Monday, March 19, 2012

Berniaga di Pejabat

Assalamualaikum wbt

Lama noh aku tak update blog. Busy yang amattttttt.... Apa pun syukur alhamdulillah, bila aku busy tu tandanya aku masih sihat walafiat kan? Selasa lepas ada Mesyuarat Agung PUSPANITA Jabatan Penerangan Malaysia di Kompleks KPKK dan buat pertama kalinya ofis aku buat jualan booth. Selaku AJK PUSPANITA Jabatan, aku ditugaskan untuk menghandle bahagian booth ni. Memang suka tak terkira la kan, selain daripada boleh pilih nak jualan macam mana, aku pun boleh menyelit juga 1 nama. Biz preloved soft toys aku dilupa jangan. Hehe...

Farizal siap amik cuti untuk merealisasikan hajat kami. Takmo cite banyak, tengok gambar jelah ye.

Booth kami beserta jualan jus delima (member tumpang).

Syukur alhamdulillah, sambutan di booth kami pada tempoh hari sangat2 menggalakkan. Sampai tak sempat nak catat jualan dalam buku sebab masing2 datang serbu bagai nak rak. Terima kasihla korang ye sebab beri sokongan tak berbelah bagi. Hehe...

Masa meniaga tu jugak aku dapat  bertemu dengan kawan2 lama yang dah lamaaaaaaaaaaa tak jumpa. Antaranya Kak Leha & Kak Marniza (dua2 cikgu tau). Kak Leha memang part-time biz Mary Kay dan Kak Marniza pulak datang untuk jumpa Kak Leha masa tu. Kami bertiga dulu sama2 bekerja di SBU. Dorang cikgulah, aku cikgi jer. Hihi...

Kak Leha, Kak Marniza & aku (abaikan perut yang nampak GEBU itu ok)

Selain booth jualan, kami invite juga booth pameran dari Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan. Tak sangka juga dapat bertemu kawan lama, skulmet masa sekolah menengah dulu si Hadi yang menjadi pharmacist di situ. Kecik je dunia ni kan.

Start meniaga jam 9.00 pagi, selesai jam 5.30 petang. Berkemas2 untuk pulang dengan hasil keuntungan yang lumayan. Syukur.... 27 Mac ni ada Mesyuarat Agung Kementerian pula. di Angkasapuri. Adakah aku bakal membuka booth di sana? Nanti aku buat pengumuman ye. K lah nak siap2 g kerja. Jumpa lagi di lain masa. Assalamualaikum!

Friday, March 9, 2012

Preloved Soft Toys for Sale

Produk yang disajikan, kualitinya tidak harus diragui. Sesiapa ada anak kecik, teringin nak beli soft toys tapi harga pasaran agak mahal, di sinilah tempat paling tepat anda untuk membeli-belah :) Boleh dijadikan hadiah untuk anak-anak tersayang malah untuk anak2 teman ketika majlis hari jadi. Harga murah tidak membebankan, duit kurang melayang, suami bertambah sayang  ^_____^  Jom cuci mata.

Doodle Bear - RM15 (SOLD)
(Material cotton senang basuh, campak je dalam mesin dan putar)


 Elmo - RM30 (SOLD)

Big White Bear - RM15 (SOLD)

Pink Panther - RM10 (SOLD)

Punk Rocker - RM10 (SOLD)

Noti Girl - RM8 (SOLD)

Kalau berminat boleh roger di kotak komen. Penghantaran melalui poslaju juga diterima dengan caj pengeposan mengikut standard Poslaju Malaysia. Happy shopping!


Thursday, March 1, 2012

Borong Habis!


Percaya tak my fren beli soft toys ni semua dari I dengan harga hanya RM115 sahaja! Apa lagi korang, cepatlah borong soft toys di facebook I, Adha Khalid dalam album Preloved Soft Toys.

Hanya yang terbaik di Blog Mak Izz Menulis :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!