Thursday, December 30, 2010

Kembali Menulis dan Open Houz Raya

Salam semua,

Diam tak diam hampir 2 bulan berlalu. Blog aku semakin menyepi tanpa sebarang entry. Bukan kerana merajuk tetapi kekangan masa benar2 menyekat aku dari terus menulis dan bercerita. Apapun, sejak streamyx kembali beroperasi di rumah, aku nekad untuk kembali menulis, kembali memeriahkan industri blog tanahair (macamla best benor blog aku ni) Hehe..

Kawan2 pun ada sms tanya kenapa dah lama tak update blog? Yelah aku ni jarang2 berfacebook, maka dorang nak tahu perkembangan terkini pasal aku melalui blog ni jelah. Bila aku senyap, dorang pun risau. Sakit kah? Ada masalah kah? Yang nyata aku masih sihat dan bebas dari sebarang masalah. Cumanya lately ada beberapa perkara penting berlaku dalam hidup aku yang akan aku ceritakan dalam entry2 berikutnya, insyaAllah.

Alang2 menulis jom tunaikan janji dalam entry lepas. Kataku nak cerita tentang majlis Open Houz Raya yang dah berkurun berlalu. Huhu.. cerita lama tu. Asalnya niat tahun ni tak mahu buat Rumah Terbuka. Yelah, mak pun bukan sihat sangat. Tak sedap hati nak buat makan2 ajak kawan2, sedara mara datang rumah dan bergumbira. Tapi sebab mak sendiri request Open Houz di rumah kami, maka aku dan Farizal buat jugalah.

Mula2 kira bajet. Bajet adalah sederhana. So mampu hidang menu ringkas je. Pilihan menu: Mi kari, bihun goreng, ayam goreng dan karipap. Pencuci mulut: Buah tembikai. Menu budak2: Jelly & Aiskrim Malaysia. Minuman pulak Kordial Jambu Batu. Selalu orang beli kat gerai tepi jalan je, tapi kali ni tetamu dapat minum Air Jambu Batu dari rumah aku. Special la konon2.

Menu sangat simple kan? Bolehlah untuk orang2 seperti aku yang tak mahir di dapur. Chef diimport dari Bandar Tun Razak, tak lain tak bukan ayahku Chef Khalid dibantu oleh menantu ter’sayang’ si Farizal. Dorang dipertanggungjawabkan untuk memasak 2 menu utama iaitu mi kari & bihun goreng. Karipap aku beli frozen then goreng saje. Sedap.. Ayam goreng pun beli yang dah siap bersalut tepung (brand Ramly), goreng jangan tak goreng. Pun sedap menjilat jari 

Buah & jelly beli siap. Aiskrim Malaysia, Farizal dan adiknya si Acik berhempas pulas membuatnya sehari sebelum majlis. Aku? Aku amik tugas mengemas rumah dan menyediakan meja buffet, meja dan kerusi tempat duduk tetamu, khemah, decoration (poyo sket jangan marah) dsb. Ha.. jangan terkejut Open Houz rumah aku ada khemah. Khemah tu bukan idea aku tapi idea jiran2. Punyalah dorang ni baik hati pinjamkan khemah. Padahal khemah tu jiran kami guna untuk buat bumbung parking kereta. Gigih dorang angkat ramai2 letak depan parking rumah aku. Terharu sungguh terharu. Kerusi dan meja untuk tetamu termasuk meja buffet adalah dari Persatuan Penduduk Taman Tanjung Agas. Tak sia-sia bayar RM20 sebulan. Nampakla juga faedahnya.

Menjelang tengahari tetamu pun mula sampai. Ramaiiiiii sangat lebih dari yang dijangka. Yelah, rumah aku ni bukan calang2 dekat nak sampai. Kebanyakan kawan2 semua dari KL, rumah aku ni pulak lagi 14km je ke bandar Klang. So bayangkanla betapa jauhnya dorang2 ni nak sampai ke rumah aku. Apapun terima kasihla banyak2 kepada kawan2 dan sedara mara yang sudi datang bertamu ke rumah. Buat kawan2 yang tidak mendapat jemputan, ampun dan maaf dipinta banyak2 sebab Open Houz ni pun kecil2an aje.

Menjelang petang, tetamu beransur pulang. Letih badan tak usah cakap. Penat tidak terperi ikut bahasa buku. Tapi hati puas sebab dapat jumpa kawan2 lama yang dah bertahun2 tak jumpa & dapat jumpa saudara mara yang aku tak sempat jumpa masa raya tempoh hari. Paling best dapat beramah mesra dengan jiran2 selorong yang susah betul aku nak jumpa. Apa taknye, aku ni keluar rumah lepas Subuh, balik rumah dah Isyak. Mana nak jumpa jiran?

Alhamdulillah Open Houz Raya 2010 di rumah kami di Jalan Tanjung Agas berjaya dilaksanakan walaupun tidak sesempurna mana. Terima kasih tidak terhingga kepada Ayah selaku chef, Mak, Acik (yang tak kering tangan membasuh itu ini dan menggoreng ayam dari pagi sampai ke petang), Kak Ayu (my bakal kakak ipar) yang tak henti2 menggoreng karipap dan juga tak lupa suamiku Farizal. Walaupun dia tuan rumah tapi tetap sama2 turun padang membantu memasak, menggoreng, memblender, memotong, melayan tetamu dsb.

Apapun korang terpaksa membaca cerita aku ni dan membayangkan saja sebab kami berdua selaku tuan rumah tak teringat langsung nak ambil gambar. Hihi.. jangan marah da.. Kamera pun tak standby. Takpelah, lain tahun kita ambil gambar ye. InsyaAllah. Bolehlah korang jamu2 mata. Cerita saja tapi takde gambar tak syok kan?

So untuk memuaskan hati korang semua, next entry aku tempek jugalah beberapa keping gambar semasa Open Houz Raya. Tapi bukan gambar majlis tau. Nak tahu, tunggu next entry ye. Da..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!