Tuesday, September 7, 2010

Tag Soalan Puasa & Raya

Sekian lama tidak menjawab tag, maka terimalah!

Sejak bila anda berpuasa penuh?
Darjah 4 confirm!

Pernahkah anda ponteng puasa dan apakah alasannya..
Pernah sebab tak tahan tengok biskut tu sedap sangat. Pastu sambil bakar biskut raya, sambil2 isi dalam balang, sambil2 rasa. Masa tu tak tahu salah & dosa. Fikir sedap je. Hehe.. *Masa ni before darjah 4 tau, means kecik lagi.

Adakah anda pernah bermain bunga api & mercun?
Of course la pernah. Bunga api yang 10sen satu tu, kaler merah. Batang dia belang2 putih merah. Ada 1 lagi, bunga api gambar kucing kat luar pek dia. Yang ni batang besi pastu bunga api dia cantik sket banding yang kaler merah tadi. 2 jenis bunga api ni je yang aku pernah main. Bab mercun pulak, mercun pop aje aku berani main. Baling2 kat lantai rumah pastu mak marah sebab bertaburan belerang dalam tu. Kadang2 jahat baling kat adik2. Haha.. mercun padi paling aku benci dan takut sebab dah la kecik kementot, sumbu pendek, pastu bila meletup, mak aiii.. boleh gugur jantung. Kuat nak mamps! Aku tak main mercun ni, tengok orang main je tapi tetap benci.

Juadah apakah menjadi kegemaran anda sewaktu berbuka?
Murtabak, murtabak dan murtabak.

Lagu raya manakah yg anda suka?
Cahaya di Aidilfitri dendangan Black Dog Bone (tulang anjing hitam)

Tahun ini anda beraya di mana?
Rumah ibu dan abah mertuaku, Felda Kota Gelanggi (jauh di mata dekat di hati Farizal)

Pernahkah anda bertugas di hari raya?
Tidak pernah. Bertugas di dapur aje kut :)

Apakah kenangan paling manis di hari raya?
Dapat duit raya! Mata $$$$$$ sungguh :)

Sapa yang kena buat tag ini?
Sape yang suka nak jawab, sudi2kanlah.

Ju, terima kasih tag akak. Tag sebelum2 ni nanti akak curi masa jawab eyh. Semoga terhibur!

2 comments:

Nur Irfan Juezrie said...

tq.. no hal.. take ur time.. hehehe

ena said...

Uji uji slmt hari raya,aku pun jauh d rantauan ni,kt sandakkkan ba(k kena tekan sikit kt sini...)..aduhh penat nye kt sini,td beraya dah pakai lawa-lawa bling-bling, kena turun naik bukit plk,huhuhu... Tapi raya kt sini mmg happening!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!