Sunday, February 6, 2011

Cukup 8 Bulan & 1thn 11 Bulan

Hari ni Hasanah genap usia 8 bulan. Diam tak diam, tak sangka dah besar anak mak. Kebolehan Hasanah pada usia sekarang:

- Dah boleh sebut ma.. bah.. (tersenyum bangga kami berdua)
- Dah pandai merangkak road tour 1 rumah
- Pantang jumpa benda, pasti disumbat ke dalam mulut, hisap2 macamle benda tu sedap sangat
- Suka memanjat2 badan kita
- Cuba memaut pada sesuatu yang tinggi dan belajar berdiri. Pernah kantoi sekali dengan aku dia lepaskan tangan dan berdiri beberapa saat sebelum tumbang. Nasib baik aku sempat sambut, haish! Bahaya2..
- Membebel dan menyanyi (dalam bahasa dia) sebelum tidur
- Suka kacau abg Izz especially time abg Izz tidur (cara kacau: panjat badan abg Izz dan cungkil2 mata)
- Bergaduh dengan abg Izz berebut siapa dapat baring di seat belakang dalam kereta. Loh... sabor jelah. Car seat kat depan dua2 buat xtau! (cara bergaduh: menjerit antara 1 sama lain. Sape ajar nih?)
- Pandai ketawa bila kita menari2 dan buat muka lawak depan dia
- Masih suka berinteraksi dengan washing machine (esp. bila mesin sedang spin)
- Suka makan (makan apa saja! Pantang diberi)
- Akhir2 ni nak tidur dalam buai waktu malam. Hem..
- Pandai tonggengkan botol susu (cara terbalik) dan buang susu tu (tiru abg Izz kut sebab abg Izz suka buat macam ni. Huhu..)
- Melonjak2 kesukaan bila dipasangkan DVD Lagu Kanak2
- Masih tak suka dipakaikan pampers (kaki menendang2) dan tidak suka dipakaikan baju selepas mandi (confirm menangis kuat2) Aduhai..
- Rambut semakin panjang dan lebat
- Kulit sedikit cerah berbanding dulu
- Masih penggeli (ketawa berdekah2 bila digeletek bahagian bawah leher)


Semakin seronok rasanya melihat Hasanah membesar. Baby girl ni manja sikit banding baby boy (based on my experience la). Aku suka gomol2, cium & gigit pipi tembam budak ni. Hasanah pun suka aje diperlakukan macam tu. Cuba kalo Izz dulu2. Mahu dia menjerit2 mintak dilepaskan. Hehe.. macam2.


Petang tadi bawak budak2 ke Mines Shopping Centre. Bawak Izz tengok tasik, bising mulut dia "Mak.. air, air." Iye.. air. Masuk dari 1 kedai ke 1 kedai mencuci2 mata tengok selendang2 terkini di pasaran (ewah ewah macam le aku ni trendy nau), tengok baju budak2 kalau ada sale. Ada la jugak sale kat 1 kedai ni, teringin nak belikan Hasanah gown. Malangnya takde saiz untuk baby, saiz yang ada pun 2 tahun ke atas. Frust2! Harga selendang pun sedikit mahal berbanding di Jalan TAR, maka haruslah tidak membeli apa2. Sudahnya abah je yang beli sandal dekat BATA. Takpelah, mak Izz lain kali jelah shopping :)


Hah kalau Hasanah dah cukup 8 bulan, Izz pulak genap 1thn 11bln hari ni. Budak ni memang dah makin ringan mulut. Terkejut jugak bila dengar dia bercakap (walaupun ayat tak penuh lagi). Antaranya:

"Mak wa.. wa.." - sambil bagi seluar jeans kat aku.

"Mak tik.. tik.." - sambil pakai bedak kat muka.

"Anah ngis" - bagitau yang Hasanah tengah menangis.

"Akut.. akut.." - bila tengok cerita hantu.

"Mak kut.. kut.." bila tengok kami bersiap2 untuk keluar

"Oyi oyi oyi" - bila nampak lori

"Bash" - sebut bas


Dan ada lagi beberapa perkataan lain yang aku pun tak sangka dia dah boleh sebut (walaupun pelat). Percakapan Izz kat atas tu korang translate la sendiri ye sampai faham, hehe.. Baru2 ni kami makan malam bersama, bila aku duduk je Izz cepat2 tadah tangan. Aku pun baca la Bismillah. Belum sempat aku abis baca doa makan, cepat je dia sebut "Amin.." Hihi.. rasa lucu, terkejut pun ada sebab "Dah besar anak bujang mak ni" Hehehe...


Semoga Izz dan Hasanah jadi anak yang baik. Jangan nakal2 dan selalu dengar cakap mak dan abah tau. Sayang korang sangat2!

*Kalau korang nakal mak nyanyi lagu "Batu Belah... Batu Bertangkup..." :)

2 comments:

Nur Irfan Juezrie said...

wah..bestnya.. heheh. smg izz n hasanah jadi anak yg soleh & solehah ye..

ryhan ann said...

hahahaha...ye la tu, mak nyanyi lagu batu belah batu bertangkup makan canah makan izz ek? hehehe...jgn mare...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!