Meragam je siang malam. Dia tidur tak berapa lena, aku pun tidur tak lena. Dah jadi mak macam ni lah, bukan boleh tidur lena macam dulu2. Hari ni gaji, pagi2 lagi aku dah settle bil. Maybank2u je, cepat dan mudah. Farizal dah pesan suruh belikan hadiah untuk anak Jojo yang baru lahir last week. Tengoklah, kalau rajin aku gi Sogo hari ni. Kalau malas, aku gi esok aje. Suspens ni, takot terbelanja untuk Izz. Uwarghhhh... bahaye!

Petang Selasa aritu aku bawak Izz checkup untuk umur 4 bulan. Tapi kalau ikut tarikh lahir, Izz dah 4 bulan 2 minggu. Best tak terkata bawak Izz ke klinik waktu petang. Sebab tak ramai orang so tak perlu menunggu lama. Hasil checkup semalam, berat Izz 6.9kg, panjang 63cm, ukur lilit kepala 40cm, BMI 17. Nurse kata normal. Okla tu kan. Aku tanya kat nurse kenapa Izz masih belum pandai meniarap lagi padahal dah nak masuk 5 bulan. Nurse jawab kebiasannya bayi akan mula meniarap pada usia 5 atau 6 bulan. Aku ceritala yang ada anak kawan2 yang umur 3 bulan pun dah meniarap. Nurse jawab itu kira cepat. Ikut badan dan perkembangan bayi jugak. Kalau ringan cepatlah. Dan yang paling best ayat nurse "Anak awak berat ni, tu pasal lambat meniarap". Wah.. Izz berat ye? Memang pon. Kalau mak dukung hanya mampu dalam 10 minit je, pastu tak tahan dah. Rasa nak tergelungsur je dari tangan. Cepat2 kena cari abah atau orang lain dukung Izz pulak. Huhu..

Tadi Leen beli majalah Mingguan Wanita cover Datin Norjuma (cewah, datin tu..) Masa pregnant anak no. 2 nih berat dia naik sampai 95kg (lebih kurang berat aku masa pregnant 38 minggu). Tapi sekarang dia dah kembali langsing, turun 39kg ok! Dah 56kg je sekarang. Aku turun berapa ye? Hahaha... Juma cakap "Juma tidak risau kerana yakin pasti ada cara untuk kembali langsing. Selepas tamat tempoh berpantang, Juma melakukan rawatan pelangsingan (duit banyak bolehlahhhhhh) Dalam masa yang sama, Juma juga mengawal selera makan dengan mengamalkan diet seimbang. Juma kurangkan makanan berlemak dan berminyak". Gitu kata Juma eh. Jom tengok wajah Juma sekarang.


Comel kan dia?

Tuesday, July 21, 2009

Cerita Weekend & Isnin

Semalam aku cuti. Kilang Farizal cuti, so apa barang suami bercuti kat rumah tapi isteri kena g keje pulak. Maka Khamis lepas aku dh isi borang cuti tu awal2. Aku nk cuti gak hari Isnin, temankan suami dan anak kat rumah. Haha.. poyos betul.

Sabtu kami lepak2 je kat rumah. Nak ke mana2 pun tak boleh, kereta takde. Patah kaki. Lagipun nak berjalan hujung2 bulan ni cam tak berapa best je. Tapi aduhai... boringnye dok umah. Aku boring.. Farizal pun boring. Izz pun aku rasa mesti boring gak (memandai aku je) Sabtu petang Kak Ngah call bagitau dorang sume termasuk ayah & mak nak lepak2 umah Along weekend nih. Kalau nak ikut, nanti ayah singgah amik kitorg kat rumah. Wah, pucuk dicita ulam mendatang. Aku memang tak boleh duduk saja kat rumah. Dah penat2 wat keje rumah, haruslah ada ganjaran kan. Jalan2 window shopping pun jadila. So kul 5 ayah sampai. Best...

Sampai kat umah Along, dorang semua dah ada. Mak pun dah prepare nak masak2 untuk makan malam. 6.30 petang p Tesco jap dengan Farizal, Along & Dian. Farizal nak beli present untuk officemate dia yang baru je dapat baby. Aku ni ngekor je, lagipun nak beli tape langsir yang tak cukup plus besi cangkuk langsir lagi 5 peket. Kat Tesco depan umah Along tu ada Nagoya. Beli kat situ je sume termasuk kain langsir yang aku cite dalam entry lepas. Sonang!

Seperti biasa pas grab present untuk officemate Farizal (beli baju & stokin sepasang) *Best wo baby girl. Sume baju pun comel2. Aku round2 ler p bahagian pampers. Wah pampers Huggies kaler biru tu cuma harga RM32.90 utk size M80. Kaler merah M66 RM35.85 & yang purple M64 RM38.99. Aku call tanya kawan2 lain, dorang kata tu kira habis murahlah. Serie soh aku beli yang kaler merah sbb kawan dia kata bagus. Kadar penyerapan sehingga 10 jam tu. So aku pun beli (kes nak berjimat pun ye jugak) Malam tu aku dh testing, wah... memang berkesan. Tanpa sebarang kebocoran (sebelum ni pakai Drypers, kdg2 bocor esp kalo dh terlebih byk airnya)

Malam tu pulak pas Maghrib p Jusco Bukit Tinggi dengan Yang & Kak Ngah. Suami dan anak tersayang of kosla ikut sekali kan. Aku takde beli pape, just jalan2 cuci mata (tiap2 hari pun asik cuci mata je) 15 min sebelum Jusco tutup baru kitorang blah balik umah Along. Makan sket (kuakuakua.. dah kul 11 pun melantak lagi) then baru balik umah. Wah, rumahku syorgaku. Kak Ngah & Dian tido kat rumah. Pagi Ahad dalam kul 10 dorang pun balik semula ke rumah Along. Petang tu dalam kul 4 mak ayah singgah rumah aku before balik Cheras. Aku tengah ngorok masa tu. Isk isk... Seronokla Izz dapat jumpa atok dengan opah tiap2 minggu. Mak pun suker... hihi.

Semalam aku cuti, siang seharian kat rumah je. Acik telah dipaksa oleh abangnya untuk buat pulut kuning berlaukkan kari ayam. Nasib baik dia tak paksa aku (dia tau aku tak berapa pandai memasak, heh!) Pas makan aku telah pening2 lalat (hangen agaknye). Malam tadi tido Cheras sebab petang nanti checkup Izz 4 bulan. Petang semalam hantar Acik ke rumah Kak Long kat Bukit Lanchung then singgah Midvalley. Saje je jalan2 puaskan hati. Rugila kalo tak merayap ke shopping mall pada hari bekerja. Sebab lengang selengangnya u ols. Tak payah beratur pun nak bayar kat cashier. Aku beli apa ye?

Sebelum Maghrib dah sampai Cheras. Mood Izz tersangatlah baiknya. Bagus anak mak! Aku tengah teruja ni pasal barang baru Izz. Esok aku update.

Friday, July 17, 2009

Lepak Rumah Along a.k.a Pak Long

Malam Isnin lepas kami sekeluarga melepak rumah Along buat seketika. Tujuan sebenar nak hantar langsir rumah Along yang dah siap (Acik yang jahit). Along ni abang sulung aku. Dia cikgu di SK Bukit Tinggi, Klang. Dulu Along duduk sorang2 kat Klang takde sedara mara terdekat. Tapi sejak aku pindah ke Jalan Kebun ni, sometimes pergila melepak kat rumah Along. Memeriahkan kehidupan perantauan dia tu. Hahahah!

Dulu Along menyewa rumah bujang kat area rumah berhampiran sekolah tapi sekarang Along tinggal di dalam kawasan sekolah. Hehe.. Along duduk kuarters guru la. Yang syoknye, kuarters guru dalam sekolah Along ni cuma ada 2 buah. Rumah 2 tingkat pulak tu, size takdela besar sangat tapi best. Sangat kondusif untuk orang2 yang baru membina keluarga seperti aku. Eh perlu ke aku nak enterframe dalam cerita rumah Along ni? Hahaha...

Along dah duduk rumah ni dekat sebulan jugakla. Kuarters baru siap. Bukan tinggal seorang tapi dengan 2 lagi cikgu2 bujang yang lain. Everytime kami datang melepak, kawan2 dia duduk terperuk je dalam bilik sambil kunci pintu. Mesti bosan kan? Menyemak je kami ni datang. Eleh, kami datang pun just lepak2 dalam bilik Along je. Tak kacau dorang pun. Gitu...

Marilah saksikan gambar2 yang sempat aku snap masa kat rumah Along. Tapi rumah bujang u ols, what do u expect? Biasalah kalau tak berapa semenggah & tak berapa kemas ye (memang tak kemas pun) Hahaha.


Ini living room kat tingkat bawah. Ada 2 set sofa. Kawan Along nak pindah rumah. Jual set-set sofa ni kat dia. Orang bujang kan, duit ada tak tau nak buat apa. Tolong kawan pun ye jugak so dia pun beli jelah. Tapi bagus sebenarnya, everytime kami datang tak perlulah duduk kat bawah kan. *Langsir bawah belum siap lagi. Sofa & carpet kelihatan sedikit kepam. Biasalah kan, rumah bujang. Ahaks!


Ini dining room. Masuk je pintu depan terus jumpa dining room. Sebelah kanan baru living room. Ehm, langsir kat sini pun belum siap lagi. Meja makan dah ada, cantik dah. Siap ada buah rambutan lagi untuk tetamu (yolah tu) Tapi tengoklah plastik kulit rambutan, sangkut kat kerusi aje. Haha.. orang bujangla katakan.. (orang bujang pemaleh ni) Almari dapur pun letak kat sini. Erm, okla. Tapi motif rangka almari plastik tu idokler teman tau motifnya. Mungkin mudah nak gantung baju2 lembap kut. Tak perlu berkejar angkat kain kat ampaian bila hujan turun. Kat gril tingkap boleh dilihat stokin2 bergantungan, pasni dah pasang langsir boleh cover (hiks) Jam pun belum gantung kat dinding lagi, letak atas almari pun boleh asalkan boleh tengok waktu. Haha.. macam2lah.


Ini pulak kitchen bersebelahan dengan dining room. Besar dan luas. Aku suka. Siap ada built in cabinet. Duduk dah dekat sebulan tapi dapur gas belum berpasang lagi. Orang bujang, dapur dorang kat kedai mamak.


Pandangan keseluruhan dining, kitchen (tak on lampu) & living room.



Tangga ke tingkat atas. Uh, objek apakah itu bertudung putih?


Bathroom & toilet kat tingkat atas.


Living room kat atas. Ar pintu terbukak tu la bilik Along, tempat lepak2 kami (bersepah wehhhh).

Ok puas dah tengok gambar2 rumah? Aku nak shoot (cewah shoot konon) rumah Along dari luar sebab design rumah dia cantikla jugak dengan cat kaler kuning2 tapi sebab waktu tu malam & takde pencahayaan yang baik di luar rumah (cewah, pencahayaan la pulak. Poyo betul) maka aku tak ambil la. Nanti tak nampak apa, gelap je. Atau nampak benda lain pulak. Uish... simpang malaikat (kenapa mesti simpang malaikat? Tak faham...)

Now marilah menyaksikan gambar watak2 dalam cerita aku hari ni. Ada Along a.k.a Pak Long Izz, Izz Haris (watak utama), Farizal (bapa kepada watak utama), Acik (si penjahit langsir) dan aku (tukang cerita) --> nak enterframe jugak.


Izz Haris baru sampai rumah Pak Long. Pak Long terus grab Izz and dukung tak lepas. Tengok tv pun riba Izz. Muka Izz kemalu-maluan. Tak biasa dengan Pak Long. Btw Izz kalau pergi rumah orang dan jumpa dengan orang yang tak dikenali dia memang baikkkkklah sangat2. Dunno why tapi baguslah gitu kan. Anak emak memang baik orangnya.


Gambar close up Izz. Kesian Izz ada 2 kesan luka kecil kat tepi hidung dan mata. Tu lah ganaz sangat dok tonyoh2 muka. Inilah kesannya. Tapi biasalah, baby boy kan. Kena la ada luka baru macho. Hahak!




Gambar kandid Izz dan Pak Long. Izz macam tak reti nak pandai camera pulak. Isk isk.. Ok kat bawah ni pulak adalah gambar watak2 lain untuk melengkapkan cerita untuk hari ini. Ikut giliran, dari atas adalah Acik (dan langsir yang dijahitnya) *kenapa pejam mata Acik?, Farizal (sempat beronline) dan aku (muka berminyak wehhhh) Mari saksikan.





Dengan gambar iklan kulit berminyak aku tadi maka tamatlah kisah entry aku untuk hari ni ye. Sekarang Acik tengah bertungkus-lumus siapkan langsir untuk tingkap2 yang masih togel. Nanti dah siap boleh lepak2 kat rumah Along lagi. Yahooooo! K guys, jumpa lagi nanti. Ciao!

Thursday, July 16, 2009

Bertukar?

Sejak pindah rumah, aku dan Farizal dah amik keputusan. Aku kena pindah tempat kerja yang berhampiran dengan rumah. Mudah nak berulang. Dulu kami menyewa di Puchong Kinrara berdekatan dengan Taman Kinrara. Pejabat aku pula di Jalan Raja Laut. Setiap hari Farizal akan hantar aku dengan motor kesayangan dia sampai ke stesen Sri Petaling. Dari Sri Petaling aku naik tren dan berhenti di stesen Sultan Ismail. Catwalk dalam 8 minit, dah selamat pun sampai ofis. Perjalanan plus masa menunggu makan masa 35 minit. Mula2 dulu macam bara jugak nak melintas mendaki tangga jejantas melengkung tu. Penat sangat rasa, termengah2. Yelah, masa bujang dulu pergi balik ayah hantar dan jemput. Tak ke bertuah sangat tu? (Hidup ibarat roda, ada masa di atas ada masa di bawah. Ada masa senang, ada masa susah) Jadi aku anggap sekarang adalah masa susah aku.

Pas nikah terus pregnant. Ha.. dengan perut memboyot aku berulang seperti biasa setiap hari. Walaupun dah cecah 37 minggu, aku tetap gagah membonceng motosikal dan menaiki tren berulang pergi balik kerja. Bak kata aku "Selagi muat perut bonceng motor, selagi tu rempittttt. Selagi kaki gagah lagi melangkah, selagi tu catwalkkkkk" Tapi alhamdulillah, semakin hari aku semakin lali. Sekarang ni dah tak kisah lagi nak daki tangga tu. Apatah lagi sekarang perut dah kempis (tak kempis sebenarnya, tetap buncit. Tapi dulu buncit ada baby, sekarang buncit takde baby, hehe) Apa yang penting, aku anggap itu adalah senaman. Gitu!

Tapi sekarang, aku dah tak tinggal di Puchong Kinrara. Kini aku bermastautin di Seksyen 30, Shah Alam. Dekat2 Jalan Kebun. Dari rumah menaiki kereta bersama Farizal ke PJ. Perjalanan memakan masa 30 minit. Kemudian Farizal drop aku di stesen Asia Jaya. Dari situ aku naik tren turun di Masjid Jamek (25 minit). Kemudian, naik lagi tren ke turun di stesen Sultan Ismail (10 minit) Then catwalk 8 minit baru sampai ke ofis. Hampir 1 jam setengah jugakla baru aku boleh sampai ke ofis. Fuh~ (sambil mengelap peluh yang memercik di dahi) Tu aku tak pregnant. Bayangkan aku pregnant esok. Double fuh~

So beberapa minggu lepas aku dah start call Bahagian Pertukaran di PSM, Kementerian. Call je engaged (betul ke eja ni?) Call je enggaged. Aku cuba call untuk 2 hari je. Pastu aku give up. Setiap hari Farizal tanya aku, dah call ke belum. Dah call ke belum. Aduiiii.. ok semalam aku call. 2 kali call yang pertama, insan yang bertanggungjawab uruskan hal pertukaran ni takde kat meja (gi toilet kut, positif2) Tapi aku call semula kali ke-3 tepat jam 5 petang (cewah, siap bagi masa lagi) barula insan bertanggungjawab ni jawab.

Pot pet.. pot pet.. pot pet.. (insan bertanggungjawab ni tersangatlah peramah) Aku yang selalunya bising dan jadi pendiam. Diam dan dengarrrrrr je apa yang dia cakap. "Ok2 puan, esok saya tulis surat mohon tukar ye" Gitulah yang aku cakap untuk matikan perbualan kami. Giler ko! Jam dah 5.10, kang Farizal mengamuk tunggu aku lama2. (Tapi Farizal tak pernah mengamuk pun, dia suami yang baik, yang sabar, yang penyayang, dasat2 pun dia jelinggggg je) *Abg, uji nk 200 hengget sebab puji abg kt blog :P

InsyaAllah, ada rezeki adalah untuk aku. Buat masa sekarang aku kena berulang seperti biasa dulu. Sepatutnya hari ni aku buat surat mohon pertukaran tu. Tapi aku tak buat lagi. Aku busy. Busy buat kerja untuk orang lain. Hehe.. Ok chow, jumpa lagi esok.



Adakah bangunan ini akan jadi kenangan?

Wednesday, July 15, 2009

Kenduri Kahwin

Dulu2 orang kata musim cuti sekolah adalah musim kenduri kahwin. Tapi zaman sekarang ni aku rasa sepanjang tahun pun musim kenduri kahwin. Tak kira bila, asal jodoh dah sampai majlis walimah pun jalan. Baguslah kalau begitu kan. Takdelah kes dalam satu hari tapi ada 7, 8 buah rumah nak kena hadir jemputan kenduri kahwin. Haha.. macam majlis kahwin aku dulu nak jugak buat 1 Jun (musim cuti sekolah) Akibatnya, aku jemput kawan2 100 orang (contoh je) yang dapat datang tak sampai 20 orang sebab tarikh 1 Jun tu dorang semua ada komitmen dengan keluarga masing2. Sepupu kahwin la, pakcik kahwin la, anak buah kahwin la, nenek kahwin la (erk.. hehe ni aku tipu) So camno? Takpelah. Apa pun, buat kawan2 yang dapat datang memenuhi undangan 1 Jun di Bandar Tun Razak tahun lepas, terima kasihlah banyak2 ye. InsyaAllah kenduri kendara korang nanti pasti aku cuba datang kalau takde komitmen2 yang berkaitan dengan keluarga. Huhu.. harap2 tak bertembungla ye.

Ar berbalik semula kepada cerita kenduri kahwin yang aku attend Sabtu lepas. Actually majlis yang kami pergi ni majlis pernikahan. Kebetulan, suami isteri pun dua2 ofismate Farizal (percintaan di bawah satu bumbung) Jemputan majlis resepsi sebelah perempuan Jumaat ni kat Dewan MBSJ tapi kami tak dapat nak datang sebab kesian Izz lama menunggu di rumah (kenduri Jumaat malam, so takkan balik kerja nak terus rush pi wedding. Ntah pukul berapa sampai umah nanti, pastu baru dapat jumpa Izz. Oh tidakkkk...) Maka kami datangla ke majlis nikahnya Sabtu lepas. Rumah pengantin di Bandar Baru Selayang. Masa sampai je orang dah penuh kat dalam rumah. Yelah, majlis akad start pukul 10 pagi. Kami sampai tu dah dekat 11.15, urusan akad nikah dah pun selesai. Imam tengah baca doa. Aku dengan Farizal amik port kat belakang rumah. Lepak2 dengan triple Z (Zaidi, Zaida & baby Zea) alamak x surela ejaan nama dorang. Berkenan betul aku tengok kasut baby Zea, comel yang amatttttssss. Aku hanya mampu telan air liur je, kalau aku belikan untuk Izz kompom kena smash tengkuk dengan Farizal nanti. Huhu..

Ok jom kita tengok gambar2 sepanjang majlis ye. Ini gambar pengantin tengah menyarungkan cincin. Comel & sweet sangat dua2 pengantin ni kan. Pengantin perempuan nama Bazilah, yang lelaki nama Anwar. Tengok tu, dua2 malu-malu. Hahahah... Seperti aku dulu2 (nak jugakkkk)



Gambar seterusnya acara bersantap. Bukan pengantin ok, tapi kawan2 pengantin. Dari kiri Farizal (laki aku), tengah Syazwan (bukan laki sape2, masih single) and Zaidi (laki Zaida & papa baby Zea) Menu best, macam2 ada. Buah pulasan memang menarik perhatian. Dadih pun ada (tapi aku tak bedal) & aneka dessert yang sangat meruntun perut. Hahahah... (buat pertama kalinya aku dapat makan cupcake, erm sedap... Hehe. Baru je cerita2 hari tu dengan Seri pasal cupcake ni) Alhamdulillah dapat jugak merasa ^_^



Ini pulak ibu-ibu tengah melepakkan diri sambil bergurau senda dengan anak masing2 di dalam rumah. Cuaca kat luar panas. Biar bapa2 je lepak kat luar. Anak2 suka duduk kat dalam ni, ibu2 pun suka. Zaida tengah pangku baby Zea. Tengok kasut baby Zea, geram tak? Kat tengah2 besar macam Tugu Negara tu aku lah. Isk lebih2 pulak main dengan anak sendiri kat rumah orang. Bukan pe, nak pujuk anak yang tengah menahan sebak tu (ke.. nak tunjuk aku adalah emak yang ceria?) Hahahah... yang dukung Izz tu Kamilah. Kamilah ni dulu rakan sepejabat dorang jugak tapi dah berhenti jadi surirumah. Kagum kan? Sanggup berhenti untuk membesarkan anak tersayang dengan tangan sendiri. Cewah... tapi surirumah bukan duduk sahaja di rumah. Nampak tu ada kamera. Ar tu kamera Kamilah la. Part time photographer ok! Kamilah tengah pregnant 5 bulan, tapi kenapa perut aku lebih besar dari perut dia ye? Hahaha... (tak dapek nak nolong)



Ok ni gambar kami beramai2 bersama pengantin. Pengantin lelaki busy time ni (kat rumah mertua kena buat2 busy, hahaha) so kita bergambar dengan Bazilah je lah ye.



Dari kiri Firdaus & Nadia (pengantin baru), Kamilah (bakal ibu buat kali ke-2), Bazilah (comelnye awak), aku dan Farizal (pengantin lama) dan anak kesayanganku Izz Haris. Erm tengoklah pengantin baru dengan pengantin lama bergambar. Pengantin baru amik gambar berlaga bahu, pengantin lama amik gambar ada 2 inci gak kut gap. Hahahahah...

Tak lupa gambar 2 hero dalam hidup aku. Haruslah 2 beranak ni berposing kan.



Begitulah serba sedikit ceritera wedding Sabtu lepas. Bestla sebab dapat jumpa kawan2 Farizal, berkenalan dan menambah kawan. Dapat jumpa baby Zea yang cute miut, Izz pun boleh bersosial dengan rakan sebaya dia. And yang paling best dapat jamu perut dengan makanan yang beraneka jenis yang sudah semestinya sedap dan aku tak payah masak untuk makan tengahari. Hahahah... (no wonderla kenapa perut kus jadi gitus) Sabar jelah banyak2.

Ok tamat sudah entry kali ni. Nanti cite hal lain pulak ye. Da...

Monday, July 13, 2009

Mesyuarat Persatuan Penduduk

Seperti yang aku cerita dalam entry sebelum ni, malam Ahad lepas persatuan penduduk kawasan rumah aku adakan perjumpaan bulanan. Ini kali pertama kaum ibu dijemput sama. Aku memang teringin nak pergi. Yelah, bagi ibu2 yang bekerja seperti aku memang tersangatlah jarang dapat bersosial dengan jiran tetangga. Apa taknya, everyday balik kerja sampai rumah pun dekat2 pukul 7 malam. Jiran2 semua dah masuk dalam rumah. Kaum bapa masih ada la dok main sepak takraw tapi takkanler aku nak bersosial dengan dorang pulak. Nanti dituduh miang lagi gatal (haha). Hujung minggu pulak selalunya aku takde kat rumah. Samada balik rumah mak di Cheras ataupun keluar membeli barang, berkunjung rumah adik beradik, tak pun sibuk attend kenduri kahwin sana sini. Mana nak dapat bersosial? Kalau aku ada di rumah pun, jiran2 pulak yang tak ada. Macam2la aktiviti dorang nak buat kan, spent masa dengan keluarga tersayang. So dengan perjumpaan penduduk macam nilah baru aku ada chance nak bergaul mesra dengan dorang.



Beranganlah nak meeting penduduk macam ni kan, ahaks!


Agaknya belum rezeki aku lagi nak berkumpul dengan kaum ibu dalam mesyuarat persatuan penduduk aritu. Salah aku jugak. Terhegeh2 sangat bersiap. Pukul 8 baru nak mandi. Padahal perjumpaan start pukul 8 (janji melayu). Pukul 8.10 jiran dah bagi salam ajak Farizal berkumpul. Mesyuarat dah nak mula. Huhu.. melopeh aku. (Seganla pulak nak datang lambat) Bagus jugak aku tak pergi sebab malam tu Izz dok meragam je. Tak tahu kenapa. Macam tau2 je abah dia takde kat rumah. Tahan mata tak nak tido tapi dah tersengguk2 kat bahu kita. Letak suruh tido kat tilam tak nak pulak. Masuk buai pun menangis. Isk macam2la dah beranak kecik ni. Sabor jelah banyak2. Amanah Allah bagi, kena jaga elok2 ye tak? Haha.. pandai bercakap je aku ni.

Pukul 9 aku sidai baju kat luar (jangan marah aku sidai baju malam2 ar) Aku sempat la intai2 kawasan meeting. Dorang buat meeting tu kat kawasan tanah lapang berdekatan taman permainan kat hujung lorong rumah aku. Kebetulan rumah aku kat bahagian hujung2 dekat taman permainan tu so intai dari dalam pagar rumah aku pun dah nampak dorang berkumpul. Kaum bapa, kaum ibu, kaum kanak-kanak (motif kanak-kanak pun sibuk2 turut sama dalam meeting?) Yelah, dah kaum ibu dan bapa sibuk bermesyuarat kat luar, sape pulak yang nak jaga anak2 kat rumah, x gitu? Meeting tu takdela hingar bingar sangat sebab yang chair meeting pun tak pakai mikrofon. Tak bolehla aku curi2 dengar. *Sebok je aku nih. Dahle x pergi meeting tapi sebok2 pulak nak dengar apa yang dorang bincangkan.

Pukul 10 mlm Farizal x balik2 lagi. Izz meragam-tido-terjaga-menangis- tido-terjaga-menangis. Tak sabar2 aku tunggu Farizal balik. Pukul 10.30 pun tak balik2 lagi. Aku dah start membebel kat telinga Acik (adik Farizal) "Mana la abah Izz ni, dah pukul 10.30 pun tak balik2 lagi." Nasib baiklah Acik ada, sambil2 aku buat kerja rumah tu boleh juga dia tengok2kan Izz. Ish geram je rasa. Pukul 11 pun belum nampak batang hidung lagi. Amboih lamanye meeting. Ni meeting ke dating. Ar, startla rasa membara je. Tunggu punya tunggu, tiba2 aku dengar tingkap bilik diketuk dari luar. Alah mengade2lah tu. Nak takutkan aku. Tengok jam dah pukul 11.20, baru nak balik. Huh, lama betol. Tah apa dimeetingkan. Bisinglah mulut aku tanya itu ini, apa yang dorang bincang lama sangat.

Farizal pun cerita la sket apa yang dorang meeting lama sangat. Sekarang kan dah dekat2 bulan Ramadhan. So kaum bapa cadangkan untuk buat majlis berbuka puasa. Kaum2 ibu pulak bantah sebab tak larat nak memasak, letih. Haha.. ye tak ye gak. Masing2 pun anak kecik2 lagi, yang baby.. yang sekolah rendah.. menengah.. adoi.. mana ada masa cik kaum bapa oi! *on behalf la aku ni. Pastu Khamis depan nak wat majlis tahlil kat rumah jiran baru pindah masuk. Rumah aku pun belum buat lagi. Buat sendiri jelah (buat ke?) Mieh mieh! Pastu mana2 kaum bapa yang jarang2 join berkawal malam2 telah diwarning untuk menjalankan tugas masing2. Bukan apa untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan penduduk jugak. Untuk pengetahuan korang semua, kawasan rumah aku ni agak tercorok sket ke belakang (jauh dari penempatan rumah2 kampung di Jalan Kebun) Perumahan baru la katakan. Sebelah kiri dan kawasan depan belakang lorong rumah aku adalah kawasan kebun yang tak terjaga sangat, dah jadi belukar pun ye jugak. So untuk mengelakkan kejadian pecah rumah (sebab memang ada terjadi) maka kaum bapa diminta berkawal selama 2 jam setiap malam ikut shift dan jadual yang disediakan oleh persatuan penduduk. Ada 3 shift, 12am-2am, 2am-4am dan 4am-6am. Dan salah sorang kaum bapa tu ialah Farizal sendiri. Huahuahua.. gelakkan dia. Jahatnye aku. Ampun bang...



Abang, jangan tarik rambut Uji, sakittttt! (Heheh)

Selain daripada tu, adalah beberapa perkara lagi yang dorang bincangkan. Seperti perolehan CF, pelepasan cukai pintu (taktau sampai bila) dan lain-lain. Takdela apa sangat pun intipati mesyuaratnya. Biasa2 aje. Tapi yang seronok bermesyuarat ni sebab kita dapat mengenali jiran tetangga, tahu nama, tahu rumah nombor berapa, tahu siapa isteri siapa suaminya (hahaha) dan tahu anak2nya pulak. Nanti takdelah terjadi perbualan seperti ini.

"Ko anak siapa" sambil menegur seorang budak lelaki yang tengah main basikal depan rumah aku.

"Anak Bedah" jawab budak kecik tu.

"Bedah yang mana. Rumah no berapa?" aku soal balik sebab tak kenal sape Bedah.

"No. 35" jwb budak tu lagi.

"Rumah no 35? Siapa ek? Erm.. sape2lah" Haha.. aku cuma tau budak tu tinggal kat rumah no. 35 tapi tetap tak kenal mak ayahnya.

Gitulah lebih kurang. Cerita tadi rekaan semata2 tau. Hahaha... Leceh jugak kalau tak kenal jiran2 selorong ni. Tapi takpelah, baru 3 bulan je aku menetap kat situ. InsyaAllah lambat laun kenal jugak la. So far aku dah kenal Kak Dah, Kak Ayu, Kak Ita dan kakak yg tinggal sebelah kiri rumah Kak Dah. Lupa pulak nama dia. Erk... Takpe, nanti lama2 kenal lah. Ok tu jelah cerita sket pasal mesyuarat persatuan penduduk. InsyaAllah next time if kaum ibu dijemput sama, aku nak join. Nanti awal2 lagi aku dh bersiap2 ye. InsyaAllah. Jumpa next entry esok, pasal majlis nikah yang aku attend Sabtu lepas.

Hasil Shopping, Jumaat 10 Julai

Seperti dijanjikan, di sini aku uploadkan hasil shopping Jumaat lepas. Niat asal cuma mahu membeli yang ini.



Tapi aku terbeli semua kat bawah ni. Asalnya niat aku nak bersedekah kat anak-anak buah. Yelah, dah harga memang betul2 murah. Raya pun dah nak dekat. Nak beli untuk anak sendiri, bukan saiz dia lagi. Shopping untuk anak-anak buah pun kira ok jugakla kan.





Dua2 baju kt atas brand Disney, harga hanya RM5 untuk sehelai. Design lebih kurang sama je kan (dah aku taste design camtu) cuma kaler je lain2. Tak kisahlah. Janji suko. Aku beli untuk Haziq, anak buah aku yg umur 3 tahun. Tapi aku beli saiz untuk budak umur 2 tahun sebab Haziq ni kecil molek je orangnya.



T-shirt dengan seluar brand Pigeon ni aku beli untuk Hafiz pulak. Hanya RM10 sepasang. Hafiz dah 10 bulan tapi sebab dia pun kecil molek macam abang dia maka aku beli untuk saiz 3-6 bulan. Aku rasa comel sangat2 baju2 ni. Ingat dah nak chow. Malas nak cari baju untuk Izz. Sebab aku baru je beli baju Izz 2 minggu lepas ada jualan gudang kat Dewan MBSA. Tapi tiba2... "Akak, murah je. Cuma RM5 untuk sepasang" Leen tunjuk baju tu kat aku. Apa? Cuma RM5? Mustahil aku tak beli kan. Brand Pigeon gak. Alhamdulillah, ada jugak rezeki untuk Izz. Maka dapatlah Izz melaram baju ni nanti. Pun aku rasa comel jugak.



Balik rumah aku tunjuk baju-baju tu kat Farizal. Dia senyum lebar je. Ingat petang semalam nak pergi rumah abang & kakak ipar untuk hantar baju2 ni (rumah diorang kat Putra Perdana) tapi tak jadi pulak sebab mak ayah aku datang rumah. Pukul 5 mak ayah sampai, 6.30 diorang dah balik Cheras. Huhu.. sekejap je dapat main2 dengan cucu.

Eh terlupa nak cerita, malam tadi pukul 8 ada perjumpaan penduduk Jalan Tanjung Agas 30/146 (lorong rumah aku la) Perjumpaan ni memang diadakan tiap-tiap bulan untuk membincangkan apa2 masalah yang dihadapi & merancang aktiviti2 untuk penduduk. Aku tak pergi malam tadi (kaum ibu dijemput sama tau) Farizal je yang dapat pergi. Adalah beberapa perkara yang ditimbulkan dalam mesyuarat malam tadi. Boleh bikin hati kacau ok! Aku cerita next entry ye.

*Entry lepas aku ada bagitau nk upload gmbr seseorang kan? Tapi malangnya tuan punya diri tak benarkan aku mengpublish gambar dia. Haha.. Erm takpelah. Lain kali je ye. Tata..

Friday, July 10, 2009

Shopping Lagi

Lunch break hari Jumaat memang ditunggu2. Boleh berpoya2 bersama rakan-rakan tercinta ke pusat membeli belah sambil window shopping dan mencuci mata. Ahaks! Nak kata sambil menghirup udara segar memang tak sesuai sebab di tengah2 bandaraya KL ni mana nk jumpa udara segar? Hehe..

Eh sebelum tu, pagi tadi dlm pukul 11, aku chow sekejap ke Tabung Haji dgn Leen (geng merayap). Nak buka buku akaun Izz. Dah 4 bulan Izz lahir kt dunia ni tapi baru hari ni aku nk buka akaun dia. Lagipun bahaya duit simpan dalam tangan ni, nanti terguna (mmg dah terguna pun, hahahahah) So kenala simpan cepat2. Jangan risau Izz, nanti yg dah terguna tu mak dgn abah ganti balik ye. Pukul 12 aku dh sampai ofis semula. Sekejap je kan? *Aku nak puji semua petugas kaunter Tabung Haji di TH Perdana, dorang kerja memang sangat pantas macam lipas kudung. Syabas semua! (iklan sekejap jgn marah)

Ok berbalik semula kepada cerita pasal shopping. Niat asal cuma nak beli puting botol susu untuk Izz. Puting2 yang lama dah tak berapa elok. Botol susu Izz kat rumah ada 5, puting baru aku beli masa dapat gaji aritu cuma 3. So kena beli lagi untuk cukupkan untuk kesemua botol. Ada extra 1, boleh simpan untuk guna pada masa2 mendatang. Aku beli puting Y brand Pigeon, sejak lahir Izz pakai puting ni, Kak Eja yg promote. Mula2 dulu aku guna puting jenis rubber (yang kaler kuning tu) but this time aku tukar jenis silikon. Sebab Izz pun dah besar, dah pandai nyonyot puting silikon ni (agak keras sedikit berbanding jenis rubber).

Sebab aku adalah seorang wanita biasa (cewah..) dan disebabkan sekarang ialah musim Karnival Beli-Belah yang betul2 menggegarkan seluruh tanahair dan menggegarkan iman wanita2 biasa seperti aku (hehe) maka aku telah terbeli jugak barang2 lain. Diulangi ye, 'ter' beli. Arghhh... seperti biasa la kan. Orang perempuan kalo tak beli baju mmg tak sah. Walaupun baju tu bukan untuk diri sendiri, tapi untuk anak-anak pun tetap membeli baju jugak namanya kan? Ok. Jangan salahkan aku kenapa aku shopping lagi di tengah2 bulan ni. Dahle duit sekarang pn dh tinggal cukup2 makan sampai hujung bulan ni. Tapi aku tetap jugak tegar membeli sebab harga pun memang tersangat murah. Betul2 jatuh merundum dari harga asal. (Erm aku rasa mmg harga baju2 ni adalah harga standard ketika sale, tapi sebab sebelum ni aku x pernah survey dan beli baju baby, yelah belum ada anak sendiri lagi kan time tu. So aku anggap harga baju2 ni kira dh termurah la sangat, gitu...) Jadi tak salah la aku membeli kan? (kaum ibu mesti setuju, tapi kaum bapa mesti jelinggggg je ni)

Aiseyyyyyyyy... baru je ingat nk upload terus gmbr baju2 yg aku dok shopping tadi. Guna kamera ofis je. Sonang! Boleh terus amik gambar & boleh terus transfer ke pc. Tapi malangnye, tah ke mana usb cable. Jenuh mencari. Erm takpe Isnin nanti aku upload. Leen dah janji nak bawak card reader dia dari rumah. Bolehlah kawan2 menyaksikan hasil belian aku pada hari ini. Huhu... Apepun nak cerita jugak sket, tadi aku berjaya beli puting botol susu Izz sepeket (dalam 1 peket ada 3 biji), 2 helai baju brand Disney untuk budak umur 2 tahun dan 2 pasang baju brand Pigeon untuk baby umur 0-6 bulan. Eh, kenapa aku beli baju budak umur 2 tahun ye? Izz kan baru 4 bulan? Erm, next entry jelah aku cerita ye. By the way, hasil shopping tadi aku HANYA diulangi HANYA menghabiskan RM35.50. Tak sampai pun RM50, kira murahla tu kan. Ekekekek...

Oklah kawan2, cukup sampai sini dulu. Nanti aku tulis panjang (atau membebel panjang2, ahaks! Orang pening pulak nak baca, sampai berpinar2) So tunggu entry seterusnya ye. Aku upload sekali gambar barang2 yang aku shopping hari ni dan ada gambar seseorang. Seseorang??? Siapakah itu? Tunggu.......

Wednesday, July 8, 2009

Pengalaman Bersalin Part IV - Akhir

6 Mac 2009, Jumaat, 4.40 petang

Aku dah start sakit kuat. Maha kuat. Ini betul2 punya sakit. Bukan sakit yg macam tadi. Menggeletar seluruh badan dari kepala sampai ke hujung kaki. Sakit kat bahagian belakang dan pinggang, subhanallah! Tak dapat nk diceritakan. Aku bagitau nurse, dah sakit sangat ni. Tak tahan dah. Dia selak kain aku dan tengok. Ok2 saya panggil doktor sekarang. Masa tu kalau tak silap 2 kali contraction yang betul2 kuat datang. Baru 2 tapi dah tak tertahan sangat. Masa sakit yg amat ni, automatik kita akan rasa nak teran sesuatu. Ramai orang kata rasa teran mcm nak buang air besar tapi yg aku rasa mcm nk meneran sesuatu yg sangat besar (baby la kan) sebab benda yang nak diteran tu kt bahagian depan bkn kt bahagian belakang (hehe). Doktor pn sampai then check tengok2 serviks aku betul2 dh buka 10cm. "Ok fully open, 10cm. Adha, bila contraction datang, awak teran ye. Teran sekuat2nya" Ok aku pn tunggu contraction datang. Masa ni mmg dh dkt2 sangat sakitnya. Tak tunggu lama dah.

Sakit datang je, Bismillahirrahmanirrahim aku try teran. Emphhhhhhhhhh..... Aku try meneran tanpa mengeluarkan suara tapi tetap jugak bunyi sket2, punyala byk guna tenaga. (Tapi kawan2 jgn keluarkan suara masa teran tau, sebab nanti guna tenaga yg banyak) Masa ni aku perasan cm ada cecair yang panas je keluar dari bawah (aku tau tu darah, doktor gunting bahagian bawah tu nk mudah keluarkan baby) Tapi honestly aku cakap, langsung x rasa sakit cuma rasa hangat je sbb masa tu mmg dah sakit gila babas kan. Aku teran sekuat2 hati. Emphhhhhhh.... Doktor2 & nurse2 kat ctu semua bagi galakan. "Lagi Adha, lagi. Lagi! Teran lagi panjang2. Lagiiiiiiiiiiiiiiii" Wah, rupa2nye kena teran panjang2. Tak sangka kena teran selama dan sepanjang ini. Tiada siapa mention kat aku sebelum ni. So aku pn terannnnnnnnnnnnnnnnnnnn sampai nk putus2 nafas dh. Aku ingat nak berhenti dah, sebab dh tak larat, nak tarik nafas pulak. Doktor cm dh perasan dia kata "Lagi Adha lagi........ dh keluar dh ni dahi baby awak, 1/4 drp dahi baby awak." Ar apa? Punyela penat aku teran tadi.. punyela panjang tp baru nmpk 1/4 bahagian dahi? Frustnye. Hahaha... ok takpe2 mari kita meneran. Aku tarik nafas and terannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn lagi.

"Lagi Adha lagi............. lagi................" Punyela bersemangat doktor2 & nurse2 kat situ. Aku mmg kagumla dgn usaha dorg. "Ok2 dh sampai hidung baby. Teran kuat lagi Adha" Aku pun terannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn lagi. "Ok dah keluar kepala. Yes, bagus... awak bagus... ok sekali Adha last punya teran. Teran sekuat hati awak, last teran kita nak tarik baby keluarkan" Wah... terus aku bersemangat waja. Tapi tiba2 contraction aku dh habis. Alamak, dh tak sakit. Adakah aku patut bagitau doktor? Adakah patut aku teran je? Alamak, kalo lama2 leher baby tersekat kt bawah tu, tak ke nanti kesian kt dia. So walaupun contraction mcm dah takde, aku try gak teran. Demi anakku, aku sanggup. Aku tarik nafas, giler2 babeng aku terannnnnnnnnnnnnnnnnnnnn. Teran yg paling kuat sekali jauh lebih kuat dari yg aku teran mula2 tadi. Paling kuat sampai telinga aku pekak seketika. Aku dpt rasa doktor tarik kaki baby & terasa sesuatu yg besar, berlendir, berjeli keluar dari bawah. Alhamdulillahhhhhhhhhhh.... lega yang teramattttttttttttttt sgt (ms doktor tarik baby tu blh baca doa waktu bersalin. Alhamdulillah aku sempat buat & x lupa pulak time tu) *hafal siap2 beb.

Doktor yang sambut anak aku ialah Doktor Alina, doktor yang monitor kes aku dari awal aritu. Alhamdulillah, rezeki baby nak disambut oleh doktor kalo tak selalu nurse midwife je yg akan sambut. Mmg terasa lega yg amat sgt. Doktor pegang kaki baby secara terbalik & tanya boy ke girl. Hehe.. boy. Masa tu baby kaler biru pucat2. Badan penuh dengan lendir. Farizal mmg takot masa tengok tu. Dia ingat baby tu sakit sebab kaler biru. Rupa2nya mmg kaler baby baru lahir gitu. Haha.. Nurse bersihkan baby. Aku tengok dia iras sape ye? Rambut confirm ikut Farizal. Tapi mata & pipi dia. Argh.... mata bulat. Pipi tembam cm aku. Hahaha... aku dgr doc & nurse ckp2 baby aku lahir pukul 5.15 ptg & berat dia 3.14kg. La... 3.14kg je ke? Mula2 dulu doktor estimate baby aku bsr around 3.4-3.6kg. Tapi baby aku saiz biasa je and kalo ikut keturunan belah aku, baby aku dikira kecik. Sebab sejarah keluarga semua baby pun 3.5kg ke atas. Alhamdulillah... baby mak x berapa besar, so mudahla mak teran. Semua tu kuasa Allah kan. Alhamdulillah sangat2 aku berjaya lahirkan Izz dengan hanya 5 kali teran dlm 1 contraction yg sangat panjang (syukur padaMu Ya Allah) Then sume doktor & nurse keluar skjp utk bagi masa kualiti utk kami bertiga, aku, Farizal dan baby. Farizal x putus2 cium aku dan baby. Azan dan iqamatkan baby then suapkan air zamzam dan calit sket manisan kurma kt lelangit baby sambil doa mohon baby kami jadi anak yg sihat dan soleh...

Dlm hati dok fikir. Oh ginilah rupanye sakit bersalin ye. Iewww... seriau. Adakah aku mampu nk rasa lagi sakit bersalin ni dalam bbrp tahun lagi? Takpe, nanti aku lupala sakit ni (hahaha). Aku ingatkan dh selesai. Lum lagi, yg dh digunting perlula dijahit kan. Masa ni doktor suruh Farizal keluar. Sebelum jahit, doktor suntik ubat bius dulu. Adala rasa nyilu2 sket tapi takpe. Boleh tahan. Then proses menjahit semula utk 3 lapisan. 2 lapisan dalam x rasa sakit tapi lapisan luar tu ada rasa sakit sket2. Tersentap2 jgk badan. Tapi takpe, sabarla byk2 ye. Semua ibu2 pn rasa benda ni. Abis dijahit pukul 6. Then doktor nak keluarkan darah2 beku kt dalam rahim. Guna tangan je tau! Aku terkejut sbb kenapa ps jahit baru nak seluk & buang darah beku. Cm seriau2 jgk sebab pas jahit bawah tu mmg terasa ketat yg amat. Pukul 6.15 setel sume. Nurse bagi uniform wad untuk ditukar. Then nurse bagi makan roti & milo untuk tambah tenaga. Aku pulun abes sbb lapar. Kehkeh.. (tak lapar pn mmg berselera je mkn) Masa aku dijahit & makan tu baby aku x bhenti2 menangis. Amboiiiiiii.. kuatnye suara. Kalah baby2 lain.

Lepas baby dh bersih (tapi takla bersih sangat, kt rambut still ada tompok2 darah. Takpe, balik umh nanti blh bersihkan. Sapu baby oil, berkilat harum rambut anak mak nanti) Bila dah abes makan, nurse bagi baby kt kita untuk disusukan. Gelojoh je baby mak hisap. Yelah.. lapar agaknye sbb dari pagi tak makan. Pukul 7 nurse tolak katil aku masuk ke labour room. Nurse cakap "Time tak pening kepala, turun katil ye" Aku mmg x pening langsung. Tapi seriau jugakla sebab yg bawah tu baru dijahit, pastu nk turun dari katil labour yg agak tinggi. Ok, dh naik atas katil & baring, nurse letak baby kt sebelah aku. Baby diam je time ni. Bestnyeeeeeeeee... aku dah ada baby......... aku dah jadi mak...... Alhamdulillah syukur sgt.

Keluar dari labour room aku dh nampak Farizal tersengih. Sukala tu dh jd abah. Sibuk je dgn hp dia sms kwn2 sana sini. Takpelah, kasi chance kt Farizal. Gumbira sgt tu. Then katil ditolak ke wad. Sampai kt wad aku tak tahan sangat nk terkucil. Ya Rabbi... mcm mana ni? Dhle bawah tu baru jahit. Tangan ada botol drip lagi. Argh... dengan kesukaran aku berjaya juga melepaskan hajat. Hihi... Pukul 8 mak dgn ayah sampai jenguk cucu lelaki sulung dorg ni. Mak siap bawak bantal baby, wah... dasat. Malam tu aku jaga baby sendiri. Breastfeed dia. Dia baik.. ps menyusu dia tdo. Tak banyak ragam masa kt hospital. Sepanjang malam aku dok sms kawan2 sampai pukul 1 lebih baru tertido. Tdo sebagai seorang ibu (cewahhhhhhhhh, poyo sket)

Esok pagi doc check2 aku, check2 baby sumenya normal alhamdulillah. Pukul 11.30 pagi dh boleh balik rumah. Yahoooo..........!!! Macam tulah cerita pengalaman bersalin aku. Begitu bermakna, bukan hanya utk aku tapi juga utk semua ibu2 dalam dunia ni. Pengajaran untuk aku, kita kena kutip ilmu & pglmn bersalin kawan2 kita esp yg bersalin di hosp yg sama kta nak bersalin. Mudah sbb kta dh dapat gambaran sket2. Takdela terkejut sgt kan nanti. Pastu sebagai client hospital tu, kta toksahla demand lebih2. Apa yg aku nampak, walaupun aku bersalin di hospital separa gomen, tapi layanan bagus. Superb! Kalo kta tak mintak lebih, kta pn rasa semua cukup kt hospital tu. Yg penting banyak berdoa kat Allah, permudahkan segalanya. Izz hanya diberi nama selepas beberapa hari dia lahir sbb aku x confirm lagi nama dia ms bersalin tu. Sebab tu sepanjang kt hospital aku dok panggil dia, baby... anak mak... Hahaha. Ok oleh sebab cerita ni dah abes, marilah tatap wajah MUHAMMAD IZZ HARIS (yang terpuji, kekuatan, pengawal dan pelindung)) sewaktu baru2 lahir dulu.





Gambar2 kat atas adalah gambar2 Izz masa kat hospital. Tak banyak gambar pn time ni. Tapi bolehlah buat kenang-kenangan. Sekarang Izz dh pun cukup 4bulan. Kenangan manis mak 6 Mac 2009 mak takkan lupa sampai bila2 Izz. Jadi anak yg baik tau, dengar cakap mak dan abah. Sob..sob.. terharu la pulak. Ok kawan2 tamatlah cerita pengalaman bersalin aku. Nanti rajin2 korang cerita la pengalaman korang pulak ye ^_^ Tata...

Tuesday, July 7, 2009

Pengalaman Bersalin Part III

Jumaat, 6 Mac 2009

Seawal 6.30 pagi seorang doktor cina lelaki (aku lupa pulak apa nama doktor ni) datang ke katil aku dan beritahu. "Pagi ni kita akan check tengok berapa bukaan serviks awak. Jika sudah 2cm, kita akan pecahkan ketuban ok. Hopefully u akan rasa sakit. Lepas pecahkan ketuban kita akan tolak u ke labour room 1st stage untuk drip ubat yang lebih kuat untuk cepatkan u bersalin"

Erm, harap2 biorle dah 2cm serviks aku. Tak larat dah aku dok hospital lama2. Lagipun kalau aku bersalin hari Jumaat, alangkah bagusnya. Mudah2an anak aku baikkkkkk orangnya. Hehe... So pukul 7.00 pagi, doktor panggil aku masuk examine room. Doktor cina tadi takde. Dr. Alina yang ada. "Ok Adha, naik atas katil, buka luas2" (huhu..) Then Dr. Alina pun seluk & check seperti biasa. "Ok, sudah buka 2cm" Alhamdulillah... lega sangat aku. "Saya nak pecahkan ketuban ni ye" Dr. Alina bersuara lembut spt biasa. Ok xde hal, cepatlah pecahkan ketuban aku. Cewah2 cam berani sgt je. Aku nampakla Dr. Alina keluarkan alat untuk pecahkan ketuban aku tu. Alat tu macam chopstick tapi lebih panjang lebih kurang dalam sehasta. Hujung aku x sure pulak tajam @ tak sbb aku x nampak. Tiba2 aku rasa ada cecair yang hangat dan likat mengalir kuar dari celah2 peha. Fuh... panas je. Uiks, tu ke air ketuban? Banyak wo. Tapi x rasa sakit pun. Mmg terror la Dr. Alina ni. Dia pecahkan ketuban aku tanpa rasa sakit. Yelah, dia pandai adjust. Ekekek...

Then nurse pakaikan pad. Masa ni Dr. Alina pesan kt aku, nanti dlm labour room 1st stage, pakar bius epidural akan datang untuk tanya patient samada nk amik epidural atau tak. Dr. Alina nasihatkan aku untuk ambil sebab dia beritahu untuk kes mcm aku, bersalin induce untuk kelahiran anak pertama selalunya akan ambil masa yang panjang dalam 8-12 jam. So dia takut aku takkan tahan sakit dlm masa yg lama, dia nasihatkan amik epidural. Erm berkecamuk gak fikiran nih. Ehm... Dah setel semua Farizal pun sampai. Nurse suruh Farizal ambil wheelchair bagi aku duduk sementara dorang siapkan dokumen untuk hantar aku ke labour room. Air ketuban aku tadi masih meleleh lagi. Tapi x la banyak sgt. Nurse suruh duduk kt wheelchair tu. Horey.. aku suka. 1st time tu aku duduk atas wheelchair ni. Hehe.. tiba2 rasa cm best pulak. Pastu aku main2 dengan wheelchair tu try gerakkan ke depan dan ke belakang. Pastu aku kena marah dengan Farizal. Dia cakap, dah nak bersalin pn nak main2 lagi. Heheh! Tiba2 aku rasa mcm nk keluarkan air yg lebih byk. Aku pn x sure samada nak buang air kecil or nak lepaskan air ketuban tu keluar semua (boleh ke kontrol2 air ketuban tu? ekekek) So aku tanya nurse "Nurse, saya rasa air macam nk keluar banyak je ni. Nanti lantai basah, takpe ke?" Nurse jawab "Takpe... keluarle banyak mana pun takpe. Nanti ada orang mop" Wah... betul ke. Aku pun angkat punggung sket lepaskan semua air yang rasa2 nak keluar tu. Wah... menghayau2 air kt kaunter nurse tu. Masa ni aku mcm dah terasa sakit sket2 kt ari-ari. Adakah ini sakit bersalin? Aku cakap dengan Farizal dah rasa sakit sket2. Farizal cakap, baguslah.

Dokumen dah siap, aku pun ditolak (oleh Farizal, hehe) ke labour room. Labour room ni sama tingkat dengan wad O&G, jarak lebih kurang dlm 50 meter je. Rupa2nya pintu labour room 1st stage ni kt bahagian belakang. Farizal x dibenarkan masuk. Dia kena tunggu kt luar or tunggu kt rumah je (hehe). Aku suruh Farizal balik sbb doktor cakap aku akan sakit lama around 8-12 jam. Paling awal pun 8 jam. Wah.. lama la pulak Farizal nak menunggu kt hospital. Aku suruh dia balik, nanti dh nak tolak masuk labour room (untuk deliver) baru aku call dia soh datang. Farizal kata "Ok" Aku siap pesan, jgn lupa bwk air selusuh. Aku nak minum bila serviks dah bukak 6 atau 7cm nanti. Huhu... Kita usaha je kan, x gitu?

Masa ditolak masuk labour room 1st stage tu, hamboiii... sejuknya aircond. Kalah aircond kat wad nih. Nurse kata mmg kena sejuk2 kt cni. Aku nampak 1 pintu besar la jugak tulis "Dewan Pembedahan/O.T". Wah.. seram2. Aku tanya nurse tu, la... dekat je Dewan Pembedahan dengan labour room. Nurse cakap, memangla kena dekat. Kalau ada problem, tak boleh bersalin normal. Cepat2 doktor tolak patient ke O.T ni, sebab bukan boleh tunggu lama2 nak bersalin. Ye tak ye juga ye, apa la bengap sangat aku ni. Tak pernah terfikirla pulak sebelum ni. Aku ingatkan O.T tu kt tempat lain ke. Hehehe... Pastu aku pun sampai labour room 1st stage. Bilik untuk drip ubat yang lebih kuat. Tapi kena baring atas katil, tangan kiri drip ubat, tangan kanan amik tekanan darah sejam sekali. Hem.. bestnya bilik ni (apeda aku ni, sume bilik pn best) Hahaha... Katil ada 6 je. Patient pn kena ikut giliran untuk masuk bilik ni. So oleh kerana katil cuma ada 6, patient pn ada 6 jelah. Aku kt katil 1. Seram pulak bila duduk kt katil 1 ni. Yelah, apa2 pun sume aku yg kena dulu.

Mula2 nurse perkenalkan diri. Amboi... ramah tamahnye yg amatz. Nurse bertugas time ni kalau x silap aku ada 2 orang. Okla tu, nurse 2 orang tapi doktor keluar masuk check ktorg punyala ramai (standardla, HUKM kan). Tak kisahla, janji aku selamat. Nurse yg peramah tu suruh aku tukar baju. Baju2, aksesori (cewah, ada aksesori ke?), tudung & selipar nurse suruh masukkan dalam beg plastik. Dia kata nanti pas bersalin, dia akan bagi beg plastik tu kat kita. Bukan apa, takut barang tercicir. Pastu dia suruh aku naik atas katil, baring posisi mengiring. Dia masukkan sesuatu ke dalam punggung. Ubat buang air besar katanya. Serta merta perut aku senak & rasa nk membuang. Dia bagi baju utk pakai di labour room (untuk deliver) nanti. Masuk toilet, terus buang apa yg patut then tukar baju. Wah... seksisnya baju ni. Hanya ada tali2 ikat kt belakang. Paras lutut u ols. Mcm maxila pulak. Dahle makcik dh lama x pakai maxi kawan2. Last pakai masa sekolah rendah dulu. Hahaha... Pas tukar baju panjat katil semula (x perlu panjat, naik elok2 ye puan2). Baring.

Nurse pun buatla apa yg patut. Pasang drip kt tgn. Amik tekanan darah. Dan mcm2 lagila. Ar.. handphone pn dia bg letak kt meja tepi katil tu. Dia kata senang awak nk call suami awak nanti. Pastu ada air suam dalam cawan nurse letak kt tepi katil aku boleh minum anytime bila rasa dahaga. Nurse kata aircond sejuk, patient pulak tak boleh makan. Dahle sakit lama lebih 8 jam, kering2 bibir aku nanti. Hehe.. peramah betul la nurse ni. Suka buat lawak lak tu. Sambil2 aku sakit pelan2 tu, sambil2 aku ketawa. Dia check serviks aku (seperti biasa) "Alahai dik... baru 2cm ke?" Huhu.. sedey je kan? Dia kata lagi 3 jam dia akan check semula tengok dah buka berapa. Setengah jam kemudian, doktor pakar bius masuk. Dia brief sket psl epidural. Then tanya aku nak ambil ke tak. Aku teringat nasihat Dr. Alina. Aku decide utk ambil. Walaupun aku pernah baca dalam buku & dengar2 cite x best dari org lain psl penggunaan epidural ni tapi sbb atas nasihat doktor sendiri, aku decide utk ambil. Takpelah, nak sakit apa2 pasni belakang kira. Yang penting, keadaan sekarang. Cewahhhh...

Doktor tu nak suntik kt tulang belakang. Sebelum suntik epidural, dia suntik ubat kebas dulu. Wah... suntik ubat kebas ni Ya Rabbi sakitnye humang aiiii... Tak tergambar dengan kata2 macam mana dia punya sakit. Aku dah standby awal2 (sebab Kak Liza katil sebelah dah bagitau dengan aku, masa suntik ubat kebas ni mmg sangat sakit). Aku peluk bantal kt dada. Then masa doktor tu suntik (aku dh start rs pedih) terus aku gigit hujung bantal tu sekuat2 hati. Makin aku terasa sakit, makin aku ketap hujung bantal tu. Sekuat2 hati ok! After few minutes doktor kata, ok dh selesai. Baru aku lepaskan bantal. Fuh, lega! Mmg berjaya kurangkan sakit. Tapi gigi aku pulak yg sakit. Hahaha... Buat kawan2 yg berhajat nak amik epidural nanti blh ikut petua aku ye. InsyaAllah berkesan :)

Ok, pas suntik epidural. Nurse start drip ubat. Masa ni kalo x silap aku jam pukul 9.30 kut. Tiba2 badan aku rs gatal2. Gatal2 yg amat sangat. Tergaru sana, tergaru sini. Dahle tangan kiri kanan ada alat. Punyela susah nk menggaru. Aku tengok patient depan katil aku pn tergaru2 jgk. Pastu aku tanya nurse, kenapa badan aku gatal2. Nurse cakap itu normal. Memang ada sesetengah orang yang gatal2 badan pas amik epidural. Insan2 terpilih la tu kunun2. La.... mcm tulah pulak. Belum pernah lagi kawan2 aku yg amik epidural bagitau badan jadi gatal2. Pastu mata aku jadi mengantok... (kesan epidural). Aku ckp dgn nurse, aku mengantok. Nurse cakap takpe.... Tidurlah. Dia tutup lampu aku then tarik tirai, dia suruh aku tdo. Apa???? Bestnye......... yahooo......... marilah kta tidur beramai2. Lepas suntik epidural tu, ari2 aku yang sakit slow2 tadi x rasa sakit dh. Aku try cubit2 paha pn x sakit. Cubit2 pipi sakit. Hehe. Kesan epidural tu hanya untuk pinggang ke bawah. Yg gatal2 cubit pipi tu kenapa? Aku try gerak2 kaki pn x rasa. Owh.. mcm nilah agaknye perasaan orang lumpuh ye. Wah... sempat aku bercerekarama pulak kt ctu. Aku pun cuba tidur perlahan2 sambil slow2 menggaru badan yg gatal2. Hihi.. (Sepanjang aku tidur ni, aku perasan ada beberapa orang doktor keluar masuk bilik ni tapi x ganggu kitorg la)

2 jam kemudian. Dekat2 pukul 12 t/hari masa ni. Doktor nak check serviks dah buka berapa. Check2 baru 3cm. Adui.. frustnye. 2 jam dah masukkan ubat tp baru buka 1cm. Doc cakap takpe, masih awal. Ada bbrp jam lagi. InsyaAllah boleh bersalin normal. Masa ni aku sempat bersms dengan Farizal, Kak Ngah, Kak Eja & Leen. Yelah, masih larat lagi bersms. Pukul 1.00 t/hari Farizal call tanya lama lagi ke. Sbb dia nk g solat Jumaat. Kalo dah sakit, dia nk dtg terus hospital. Aku cakap xyah dtg lagi, baru bukak 3cm. G la solat Jumaat, pstu doa aku bersalin cepat sket. Hehe... masa tu aku dh start rasa sakit. Sakit - hilang. Sakit - hilang. Pukul 2.30 aku dh rasa sakit tu mcm dh kuat tapi aku tahankan lagi. Sepanjang masa kt bilik ni, bbrp kali pakar bius dtg tanya samada nk tambah dos epidural atau tak. Aku taknak tambah dos, sebab aku tau. Kalau aku tambah dos, aku x rasa sakit. Bila aku x rasa sakit, contraction aku slow. Bila aku sakit, aku tgk carta CTG (wah, cm hebat2 je aku ni) contraction aku kerap & tinggi. So aku tahankan aje sakitnye. Nurse dah perasan dahi aku berkerut2. "Sakit ke dik?" Aku jwb dengan suara terketar2 tahan sakit "Sakit kak. Tapi boleh tahan lagi, takpe" Wah.. mula2 aku panggil nurse tiba2 dh jadi kakak ni. Nampak sangat mesra (poyo sket). Apa pun aku mmg taknak tambah dos. So, berkerut2la aku menahan sakit yang sekejap ada sekejap takde. Masa ni terfikir gak, ntah dh buka brp serviks aku. Harap2 dh bukak 5cm la at least.

Pukul 3.40 petang, nurse ni dh siap2 nak antar aku ke labour room (untuk deliver). Nurse cakap tak payah checkla tengok serviks dah buka berapa. Dia kata, biar doktor je yang check kt labour nanti. Ok, aku pn tak kesahlah. Lagi bagus. Hehe... Katil pun disorong ke labour room. Ada banyak bilik kt sini. Aku ditolak masuk ke Bilik Mawar a.k.a bilik Spongebob. Sebab kt dlm bilik ni banyak gambar kartun Spongebob. Aku tengok bilik2 lain ada gambar kartun Mickey Mouse, Minnie Mouse, Doraemon dsb. Tiba2 teringat kat tilam baby kt umah. Hari tu aku beli kain corak kartun Spongebob. Mak yang jahit. Hehe.. cm ada kena mengena je pulak bilik bersalin aku ni dengan tilam kt umah. Baby mak, baby Spongebob. Kuikuikui...

Labour room utk bersalin ni kecik je sizenya. Muat2 satu katil kecil (tempat baring very narrow), 1 meja kecil utk nurse catit apa2 yg patut, 1 katil baby, ada sinki & ada kabinet gantung yg blh letak peralatan2 utk guna waktu sebelum, ketika & selepas bersalin. Aku pikir macam tak muat je aku nk baring kt katil tu. Nurse pesan, time tak sakit turun katil & cuba baring atas katil labour tu. Hehe.. ok tunggu rasa tak sakit baru panjat (jgn panjat ye kawan2, naik elok2). Fuh, nsb baik aku tak tergolek jatuh. Memang kecik betul la katil ni. Takde bantal tau. Haha.. baring jelah sorang2 kt ctu. Hehe, xdelah. Ada ramai nurse kt sini. Doktor pn asik kuar masuk. Kt sebelah kanan siap ada kerusi untuk suami. Masa baru masuk bilik ni, Farizal pun sampai. Masa tu jam dh pukul 4 ptg. Doktor check bawah tgk dh buka brp. Doktor yang check ni, doktor cina lelaki yang pagi tadi tu. "Wah... sudah buka 7cm. Ok, blh bsalin normal" Ape? Dh buka 7cm? Yahoooo... lega yg teramat sgt. Alhamdulillah. Tak sangka yg amat sangat dh buka 7cm sbb aku boleh tahan lagi sakit tu. Confirm2la blh tahan sakit kan sbb aku amik epidural. Nurse mmg ramai tapi yg betul2 tunggu aku (dia x kuar2 lgsg dr bilik labour ni) ada sorg. Chubby2 orangnye. Baikkkkkkkkk sgt. Lembuttttttttt je layan aku. Best2. Aku tanya kt dia "Nurse, boleh minum air selusuh tak. Dh buka 7cm ni" Dia kata boleh. Tapi jgn minum byk2. Dia ckp bukan pihak hospital tak bagi ibu2 nk bersalin ni minum air selusuh. Boleh, tapi bila bukaan serviks tu dh besar. Cam dh 7cm ke atas mcm tu. Bukan apa, dia takot nanti contraction dh kerap and semakin kuat tapi serviks baru buka 2cm, 3cm, kepala baby masih belum turun betul2 lagi kt tempatnya. So nanti susah pulak nk bersalin. Teran punya teran punya teran, x kuar2 jgk. Erm, mmg rasional teori dorang ni.

Selepas 15 minit minum air selusuh. Sakit aku semakin kuat. Jam pukul 4.20 petang. Adakah aku akan bersalin sekejap lagi? Sambil aku sakit2 tu, nurse urut2 perut dan pinggang aku. Dia cakap sabar... sabar. Aku pn bersabar and tahan sakit. Mulut tak putus2 baca doa masa sakit bersalin. Berzikir & bc lg surah apa2 yg aku hapal. Untuk kuatkan semangat aku dan untuk redakan kesakitan aku. Farizal sentiasa teman kt sebelah. Sekali sekala lap peluh aku. Betulkan rambut aku yg dah kusut masai tu. Tiba2 aku rasa sakitttttttttt sangat. Aku rs macam dh nk bersalin je. Nurse2 semua dh ready. Doktor2 semua dah ready. Wah mcm hebat je sume orang dh ready utk aku kan. Ekekek. Check2 serviks "Ok, dh full open. 10cm. Adha, bila awak rasa sakit awak teran ye. Teran kuat2, kami akan ajar" I'm trying nak teran, tiba2 sakit hilang. Ceh! Lama pulak nk tunggu sakit dtg. Sekali ada sorg nurse yg usya aku dari jauh ckp "Belum 10cm, baru 9cm. Minus one" Wah hebat betul nurse ni, dari jauh pn leh nampak baru 9cm. Alamak, baru 9cm pulak ke? Doc pn check & ckp, minus one, 9cm. Aisey.. dorg pn kuar beramai2 sbb ada baby lain pulak nk bersalin. Tapi nurse yg setia menemani aku tu ada la kt sebelah. Ar.. lupa nk cerita. Sepanjang dlm labour room tu, selang 5-10 min aku dgr suara baby menangis. Iey.. bestnya. Cepatla aku bersalin. Nk dgr suara baby aku pulak. Hehehe... Jam dh pukul 4.40 ptg. Adui, sakitnya. Tak tahan dah ni. Rasa mcm betul2 nak beranak ni. Siap ada rasa something yg berat yg perlu aku kuarkan dr perut aku ni.

Adakah aku nak bersalin dah? :: To be continued ::

Monday, July 6, 2009

Boring Day

Tadi Kak Lin dah tanya aku, bila nk update cerita pasal pengalaman bersalin tu. Ehm tengahari tadi memang niat nak update hari ni. Tapi sampai ke petang pun tak sempat menyempat. Bz sket hari ni. InsyaAllah I'll try my best tomorrow. Boss pn takde start esok sampai Isnin depan. Ada kerja di Kedah & Kelantan. Best2!

Hari ni dahla bz dengan kerja. Ofis pulak x sejuk. Selalu sejuk mcm air batu. Tapi tadi panassssssssss. Ntah sape punye keje matikan aircond. Adakah si Kenny? (juruteknik selenggara bangunan Sime Darby) Tak kisahlah. Selalu aku merungut sejuk, kadang2 kasi chance la panas kan. Berpeluh sket. Huhu... bau mashemmmm (sape ye?) Uhuk!

Kak Ngah email aku tadi. Bagitau suruh fwd email yang best2. Dia dh ada broadband sekarang. Boleh online di mana sahaja hatta di dalam jamban sekalipun. Erm, aku nak tengok nanti dia online dalam jamban. Berjaya ke tak. Muahaha... apepun next time if dia datang umah or hangkut laptop dia bawak balik umah mak, aku nk pinjam. Nak try online dlm jamban, best x? Kuikui...

Tiba2 aku rindu kt Izz Haris. Huhu... my lil son. Muah muah muah! Jap lagi mak balik ye sayang!



Miss u 24hours!

Friday, July 3, 2009

Gambar Merapu Buat Suka-Suka

Entry kali ni aku taknak sambung cite psl pengalaman bersalin tu. Nanti2lah next week ke aku sambung. Mood aku hari ni adalah mood untuk mengupdate entry bergambar. Mehla tengok gambar aku dulu2. Erm, gambar mengarut pn ader. Saje, nk suka-suka. Bagi korang ketawa. Sekali sekala ceria, seronok gak kan?

Ok gambar pertama. Gambar ni aku pernah upload kt friendster lama dulu. Masa ni tahun 2007 (umur baru 25thn) Cewah... baru la sgt. Padahal angka 25 tu dh masuk zaman kertu dh kalo ikut org dulu2. Sebelah kanan tu Adah (dia ni jiran selang sebuah rumah mak aku kt BTR tu). Kami kwn sejak kecik2 lg. G tadika sama2, balik tadika sama2, main sama2 sampaile besor. Sekolah rendah pun sama tapi masa sekolah menengah, dia masuk sekolah asrama. Tinggal la aku sorang2 (hehe.. tipu. Ramai je lagi kwn2 lain yg sekolah sama2 kt BTR tu) Adah kawen ms hjg thn 2007 and sekarang dh punya seorang puteri yg comel. Yang kt belakang nampak spek mata & sedikit gigi kapak tu jiran kitorg gak. Tapi Oyah ni muda sket dari kami. Kalo kami Darjah 4, dia baru Darjah 2. Tapi Oyah lebih advance, dia kawen lebih dulu dari kami. Sekarang Oyah nak masuk 2 org anak dh. Dia kawen beberapa tahun jgk baru dapat anak, anak sulung Oyah pn perempuan jugak. Hehe.. syoklah Izz ramai aweks keliling dia ^_^


Gambar seterusnya, korang jangan gelak ye. Aku memang tak pernah share gambar ni dengan sesiapa. Ni gambar mengarut aku masa merayap dengan Adah masuk kedai kostum kt Berjaya Time Square. Awal tahun 2007 kalo x silap aku. Aku kalo outing dgn Adah mmg suka buat benda mengarut. Apa taknye, member sejak zaman kecik kan. So hatta umo aku dh 30thn pn nanti, kalo berdua dengan Adah ni, aku tetap rasa seperti kanak2 ribena gitu. So, gambar pertama ni aku try topeng yg kiut. Gigi bugs bunny. Comel x? Dapat lak tudung aku time tu kaler pink. Wah... matching sungguh! Ngam2 je topeng tu dengan muka aku yg tembam tu kan.



Pas try topeng gigi bugs bunny td aku try plak topeng ganas ni. Teringin benor nak tgk wajah sendiri kalau betulla muka aku mcm ni kan. Tapi janganler. Elok2 Allah bg muka cantik (perasan) cukup sifat semua, aku nk pulak muka pelik2 ni. Kehkehkeh... aku sendiri pun ketawa tengok muka aku kena benam paku besar cmtu. Iey.. ganasnyeeee... (buruknyeeee...)


Terkekeh2 and terbahak2 aku ketawa dgn Adah ps buat kerja bodoh ni. Siapa kata aku sentiasa serius? Siapa kata aku x buat benda bodoh? (ada ke org kata?) Hahahah... mmg giler betul lah. Tapi best tau sekali sekala buat keje giler pastu ketawa mcm nk pecah perut. FYI Adah x buat kerja giler mcm aku time ni. Dia x berani pakai topeng tu & amik gmbr utk jadikan kenangan (perlu ke nk wt kenangan?) Sebab jaga imej beb... Hahaha, xdelah. Apepun gambar2 ni mmg jd kenangan buat aku. Sekarang pn dah jarang2 jmp Adah walaupun mak aku dan mak dia masih berjiran. Yelah, aku kan dh jauh terpelanting kt Jalan Kebun ni. Huhu... (nsb baik ko ada rumah tau! bersyukur Ji! alhamdulillah...)


Gambar berikutnya ialah gambar zaman aku kt poli dulu. Ha.. jangan tak tau aku pernah jd student poli tau (tak pernah terpikir dlm hidup). Akibat belajar kt poli tu, nah bergaya aku dgn jawatan sekarang ni. Kalo tak, hah.... tercorok jelah aku kt makmal sekolah tu, jadi tukang cuci radas, tukang prepare bahan, larutan dan segala macam lagi lah) Nanti2 aku cerita ye riwayat hidup aku. (Perlu ke?) Ngeh ngeh... Gambar ni aku dengan Su (kami senior dari segi umo kt poli dulu) Dah tua2 baru nk belajar. Hello... belajar sampai ke liang lahad ok. (Tapi kenapa sekarang aku x bljr dah? Isk aku bljr apa. Bljr jadi ibu. Hehehe...) Aku suka gambar ni sebab aku rasa aku comel time ni. (Perlu keeeeeeeeee???? Sila muntah beramai2 ye)


Nak letak gambar apa lagi ye? Dhle cm takde kena mengena je kaitan antara gambar2 tu. La.. dh tentu2 tajuk entry kali ni gmbr merapu buat suka2. Suka2la aku letak gmbr apa kan. Tak gitu? Ok gambar terakhir untuk entry kali ni.


Aaaa... menggamit kenangan silam tak? Ni lah gambar pertama kami amik berdua. Iaitu di hari pertunangan kami. Saje je letak gmbr kabur, hehe. Nk cover muka yg berminyak2 sebab peluh. Panas! Masa ni, kami belum kenal rapat lagi. *Aku rasa even sampai hari kawen pn kami x sempat nak kenal rapat. Ekekek... Hari pertunangan kami ialah hari ke 4 kami bertemu. Ar, mesti korang x percaya kan? Percayalah. Kali pertama jmp ms nk kenal :) Kali kedua, ms open house raya kt umah aku. Kali ketiga ms beli cincin tunang. Kali keempat masa bertunang. Rasa pelik tak? Pelik tapi benar u ols. Dengan pertunangan ini, kami bernikah 7 bulan berikutnya. Dan 9 bulan selepas itu, lahirlah Izz Haris ke dunia. Cewah.. cm sasterawati pulak. Ok tamat sudah entry bergambar kali ini. Nanti2 kta update gmbr lain pulak ye. Tata...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!