Thursday, February 24, 2011

Satu Ketika Dulu

Hihi.. excitednya aku mengupdate dari pc sendiri di ofis. Macam tidak percaya.. tapi inilah realitinya. Oleh sebab dah lamaaaaaaaa sangat tak update blog dari pc ni dan banyak gambar2 zaman tok kaduk yang ada dalam pc ni tak dishare di blog, marilah aku kongsikan bersama korang. Sila jangan muntah ye :P

Gambar yang ingin dikongsi tak lain tak bukan, of courselah gambar abg Izz masa kecil2 dulu. Gambar eksklusif khas untuk tontonan anda. Tidak pernah dimuat naik di mana2 laman sesawang ^_^



Behave je duduk dalam benda alah ni (time ngantok je behave)



Sangat happy bila dapat naik walker. Vroom.. vroom..



Jalan2 dengan mak dan abah adalah terbaekkk!!! (walaupun hanya baring dalam stroller)



Lentok sket Izz..



Nak bawak kereta! Nak bawak kereta!


Handsome tak saya?



Ok dahla tu. Letak banyak2 nanti Hasanah jealous pulak. Lain sungguh wajah Izz masa baby & sekarang. Cepat betul dia membesar. Hem.. tak lama lagi dah 2 tahun. Dah besar anak mak! Moga Izz jadi abang yang baik tau!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!