Monday, July 13, 2009

Mesyuarat Persatuan Penduduk

Seperti yang aku cerita dalam entry sebelum ni, malam Ahad lepas persatuan penduduk kawasan rumah aku adakan perjumpaan bulanan. Ini kali pertama kaum ibu dijemput sama. Aku memang teringin nak pergi. Yelah, bagi ibu2 yang bekerja seperti aku memang tersangatlah jarang dapat bersosial dengan jiran tetangga. Apa taknya, everyday balik kerja sampai rumah pun dekat2 pukul 7 malam. Jiran2 semua dah masuk dalam rumah. Kaum bapa masih ada la dok main sepak takraw tapi takkanler aku nak bersosial dengan dorang pulak. Nanti dituduh miang lagi gatal (haha). Hujung minggu pulak selalunya aku takde kat rumah. Samada balik rumah mak di Cheras ataupun keluar membeli barang, berkunjung rumah adik beradik, tak pun sibuk attend kenduri kahwin sana sini. Mana nak dapat bersosial? Kalau aku ada di rumah pun, jiran2 pulak yang tak ada. Macam2la aktiviti dorang nak buat kan, spent masa dengan keluarga tersayang. So dengan perjumpaan penduduk macam nilah baru aku ada chance nak bergaul mesra dengan dorang.



Beranganlah nak meeting penduduk macam ni kan, ahaks!


Agaknya belum rezeki aku lagi nak berkumpul dengan kaum ibu dalam mesyuarat persatuan penduduk aritu. Salah aku jugak. Terhegeh2 sangat bersiap. Pukul 8 baru nak mandi. Padahal perjumpaan start pukul 8 (janji melayu). Pukul 8.10 jiran dah bagi salam ajak Farizal berkumpul. Mesyuarat dah nak mula. Huhu.. melopeh aku. (Seganla pulak nak datang lambat) Bagus jugak aku tak pergi sebab malam tu Izz dok meragam je. Tak tahu kenapa. Macam tau2 je abah dia takde kat rumah. Tahan mata tak nak tido tapi dah tersengguk2 kat bahu kita. Letak suruh tido kat tilam tak nak pulak. Masuk buai pun menangis. Isk macam2la dah beranak kecik ni. Sabor jelah banyak2. Amanah Allah bagi, kena jaga elok2 ye tak? Haha.. pandai bercakap je aku ni.

Pukul 9 aku sidai baju kat luar (jangan marah aku sidai baju malam2 ar) Aku sempat la intai2 kawasan meeting. Dorang buat meeting tu kat kawasan tanah lapang berdekatan taman permainan kat hujung lorong rumah aku. Kebetulan rumah aku kat bahagian hujung2 dekat taman permainan tu so intai dari dalam pagar rumah aku pun dah nampak dorang berkumpul. Kaum bapa, kaum ibu, kaum kanak-kanak (motif kanak-kanak pun sibuk2 turut sama dalam meeting?) Yelah, dah kaum ibu dan bapa sibuk bermesyuarat kat luar, sape pulak yang nak jaga anak2 kat rumah, x gitu? Meeting tu takdela hingar bingar sangat sebab yang chair meeting pun tak pakai mikrofon. Tak bolehla aku curi2 dengar. *Sebok je aku nih. Dahle x pergi meeting tapi sebok2 pulak nak dengar apa yang dorang bincangkan.

Pukul 10 mlm Farizal x balik2 lagi. Izz meragam-tido-terjaga-menangis- tido-terjaga-menangis. Tak sabar2 aku tunggu Farizal balik. Pukul 10.30 pun tak balik2 lagi. Aku dah start membebel kat telinga Acik (adik Farizal) "Mana la abah Izz ni, dah pukul 10.30 pun tak balik2 lagi." Nasib baiklah Acik ada, sambil2 aku buat kerja rumah tu boleh juga dia tengok2kan Izz. Ish geram je rasa. Pukul 11 pun belum nampak batang hidung lagi. Amboih lamanye meeting. Ni meeting ke dating. Ar, startla rasa membara je. Tunggu punya tunggu, tiba2 aku dengar tingkap bilik diketuk dari luar. Alah mengade2lah tu. Nak takutkan aku. Tengok jam dah pukul 11.20, baru nak balik. Huh, lama betol. Tah apa dimeetingkan. Bisinglah mulut aku tanya itu ini, apa yang dorang bincang lama sangat.

Farizal pun cerita la sket apa yang dorang meeting lama sangat. Sekarang kan dah dekat2 bulan Ramadhan. So kaum bapa cadangkan untuk buat majlis berbuka puasa. Kaum2 ibu pulak bantah sebab tak larat nak memasak, letih. Haha.. ye tak ye gak. Masing2 pun anak kecik2 lagi, yang baby.. yang sekolah rendah.. menengah.. adoi.. mana ada masa cik kaum bapa oi! *on behalf la aku ni. Pastu Khamis depan nak wat majlis tahlil kat rumah jiran baru pindah masuk. Rumah aku pun belum buat lagi. Buat sendiri jelah (buat ke?) Mieh mieh! Pastu mana2 kaum bapa yang jarang2 join berkawal malam2 telah diwarning untuk menjalankan tugas masing2. Bukan apa untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan penduduk jugak. Untuk pengetahuan korang semua, kawasan rumah aku ni agak tercorok sket ke belakang (jauh dari penempatan rumah2 kampung di Jalan Kebun) Perumahan baru la katakan. Sebelah kiri dan kawasan depan belakang lorong rumah aku adalah kawasan kebun yang tak terjaga sangat, dah jadi belukar pun ye jugak. So untuk mengelakkan kejadian pecah rumah (sebab memang ada terjadi) maka kaum bapa diminta berkawal selama 2 jam setiap malam ikut shift dan jadual yang disediakan oleh persatuan penduduk. Ada 3 shift, 12am-2am, 2am-4am dan 4am-6am. Dan salah sorang kaum bapa tu ialah Farizal sendiri. Huahuahua.. gelakkan dia. Jahatnye aku. Ampun bang...



Abang, jangan tarik rambut Uji, sakittttt! (Heheh)

Selain daripada tu, adalah beberapa perkara lagi yang dorang bincangkan. Seperti perolehan CF, pelepasan cukai pintu (taktau sampai bila) dan lain-lain. Takdela apa sangat pun intipati mesyuaratnya. Biasa2 aje. Tapi yang seronok bermesyuarat ni sebab kita dapat mengenali jiran tetangga, tahu nama, tahu rumah nombor berapa, tahu siapa isteri siapa suaminya (hahaha) dan tahu anak2nya pulak. Nanti takdelah terjadi perbualan seperti ini.

"Ko anak siapa" sambil menegur seorang budak lelaki yang tengah main basikal depan rumah aku.

"Anak Bedah" jawab budak kecik tu.

"Bedah yang mana. Rumah no berapa?" aku soal balik sebab tak kenal sape Bedah.

"No. 35" jwb budak tu lagi.

"Rumah no 35? Siapa ek? Erm.. sape2lah" Haha.. aku cuma tau budak tu tinggal kat rumah no. 35 tapi tetap tak kenal mak ayahnya.

Gitulah lebih kurang. Cerita tadi rekaan semata2 tau. Hahaha... Leceh jugak kalau tak kenal jiran2 selorong ni. Tapi takpelah, baru 3 bulan je aku menetap kat situ. InsyaAllah lambat laun kenal jugak la. So far aku dah kenal Kak Dah, Kak Ayu, Kak Ita dan kakak yg tinggal sebelah kiri rumah Kak Dah. Lupa pulak nama dia. Erk... Takpe, nanti lama2 kenal lah. Ok tu jelah cerita sket pasal mesyuarat persatuan penduduk. InsyaAllah next time if kaum ibu dijemput sama, aku nak join. Nanti awal2 lagi aku dh bersiap2 ye. InsyaAllah. Jumpa next entry esok, pasal majlis nikah yang aku attend Sabtu lepas.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!