Friday, October 29, 2010

Entry Basi: Kisah Raya 2010 & Open Houz

Salam,

Bertemu semula selepas beberapa minggu 'cuti' menulis. Apa khabar semua, sihat? Aku sekeluarga sihat2 belaka. Hasanah makin bambam, Izz makin matang & berdikari, abah makin 'ganteng' dan aku, masih seperti dulu. *kang cakap makin cantik, ada orang muntah hijau pulak :P

Akhir2 ni jari jemari memang menggatalanau (sebenar: menggatal) betul nak mengupdate blog. Especially bila berada di rumah. Dengan karenah anak2 yang sedang membesar, memang ada macam2 cerita nak share bersama. Tapi, faham2 jelah. Selagi 'menatang' tu belum dipasang lagi di rumah, jangan harapla nak mengupdate blog. Ni pun aku update dari pc ofismate (waktu rehat ni weh). Pc aku? Takyah cakaplah, bikin sakit hati je. 2 minggu lepas aku dah hantar surat mintak pc baru (tak baru pun takpe, asalkan up to date) dari Unit IT. Belum ada feedback lagi. Nak kena gegar baru amik tindakan kut. Uk tak, ek tak, diam2 saja. Sabar jelah banyak2. *Aik tadi kata sabar, tapi kenapa membebel ni? Yolah2 :)

Sebab dulu pernah berjanji tapi belum sempat tunaikan, maka kali ni nak tunaikanlah janji2 manisku dulu. Alkisah sambutan hari raya 2010. Seperti yang aku cerita dalam entry lepas2 (sila la check semula pada archive ye, jangan malas2 *macam aku*) tahun ni kami beraya di Felda Kota Gelanggi, Pahang. Tempat tanah tumpahnya darah Farizal (tak sebenarnya sebab dia lahir kat KL). Kami balik 2 hari sebelum raya, tapi sempat merasa berbuka sekali je kat kampung. Sekali tu kami berbuka dalam kereta kat lebuhraya Karak. Aicece..

Sambutan hari raya adalah meriah, dalam 7 beradik, 2 beradik je yang tak balik pada hari raya pertama. Yang lain2 semua ada termasuklah anak menantu dan cucu2. Raya tahun ni kami TIDAK BERGAMBAR. Hehe.. tah pape je kan. Orang lain punyala sakan shoot sana.. shoot sini.. kami boleh buat taktau aje. 1st, tak ingat langsung nak bawak kamera. 2nd, x koser eyh nak amik gambar guna kamera hp takat 2mp tu. Erm maka tiadalah gambar raya untuk tahun ni. Izz.. Hasanah.. bukan mak abah tak sayang kamu berdua sampai takde kenangan kita beraya berempat. Lain tahun ye nak.. Oklah abaikan soal gambar tu.

Raya pertama, pas abah balik dari masjid, ramai2 bergerak dari rumah beraya rumah jiran2 selorong. Kalau 2 tahun lepas dapat raya hampir semua rumah, tapi tahun ni aku surrender. Sempat pergi 4-5 buah rumah je. Sebab -> setiap kali masuk dalam rumah jiran, Hasanah mesti akan meragam dan menangis dulu. Dah pujuk2 baru ok. Kalo 5 buah rumah, means 5 kali dia menangis. Arghhhh.. fenatttt.. Petang tu sambung raya lagi tapi dapat pergi 1 buah rumah je sebab -> aku sakit perut. Hehe.. adatla tu musim raya kan. Makan tak hengat dunia. Syorga!!!

Malam tu aku ajak Farizal jalan2 lagi beraya rumah sedara mara pulak kat felda2 di situ. Tapi Farizal pulak diserang sakit perut kronik, pening2 kepala plus cerry berry. Aiyo... frust2! *eleh time ni sibuk pulak nak frust. Yelah, kita frust sebab tak dapat beraya rumah saudara mara kat Pahang. Dahla kena tunggu raya baru dapat ziarah dorang. Huhu.. Sakit perut tu berlarutan pulak ke hari esoknya. Farizal dah flat tak larat nak bangun. Berbaringgggg je kat katil. Sob..sob.. sedih (tak dapat kutip duit raya untuk budak2) Isk isk.. apa ni? Tak baek tau! ^_^

Raya hari Jumaat, hari Isnin kami pulang ke KL semula. Tak dapat beraya mana2 pun. Duduk rumah je layan Izz dengan Hasanah dengan Abah Izz. Huhu.. takpelah takde rezeki. Nak buat macam mana, dah abah Izz tak sihat kan. Tahun2 depan kita jalan beraya ye abah. Lagipun masa tu budak2 dah besar. Ke.. ada baby kecik lagi? Auch... Hehe. So tamatlah kisah raya yang takde cerita pun sebenarnya. Dahla takde cerita, gambar pun takde. Ala dahla korang... pergi buat kerja.

Cerita open houz next entry lah. Haha.. (males nak taip sekarang)

Sunday, October 10, 2010

Alkisah Emak

Just short update. Alhamdulillah, mak telah dibenarkan discharge sehari selepas menjalani endogram. Kesihatan mak memuaskan. Hasil pemeriksaan doktor, mak terpaksa juga jalani pembedahan jantung bypass sebagai kaedah rawatan. Katanya dari 5 salur darah utama ke jantung, 3 salur darah mak dah tersumbat. Kaedah rawatan lain tidak dapat digunakan kerana mendapan kolestrol pada salur darah mak sudah keras. Kolestrol masa muda kata doktor. Ye, dulu mak memang bertubuh besar. Sejak berkahwin dan menjadi ibu kepada beberapa orang anak, berat badan mak terus meningkat dan membesar bagai juara. Bagaimanapun setelah memasuki usia emas, berat badan mak semakin menurun dan tubuh mak semakin susut.

Tiba2 aku takut tentang jumlah kolestrol dalam badan aku ni. Memang tak pernah sukat. Tengok size aku ni, agak2 mesti banyak kan? Sama2lah kita mengawal cara pemakanan. Kurangkan makanan yang berminyak, berlemak & manis. Oh ye, bagi mereka yang bertubuh slim melim kat luar tu jangan sangka anda terlepas ye. Sebab kata doktor, selain daripada faktor pemakanan (lebih minyak, lemak & gula), kurang pengambilan sayur2an dan buah2an juga boleh menyebabkan peningkatan kolestrol dalam darah. Sebab, sayur dan buah tu penapis gula. So sesiapa yang tak makan sayur tu, kena la mula makan sekarang. Dan aku pulak, kena lah ingat2 untuk kontrol nafsu makan yang semakin hari semakin menggebu. Haish...

Queue untuk dapatkan rawatan di IJN sangat panjang. Paling awal pun mak akan hanya dibedah bulan Jun 2011. Bergantung kepada kesihatan mak juga. Apapun mak telah dibekalkan ubat berkoyan2 sebagai bantuan sekiranya mengalami sakit dada. Setelah 2 minggu kembali ke rumah dan menjalani rutin harian, mak mula mengenal pasti apa aktiviti yang membuatkan mak mudah sakit dada. Dalam banyak2 kerja rumah yang sepatutnya dilakukan oleh seorang surirumah, mak hanya mengalami sakit dada apabila 1) mandi (sebab kena angkat gayung berulang kali) dan 2) solat (mungkin sebab kena rukuk dan sujud kut). Maka mak telah mencari alternatif untuk mengelakkan masalah sakit dada berulang. Kini mak mandi menggunakan salur getah (hose). Dan mak letakkan kerusi plastik di dalam bilik air. So, tak perlu berdiri lagi jika mandi. Solat pun mak lakukan secara duduk. Alhamdulillah, rukhsah solat tidak mengecewakan. Mak tidak lagi diserang sakit dada. Apa2 pun kami anak-anak kena pastikan mak tidak melakukan aktiviti berat di samping tak miss makan ubat doktor. InsyaAllah..

Checkup mak di IJN 9 November nanti. Mudah2an hasil pemeriksaan adalah baik dan tiada apa2 yang patut kami risaukan. Semoga mak sentiasa sihat dan cergas sehingga menghadapi pembedahan nanti. AMIN..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!