Sunday, February 13, 2011

1st GA Pearl By mOoN


Jeng jeng jeng... semangat join contest/GA semakin membara. GA kali ni aku ditag oleh Puan Wifenavy. Terima kasih ye kak. Kalau akak tak tag, memang tak tahulah saya. Blogger suam-suam kuku la katakan.

1st GA Pearl By mOoN adalah anjuran blogger dari Kota Kinabalu, Sabah -> Cik Munirah Mohamad Izzan. (nama penuh lagi!)


Mengapa aku join GA ni?

1) Memeriahkan industri contest/GA tanahair :P
2) Menyahut cabaran Puan Wifenavy yang telah mengetag/memaklumkan aku tentang GA ni
3) Menambah sahabat blogger dalam arena maya
4) Meng'expose' blog sendiri kepada dunia luar
5) Mencuba nasib mana tahu kalau2 ada rezeki ^__^
6) Nak dapat hadiah misteri dari Cik mOoN (hohoho..) Psstt.. hadiah misteri tu Pearl ke?


Antara warna PUTIH, PEACH dan HITAM, which colour describe me the most and why???

Aku pilih warna...


PEACH semestinya! Berbanding hitam dan putih. Sebab apa? Sebab warna PEACH cantik, indah, lembut, asli, mutu, keunggulan... ^__^ Cantik kan Peach Pearl kat atas?

Ok, mengapa aku kata warna PEACH menggambarkan diriku?

1) Peach adalah campuran warna jingga dan krim. Tidak polos seperti warna putih dan hitam. Menggambarkan hidupku juga bermacam2 warna, kadangkala ceria kadangkala duka. Kadangkala bahagia, kadangkala sengsara. Hehe.. lumrah kehidupan. Namun aku tidak pernah berputus asa untuk terus menggapai impian dan cita2 demi keluarga tersayang :)

2) Peach warna lembut kesukaan wanita. Begitu juga aku, walaupun tampak kasar pada pandangan luar tetapi tetap menyukai hal-hal bersifat kewanitaan. Mencintai kanak-kanak, sensitif dan menyukai sesuatu yang cantik dan indah. Wanita sangat kan?

3) Warna peach always make me LOOK GREAT!


Great tak? Sila cakap great! Hehe.. Tagline: Rasa muda, kelihatan muda dan perasan muda :) Apapun, mengenakan pakaian berwarna peach betul-betul menaikkan semangat dan motivasi dalam diri aku untuk tergolong dalam kumpulan insan-insan yang terbaik dari segala aspek.

Cukuplah 3 sebab. Nanti beri saingan hebat pulak :P (mood perasan)

Wah.. panjang lebar aku ngomel kat atas. Manalah tahu, kalau2 ada orang terinspirasi ke. Hehe.. perah santan sungguh. Di sini dengan sukacita dan berbesar hatinya aku ingin mengetag 3 orang sahabat baik dalam arena maya, tak lain tak bukan Mama Irfan, Mama Ammar dan Umi Rayyan. Korang.. silalah join GA ye, walaupun tarikh tutupnya adalah esok 14 Februari 2011. Last minute ni. Cepat! Cepat! Selagi GA masih ada :)

3 hadiah misteri menanti peserta yang berjaya dan 1 hadiah khas untuk peserta bertuah. Hem... adakah hadiah misteri dan hadiah khas itu berupa mutiara dari Sabah? Teka jangan tak teka. Mereka yang berminat untuk join GA klik sini untuk Syarat Penyertaan dan Maklumat Lanjut. Sekian.

Moga ada rezeki untuk aku. Yayy!!!...

3 comments:

lynaleng said...

adakah i ditag oleh u??hehehhe mana sempat dh nak joint last date esok..nati kalo ada contest lain u tag i ye..

ima said...

betul lah uji! u look great in peach!

mOoN said...

penyertaan disahkan..^^

thanks join...good luck yaa...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!