Tuesday, June 30, 2009

Pengalaman Bersalin Part II

Rabu, 4 Mac 2009

Pukul 9 pagi, doktor pakar & doktor2 tak berapa pakar (doktor biasa) akan round wad utk check semua patient. Aku gabra je menanti saat untuk dicheck. Yelah, kut2 betul ke aku kena ceaser hari ni. Doktor2 (dlm 4,5 org) sampai seperti biasa and check aku satu persatu. Doktor biasa akan report semua perkembangan terkini aku kt doktor pakar then doktor pakar akan check kertas report CTG aku & check perut. "Hem, quite big baby awak ni. Around 3.4 to 3.6kg. Berapa tinggi awak?" Doktor pakar tanya aku. Dengan pantas aku jwb "161cm". "Ok tinggi2. Boleh bersalin normal" Fuh, maknanye kalo aku x brp tinggi aku bakal bsalin ceaser la ye? Amboi agak bsr jgk baby aku tu. Ehm, larat ke aku nk teran nanti. Pas check aku, doktor2 tu semua beredar ke katil sebelah, check Kak Liza pulak. Eh, kata nk ceaser arini? Tak ckp pape pun. Aku pn terlupa nk tanya. Erm, bgslah kalo x nak ceaser aku. Hehe... Tapi pastu aku tanya kt nurse, nurse kata semuanya ok. Jantung baby ok, tekanan darah aku pn ok, so xde sebab mengapa aku perlu diceaser. So tunggu sakit je nanti blh bsalin normal. Yahuuuu!!! *alhamdulillah, slmt...

Dlm pukul 11 pagi mcm tu Doktor Alina (salah sorg doktor yg bertugas kat Wad Nilam) dtg jumpa aku. "Adha, hari ni kita x masukkan ubat (induce) awak ye. Kita bagi awak berehat hari ni. Dos ubat yg kita masukkan kt awak dh sampai tahap maksimum. Dah cukup 4 kali. Maybe esok kita akan induce ubat yang lebih kuat. Kita tengok dulu apa keputusan doktor pakar" Apa, berehat? Hari ni aku duduk di wad hanya dengan hanya berehat2? Erm, kalaulah boleh balik rumah :{ Kak Liza katil sebelah pagi2 lg dh induce ubat dos ke 5. Doc decide tambah dos dia sbb dia dh over due date. Cm aku ni lambat lg, so dorg xdela nk paksa2 aku bsalin awal. So sepanjang hari Rabu tu, aku menghabiskan masa dengan bersuka-suka sepanjang hari di wad. Yelah, sebab aku x seriau nk kena masuk ubat. X seriau kena seluk. Hihi... Just relax and enjoy my day kt wad (melawat ibu2 lain yg br pas bsalin, tanya pglmn dorg & cium baby dorg) Huhu..

Khamis, 5 Mac 2009

Seawal 7 pagi, Kak Liza dh masuk bilik pemeriksaan utk dipecahkan ketuban. By hook or by crook dia kena bersalin hari ni jgk. Huhu.. turn dia dh dtg. Turn aku belum lg. Bila Kak Liza (rakan berborak sepanjang kt wad) xde, boringla pulak. Pukul 9 pagi, doktor round katil. Doktor bagitau aku, dorg nak masukkan ubat yg lebih kuat sedikit untuk rangsang kontraksi. Dia kata kt Malaysia jarang2 guna ubat ni, sbb selalunya pakai ubat yg biasa (yg dia masukkan aku 4 dos tu) patient akan start sakit & bersalin. Tapi mcm kes aku, jarang2 berlaku la. Wah, keles kes aku. Jarang2 kt Malaysia tu... Doc ckp lagi, ubat yg dia nk gunakan untuk aku tu biasa digunakan di negara2 luar cth mcm kt Europe, kt Arab. Untuk org bdn bsr2. Wah.. perli aku ke? Erm, tp tiba2 aku terfikir. Adakah baka aku baka org Europe? atau baka org Arab? atau baka org bdn bsr? kuakuakua.... (smptlah pulak melawak) Ok2 kembali ke cerita asal. Nama ubat yg kunun2 kuat tu, Cycotex (aku suka sebut nama ubat ni cm best je, c.y.c.o.t.e.x) xde stok kt HUKM. So dorg soh Farizal p beli kt hospital private. Cari punye cari, jmp kt Hospital Pantai. Murah je harga ubat tu, x smpi RM5 tp ada extra caj RM20 sbb kena jmp doktor dulu sebelum beli ubat. Isk isk...

Pukul 11 cmtu, doc masukkan ubat. Aku pn tunggula kontraksi yg dijangka kuat dan sakit lebih drp biasa. Tunggu punye tunggu, sampai ptg, sampai ke malam. Tetap jgk x sakit2. Huhu... Cycotex pun x jalan jgk. Kebalnya rahim aku. Belum lg masa Izz nk keluar. Aku mcm dh putus asa dh. Dalam hati dok pikir, kalo Allah nk aku bsalin ceaser, aku redha dh. Belah pun belah lah, asalkan baby aku selamat. Gitu.... Malam tu sebelum tdo, aku dh rs sedih sgt2. Kenapa la aku belum sakit2 lagi. Amoi cina 2 orang tu, dh berseronok2 dgn baby dorg kt rumah. Ar.. terlupa pulak nk cerita. Kak Liza sebelah katil aku tu, dh slmt bsalin pukul 4.30 ptg td. Tapi dia bsalin ceaser. Masa pecah ketuban pagi tu, serviks dia dh buka 3cm. Masuk labour room 1st stage, cucuk epidural, induce lg ubat, tp smpi pukul 4 ptg pun serviks dia tetap 3cm jgk. Kak Liza cerita, dia dh x tahan sgt sakit (wlupun amik epidural). Dh x bermaya, jd dia pn setuju bila doc nk ceaser dia. Ehm bila aku tgk Kak Liza terbaring je kt sebelah, baby dia pulak kt baby room. Erm, sedihla pulak. Ntah bila aku nk jd cm dia. Dh bsalin and dh blh tgk baby. Nak sgt tgk muka baby aku ni. Huhu... Dlm kesedihan tu meleleh gakla airmata. Pukul 3 pagi aku tersedar. Aku bgn solat hajat. Aku doa kt Allah, aku redha dgn apa cara sekalipun. Kalau Allah nk aku bersalin normal, aku redha. Kalau nak aku bersalin ceaser pn aku redha. Aku dh tawakal sgt2 ni. Aku dh tak sabar nk bersalin. Dah tak sabar nk rasa sakit. Aku dh jenuh menunggu kt wad tu. Dah macam2 cara doktor cuba. Tapi takde perubahan pun. Huhuhu... Ps solat, aku pn samb tdo. Zzzzzzzzzzz.... (walaupun sedih tp tetap tido lena) :: To be continued ::

Friday, June 26, 2009

Pengalaman Bersalin Part I

Khamis, 19 Februari 2009

Prof. Azlin: Adha, saya tengok paras gula dlm darah awak agak tinggi ni. Sekarang dh 36 minggu 3 hari. Erm awak kena bersalin awal ni. Kalau tidak, boleh bahayakan baby. So next week hari Ahad awak masuk wad, Isnin pagi kita induce. Awak kena bersalin awal lah, 38 minggu mcm tu.

Aku : Betul ke Prof? Erm.... gulp! (aku terdiam, diammmm je x tahu nak cakap apa. Sepatutnya due date aku 16 Mac nanti. Kalo aku bersalin Isnin tu, 2 Mac maknanya aku bersalin 2 minggu awal. Erm cm x best je bersalin tarikh 2 Mac. Hahaha)

Prof. Azlin: So, mcm mana Adha. Awak ok?

Aku : Takde pilihan kan Prof. Tak ok pun kena ok jugak (cewah2 aku bersandiwara pulak kt ctu)

So Prof. Azlin pun siapkan apa yg patut, sediakan dokumen, surat etc. Confirm 1 Mac nanti aku kena admit gak by hook or by crook. Nak menghabiskan sepanjang minggu tu hati aku risau je. Tertunggu2 je hari Ahad. Aku bukan pernah masuk wad. Tu yang aku paling seram. Lawat orang sakit kat hospital pn aku dah seram2 tengkuk. Ni kan pulak aku nk bermalam kt ctu. Nak beranak lagi, huhu... semuanya untuk pertama kali. Adakah aku berjaya melaluinya? Of coursela kan, kalo x, xdela Izz kan? Hehe...

Ahad pas Isyak dengan hati yang resah dan langkah yang berat, Farizal hantar aku ke HUKM. Dhla masa tu hujun turun renyai2. Adoi... sedihnya perasaan aku. Lepas setel pendaftaran, nurse pn bawak aku ke hostel (wad la tu oi). Nama wad aku Wad Nilam. Masa aku sampai tu geng2 kt hostel semua tgh tidur nyenyak. Boring kan duduk wad, so semua pun tdo awal. Katil x semua penuh sbb wad bersalin kan, org dtg dan pergi. Dtg sorg, balik berdua. Hehehe... Mula2 Farizal tunggu aku. Pas nurse bg signal amaran (ekekek) Farizal pun balik. Tinggal la aku keseorangan dan kesepian dan keresahan sambil mengusap2 perut yg merening (tunggu ms je nk kuar). Tgh malam ada sorg doktor hensem dtg melawat (cewah.. perlu ke nk mention 'hensem') dia tanya apa2 yg ptt then dia pn blah. Aku pn dgn keadaan kesedihan dan kesepian dan keresahan tertidur. 4jam sekali nurse dtg buat CTG kt perut. I likeeeee... Eh lupa lak nk bgtau, actually aku agak terkejut jugak dgn environment kt wad bersalin tu. Sebab bestlah wad tu, luas... leh tutup dengan tirai... sgt privacy & plg best depan katil aku xde katil lain. Tapi ada surau utk patient. Bila aku bukak tirai, aku x nampak patient lain aku cuma nampak dinding surau. Sgt privacy ok! So aku boleh solat, mengaji, solat hajat (pohon dipermudahkan bersalin) dengan selesa dan khusyuknya di surau itu. Alhamdulillah.

Isnin, 1 Mac 2009

Pukul 6 pagi. Nurse bagitau aku "Standby mandi siap2 sebab doktor nak induce pukul 7 pagi nanti" (padahal sebelum Subuh lg aku dh mandi) Wah.. seramnye aku dgr. Terus terbayang kesakitan org bersalin walaupun xtau nk bayangkan mcm mana sebenarnya. Heheh! Sebelum masuk ubat, doc check dulu bukaan serviks dh buka brp cm. Only 1cm. Dui... mmgla baru 1cm. Sket pn aku x rasa sakit. Dos pertama dimasukkan, ubat tu bentuk dia mcm pil size syiling 50sen. Aku lupa pulak apa nama ubat tu. Doktor yang masukkan tu doktor perempuan, cun la jugak. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya sebab nak kurangkan rasa sakit. Yes, berjaya. Memang x rasa sakit. Adakah aku kebal? Tidak. Tapi aku betul2 kuatkan diri dan semangat, untuk tempuh proses bersalin, aku x boleh kata sakit. Nak motivate diri sendiri la kunun2 time tu. Yelah, kt wad tu bukan ada suami, bukan ada emak dgn ayah, bukan ada sedara mara nk bg ko semangat. Cuma ada diri ko dan semangat ko aje yg boleh bantu segala2nya. Lepas masuk ubat, aku pn baring kt katil. Doktor kata baring sejam. InsyaAllah lepas tu aku akan rasa sakit. Kebetulan masa masuk ubat pagi tu, ada 4 orang ibu2 sedang mencuba nasib. 2 orang amoi cina, 2 orang melayu (sorg kakak kt katil sebelah, sorg tu aku lah, hehe)

Amoi cina yg sorg tu dh buka 3cm so doktor terus pecahkan ketuban dia dan hantar ke labour room. Amoi yg lagi sorg tu, tengahari dh start sakit2. Tapi aku dgn kakak katil sebelah (nama dia Kak Liza) belum sakit2 lagi. So, kami pun berbaring jelah kt katil. Boring2 aku g la jalan2 bc majalah & pelbagai risalah kesihatan yg ada kt wad tu. Kalau rasa2 nk tgk baby aku pn buatlah ward tour pusing dr satu lorong ke satu lorong. Interview ibu2 baby yg ante dan post natal kt situ. Bunyi mcm penyibuk je kan? Tapi aku dh terlalu bosan nk duduk baring je kt atas katil. Orang x sakitla katakan.

Pukul 2 petang, aku masih tak sakit lagi. So doktor check, bukaan masih 1cm. So, doc decide nak masukkan ubat dos kedua. Sejam aku berbaring kt katil tunggu sakit datang. Tapi sampai 10mlm pn, nan ado sakitnya. Ar amoi pertama yg dh hantar ke labour room tu kan, dh pun slmt bsalin pukul 7mlm. Dpt baby boy. Dia punye jeran sakit bersalin, cukuplah sorang ni dia kata. Kebetulan dpt baby boy lak tu. U all tau jelah kan, chinese punya happy dpt baby boy. Tapi lama jugak dia kena tahan di wad, 3 hari jugak macam tu. Sebab darah tinggi. Bila aku tanya kt dia kenapa darah tinggi tak hilang lagi walaupun dh bersalin. Dia jawab "Manyak tension maa baby asik nangissssss aje x brenti" Hehehe...

Amoi yang sorg lagi tu dh start sakit2. Aku tgk dia berguling2 je kt atas katil. Kesian pun ada, bila aku tanya nk gosokkan ke pinggang, dia ckp "Tak payah maa... mmg mcm ini sakit bersalin. Tunggu aje, nt lepas bersalin hilang maa" Dia ni tengah sakit bersalin anak yang ketiga. Kira dh ada pengalamanla. Ok, aku pun tengok je dia dari jauh. Huhu... mmg insaf duduk kt hospital ni. Meleleh2 airmata amoi tu & berpeluh2 aku tgk dia menahan sakit. Tapi mcm yg dia katalah, mmg sakit bersalin cmtu. Nak ubah mcm mana lagi. Tu turn dia, turn aku belum lagi. Aku doa mintak kt Allah, moga aku blh tahan sakit tu bila tiba masanya nanti. Huhu...

Pukul 11pm, mata aku dh start mengantok yg amat sangat. So aku decide untuk tdo. Marilah kita menyorongkan bantal. Aku tdo memang cukup lena walaupun x putus2 suara baby2 menangis kt dalam wad tu. Zzzzzzz....

Selasa, 2 Mac 2009

Subuh2 lagi dh dikejutkan oleh nurse nk buat CTG kt perut. Ehm, sambil buat sambil tdo (aku ler bkn nurse). Dh setel, bangun mandi & solat. Ms otw nk g toilet tu baru aku perasan. Eh amoi yg sakit malam td ni, mcm dh bersalin je. Tapi mana baby dia ye? Erm kena ceaser kut ni. Huhu.. tiba2 aku suspentot gilababas. Seramnya kalo kena bersalin ceaser. Erm kalo boleh, xnakkkkkkkk. Aku nk bersalin normal. Aku takut perut aku kena belah. *sori bagi stupid statement, tp mmg itu pn perasaan aku time tu. Tepat pukul 7 pagi, aku kena induce lagi. Pun tak sakit2. Begitu jugaklah dengan induce pukul 2 petang. Tunggu berejam2 pn still x sakit. Samalah nasib aku dgn Kak Liza jiran sebelah katil. Ubat dh masuk 4 dos, tapi sket pun aku tak rasa sakit. Sampai doktor2 dgn nurse2 kt situ kata baby aku stubborn x nak kuar2 lagi. Huhu... honestly cakap, aku agak kecik ati masa dorg cakap mcm tu psl baby aku. Yelah, belum lg masa dia nk keluar. Belum lagi Allah nk bg dia tengok dunia ni. Rileksla dulu kan... Tapi mmg aku x putus2la doa biar aku sht, jantung baby pn biarla normal. Risau sgt kalo tiba2 baby distress. Tak ke kena bedah? Hehehe...

Tunggu punya tunggu, malam pun menjelang. Nasib baiklah Farizal sentiasa jd peneman setia aku time waktu melawat. Kami berdua dh naik bosan reply sms org dok tanya dh bersalin ke belum. Apa taknya, 4 dos ubat dah masuk tp msh belum bersalin2 lagi. Belum masanya lagi kan. Tengah sedap2 tdo, tiba2 nurse selak tirai. "Adha, Liza, malam ni start puasa ye. Tadi doktor bincang, mungkin awak berdua akan diceaser. So start puasa ye malam ni. Pagi esok breakfast jangan makan" Gulp! Betulkah berita itu? Betulkah????????????? Argh.. seram. Terus aku sms Farizal bgtau. Aku seriau, aku suspen. Aku takot.... Adakah aku akan diceaser esok? :: To be continued ::

Thursday, June 25, 2009

Izz Baca Buku Dengan Abah

Seperti yang aku janjikan. Entry berikutnya adalah entry bergambar. Haha... entah dari mana aku dapat semangat meng'update' blog ye. Mungkinkah dari peminat blog i, lynaleng? Ataupun pengakuan berani dari syasha-syasha? Atau mungkinkah kerana aku terlalu excited dengan pengetahuan baru aku berblog dengan menggunakan mozilla? Iye... ketiga-tiga penyebab tu mmg betul2 menaikkan semangat aku untuk lebih aktif mengupdate blog, menulis dan bercerita tentang apa sahaja. Huhu...

Entry bergambar kali ni aku promote Izz dengan abahnya la ye. Emak Izz kemudian2 ajelah enterframe. Lagipun entry semalam dh enterframe dengan Misha Omar. Hihi... Iklan sket. Masa aku bergambar dgn Misha tu, aku peknen 5bln lebih tau. Tu yg chubby semacam je. *Padahal mmg dulu, kini dan selamanya chubby pun. Hahahahak!

Ok kembali kepada cerita asal. Masa Izz dh start pandai mengagah sebulan yg lalu, aku dan Farizal dah beli buku untuk Izz. Konon2 buku pertama Izz la. Buku tu bkn storybook tapi nursery ryhmes. Aku beli pn kt Mydin je, harga RM6.90. Selain dari beli buku tu, Farizal beli sekali cd lagu kanak-kanak. Macam2lah lagu kt dalam cd tu. Tapi lagu favourite Izz ialah Old Mcdonald. Tiap kali pasang, dia akan menggelenjang-lenjang atas baby bouncer dia tu, sambil angkat2 punggung. Seronok sgtla tu. Dlm buku yg aku beli tu, ada la bbrp rhymes. Tapi yg aku tau nk nyanyi cuma 3 lagu je, selebihnya harrem. So, tiap kali aku nyanyi lagu2 dlm buku tu kt telinga Izz, aku belasah je. Tak kisahla ye Izz, asalkan sebutan betul udahler. Melodi tolak tepi. Gitu.....

Gambar pertama Izz. Izz tdo nyenyak. Ms ni aku baru je sampai umah. Petang2 Izz suka tdo. Pas emak dgn abah sampai baru la Izz bangun. Nak main2 dengan mak dan abah :) Ok kita snap gmbr Izz tdo nyenyak dulu. Apa kt mulut tu? Alat bantuan utk tido lebih lena. Mieh mieh!


Dah malam sket tiba2 Izz meragam pulak. Sebelum tu elok je main2. Farizal cerita kt aku, hari tu Izz meragam, dia bacakan buku Izz elok je diam. Bila berenti baca, Izz mengamuk pulak. So kitorg decide nak bacakan Izz buku. Emak bg abah buku, abah bacakan kt Izz (abah x mau nyanyi, abah baca je, malu nk nyanyi suara x sdp cm mak) Hahahah.... Tengok, khusyuk tak Izz baca buku dengan abah? Begitu khusyuk, walaupun tak pakai seluar. Hahaha...


Hem... asyik betul aktiviti Izz dengan abah ye. Ok, kita snap dulu gambar berdua. Senyum.... one, two, three!


La... nape abah tak pandang kamera ye? Gambar kabur? Sorila ye kawan2. Hp x brp nk canggih tu pasal ler. Asalkan dpt snappy2 jadila kan. Wat kenangan... Ok hampir 10 minit kemudian, Izz mula meragam & mengamuk. Uwaaaa.... Izz dah start boring. Cepatnya anak mak jemu ye. Huhu.. sabar jelah. Tgk gmbr Izz mengamuk, bergoyang2. Jenuh!


Huh, sampai terangkat2 tangan x mau baca dh. Setakat ni jelah ye entry bergambar Izz Baca Buku Dengan Abah sebab lepas Izz mengamuk kamera pn tah ke mana, buku pn tah ke mana. Hehehe... Harap2 besar esok Izz rajin baca buku (buku yg elok2), pandai mengaji Quran dan jadi anak yg soleh dan cerdik. Cerdik yang menyenangkan mak bapaklah, bukan cerdik yang menyusahkan org. Huhu...

Wednesday, June 24, 2009

Berjaya Upload Gambar, Yahoooooo!

Wah.. akhirnya. Sebelum ni aku update blog guna internet explorer, patutle tak boleh download gmbr. Rupanye kena guna mozilla ye. Punyela berminggu2 aku konfius. Apa bendala mozilla tu? Godzilla aku tau la. *minta maaf ye kepada warga blogger tegar di luar sana, sbb aku masih amatur dan aku mmg si buta IT" x tahu menahu langsung. Well, selepas berckp sket dgn Ina dgn bantuan Ambin (hubby Ina) akhirnya barula aku faham. Hasilnya, yezza... aku update blog kali ini dgn menggunakan mozilla. Tengok, skrg aku dh ada profile picture. Ngeh ngeh! Bangga sekejap ^_^

So apalagi, jomla kta test kebolehan meng'upload' gmbr. Erm, gmbr apa ye yg menarik? Aku grab ajelah yg ada dlm pc ni ek. Ok selamat menjamu mata.


Ar.. siapa yg korang nmpk kt tgh2 tu? Mengapakah si dia diapit oleh kami2 si baju merah? Apa, x jelas? Gambar kabur? Hehe.. ambik gmbr pakai hp cokia, tulah hasilnye. Apa, Misha Omar? Kalo betulla u all dpt teka dia tu misha omar (tanpa makeup n dress) yesssss... mmg betul. Dialah Misha Omar. Ms ni kami ada function Malam Bersama Media, kami jemput Misha perform malam tu. Suara mmg superb. Rasa cm x puas je dgr dia nyanyi. Rasa cm nk aje angkut bwk balik rumah pstu nyanyi tanpa henti kt depan aku. Hahaha... btw Misha ni sgt peramah & merendah diri. Badannya kecik aje, tp dlm tv & mag sometimes nmpk bsr kan? Erm nak tau brp harga Misha Omar time ni? RM10500 untuk show selama 30 minit. Hah ada tak sesape teringin nk jd penyanyi pasni? Itu baru Misha ok, belum lagi mek iti. Huhu...


Ok, rasa2 lucu tak gmbr di atas? Ar ni gmbr mak dgn Tini (anak yg mak mengasuh) Masa ni aku pn x igt dah dari mana nk ke mana. Tapi yg pasti, tiap kali naik kereta mesti mak dgn ayah akan pakai seatbelt (wlupun duduk di seat belakang). Tengok tu, punye excited pakai seatbelt smpi dgn Tini2 sekali mak pakaikan seatbelt. Erm, kreatif juga ye. Bukan setakat jaga keselamatan diri sendiri, malah siap jaga keselamatan budak2 kecik yg diriba. Hahaha.. boleh praktik utk Izz nanti.

Erm oklah, takat ni 2 keping gmbr je dulu. Lagipun aku ni nk tulis 1 entri je pn dh makan masa berejam2. Post2 berikutnya, insyaAllah aku akan uploadkan image sekali agar lebih menarik, tertarik lagi dabomb blog aku ni. Hah korang yg baca blog aku ni, sudi2lah tinggalkan komen ye. Tengkiuk!

Friday, June 19, 2009

Izz Checkup 3 Bulan

Semalam 18 Jun, checkup Izz di klinik bawah flat tu. Actually checkup tu untuk Izz usia 3bln, tapi umo Izz dh pun 3bln 2minggu semalam. Erm... selalu Farizal yang akan hantar aku dan Izz ke klinik. Tapi sebab cuti Farizal pn dh tinggal brp hari je, so aku gagah nk g sendiri. Confirmla leceh kan. Yelah, aku bkn blh drive walaupun kereta ayah mmg sentiasa tersadai kt bawah pokok tepi rumah Cik Besah tu. Nak naik teksi, bkn senang nk dukung baby pstu kena berebut lagi dgn org lain yg tergesa2 nk g keje. So, alternatif lain -> pergi klinik dgn ayah. Hehe.. aku tau ayah mmg malas nak bawak kereta. Yelah, dia pn nk cepat2 g ofis dgn motor kesayangan dia tuh. So, aku dan Izz bonceng motor ayah utk ke klinik. Yahooo.. Hari Ini Dalam Sejarah Izz naik motor. Naik motor atok ok, bkn motor abah. Hehehe...

Izz budak baik. Dia diam je duduk elok2 kt tengah antara aku dan ayah. Klinik pn dekat je dgn umah, tp kalo jalan kaki maula jugak makan masa setengah jam. So alhamdulillah selamat sampai. Jam baru pukul 7.20 pagi, klinik bukak 7.30 pagi. Tapi aku dpt no 14. Okla tu. Izz seperti biasa, tdooooooooooooo je kejenya. Agaknye dia selesa kut dgn suhu kt klinik tu. Pagi2 lagi kan, sejuk je. Walaupun baby lain bising hingar-bingar tp Izz tetap lena dalam dakapanku. Entahla, maybe sbb aku jarang dukung dia (xnak ajar, nt dia ngade2 asik nk bdukung) so sekali sekala berdukung, dia enjoy!

Tak sangka, cepat pulak sampai giliran Izz. Agaknye sebab doktor takde kut. So nurse just checkup rutin then terus g bilik utk injection. Sebelum masuk bilik tu, aku kejutkan Izz. Takot dia terkejut ms cucuk nanti. Sebelum cucuk,nurse amikla buku checkup Izz and baca. Pastu dgn suara tinggi dia cakap kt aku "Anak awak dah 3bln 2minggu, kenapa datang lambat?" Aku dh agak mesti dia akan tanya soalan tu. Senang je aku jawab, "Dah nurse bagi saya tarikh checkup arini" Terus terdiam x cakap apa ko. Hem.. tulah, bkn salah aku ok. Lain kali periksa dulu. Well, Izz sgt baik sampai nurse cucuk pn dia x nangis. Rileks je. Balik umah aku naik teksi. Nasib baik teksi banyak dh siap beratur panjang2, so aku xyah beratur. Terus naik dan balik umh. Yahoo... Belum pukul 9 dh sampai umah mak. Sekejap je kan? Alhamdulillah.. mudah & Izz pn x meragam.

Hasil checkup semalam, berat Izz dh 6.5kg, panjang & ukur lilit kepala Izz mmm... x ingatlah pulak ^_^ Well, anak mak dh besar. Semakin macho. Hahaha... Pas bfas cekodok yang mak masak (nyumnyum), aku siap2 g keje. Mak Lat antar sampai LRT. Dlm tren aku sms Farizal nk bgtau perkembangan Izz, baru je send Farizal dah call tanya pasal anak dia. *Pandai je bajet urusan dah selesai. Naluri kebapaan, gitulah yg Farizal bgtau aku. Ceh! 10.15 aku selamat sampai di ofis dgn senyuman terukir di bibir (perlu ke wt ayat cmtu). Hahaha...

*Next checkup Izz on 21st July, amik sesi petang. Tapi before that on 1st July, kena bwk Izz checkup kt HKL dulu. Huhu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!