Monday, February 28, 2011

Kursus @ PUSMA, Shah Alam

::gambar adalah tidak mengikut kronologi::

Photogroup dengan para peserta dari pelbagai latarbelakang (keusahawanan).


Penyampaian sijil (muka poyo sebab tak bersedia). Ada ke adik photographer amik gambar tak bagitau tuan empunya diri dulu? Rugi.. Rugi.. (rugi sebab gambar orang lain semua sopan, aku je poyo)


Menyanyi.. (lagu2 pencetus motivasi). Salah satu agenda kursus. Tambah motivasi, tingkatkan prestasi.


Bila masa budak ni memanjat amik gambar pun aku tak perasan. Khusyuk menyanyi!


Lagi peserta kursus a.k.a usahawan (baru) beserta produk masing2. Dahsyat!


Fokus! Fokus! Bila anda fokus, semua impian boleh jadi kenyataan! *Abaikan bundut plastik


Aktiviti berkumpulan untuk membuktikan daya fokus berjaya mengubah mimpi jadi realiti. Mentol dijatuhkan dari aras dada terus ke bawah (dalam kotak ada tile). Percaya atau tidak, mentol tidak pecah!


Geng kumpulan. Berdiri dari kiri ikut arah jam: Kak Yati, aku, Kak Zie & Kak Tina. Adik Safuan takde sebab dia yang amik gambar ni :) Terima kasih dik!


Maklumat dan intipati kursus aku ceritakan kemudian ye!

Thursday, February 24, 2011

Satu Ketika Dulu

Hihi.. excitednya aku mengupdate dari pc sendiri di ofis. Macam tidak percaya.. tapi inilah realitinya. Oleh sebab dah lamaaaaaaaa sangat tak update blog dari pc ni dan banyak gambar2 zaman tok kaduk yang ada dalam pc ni tak dishare di blog, marilah aku kongsikan bersama korang. Sila jangan muntah ye :P

Gambar yang ingin dikongsi tak lain tak bukan, of courselah gambar abg Izz masa kecil2 dulu. Gambar eksklusif khas untuk tontonan anda. Tidak pernah dimuat naik di mana2 laman sesawang ^_^



Behave je duduk dalam benda alah ni (time ngantok je behave)



Sangat happy bila dapat naik walker. Vroom.. vroom..



Jalan2 dengan mak dan abah adalah terbaekkk!!! (walaupun hanya baring dalam stroller)



Lentok sket Izz..



Nak bawak kereta! Nak bawak kereta!


Handsome tak saya?



Ok dahla tu. Letak banyak2 nanti Hasanah jealous pulak. Lain sungguh wajah Izz masa baby & sekarang. Cepat betul dia membesar. Hem.. tak lama lagi dah 2 tahun. Dah besar anak mak! Moga Izz jadi abang yang baik tau!

Tuesday, February 22, 2011

Giveaway Results

Result dua GA yang aku join sebelum ni dah keluar. Pemenang 1st GA Pearl By mOoN dan TOTE'S BOUTIQUE GIVEAWAY sudah pun diumumkan. Boleh lihat bawah untuk senarai pemenang.


Pemenang 1st GA Pearl By mOoN

1) http://wrmrsbrown.blogspot.com/2011/01/1st-ga-pearl-by-moon.html
2) http://bungarosputih.blogspot.com/2011/02/ga-dari-tuan-tanah-mutiara.html
3) http://ikaalollypop.blogspot.com/2011/02/1st-ga-pearl-by-moon.html
4) http://tungkukayu.blogspot.com/2011/01/1st-ga-pearl-by-moon.html
Hadiah Misteri: http://duniakushida.blogspot.com/2011/01/1st-ga-pearl-by-moon.html


Pemenang TOTE'S BOUTIQUE GIVEAWAY

http://ahhpening.blogspot.com
http://mizzchenta91.blogspot.com
http://evydyana-poohtigger.blogspot.com
http://nidaannajah.blogspot.com


Hoho.. aku tak masuk list pun. Takpelah.. takde rezeki untuk kali ni. Tahniah ye untuk semua pemenang!!!

Sunday, February 20, 2011

Momma Day Out

Macam tak percaya bila berjaya keluar 3 beranak tanpa abah.


Amboi.. masing2 ceria je. Tak ingat dekat abah ke?


Oh.. keluar dengan Cik Ros ye.. Ke mana tu? Mula2 kami pergi lawat kawan mak, untie Rafizah dekat Kg. Jawa. Untie Rafizah baru bersalin baby no. 2, Nur Qairina. Tapi lupa nak ambil gambar masa di rumah untie. Huhu.. Balik tu singgah AEON Mall, Bukit Tinggi jalan2.




Terima kasih Cik Ros sudi bawak kami jalan2. Lain kali kita jalan2 lagi ye. Harap2 pasni Cik Farid, Rayyan dengan abah dapat join sama. Tata semua!

Saturday, February 19, 2011

Syoknya Naik Kereta


Hari ni Hasanah naik kereta abg Izz. Yeh yeh..



Hasanah mana reti gerak ke depan ke belakang lagi...




Oo Oo.. macam mana nak turun ni?




Ok semua, bye bye!

Friday, February 18, 2011

TOTE BOUTIQUE'S GIVEAWAY





Ya Allah.. apa yang comel sangat ni? Nampak macam purse je? Hem.. bukan sekadar purse saje ok. Macam2 ada! Sesiapa yang nak hidup lebih 'teratur' dan 'nampak cute' silalah berkunjung ke blog ini Tote Boutique's.


Tote Boutique's Giveaway

4 pemenang bertuah akan memenangi:

1 passport sleeve, 1 coin Purse & RM30 Tote boutique voucher
(setiap pemenang)

Wahhhhhhhhh!!! Ada chance ke? Berkunjunglah ke Tote Boutique's ye. Macam aku cakap tadi, macam2 ada! ^__^

sukasuki my baby giveaway

Tu dia... korang jangan menyampah atau rasa nak muntah tau bila pagi Jumaat yang mulia ni aku menyajikan korang santapan 'giveaway'. Hihi.. tarikh tutup penyertaan adalah hari ni, 18 Februari 2011. Maka haruslah aku bertungkus-lumus mencuba nasib. Mana tahu ada rezeki?




GA adalah anjuran Mama Danish pemilik blog My Lovely Journey. Syarat penyertaan mudah aje hanya perlu follow blog Mama Danish, copy banner, letak 1 foto anak yang terover happy (cerita la sikit pasal gambar tu), create special entry for this GA and tinggalkan link pada blog penganjur. Mudah kan? As easy as A, B, C!

Jadi setelah menggeledah isi perut laptop suamikus, mencari gambar2 anak yang sesuai untuk dipertandingkan, maka...



Tak lain tak bukan.. sekali lagi gambar Izz aku pertaruhkan!

NAMA ANAK : MUHAMMAD IZZ HARIS BIN FARIZAL
UMUR : 1 TAHUN 11 BULAN (SEKARANG)

Gambar ni diambil pada tahun 2009 ketika umur Izz baru 7 bulan. Sukasuki betul wajah Izz dipegang abahnya dalam kereta on the way ke Tekam Plantation Resort (picnic time). Selalu abah yang drive, takde chance la Izz dipegang dan diriba abah. Tapi masa ni abah suruh Busu drive, so... melonjak keriangan la Izz. Memang waktu yang ditunggu2!

"Mak, Izz was so happyyyyyy dapat duduk atas riba abah. Yeh yeh!!!"

Sukasuki hang la nak oi... janji bahagia! :P

Harap2 wajah sukasuki Izz di atas menepati tema contest ye. Kepada mereka yang berminat untuk join contest, cepat2 jangan terlambat. Actually contest ni pada awalnya ditutup pada 11 Februari 2011. Atas beberapa sebab (technical problem) contest dilanjutkan hingga ke hari ini. So, jangan lepaskan peluang! Mungkin ini adalah peluang anda untuk memenangi hadiah menarik dari Mama Danish berupa voucher barangan bayi. Wah... suka suka suki!

Selamat mencuba! Pssst... doakan rezeki Izz ye!

Wednesday, February 16, 2011

Izz 'Mengemas'

Aku dengan Farizal di dapur, masak2 untuk makan tengahari. Izz aku biarkan main kat depan. Hasanah pulak tidur dalam buai. Senang sket nak buat kerja. Tiada siapa mengganggu. Kejap2 aku jenguklah budak2 kat depan (ruang tamu) nak tengok apa dibuatnya. Takut Izz main yang bukan2.


Dok khusyuk masak2 tuh. Tiba2 terlupa nak menjenguk. Eh eh, senyap je Izz ni. Ntah apa dimainnya ralit sangat. Aku pun pergi la menjenguk.


Ya Rabbi...






Tengah ralit 'mengemas' umah. "Sabar Ji.. sabar.." T_T

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul

Salawat dan salam buat junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W.


Rasulullah
by Hijjaz




Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela


Sedikit sedutan video dari filem The Message (tahun 1976) untuk dihayati bersama.


by thexmatrixone


Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari aku sendiri. Moga kita semua beroleh manfaat~

Monday, February 14, 2011

Vroom.. Vroom..

Vroom.. vroom.. Lokasi: Mydin, Subang Jaya. Naik je, aku tak masukkan syiling pun. Asalkan Izz dapat merasa, jadi ler.


Budak2 mudah meniru. Jangan lakukan aksi ini di rumah!

>

>

>

>

>

>


Percaya tak Izz naik sendiri motor ni? (Pandai naik tak pandai turun) Hesh... memang tak pasal2 kena smack down dengan aku.


Moral of the story: Perhatikan perlakuan anak anda sepanjang masa. Barangkali boleh membahayakan dirinya.

Sunday, February 13, 2011

1st GA Pearl By mOoN


Jeng jeng jeng... semangat join contest/GA semakin membara. GA kali ni aku ditag oleh Puan Wifenavy. Terima kasih ye kak. Kalau akak tak tag, memang tak tahulah saya. Blogger suam-suam kuku la katakan.

1st GA Pearl By mOoN adalah anjuran blogger dari Kota Kinabalu, Sabah -> Cik Munirah Mohamad Izzan. (nama penuh lagi!)


Mengapa aku join GA ni?

1) Memeriahkan industri contest/GA tanahair :P
2) Menyahut cabaran Puan Wifenavy yang telah mengetag/memaklumkan aku tentang GA ni
3) Menambah sahabat blogger dalam arena maya
4) Meng'expose' blog sendiri kepada dunia luar
5) Mencuba nasib mana tahu kalau2 ada rezeki ^__^
6) Nak dapat hadiah misteri dari Cik mOoN (hohoho..) Psstt.. hadiah misteri tu Pearl ke?


Antara warna PUTIH, PEACH dan HITAM, which colour describe me the most and why???

Aku pilih warna...


PEACH semestinya! Berbanding hitam dan putih. Sebab apa? Sebab warna PEACH cantik, indah, lembut, asli, mutu, keunggulan... ^__^ Cantik kan Peach Pearl kat atas?

Ok, mengapa aku kata warna PEACH menggambarkan diriku?

1) Peach adalah campuran warna jingga dan krim. Tidak polos seperti warna putih dan hitam. Menggambarkan hidupku juga bermacam2 warna, kadangkala ceria kadangkala duka. Kadangkala bahagia, kadangkala sengsara. Hehe.. lumrah kehidupan. Namun aku tidak pernah berputus asa untuk terus menggapai impian dan cita2 demi keluarga tersayang :)

2) Peach warna lembut kesukaan wanita. Begitu juga aku, walaupun tampak kasar pada pandangan luar tetapi tetap menyukai hal-hal bersifat kewanitaan. Mencintai kanak-kanak, sensitif dan menyukai sesuatu yang cantik dan indah. Wanita sangat kan?

3) Warna peach always make me LOOK GREAT!


Great tak? Sila cakap great! Hehe.. Tagline: Rasa muda, kelihatan muda dan perasan muda :) Apapun, mengenakan pakaian berwarna peach betul-betul menaikkan semangat dan motivasi dalam diri aku untuk tergolong dalam kumpulan insan-insan yang terbaik dari segala aspek.

Cukuplah 3 sebab. Nanti beri saingan hebat pulak :P (mood perasan)

Wah.. panjang lebar aku ngomel kat atas. Manalah tahu, kalau2 ada orang terinspirasi ke. Hehe.. perah santan sungguh. Di sini dengan sukacita dan berbesar hatinya aku ingin mengetag 3 orang sahabat baik dalam arena maya, tak lain tak bukan Mama Irfan, Mama Ammar dan Umi Rayyan. Korang.. silalah join GA ye, walaupun tarikh tutupnya adalah esok 14 Februari 2011. Last minute ni. Cepat! Cepat! Selagi GA masih ada :)

3 hadiah misteri menanti peserta yang berjaya dan 1 hadiah khas untuk peserta bertuah. Hem... adakah hadiah misteri dan hadiah khas itu berupa mutiara dari Sabah? Teka jangan tak teka. Mereka yang berminat untuk join GA klik sini untuk Syarat Penyertaan dan Maklumat Lanjut. Sekian.

Moga ada rezeki untuk aku. Yayy!!!...

Saturday, February 12, 2011

Abang yang Baik :)






Anak siapa la ni ye? ^__^

Friday, February 11, 2011

11 Azam 2011

Hahak dah masuk 11 Februari baru gatal nak tulis azam tahun baru. Eh aku punya suka ler! Sape tak suka, pergi makan nangka! :)

Sebelum berakhir tahun 2010, aku ada la buat list azam tahun baru aku. Hehe.. setiap tahun pun ada azam. Tercapai ke.. tak tercapai ke.. hanya AKU je yang tahu.

Maka pada tahun 2011 ni, aku berazam untuk mencapai azam-azam berikut:

1) Menambah ilmu, iman dan amal dalam ibadat umum dan khusus
2) Bekerja dengan lebih tekun dan rajin
3) Menepati masa tidak kira di rumah mahu pun di pejabat
4) Mencapai sasaran minima 20 entry sebulan (azam khas untuk my blog)
5) Lebih kemas dan teratur dari segi penampilan atau tugas2 di pejabat
6) Lebih RAJIN (memasak, mengemas rumah, melayan suami dan sebagainya)
7) Memelihara mata, mulut dan tingkahlaku daripada melihat, bercakap dan melakukan perkara2 lagho dan tidak berfaedah
8) Menyimpan duit di dalam bank setiap bulan
9) Berbelanja secara berhemah
10) Lebih banyak membaca buku!
11) Menjaga kesihatan dengan mengawal pemakanan dan mengamalkan senaman ringan setiap hari (fuh.. macam susah je nak ikut)

Semoga aku berjaya mencapai azam-azam di atas menjelang akhir tahun! InsyaAllah...

Pesanan untuk aku: Tanpa keberanian + (usaha yang jitu dan sokongan yang padu), mimpi tidak bermakna" Cewah...

Thursday, February 10, 2011

Mari Makan Kek

Kelmarin birthday mak. Ada la buat makan2 sikit. Aku beli kek, tak sangka ayah dalam diam belikan aiskrim. Amboi dah tua2 pun nak celebrate birthday ke? Isk.. takdela sampai ke tahap itu. Saje nak gembirakan hati mak.

Sejak operation ni mak takde ke mana-mana. Duduk di rumah aje. Kalau boring2 tu mak keluarla juga rumah jenguk tanam-tanaman dia kat depan rumah tu. Bosan2 singgah juga ke rumah jiran borak2. Kesian mak kan? Apa nak buat... luka di kaki belum sembuh lagi. Hopefully kaki mak sembuh cepat dan teringin betul rasanya nak bawak mak jalan2 hirup udara segar kat luar. Udara pantai ke.. udara bukit-bukau ke.. tak kisahlah. Janji bawak mak berjalan. Aku ni pantang 44 hari pun dah bosan sangap duduk rumah. Inikan pulak mak dah dekat 2 bulan duduk di rumah aje. Boring kan?




Sila baca tulisan di atas kek dan jari siapalah penyibuk tu :)



Lor.. birthday sape nih? Dah 62 tahun ke abg Izz oi...



Manjanya pasangan yang duduk atas katil tu. Ayah senyum leret lagi. Hasanah hanya dapat tengok mak makan ye. Mintak maap banyak2.



Hasanah merangkak dari sorang ke sorang nak kecek kek. Sori ye dik!



Hasanah tengok mulut mulut abg Izz ni, huargh.... rugi tak dapat makan. Kek ni sedap tau!!!

Jenuh menjaga Hasanah daripada menerpa pinggan mereka yang sedang makan. Izz pulak tak henti2 makan aiskrim. Isk isk.. tak boleh makan banyak2. Hidung tu baru nak baik selsema. Apapun raut wajah mak happy sangat malam tu. Aku tau dia gembira bila anak2 & suami ingat birthday dia & belikan kek makan ramai2. Aku ada belikan mak hadiah, sejak kahwin ni tak pernah lagi aku belikan dia birthday present. Huhuk.. sedih pulak rasanya. Jadi petang Isnin hari tu, balik kerja sempat singgah Jalan TAR belikan tudung untuk mak. Alhamdulillah... mak nampak happy sangat. Moga mak semakin sihat dan ceria!

Sayang mak!

Wednesday, February 9, 2011

Vote Faris Ar Rayyan Please!

Please vote my friend's lovely son, Faris Ar Rayyan, finalist Contest Baby Cute.




Klik sini -> http://www.facebook.com/album.php?aid=25716&id=100001705186357 untuk undi. Like jangan tak like :)

P/S: Jangan like baby lain tau. Hikhik.. Close date: 10 Februari 2011 (undi cepat weh!) Tengkiuk!

Tuesday, February 8, 2011

Selamat Ulang Tahun Ke-62

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Yang Ke-62 wahai ibuku Puan Zaiton Alang Bee yang lahir pada tanggal 8 Februari 1949.

Moga emak dikurniakan tubuh badan yang sihat dan fizikal yang kuat untuk mudah beribadah kepadaNya. Moga emak dikurniakan jiwa yang teguh dan emosi yang utuh untuk menghadapi karenah anak menantu dan cucu2 yang semakin hari semakin ramai (banyak padang banyak belalang, banyak orang banyak ragam). Moga emak senang hati dan gembira di samping suami tercinta (ayah kami la tu), sentiasa bergurau-senda bersama dan tertawa melihat telatah kami yang bermacam rupa dan warna (insyaAllah).

Moga emak dipanjangkan umur (supaya dapat melihat cucu2 membesar dan dapat kami balas jasa emak) dan dimurahkan rezeki oleh Allah selalu. Moga kaki emak cepat sembuh dari luka dan bolehlah mak beribadah kepadaNya dengan penuh sempurna. Dan dapatlah kami bawa mak berjalan-jalan seantero dunia untuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah S.W.T.




Love U, Miss U, Care about U, Forever n Ever! Kaulah ibuku, hanya satu di dunia dan akhirat :)

Monday, February 7, 2011

Izz Dapat No. 3

Yabedabedu... Alhamdulillah... berkat muka Izz yang semulajadi blur, Izz berjaya menggondol tempat ke-3 dalam contest Baby Muka Blurrr anjuran CikWhite.


Pertama kali join contest nampaknya ada rezeki untuk Izz. Mulalah berkobar2 semangat aku nak join contest lain pulak :)


Apepun terima kasih banyak2 ye pada Cik White yang sudi memilih Izz sebagai salah seorang pemenang. Memang muka blur Izz ni. Hehe.. Terima kasih daun keladi, nanti2 buatla contest lagi!




Betul ke Izz menang mak? Macam tak percaya je! Keputusan penuh klik sini.


Apa hadiah yang masih menjadi misteri tu yek?

Sunday, February 6, 2011

Cukup 8 Bulan & 1thn 11 Bulan

Hari ni Hasanah genap usia 8 bulan. Diam tak diam, tak sangka dah besar anak mak. Kebolehan Hasanah pada usia sekarang:

- Dah boleh sebut ma.. bah.. (tersenyum bangga kami berdua)
- Dah pandai merangkak road tour 1 rumah
- Pantang jumpa benda, pasti disumbat ke dalam mulut, hisap2 macamle benda tu sedap sangat
- Suka memanjat2 badan kita
- Cuba memaut pada sesuatu yang tinggi dan belajar berdiri. Pernah kantoi sekali dengan aku dia lepaskan tangan dan berdiri beberapa saat sebelum tumbang. Nasib baik aku sempat sambut, haish! Bahaya2..
- Membebel dan menyanyi (dalam bahasa dia) sebelum tidur
- Suka kacau abg Izz especially time abg Izz tidur (cara kacau: panjat badan abg Izz dan cungkil2 mata)
- Bergaduh dengan abg Izz berebut siapa dapat baring di seat belakang dalam kereta. Loh... sabor jelah. Car seat kat depan dua2 buat xtau! (cara bergaduh: menjerit antara 1 sama lain. Sape ajar nih?)
- Pandai ketawa bila kita menari2 dan buat muka lawak depan dia
- Masih suka berinteraksi dengan washing machine (esp. bila mesin sedang spin)
- Suka makan (makan apa saja! Pantang diberi)
- Akhir2 ni nak tidur dalam buai waktu malam. Hem..
- Pandai tonggengkan botol susu (cara terbalik) dan buang susu tu (tiru abg Izz kut sebab abg Izz suka buat macam ni. Huhu..)
- Melonjak2 kesukaan bila dipasangkan DVD Lagu Kanak2
- Masih tak suka dipakaikan pampers (kaki menendang2) dan tidak suka dipakaikan baju selepas mandi (confirm menangis kuat2) Aduhai..
- Rambut semakin panjang dan lebat
- Kulit sedikit cerah berbanding dulu
- Masih penggeli (ketawa berdekah2 bila digeletek bahagian bawah leher)


Semakin seronok rasanya melihat Hasanah membesar. Baby girl ni manja sikit banding baby boy (based on my experience la). Aku suka gomol2, cium & gigit pipi tembam budak ni. Hasanah pun suka aje diperlakukan macam tu. Cuba kalo Izz dulu2. Mahu dia menjerit2 mintak dilepaskan. Hehe.. macam2.


Petang tadi bawak budak2 ke Mines Shopping Centre. Bawak Izz tengok tasik, bising mulut dia "Mak.. air, air." Iye.. air. Masuk dari 1 kedai ke 1 kedai mencuci2 mata tengok selendang2 terkini di pasaran (ewah ewah macam le aku ni trendy nau), tengok baju budak2 kalau ada sale. Ada la jugak sale kat 1 kedai ni, teringin nak belikan Hasanah gown. Malangnya takde saiz untuk baby, saiz yang ada pun 2 tahun ke atas. Frust2! Harga selendang pun sedikit mahal berbanding di Jalan TAR, maka haruslah tidak membeli apa2. Sudahnya abah je yang beli sandal dekat BATA. Takpelah, mak Izz lain kali jelah shopping :)


Hah kalau Hasanah dah cukup 8 bulan, Izz pulak genap 1thn 11bln hari ni. Budak ni memang dah makin ringan mulut. Terkejut jugak bila dengar dia bercakap (walaupun ayat tak penuh lagi). Antaranya:

"Mak wa.. wa.." - sambil bagi seluar jeans kat aku.

"Mak tik.. tik.." - sambil pakai bedak kat muka.

"Anah ngis" - bagitau yang Hasanah tengah menangis.

"Akut.. akut.." - bila tengok cerita hantu.

"Mak kut.. kut.." bila tengok kami bersiap2 untuk keluar

"Oyi oyi oyi" - bila nampak lori

"Bash" - sebut bas


Dan ada lagi beberapa perkataan lain yang aku pun tak sangka dia dah boleh sebut (walaupun pelat). Percakapan Izz kat atas tu korang translate la sendiri ye sampai faham, hehe.. Baru2 ni kami makan malam bersama, bila aku duduk je Izz cepat2 tadah tangan. Aku pun baca la Bismillah. Belum sempat aku abis baca doa makan, cepat je dia sebut "Amin.." Hihi.. rasa lucu, terkejut pun ada sebab "Dah besar anak bujang mak ni" Hehehe...


Semoga Izz dan Hasanah jadi anak yang baik. Jangan nakal2 dan selalu dengar cakap mak dan abah tau. Sayang korang sangat2!

*Kalau korang nakal mak nyanyi lagu "Batu Belah... Batu Bertangkup..." :)

Saturday, February 5, 2011

BabyGAP Pyjamas Murah - Stock Clearance

Wah.. tiba2 stock clearance padahal tak pernah pun menjual ye? Cerita di sebalik tabir: Beberapa bulan lalu aku telah terjebak dalam dunia perniagaan online tanpa dirancang. Malah aku dan Farizal telah membina sebuah laman web perniagaan kalau anda perasaan baru je aku letak di side bar, Sayang Izz Shop. Bagaimanapun, oleh kerana kami ni dua2 makan gaji, maka tidak punya masa yang cukup untuk terlibat dengan lebih serius. Perniagaan tidak berkubur, cuma memerlukan sedikit masa untuk kembali aktif dengan produk baru sekurang2nya. Hehe...


Apapun, kami memulakan perniagaan online dengan menjual pakaian bayi sebagai test market. Tapi tak sempat pun nak test market orang kata, semangat meluap-luap untuk berniaga secara online ni menjadi suam-suam kuku. Nak salahkan siapa? Diri sendiri jelah. Hehehe... Perniagaan online masih di peringkat awal, belum pernah promote lagi dekat orang luar kecuali kawan-kawan terapat. Ramai member2 suruh promote biz melalui FB, malangnya kami ni jarang2 berFB. Nak uar-uar apa2 pun semua melalui blog ni jelah.


Untuk tidak membebel lebih panjang, dalam blog ni dari masa ke masa aku akan jual pakaian bayi yang ada dalam simpanan kami. Aku sebut Stock Clearance sebab stok ni dah lama sejak hujung tahun lepas & designnya pun mungkin dah outdated tak setanding dengan design2 baru yang lebih mantop & kelessss! Tapi jangan risau kualiti produk masih tip top. So jangan tunggu lagi, aku letakkan Stock Clearance pertama produk Sayang Izz Shop iaitu BabyGAP Pyjamas dengan harga yang paling istimewa.


Tortoise. 4y (sold to mama nixa)



I Love Mom
12-18m (sold to abah marsya)
18-24m (sold to mama Huda)
2y (sold)
3y (sold to mama nixa)



Pink Milk Cookies - 12-18m (sold to Mama Huda)


So far itu je saiz yang ada pada aku sekarang. If ada yang berminat, silalah tinggalkan order kat kotak komen ye. 1st come 1st serve. Harga? Aku jual murah je, nama lagi stock clearance kan. RM22 each! (Harga tak termasuk kos penghantaran). Kos penghantaran RM6 aku guna pos laju. So siapa2 berminat cepat hantar komen kat bawah ye. Cik anon yang berminat sila tinggalkan alamat email anda supaya kita boleh berhubung kelak. Cewah2 macamla ada orang nak beli :P


So far tiga produk ni dulu. Selebihnya menyusul kemudian kalau ada sambutan. Antara barang dalam stok adalah seperti Busha Legging, BabyGAP Romper, gaun, socks (boy & girl), Cotton Rich Baby Tight, Costume Romper, Cloth Diaper & banyak lagi yang akan aku jual dengan harga murah dalam blog ni. Tapi size & design terhadla ye.


Selamat berbiz dengan saya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!