Friday, September 24, 2010

Berdebar

Salam,

Tiada mood untuk bercerita tentang hari raya. Kesihatan mak yang paling utama. Rabu mak warded di IJN, petang tu jugak doktor decide supaya mak jalani endogram untuk kenal pasti apa masalah jantung mak sebenarnya.

Ayah bagitahu endogram akan dibuat jam 10 pagi hari Khamis. Malam tu aku pulang dahulu di Jalan Kebun untuk mengambil kain baju dan barang2 yang perlu dibawa ke rumah mak. Hati risau tak usah cakaplah. Siapa yang tak risau kalau penyakit tu berkaitan dengan jantung? Nadi nyawa kita?

Tengah malam Along sms bagitahu prosedur endogram tu macam mana. Doktor pesan, bersiap sedialah dengan segala kemungkinan kerana 'kematian' boleh berlaku semasa endogram dilakukan. Ya Rabbi... Tak terkeluar sepatah perkataan lain dah time ni. Serta-merta seluruh anggota badan jadi lemah longlai. Terus patah selera nak buat apa2. Aku termenung seketika. Even masa tu Izz tengah meragam teruk pun aku buat tak peduli. Hasanah merengek nak susu pun aku seakan dengar tak dengar. Entahlah.. Kacau-bilau fikiran aku, terkenangkan nasib mak, kesakitan mak, hanya Allah sahaja yang tahu!

Jiwa semakin tenang bila selesai solat hajat dan baca surah Yasin. Mudah2an mak selamat dan dapat menahan segala kesakitan semasa menjalani endogram.

Khamis, 7 pagi

Pagi2 lagi dah bergerak ke BTR untuk ambil Yang dan Along dan terus ke IJN untuk berjumpa dengan mak sebelum dihantar untuk endogram. Otw ke sana, ayah call bagitahu yang mak dah disorong masuk dari jam 6.30 pagi lagi. Isk! Macam mana ni? Asalnya bagitahu jam 10 pagi baru nak buat. Mungkin malam tadi doktor decide nak awalkan pulak. Izz dan Hasanah ikut sekali ke IJN, dengan siapa aku nak tinggalkan budak2 tu? Nasib baik Hasanah baik tak meragam. Suasana lobi IJN yang sangat comfy sangat membantu aku menguruskan budak2. Izz tak usah cakapla. Abis ditawaf sana sini lobi IJN tu. Nasib baik ada atuk dan pakcik2 dia yang ramai tu rajin melayan. Aku lepak saja di sebelah Hasanah sambil membaca surah Yasin doakan keselamatan mak.

Jam 9.30 pagi, ayah dan Yang naik ke wad. Alhamdulillah, mak selesai jalani endogram dan keadaan mak memuaskan. Mak nampak sihat dan boleh berbual2 seperti biasa. Waktu bersalam dan mencium pipi mak, aku nampak takungan jernih airmata mak di tepi mata. Huh, simpatinya aku terhadap mak. Tak terungkap dengan kata2. Apapun alhamdulillah mak jalani endogram tanpa rasa sakit yang melampau. Katanya seperti digigit semut je.

Bagaimana pun, kita hanya merancang dan berdoa, Allah yang tentukan. Keputusan penuh masalah jantung mak dari doktor belum lagi diketahui. Tapi dengar2 dari nurse, mak kena juga jalani pembedahan jantung bypass lepas ni sebab katanya dua salur darah utama ke jantung mak dah tersumbat. Ya Allah.. bagaimana hendak aku hadapi berita ini jika benar? Dan Ya Allah.. bagaimana mak menerima berita itu untuk menghadapinya?

Mudah2an mak sentiasa kuat dan tabah untuk menghadapi segala2nya. Lebih2 lagi kami. Agar dapat menghadapinya bersama2 dengan mak dengan memberi sokongan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Doktor beritahu akan bincang rawatan selanjutnya dalam masa beberapa hari lagi. Kami sekeluarga sabar menanti dan mengharapkan yang terbaik untuk mak untuk lihat mak kembali sihat seperti dulu2.

Sayang mak!

*Kalian, pohon doakan kesihatan mak aku ye. Terima kasih.

3 comments:

nixaeemran said...

Adha...bykkan bersabar ye...kiter yg membaca je dah bergenang air mate...apalagi klu kiter sendiri yg mengalaminyer...semoga semuanyer selamat...
FYI, Tun Mahathir merupakan org pertama selepas menjalani bypass yg hidup paling lama di dunia tau...

ena said...

uji, camane kesihatan mak ko sekarang? semoga cepat sembuh, biase la orang tua macam2 penyakit.

Mak Izz said...

k fid - terima kasih byk2 kerana empati dengan nasib kami. insyaAllah k fid, semoga mak sy sentiasa sihat sehingga di penghujung usia. AMIN..

ena - mak aku ok. dh 3 hari x kena sakit dada alhamdulillah. a'ah orang tua kan.. kita esok pun gitu jugak. mudah2an kita jadi orang tua yang sihat dan bebas penyakit. InsyaAllah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!