Friday, December 31, 2010

Photoshoot Family Potret (Without Izz)

Sebelum upload gambar seperti yang dijanjikan semalam, marilah kita bersukaria kerana hari ini adalah hari cuti!!! Yahoo!!!

Kalau semua orang bersemangat padu teleku menonton perlawanan bolasepak antara Malaysia dan Indonesia di kaca tv malam Rabu lepas, aku sekeluarga bersama Yang (abang no. 3) selamba ke Tesco membeli barang dapur. Keputusan perlawanan pun hanya aku tahu sekembali dari Tesco. Dalam hati dari awal rasa Malaysia mungkin boleh menang. Dan.. Syabas skuad Malaysia, piala kemenangan di tangan anda! Menjadi kebanggaan semua rakyat Malaysia. Tahniah dan syabas sekali lagi!

Pagi Khamis ke kantor, on pc dan surf beberapa blog kegemaran. What??? Jumaat cuti??? Betulkah? Selepas risik dari kawan2 sekantor (malas nak baca paper), alhamdulillah berita cuti ternyata benar. Hehe.. Seronok tak terkata. Tapi dalam seronok ada juga sedihnya. Nanti2la aku cerita kemudian.

Ok tamat sudah alkisah cuti. Sekarang nak cerita alkisah 'aktiviti tak dirancang' masa Open Houz Raya aku tempoh hari (boleh rujuk entry lepas). Seperti yang aku beritahu, ramai kawan-kawan dan saudara mara yang datang bertandang. Tak lepas juga officemate Farizal si Firdaus dan isteri, Nadia dan bayi comel mereka Naurah. Firdaus ni adalah part time photographer dan pernah photoshoot gambar Hasanah masa bayi. Boleh tengok di sini. Bagaimana pun dalam entry tu aku letak gambar2 Hasanah yang belum diedit. Kalau korang nak tengok hasil kerja Firdaus yang lain2 bolehlah rajin2 berkunjung ke official blog beliau Qberphotography.

Masa Farizal beritahu yang Firdaus nak ambil gambar kami 1 keluarga, aku dah teruja lebih. Alang2 dia nak photoshoot, di rumah aku pulak tu, secara PERCUMA lagi, siapa tak teruja kan? So aku pun setuju, terus siap2kan Hasanah. Malangnya masa tu Izz tidur la pulak. Tak sampai hati jiwa aku sebagai seorang ibu ni nak kejutkan anak yang tengah nyenyak tidur (sebenar: Izz baru je tidur selepas lasak tak hengat selama beberapa jam. So bila dia tidur tu aku rasa amannnnnn sangat) Dok terpikir nak kejut idak, nak kejut idak, last2 aku decide tak payah kejutkan Izz. Kami photoshoot bertiga jelah. Lain tahun ada rezeki photoshoot berempat pulak, insyaAllah. Maka terhasillah beberapa keping gambar di bawah ni. *Gambar banyak tapi aku pilih yang terbaik jelah (gambar yang aku suka tengok).

Menangis pulak budak kecik ni. Kena pujuk2 dulu.


Three of us. Hasanah dah start menguap.


Mak dan Hasanah. Boleh tak perasan pulak headband Hasanah terbelit.


3 of us again.





Aku dan Hasanah again sebagai gambar penutup. Haha.. saje taknak letak gambar banyak2. Letih woh menunggu gambar loading. Aku ada cuci beberapa keping gambar untuk masuk frame gantung kat dinding. Frame dah beli kat Ikea, gambar pun dah masukkan. Gantung je belum lagi. Tunggu Mr.Drill datang rumah :) Kalau korang berminat nak photoshoot seperti kami (ewahhh...) bolehlah contact Firdaus melalui blognya seperti di atas. Lembah Klang only tau! K lah bye!

Thursday, December 30, 2010

Kembali Menulis dan Open Houz Raya

Salam semua,

Diam tak diam hampir 2 bulan berlalu. Blog aku semakin menyepi tanpa sebarang entry. Bukan kerana merajuk tetapi kekangan masa benar2 menyekat aku dari terus menulis dan bercerita. Apapun, sejak streamyx kembali beroperasi di rumah, aku nekad untuk kembali menulis, kembali memeriahkan industri blog tanahair (macamla best benor blog aku ni) Hehe..

Kawan2 pun ada sms tanya kenapa dah lama tak update blog? Yelah aku ni jarang2 berfacebook, maka dorang nak tahu perkembangan terkini pasal aku melalui blog ni jelah. Bila aku senyap, dorang pun risau. Sakit kah? Ada masalah kah? Yang nyata aku masih sihat dan bebas dari sebarang masalah. Cumanya lately ada beberapa perkara penting berlaku dalam hidup aku yang akan aku ceritakan dalam entry2 berikutnya, insyaAllah.

Alang2 menulis jom tunaikan janji dalam entry lepas. Kataku nak cerita tentang majlis Open Houz Raya yang dah berkurun berlalu. Huhu.. cerita lama tu. Asalnya niat tahun ni tak mahu buat Rumah Terbuka. Yelah, mak pun bukan sihat sangat. Tak sedap hati nak buat makan2 ajak kawan2, sedara mara datang rumah dan bergumbira. Tapi sebab mak sendiri request Open Houz di rumah kami, maka aku dan Farizal buat jugalah.

Mula2 kira bajet. Bajet adalah sederhana. So mampu hidang menu ringkas je. Pilihan menu: Mi kari, bihun goreng, ayam goreng dan karipap. Pencuci mulut: Buah tembikai. Menu budak2: Jelly & Aiskrim Malaysia. Minuman pulak Kordial Jambu Batu. Selalu orang beli kat gerai tepi jalan je, tapi kali ni tetamu dapat minum Air Jambu Batu dari rumah aku. Special la konon2.

Menu sangat simple kan? Bolehlah untuk orang2 seperti aku yang tak mahir di dapur. Chef diimport dari Bandar Tun Razak, tak lain tak bukan ayahku Chef Khalid dibantu oleh menantu ter’sayang’ si Farizal. Dorang dipertanggungjawabkan untuk memasak 2 menu utama iaitu mi kari & bihun goreng. Karipap aku beli frozen then goreng saje. Sedap.. Ayam goreng pun beli yang dah siap bersalut tepung (brand Ramly), goreng jangan tak goreng. Pun sedap menjilat jari 

Buah & jelly beli siap. Aiskrim Malaysia, Farizal dan adiknya si Acik berhempas pulas membuatnya sehari sebelum majlis. Aku? Aku amik tugas mengemas rumah dan menyediakan meja buffet, meja dan kerusi tempat duduk tetamu, khemah, decoration (poyo sket jangan marah) dsb. Ha.. jangan terkejut Open Houz rumah aku ada khemah. Khemah tu bukan idea aku tapi idea jiran2. Punyalah dorang ni baik hati pinjamkan khemah. Padahal khemah tu jiran kami guna untuk buat bumbung parking kereta. Gigih dorang angkat ramai2 letak depan parking rumah aku. Terharu sungguh terharu. Kerusi dan meja untuk tetamu termasuk meja buffet adalah dari Persatuan Penduduk Taman Tanjung Agas. Tak sia-sia bayar RM20 sebulan. Nampakla juga faedahnya.

Menjelang tengahari tetamu pun mula sampai. Ramaiiiiii sangat lebih dari yang dijangka. Yelah, rumah aku ni bukan calang2 dekat nak sampai. Kebanyakan kawan2 semua dari KL, rumah aku ni pulak lagi 14km je ke bandar Klang. So bayangkanla betapa jauhnya dorang2 ni nak sampai ke rumah aku. Apapun terima kasihla banyak2 kepada kawan2 dan sedara mara yang sudi datang bertamu ke rumah. Buat kawan2 yang tidak mendapat jemputan, ampun dan maaf dipinta banyak2 sebab Open Houz ni pun kecil2an aje.

Menjelang petang, tetamu beransur pulang. Letih badan tak usah cakap. Penat tidak terperi ikut bahasa buku. Tapi hati puas sebab dapat jumpa kawan2 lama yang dah bertahun2 tak jumpa & dapat jumpa saudara mara yang aku tak sempat jumpa masa raya tempoh hari. Paling best dapat beramah mesra dengan jiran2 selorong yang susah betul aku nak jumpa. Apa taknye, aku ni keluar rumah lepas Subuh, balik rumah dah Isyak. Mana nak jumpa jiran?

Alhamdulillah Open Houz Raya 2010 di rumah kami di Jalan Tanjung Agas berjaya dilaksanakan walaupun tidak sesempurna mana. Terima kasih tidak terhingga kepada Ayah selaku chef, Mak, Acik (yang tak kering tangan membasuh itu ini dan menggoreng ayam dari pagi sampai ke petang), Kak Ayu (my bakal kakak ipar) yang tak henti2 menggoreng karipap dan juga tak lupa suamiku Farizal. Walaupun dia tuan rumah tapi tetap sama2 turun padang membantu memasak, menggoreng, memblender, memotong, melayan tetamu dsb.

Apapun korang terpaksa membaca cerita aku ni dan membayangkan saja sebab kami berdua selaku tuan rumah tak teringat langsung nak ambil gambar. Hihi.. jangan marah da.. Kamera pun tak standby. Takpelah, lain tahun kita ambil gambar ye. InsyaAllah. Bolehlah korang jamu2 mata. Cerita saja tapi takde gambar tak syok kan?

So untuk memuaskan hati korang semua, next entry aku tempek jugalah beberapa keping gambar semasa Open Houz Raya. Tapi bukan gambar majlis tau. Nak tahu, tunggu next entry ye. Da..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!