Friday, September 24, 2010

Berdebar

Salam,

Tiada mood untuk bercerita tentang hari raya. Kesihatan mak yang paling utama. Rabu mak warded di IJN, petang tu jugak doktor decide supaya mak jalani endogram untuk kenal pasti apa masalah jantung mak sebenarnya.

Ayah bagitahu endogram akan dibuat jam 10 pagi hari Khamis. Malam tu aku pulang dahulu di Jalan Kebun untuk mengambil kain baju dan barang2 yang perlu dibawa ke rumah mak. Hati risau tak usah cakaplah. Siapa yang tak risau kalau penyakit tu berkaitan dengan jantung? Nadi nyawa kita?

Tengah malam Along sms bagitahu prosedur endogram tu macam mana. Doktor pesan, bersiap sedialah dengan segala kemungkinan kerana 'kematian' boleh berlaku semasa endogram dilakukan. Ya Rabbi... Tak terkeluar sepatah perkataan lain dah time ni. Serta-merta seluruh anggota badan jadi lemah longlai. Terus patah selera nak buat apa2. Aku termenung seketika. Even masa tu Izz tengah meragam teruk pun aku buat tak peduli. Hasanah merengek nak susu pun aku seakan dengar tak dengar. Entahlah.. Kacau-bilau fikiran aku, terkenangkan nasib mak, kesakitan mak, hanya Allah sahaja yang tahu!

Jiwa semakin tenang bila selesai solat hajat dan baca surah Yasin. Mudah2an mak selamat dan dapat menahan segala kesakitan semasa menjalani endogram.

Khamis, 7 pagi

Pagi2 lagi dah bergerak ke BTR untuk ambil Yang dan Along dan terus ke IJN untuk berjumpa dengan mak sebelum dihantar untuk endogram. Otw ke sana, ayah call bagitahu yang mak dah disorong masuk dari jam 6.30 pagi lagi. Isk! Macam mana ni? Asalnya bagitahu jam 10 pagi baru nak buat. Mungkin malam tadi doktor decide nak awalkan pulak. Izz dan Hasanah ikut sekali ke IJN, dengan siapa aku nak tinggalkan budak2 tu? Nasib baik Hasanah baik tak meragam. Suasana lobi IJN yang sangat comfy sangat membantu aku menguruskan budak2. Izz tak usah cakapla. Abis ditawaf sana sini lobi IJN tu. Nasib baik ada atuk dan pakcik2 dia yang ramai tu rajin melayan. Aku lepak saja di sebelah Hasanah sambil membaca surah Yasin doakan keselamatan mak.

Jam 9.30 pagi, ayah dan Yang naik ke wad. Alhamdulillah, mak selesai jalani endogram dan keadaan mak memuaskan. Mak nampak sihat dan boleh berbual2 seperti biasa. Waktu bersalam dan mencium pipi mak, aku nampak takungan jernih airmata mak di tepi mata. Huh, simpatinya aku terhadap mak. Tak terungkap dengan kata2. Apapun alhamdulillah mak jalani endogram tanpa rasa sakit yang melampau. Katanya seperti digigit semut je.

Bagaimana pun, kita hanya merancang dan berdoa, Allah yang tentukan. Keputusan penuh masalah jantung mak dari doktor belum lagi diketahui. Tapi dengar2 dari nurse, mak kena juga jalani pembedahan jantung bypass lepas ni sebab katanya dua salur darah utama ke jantung mak dah tersumbat. Ya Allah.. bagaimana hendak aku hadapi berita ini jika benar? Dan Ya Allah.. bagaimana mak menerima berita itu untuk menghadapinya?

Mudah2an mak sentiasa kuat dan tabah untuk menghadapi segala2nya. Lebih2 lagi kami. Agar dapat menghadapinya bersama2 dengan mak dengan memberi sokongan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Doktor beritahu akan bincang rawatan selanjutnya dalam masa beberapa hari lagi. Kami sekeluarga sabar menanti dan mengharapkan yang terbaik untuk mak untuk lihat mak kembali sihat seperti dulu2.

Sayang mak!

*Kalian, pohon doakan kesihatan mak aku ye. Terima kasih.

Tuesday, September 21, 2010

Warded Again

Aku memang tak pernah bercerita dalam blog tentang kesihatan mak akhir-akhir ni. Bukan apa, biasalah orang tua. Kadang2 sakit dada, lenguh sendi, sakit lutut dan sebagainya. Lebih2 lagi mak memang pengidap diabetes sejak 20 tahun dulu. Lemah-lemah badan selepas bekerja lebih sikit memang perkara biasa. Maklumlah musim hari raya. Saudara mara dan jiran tetangga berkunjung ke rumah bukannye sedikit. Walaupun ada ayah dan anak2 boleh membantu, tetapi tugas2 utama tetap mak yang buat.

Akhir2 ni mak memang kerap sakit dada. Setiap kali ke klinik, doktor akan periksa dan cakap mak kena gastrik. Doktor pun bagila ubat gastrik berkoyan2. Makan ubat ikut waktu tapi sakit dada tetap tidak berkurang. Kami syak mungkin mak kena gastrik sebab makan tak ikut waktu. Maklumlah, selera orang tua. Makan sesuap dua dah tak lalu. Kasihan juga tapi apa boleh buat. Pujuk pun tak makan dah, katanya kalau paksa juga telan nanti muntah. Aduhai..

Malam Sabtu lepas mak mengadu sakit dada yang tak tertahan2 lagi. Kerap betul menyerang. Kalau dulu satu hari dalam 1-2 kali tapi malam Sabtu lepas tak berhenti2 sakit dadanya. Aku sekeluarga di Jalan Kebun. Dapat tahu pun jam 1.30 pagi, tergerak hati nak check hp dalam handbag. Padahal abang aku, Yang sms aku sejak 11.30 malam. Huh! Punyala risau. Terus call tanya dorang mak macam mana. Katanya mak ok & doktor masukkan air dalam badan sebab dorang suspek mak gastrik (again). Adik perempuan aku, Ipai tak puas hati dengan anggapan doktor, takkanlah gastrik sampai berulang2 kali. Kadang2 ok pulak. Isk! Ipai paksa doktor buat ECG kat mak sebab kami rasa mak ada masalah dengan jantung. Jam 3 pagi adik perempuan sms bagitau yang mak kena warded & memang doktor kata ada something wrong dengan jantung mak. Iey... sabor jelah. Apapun, alhamdulillah setelah menunggu lama jam 5 pagi mak dapat masuk ke wad.

Semalam dan hari ni aku EL. Siapa pulak nak menjaga anak2 aku dan anak2 mengasuh yang emak jaga? Esok mungkin aku akan EL sehari lagi. Khamis dan Jumaat aku tak pasti lagi bagaimana. Semalam Yang melawat mak di hospital katanya mak akan warded beberapa hari lagi di HKL dan kemudian hospital akan transfer kes mak ke IJN. Ya Allah Ya Tuhanku, mudah2an kesihatan mak stabil dan segera dapat rawatan sebaik-baiknya di IJN nanti. Dan mudah2an penyakit mak belum lagi sampai ke tahap kronik. Amin..

Doakan kesihatan mak aku ye!

Friday, September 17, 2010

Catatan Raya 2010 - Mukadimah

Salam aidilfitri kepada semua,

Alhamdulillah, masih panjang umur lagi kita dapat berjumpa semula selepas bercuti lama. Macam mana sambutan raya korang? Harap2 seronok dan gembira la hendaknya. Sambutan raya aku tahun ni ok. Macam tahun2 lepas jugak. Ar nanti2lah aku cerita pasal sambutan raya. Tajuk pun mukadimah. Maka, mukadimah sajalah yek :)

Semalam ada jemputan rumah terbuka tunang Along di Pandamaran, Klang. Of coursela teringin nak jalan beraya kan. Apatah lagi ni kali pertama nak beraya di sini selepas pulang dari kampung. Mak ayah pun nak pergi juga jadi aku tunggu mereka sampai dulu di rumah Jalan Kebun. Kemudian kami gerak sama2 ke Pandamaran.

Episod cerita kini bermula.

Sebaik sahaja ayah sampai di rumah aku. Aku nampak ayah terus keluar dari kereta meluru ke kereta aku. Dalam hati aku dok tertanya2 "Nape ayah terburu2 sangat ni?"

Sampai je di pintu kereta, ayah terus terkam Izz Haris. Oh, rindu cucu rupanya. Lepas gomol2 Izz, gomol2 Hasanah pulak. Hehe.. nasib baik tak gomol menantu dia :P Sambil gomol budak2 tu aku perasan ayah selit sampul duit raya kat dorang. La.. apa la atuk ni. Kut ye pun nak bagi duit raya, tunggula masuk dalam rumah dulu ke. Ni baru sampai, tak sempat masuk dalam rumah lagi dah menghulur. Apa2 pun, terima kasihla atuk ye. Izz dengan Hasanah akan simpan duit tu dalam Tabung Haji. Don't worry.

Kemuncak cerita:

Bila ayah dah kembali ke kereta dia, aku pun masuk dalam perut kereta. Tengah Farizal driving, aku pun teringinla nak tengok berapa la RM yang atuk budak2 ni kasi. Ish... manade mata duitan lah! Saja nak tengok. Manalah tahu kalo2 banyak ke (hehe). Baru je pegang sampul tu dan belum sempat nak buka aku tengok ada tulisan kat sampul. Oh, rupa2nya ayah tulis nama cucu2 dia kat sampul. Alah.. macamla ramai sangat cucu dia. Tapi mungkin ayah standby untuk anak2 buah sekali kut. Yelah, lain peringkat umur lain nilainya. Aku pun buat macam tu :P

Masa baca nama Izz, aku ketawa terbahak2. Nak tahu kenapa? Ayah eja nama Izz jadi ESS. Wow, glamernya nama anak mak. Masa ni memang dah tak sabar nak tengok sampul Hasanah. Ntah apa pulak atuk eja. Sekali lagi aku ketawa terbahak2. Cuba korang teka apa ayah aku eja nama Hasanah. Hehe.. ayah eja SHANAHH. Wow, sekali lagi aku terkesima. Ess dan Shanahh. Very glamour gitu!

Ayah sekolah sampai darjah 5 je. Tak masuk sekolah menengah pun. Tapi dengan rezeki yang Allah kurniakan kepada kami, ayah dapat bawa kami semua merasa tinggal di negara orang selama 2 tahun setengah. Dan dengan jasa ayah juga, kami semua 7 beradik dapat pelajaran yang secukupnya. Mana yang tak berapa menjadi tu bukan salah ayah tapi salah diri sendiri. Alhamdulillah syukur..

"Atuk, terima kasih ye bagi duit raya pada Ess dan Shannah. Kitorang doakan atuk dan opah panjang umur, sihat tubuh badan dapat buat ibadat banyak2 dan dapat lihat kami membesar dengan baik supaya dapat balas jasa atuk dan opah, insyaAllah. Sayang atuk selalu!"

Tuesday, September 7, 2010

Tag Soalan Puasa & Raya

Sekian lama tidak menjawab tag, maka terimalah!

Sejak bila anda berpuasa penuh?
Darjah 4 confirm!

Pernahkah anda ponteng puasa dan apakah alasannya..
Pernah sebab tak tahan tengok biskut tu sedap sangat. Pastu sambil bakar biskut raya, sambil2 isi dalam balang, sambil2 rasa. Masa tu tak tahu salah & dosa. Fikir sedap je. Hehe.. *Masa ni before darjah 4 tau, means kecik lagi.

Adakah anda pernah bermain bunga api & mercun?
Of course la pernah. Bunga api yang 10sen satu tu, kaler merah. Batang dia belang2 putih merah. Ada 1 lagi, bunga api gambar kucing kat luar pek dia. Yang ni batang besi pastu bunga api dia cantik sket banding yang kaler merah tadi. 2 jenis bunga api ni je yang aku pernah main. Bab mercun pulak, mercun pop aje aku berani main. Baling2 kat lantai rumah pastu mak marah sebab bertaburan belerang dalam tu. Kadang2 jahat baling kat adik2. Haha.. mercun padi paling aku benci dan takut sebab dah la kecik kementot, sumbu pendek, pastu bila meletup, mak aiii.. boleh gugur jantung. Kuat nak mamps! Aku tak main mercun ni, tengok orang main je tapi tetap benci.

Juadah apakah menjadi kegemaran anda sewaktu berbuka?
Murtabak, murtabak dan murtabak.

Lagu raya manakah yg anda suka?
Cahaya di Aidilfitri dendangan Black Dog Bone (tulang anjing hitam)

Tahun ini anda beraya di mana?
Rumah ibu dan abah mertuaku, Felda Kota Gelanggi (jauh di mata dekat di hati Farizal)

Pernahkah anda bertugas di hari raya?
Tidak pernah. Bertugas di dapur aje kut :)

Apakah kenangan paling manis di hari raya?
Dapat duit raya! Mata $$$$$$ sungguh :)

Sapa yang kena buat tag ini?
Sape yang suka nak jawab, sudi2kanlah.

Ju, terima kasih tag akak. Tag sebelum2 ni nanti akak curi masa jawab eyh. Semoga terhibur!

Monday, September 6, 2010

Perkembangan Terbaru

Salam Ramadhan al-Mubarak semua,

Ramadhan tinggal beberapa hari je lagi baru aku nak terhegeh2 nak update blog. Busy la tu kunun2. Maklumlah, sejak dapat boss baru ni keje kenala tiptop. Mula2 je tiptop pastu toptip. Isk isk.. Lagipun sejak berkecimpung dalam 'dunia baru', hidupku semakin busy. Nanti2 jelah aku cerita pasal 'dunia baru' aku tu. Sekarang jom cerita pasal perkembangan terbaru aku sejak naik keje pas cuti bersalin aritu.

1) Dapat bos baru, kebetulan bos lama bertukar ke bahagian lain (tak jauh, ofis tingkat bawah je). Bos baru so far ok, keje dengan dia memang kena tiptop. Tu yang tak sempat update blog :P

2) Berat telah turun 5kg kerana berpuasa. *syoknyer* but still obese :(

2) Izz semakin noti. Kena jaga betul2! Walaupun Izz masih suka dengan aktiviti mengemas rumah dan menyapu sampah, Izz juga ada hobi baru sekarang. Menggigit orang! Antara mangsa2 gigitannya adalah Farizal, Hasanah dan Tini (budak mak mengasuh)

3) Oh lupa nak bagitau, sejak aku kembali bekerja, Izz dan Hasanah aku letakkan di bawah penjagaan emak. Maka sejak awal Ogos lepas, seawal 6 pagi kami keluar rumah bergerak dari Jalan Kebun ke Cheras. Then Farizal naik motor ke ofis, aku pulak naik tren ke ofis. Balik pun macam tu jugak, pas berbuka baru kami balik ke Jalan Kebun semula. Macam tu la rutin everyday. Penat!!! (tapi berbaloi..)

4) Gaji baru masih belum dapat lagi. Nak hangen ni! (motif tulis jugak?)

5) Nana, kawan di pejabat dah naik pangkat ke gred S32. Alhamdulillah. Tahniah Na! Nanti giliran aku pulak (terus amik buku Perintah Am dan baca) -> ok ni tipu.

6) Hasanah semakin comel dan mengujakan. Maksud comel di situ ialah Hasanah dah pandai senyum & ketawa bila aku mengagah & buat muka lawak kat dia. (Ke.. memang aku muka lawak?) Cis..

7) Susu badan semakin meningkat alhamdulillah. Mungkin berkat doa insan2 tersayang & usaha minum Cocoa Collagen sepeket setiap hari. (Apa itu Cocoa Collagen, berminat? Roger aku)

8) Baru beli karpet dekat Jakel semalam dengan harga paling istimewa. Sampai je rumah terus belai2 bulu karpet tu. Berbaloi.. memang berbaloi! Pergilah Jakel Shah Alam korang, karpet murah.. Tikar buluh pun murah. RM29 dh boleh dapat. Kualiti tiptop. (iklan ni sponsored by Jakel. Dapatla free beg plastik sekeping)

Tulah antara perkembangan terbaru aku. Tak tahu bila lagi dapat update blog. Jumaat dah nak raya. Apapun sementara masih ada kesempatan ni, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya la kat korang semua. Semoga berbahagia di samping keluarga tercinta tak kiralah raya di rumah sendiri atau rumah mertua. Maaf zahir dan batin!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!