Friday, January 29, 2010

Update Majlis Rangkaian Kasih

Yiihaa.. i'm back! Dengan update terkini tentang Majlis Rangkaian Kasih :) Aku baru je bergegas tinggalkan dewan dan balik segera ke ofis selepas menang cabutan bertuah (ye, nak bagitahu yang aku menang cabutan bertuah. Pertama kali dalam sejarah menang cabutan bertuah ni, wow!!!). Majlis tak selesai lagi tapi aku kena angkat kaki lebih awal sebab nak settle kerja sebelum pulang (pekerja berhemah).

Majlis tadi berlangsung dengan begitu meriah bertemakan ala padang pasir. Ya Habibi Ya Maulana! Sila sambung ayat.. Cabut Gigi Pakai Spanar :P Ada 4 acara menarik sepanjang program tadi, 1) Pertandingan karaoke (peserta hanya 3 orang sahaja - confirm menang tempat pertama, kedua dan ketiga). 2) Majlis bertukar2 hadiah (siapa bawak hadiah confirm dapat hadiah dari orang lain). 3) Pertandingan peragaan fesyen (oleh ummi-ummi Jabatan Penerangan yang dipaksa masuk bertanding, nama dipilih menggunakan kuasa veto, ahaks!) dan 4) Acara Cabutan Bertuah (terdapat lebih dari 30 hadiah disediakan) Hohoho... best tau!!!

Update selanjutnya (termasuk gambar2 sepanjang program) akan diupdate dalam entry berikutnya insyaAllah. Ana mahu pulang dulu ye... ma'as salamah!

Salam Pagi Jumaat

Alhamdulillah.. pagi ni aku masih sempat mencoret sesuatu di dalam blog ni. Entry secara ringkas sahaja, nak bagitahu yang pagi ni ada Mesyuarat Agong PUSPANITA di jabatan aku nih. Aku dah pun mendaftar pukul 8.45 pagi tadi. Dapat doorgift berisi banana cake, majalah Mami & Baby, sekeping cd lagu2 1Malaysia & penggantung 1Malaysia untuk hiasan kereta. Sangat patriotik kan? Nama lagi keje gomen. Apa2 pun 1Malaysia :)

Setiausaha PUSPANITA dah pun buat announcement sebentar tadi minta semua ahli mesyuarat turun secepat mungkin. Hehe.. aku tahu, orang perempuan ni paling cepat pun nak ketwok dari pejabat ke dewan, zup zap zup zap, flus flas flus flas, dah makan masa 20 minit. Hehe..

Ok nanti aku update lagi dari semasa ke semasa. Untuk pengetahuan semua, tentatif program bermula jam 9.00 pagi untuk Mesyuarat Agong. 11.30 nanti selesai mesyuarat & makan tengahari (acara wajib). Then break seperti biasa, pukul 2.00 petang baru mula program yang ditunggu2 iaitu Majlis Rangkaian Kasih (ada bermacam2 program terisi dalam majlis nih). Pukul 5 petang bersurai. Ar.. dalam tempoh 3 jam tu, apa la agaknya acara yang ada ek? Menarik ke tak? Nanti aku cerita ceriti lagi ye.

Tunggu!!!..........

Thursday, January 28, 2010

Setelah Sekian Lama...

Fuhyo.... (bukan magic). Setelah sekian lama tak update blog, kini saya muncul kembali :) Ketidakcukupan masa betul2 mengekang aku dari menulis blog. Nama aje ada blog tapi tak berupdate. Sangat tak best! Rasa macam punya rumah tapi tak berpenghuni. Rasa macam punya duit tapi tak dikongsi (ada siapa2 nak kongsi duit dengan aku?)

Apepun thanks seribu kali kepada saudara Zaidi yang telah menjawab tanda tanya saya tentang al-kisah renjatan elektrik seperti yang saya ceritakan dalam post sebelum ni. Oleh sebab kelajuan internet di KOMPUTER PUTIH BURUK BESAR GEDABAK ofis saya ni super lembap, jadi saya tak dapat buka blog saudara untuk baca punca MENGAPA dan KENAPA renjatan elektrik itu berlaku. Tunggulah sehingga saya mempunyai masa untuk menggodek/menceroboh komputer kawan2 saya yang kelajuannya internetnya sedikit laju daripada KOMPUTER PUTIH BURUK BESAR GEDABAK saya nih.

Mesti korang terpikir kan, tah apa benda la yang aku sibuk sangat sampai tak boleh menulis blog walaupun sekadar 2-3 ayat. Haha.. 2-3 ayat? Sori itu bukan blog saya. Blog saya paling kurang mesti 2-3 perenggan. Barulah Mak Izz Menulis. Takat 2-3 ayat, Mak Izz Bisu kut. Hahak! (kelakar ke? Kalau tak kelakar, buat tak tahu saje) Oklah, ni nak bagitahu. Terutama kepada mereka yang teringin nak baca entry terbaru aku kat blog hari2 (tapi nan ado). Memang akhir2 ni.. lebih2 lagi awal tahun macam sekarang ni, makcik tersangatlah busy. Selain daripada busy jadi pembantu bos, makcik busy gak jadi pembantu timbalan2 bos. Oh ye terlupa nak beritahu. Sahabat saya si Lin, satu2nya PT (P/O) kat ofis ni dah pun dapat bertukar ke Shah Alam. Owh.. sedihnye. Sedih sebab kehilangan Lin dan sedih sebab kehilangan seorang PT (P/O) yang berbakat. Dan seperti biasa, sedikit kerja2 Lin makcik juga yang kena tolong2kan. What to do... Saya yang menurut perintah kan, bukan mudah nak tolak kerja. Lagipun selagi kudrat terlarat, selagi nyawa bersatu dengan badan (ayat power) aku cubalah tolong sedaya upaya walaupun tak dapat update blog dan tak dapat baca blog orang lain dan tak dapat check email walaupun email pejabat dan.... ok fullstop! (untuk tidak lebih menjerihkan keadaan)

Jom cerita pasal pertukaran Lin nak? Actually, aku mintak tukar lebih dahulu daripada Lin. Aku mintak tukar???? Jeng jeng jeng.. Makcik (nama lagi makcik kan) dah tak larat nak berulang jauh dari Jalan Kebun ke KL setiap hari. Itu faktor pertama. Faktor kedua, aku kan sedang berbadan dua, tak lama lagi adik Izz Haris bakal lahir ke dunia. Sedangkan sorang pun aku dah tersemput2, ni kan pulak esok dah 2 orang. Sekarang pun aku keluar rumah pukul 6.20 pagi (kalau cepat), nanti esok dah 2 orang ntah pukul berapa nak hantar anak2 ke rumah pengasuh. Sekarang Acik ada, takpelah. Pagi2 sebelum pergi kerja boleh tinggalkan Izz macam tu je atas toto. Pampers takyah tukar, Acik boleh tukarkan. Susu tak payah bancuh siap2, Acik boleh bancuhkan. Esok lusa Acik dah takde... arghhhhhh! Dan ternyata rezeki Lin datang dulu, takpelah. Aku redha je. Mungkin tak lama lagi aku dapat tukar tempat lagi best ke, siapa tahu? (Tu ayat penyedap hati je, tak kisah pun dapat tukar tempat macam mana, asalkan dapat tukar dekat sikit berhampiran dengan suami dan anak2.. cukuplah) -> Tiba2 rasa sangat keibuan :)

Eh korang, dah alang2 update ni kan. Mehla nak share 1 blog ni. Blog ni dibina oleh orang paling rapat dengan aku. Bukan Izz Harislah tapi abah Izz Haris. Tak tau apa mimpinya menggatal create blog ni. Hehe.. abah Izz menggatal ek, Mak Izz tak menggatal ke create blog? Wakakak! Walaupun aku ni isteri tuan punya blog, tapi bukan dapat baca hari2 pun. Kadang2 otw balik kerja tu dalam kereta, tuan punya blog tanya "Baca blog abang tak hari ni?" Oh.. sedihnya bila terpaksa bagitahu yang "Tak sempat check pun, bukan blog abang je, blog Uji & semua blog orang lain pun tak sempat buka" Korang sedih tak baca kenyataan aku tadi? Tolonglah sedih bagi pihak aku ye. Sob..sob.. Korang tertanya2 tak macam mana hari ni aku boleh ada masa untuk mengupdate blog? Jawapannya: 1) Bos takde gi program kat KLCC untuk 1 hari 2) Timbalan bos takde gi hospital (half day) 3) Semalam aku dah bertungkus lumus buat fail meja bos, maka hari ni aku nak reward diri sendiri dengan mengupdate blog, yayyyy!!!!

Erm apa lagi cite terpendam ye? Nanti2lah aku update. Aku berdoa agar aku akan punya masa & punya kekuatan untuk menulis blog walaupun sentiasa berada dalam keadaan yang sibuk dan kekangan waktu yang tidak pernah usai.

Oklah sampai di sini dulu. Ada masa menulis lagi. Tata..

Tuesday, January 19, 2010

Renjatan Elektrik

Kenapa sejak aku mengandung ni kan, aku sering terkena renjatan/kejutan elektrik kecil di hujung jari jemari aku? Terutamanya bila suhu sekeliling berada pada paras sangat sejuk (sejuk penghawa dingin di pejabat misalnya). Setiap kali jari jemari memulas tombol pintu dan tiap kali jari jemari membuka laci kabinet fail, automatik renjatan2 kecil berlaku. Bukan itu saja, malah tiap kali bahu terlanggar kekisi pintu (sudah semestinya diperbuat daripada besi) pasti terenjat juga walaupun berlapik dengan baju dan tudung. Sampaikan aku fobia nak memegang sebarang peralatan2 besi di pejabat ni.

Erm.. masa mengandung anak pertama dulu tak pulak macam ni. Ada sesiapa yang senasib dengan aku? Apa puncanya ye?

Sekarang ni kalau nak pulas tombol pintu atau nak buka laci kabinet mesti aku spare towel kat tangan. Aku dah try lapik dengan hujung lengan baju je, tak berjaya. Kena guna kain yang tebal baru renjatan tak berlaku. Jari aku berpeluh ke? Mustahil berpeluh dalam cuaca sejuk begini. Lagipun jari jemari aku memang sentiasa kering.

Paling aku mengelak, berlaga bahu dan lengan dengan kekisi pintu. Fuh.. bila terkejut boleh bikin sakit jantung tau!

Ada sesiapa boleh bantu aku selesaikan masalah ni?

Tuesday, January 5, 2010

Welcome Year 2010

Selamat datang tahun 2010. Hari ni dah pun 5 Januari, ketinggalan zaman sungguh baru nak update entry tahun baru. Hehe.. biasalah. Di pejabat baru boleh update blog. Kalau dah asik bercutiiiii je, bila masanya aku nak menulis entry? Okeh lupakan hal tu.

Tahun ni dah pun masuk tahun 2010. Umur aku pun semakin meningkat. Macam tak best je bila umur bakal menjangkau ke angka 28. Kalau angka 27 tu bunyi macam muda lagi tapi.. angka 28 tu.. erm terasa benor tuanya. Ok memang aku dah tua pun. Tidak dapat dinafikan lagi :)

Tahun 2010 ni bakal menjanjikan perkara2 baru yang akan berlaku dalam hidup kami sekeluarga. Antaranya mukadimah awal tahun, insyaAllah rumah kami akan berwajah baru. Hahak, idokler 1 rumah. Just tambah dapur je sikit. Maklumlah, kediaman kami sekarang kecik cinonet (abah, jangan marah ye. Ini bukan nak jejaskan reputasi abah, tapi mak hanya bersikap jujur), Izz Haris tu sekejap2 masuk dapur. Sekejap2 terjah bilik air. Ruang tamu dan dapur takde dinding pemisah. Maka sebagai alternatif, kami besarkan ruang dapur dan bina dinding pemisah. Lepas ni, sori naik lori la ye Izz Haris. No more aktiviti ronda dan terjah. Hihi huhu haha.. (gelakkan budak kecik ni)

Selain tu, kami juga bakal menerima orang baru dalam keluarga kami. Wah.. pengakuan berani mati ni. Hehe.. oklah dah penat aku berahsia. Actually bukan nak berahsia pun. Cuma menanti masa yang sesuai untuk warwar berita gembira ni pada public (wah.. poyonye. Macamlah artis or kerabat diraja nak simpan cerita) . Yelah, benda masih baru.. kita pun tak tahu benda ni jadi ke tak, selamat ke tak. Tapi apapun, sekarang ni aku dah ready. Fuh~ Tarik napassss... Hembusss... Aku nak buat pengumuman di sini yang tak lama lagi Izz Haris bakal menerima adik :) Yahooo... (yahoo untuk aku, abah & Izz). Alhamdulillah.. usia kandungan dah pun 4 bulan, insyaAllah 21 Jun nanti lahirlah zuriat kedua kami. Mungkin lahir lebih awal daripada tu kut (jikalau mengikut history kelahiran Izz). Apepun aku harap korang doakan yang terbaik untuk keluarga kami ye :)

Ar.. pasni abislah korang. Entry aku seterusnya pasti akan menyentuh sedikit bab2 ibu mengandung nih. Hahak, sekarang aku geng dengan mamaelly & deqna. Tak sangka pulak tarikh kami due lebih kurang aje. Tu namanya rezeki. Moga dunia blog semakin meriah dengan golongan ibu2. Yang belum menjadi ibu, aku doakan korang juga cepat2 bergelar ibu. Sabar ye, rezeki dari Allah pasti ada. Cuma perlu banyak bersabar dan terus berdoa. InsyaAllah...

Ok jumpa lagi nanti dengan cerita2 yang lebih mengesankan (hahak poyo again). Semoga tahun 2010 membawa seribu sinar kebahagiaan untuk kita semua. Tata...

Monday, January 4, 2010

Suka Duka Tahun 2009

Suka: Aku dah start pandai blogging guna blogspot.
Duka: Jarang blogging sebab pc slow & selalu hang.

Suka: Dapat menjejak semula rakan2 lama melalui laman sosial Facebook.
Duka: Sering ketinggalan berita kawan2 sebab Facebook lambat giler loading kat pc aku.

I HATE U PC!

Suka: Selamat menjadi seorang ibu kepada permata sulung kami, Muhammad Izz Haris.
Duka: Kasih sayang aku pada orang tersayang sudah terbahagi dua (hehe).

Suka: Aku sekeluarga sudah tinggal di rumah sendiri di Jalan Kebun dan tidak perlu lagi membayar sewa.
Duka: Letih yang amat Cik Bedah oi! Nak berulang dari Klang ke KL setiap hari. Fuh~

Suka: Dah tak potong KWSP lagi :)
Duka: Masih berhutang dengan PTPTN :(

Suka: Dapat duit KWSP dekat 15k, yahooo... makcik kayo!
Duka: Tak dapat enjoy pun sebab guna untuk renovate rumah. Huhuk.. makcik kayap!

Suka: Gred jawatan aku naik dari N17 ke N27.
Duka: Kelayakan dan kemudahan masih di takuk lama. Hoho.. sedih dalam gembira.

Apapun aku bersyukur. Sesungguhnya yang suka.. yang duka.. semuanya rezeki dari Allah yang mempunyai hikmah di mana2. Moga tahun 2010 menjanjikan seribu kebahagiaan dan kejayaan, insyaAllah! AMIN...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!