Monday, February 28, 2011

Kursus @ PUSMA, Shah Alam

::gambar adalah tidak mengikut kronologi::

Photogroup dengan para peserta dari pelbagai latarbelakang (keusahawanan).


Penyampaian sijil (muka poyo sebab tak bersedia). Ada ke adik photographer amik gambar tak bagitau tuan empunya diri dulu? Rugi.. Rugi.. (rugi sebab gambar orang lain semua sopan, aku je poyo)


Menyanyi.. (lagu2 pencetus motivasi). Salah satu agenda kursus. Tambah motivasi, tingkatkan prestasi.


Bila masa budak ni memanjat amik gambar pun aku tak perasan. Khusyuk menyanyi!


Lagi peserta kursus a.k.a usahawan (baru) beserta produk masing2. Dahsyat!


Fokus! Fokus! Bila anda fokus, semua impian boleh jadi kenyataan! *Abaikan bundut plastik


Aktiviti berkumpulan untuk membuktikan daya fokus berjaya mengubah mimpi jadi realiti. Mentol dijatuhkan dari aras dada terus ke bawah (dalam kotak ada tile). Percaya atau tidak, mentol tidak pecah!


Geng kumpulan. Berdiri dari kiri ikut arah jam: Kak Yati, aku, Kak Zie & Kak Tina. Adik Safuan takde sebab dia yang amik gambar ni :) Terima kasih dik!


Maklumat dan intipati kursus aku ceritakan kemudian ye!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!