Tuesday, February 28, 2012

New Biz - Preloved Soft Toys

Heeeee.......... assalamualaikum wbt.

Diam2 ubi berisi, mana leh dok diam sesaje kan. Biz sentiasa diperbaharui, selagi hayat dikandung badan, :-)  Kali ni kami mengembangkan perniagaan dengan menceburi bidang jualan soft toys pulak. Biz2 sebelum ni masih berjalan seperti biasa tapi kali ni kita kasi lebih fokus kepada jualan SOFT TOYS... sesape yang ada facebook aku, memang taulah yang aku dah semakin mengganas dari hari ke hari. Haha..... tadi 2nd batch soft toys dah sampai. Kepada penggemar teddy bear, baby dolls dan yang seangkatan dengannya harap bersabor. Akan ku uploadkan sedikit demi sedikit di dalam facebook tak lama lagi. Kat blog pun mungkin aku akan upload, bergantung pada masa dan kelapangan. Cewah......

Cakap banyak tak guna. Waktu pun dah dinihari. Menanti masa untuk membuta sahaja. Nak khabor kat korang yang every Sunday, kami laki bini open booth di Flea Market, Level 1, Metro Point Kajang dari jam 10 pagi hingga 6 petang. Sesape yang berdekatan jemputlah datang ke booth kami ye. Yang jauh nak datang pun boleh, nanti i belanja u ols anak patung kecik eyh! Hehehehe......... (dengan syarat kenala beli anak patung besor). Selain soft toys aku jual gak beg maika yang unik lagi cantik tu. Korang leh tengok sendiri betapa berkualitinya jahitan manik2 pada beg tu. Adui... lenguhnya tangan menaip kat katil ni.

Okeh, nak share gambar masa kami berniaga last week. Sambutan agak menggalakkan sebab gomen baru gaji kan. Alhamdulillah... kalo setiap kali meniaga dapat macam last week, alangkah bestnya! Apepun, SYUKUR ALHAMDULILLAH!






Meriah kan? Jemput datang u olsssssssssss.......


Nanti aku update lagi ek. Nak tido dah. Gud nite everybody~ Da.........

Wednesday, February 22, 2012

Hasanah oh Hasanah!

Assalamualaikum wbt

Adui... lama kan aku tak menulis apa2 dalam blog ni. Busy la dengan macam2 hal. Hanya sempat blogwalking jer, update blog sendiri tak sempat. Heheh! Takpe... nanti ada masa lapang, aku curi2 update eyh.

Kali ni nak share sikit pe'el anak dara sorang ni. Tak lama lagi nak masuk 1 tahun 9 bulan. Perangai alahai... semakin lasak. Sama macam abang dia. Apa je Abang Izz buat, semua Hasanah nak ikut. Aktiviti paling digemari akhir2 ni adalah 'main bedak'. Pantang pintu bilik terbukak abis bedak Johnson baby aku jadi mainan. Ditabur2nya macam dia tabur susu dia (pun aktiviti peberet dia jugak). Jenuh dah diajar, ditegur, dilarang, kadang2 sampai naik jugak tangan kita ni. Tapi.... dia tetap dengan pe'elnya.

Baru2 ni dia main bedak lagi dalam bilik tidur aku. Aku dengan Farizal busy mengupdate stock (hah bab bisnes baru ni aku update later eyh). Tak perasan budak berdua dah bergelumang dengan bedak dalam bilik. Sedar2 je bau harum menusuk lubang hidung. Parah! Parah! Aku masuk je (tak sampai dalam lagi) terus aku tutup lampu. Bergelap la dorang. Of coursela melalak kuat2 kan (sbb takut) Hehe! Abang Izz cerdik, sepantas kilat dia lari keluar tinggalkan bilik gelap tu. Adala sikit2 tompok bedak kat rambut dan muka. Tiba2 aku nampak 1 lembaga kecil, perlahan2 bergerak keluar dari bilik. Sampai je kat aku, berderau darah mak u ols!!! Seram sangat2. Nak tahu pasal apa? Hah korang tengok la sendiri rupa Hasanah macam mana.

Ko tak seram? Dah rupa suster ngengsot dah keputihan dia tu. Meleleh2 air mata sedih aku marah dia.

Yang tak tahan tu... aku amik kamera amik gambar dia pastu aku sebut "Senyum..." Dia terus senyum dalam tangisan. Kehkehkeh.... bagai nak pecah perut aku dan Farizal gelakkan perangai budak ni.

Hasanah... Hasanah...  ^_____________^



Wednesday, February 15, 2012

Wordless Wednesday #10: Adik Kembar Izz dan Hasanah

Dari kiri: Izz, Durah, Hasanah dan Dorah

 ^_______^


Thursday, February 9, 2012

Kembali

Assalamualaikum wbt

Just a short entry. Tak berapa sihat ni. Sakit2 badan bakal demam tapi tadi dah telan panadol mudah2an dengan izin Allah aku akan kembali sihat. Agaknya badan overload dengan lemak kerja keras membanting tulang bersama sanak-saudara menguruskan majlis tahlil arwah bapa mertua yang telah kembali ke Rahmatullah pada petang 28 Januari 2012 lalu. Semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan di kalangan orang2 yang solihin. AMIN. Marilah sama-sama kita sedekahkan al-fatihah kepada Allahyarham.

InsyaAllah ada masa dan kelapangan aku akan kembali aktif  menulis tolong doakan.

Janganlah lari dari memikirkan kematian. Jangan takut membicarakan tentang kematian, kerana mati itu pasti. Sampai masanya kita sendiri akan mengalami. Persiapkan diri kerana ianya tidak mengira masa. Masa kita entah bila. Entah esok entah lusa. (copy quote from here)
 
Segalanya akan hapus dari ikatan. Apa yang tinggal hanya amalan kebaikan.
~Al-Fatihah~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!