Thursday, December 29, 2011

Maika Etnik Collection: Siri 2

Ketemu lagi dong! Oleh kerna beg Maika didatangkan khas dari Indonesia, maka kali ini Mak Izz bisa ngomong Indo ya (walaupun salah kosa kata mahu pun grammar, gua pedulik haper) Ngehngeh :)

Rentetan dari entry ini, Maika Etnik Collection (ok malas lah nak cakap Indo, tak reti & buruk benor bunyinya) Mak Izz menambah lagi koleksi beg Maika Etnik yang ada dalam genggaman (tipu, bukan dalam genggaman tapi dalam  bilik dekat rumah) untuk dikongsikan keunikannya kepada anda. Bukan kongsi saja2, tapi kongsi untuk anda  turut sama memiliki barang yang berkualiti dan cantik di mata seronok di hati ^____^ (jangan benci ayat MLM ni, adatlah orang nak berniaga ekekekek)

Lapan (8) beg baru untuk anda, selamat mencuci mata (dan poket) ^___^

Amelta Red
Saiz: 17cm x 18cm
RM 40


Mozaik Etnik
Saiz:  30cm x 35cm
RM 76

Spiro Atom
Saiz:  30cm x 40cm
Retail: RM 69

Family
Saiz:  30cm x 40cm
RM 75 (SOLD)


Lilium
Saiz: 38cm x 50cm
RM 81
Hang Flower Purple
Saiz: 23cm x 29cm
RM 55

Hang Flower Pink
Saiz: 28cm x 23cm
RM 55 
Five Flowers
Saiz: 20cm x 26cm
*Tali panjang
RM 55

Walaupun harga kelihatan agak 'pricey' tapi itulah nilai yang harus dibayar untuk sebuah beg berkualiti. Kalau nak ikutkan, harga yang Mak Izz tawarkan ni sangat rendah berbanding nilai pasaran di Indonesia sebab 1 beg saja sudah mencecah ratus ribu rupiah :) *Larikkkkkkkkkkkkk..... (macamla larat nau nak lari hahaha)

Seperti biasa, kalau berminat roger di kotak komen ya. 1st come 1st serve, 1st bayor 1st barang tu ko punyer :p Happy shopping!

Baby GAP Pyjamas Murah - Stock Clearance 2011

Assalamualaikum wbt

Adeh... tertekan! Tertekan! Macam mana entry sebelum ni boleh hilang tanpa dikesan? Adakah aku tertekan button delete. Adehhhhhhhhhh... sabar2. Dugaan hari Rabu :(

Kepada kawan2 yang masih belum sempat melihat promosi Baby GAP Pyjamas semalam, Mak Izz berbesar hati bikin update kedua kali. Tapi.... straight to the point jelah. Tak larat nak pancing undi lagi :) Antara stok yang masih ada adalah seperti di bawah.


Big Wave Rider
4y, 6y

Daddy's Team
18-24m

Robot Dino
18-24m, 5y, 6y

Pink Clock
 4y, 5y

Pink Cat
3y, 4y

Harga promosi RM 23 sahaja valid until 31 Disember 2011. Cepat2 booking sebelum promosi tamat :)

Monday, December 26, 2011

Promosi Baju Kurung Kanak-Kanak

Biz Mak Izz dikembangkan lagi dengan menjual koleksi baju kurung kanak-kanak. Untuk pertama kali, Mak Izz intro dengan 4 pasang baju dulu. Baju adalah bersaiz 8 (sesuai untuk kanak-kanak berusia 6 - 9 tahun) *bergantung kepada saiz kanak-kanak juga samada kurkur @ bambam :p

Korang janganlah rasa pelik pulak. Raya lambat lagi tapi Mak Izz sibuk2 jual baju kurung. Ala...  baju kurung tu kan universal. Bukan setakat pakai time raya je tapi boleh dipakai time menghadiri kenduri kahwin, menghadiri aktiviti yang memerlukan baju kurung di sekolah dan yang paling penting, dipakai time mengaji :)

Tau jelah bebudak zaman sekarang ni, ada tadika setiap hari Jumaat minta pelajar pakai baju kurung. Kalau dah baju kurung ada 2 pasang je, tak ke boring asik ulang pakai. Baru bulan Mac, baju kurung pun dah lusuh.  Ha.... masa nilah ibu/emak/mama/mummy/umi sibuk cari baju kurung siap. Ingat hujung2 tahun macam ni tailor nak amik upah jahit baju lagi ke? (ada je tapi kasi chancela kat Mak Izz propah sikit) ^___^

So.... Mak Izz malas nak membebel banyak2 (walaupun hobi adalah membebel), korang tengok jelah baju kurung yang Mak Izz jual ni ye. Quality toksah cakaplah, memang tiptop! Kain adalah dari material China Silk, jahitan memang kemas tak tipu punyer (kalau tipu Mak Izz berdosa). See... berani tak? (berani kerana benar u ols)


 Red Polkadot
RM35


 Green Zigzag
RM35


 Gold Checkered
RM 35


Green Checkered
RM 35

Korang perasan tak baju kurung Mak Izz jual harganya murah banding di pasaran online? Ha... tula yang special! Mak Izz hanya menyajikan produk berkualiti dengan harga terbaik tau. Jadi rugilah kalau korang tak shopping kat sini :) Kepada ibubapa yang berminat nak beli baju kurung ni untuk anak2 mereka, kat bawah Mak Izz ada bagi ukuran siap2. Nanti korang ukurlah dengan baju kurung  yang sedia ada di rumah tu. Taulah muat ke tak, longgar ke ketat. Baju ketat la, bukan muka ketat. Muka ketat tak dapek nak nolong kekekeke....

Lebar bahu - 12'
Panjang lengan - 16'
Lilitan dada - 30'
Labuh baju - 26.5'
Saiz pinggang (getah) - 19'
Labuh kain - 27'
(ukuran dalam inci)

Ops lupa nak bagitahu, baju kurung di atas adalah BAJU KURUNG MODEN. Cantik u olsssssss.... (apsal tetiba jadi pondan ni?) So tunggu apa lagi, roger Mak Izz di kotak komen cepat! Kos penghantaran adalah standard poslaju Pos Malaysia.

*Kalau takde anak dara boleh juga beli dan hadiahkan kepada anak buah, anak kawan, anak bos atau anak jiran :) Terserah padamu!

Saturday, December 17, 2011

Mandi Laut di PD

Assalamualaikum wbt

Atas kekangan waktu yang maha hebat akhir-akhir ini menidakkan aku berupaya menaip secebis ayat dalam blog ini. TIPU!

Mari kita cuba sekali lagi :)

Atas kekangan waktu yang maha hebat akhir-akhir ini menidakkan aku berupaya menaip secebis ayat dalam  blog ini melainkan promosi bisnesku sahaja. Hehe.. baru betul! Oklah .. kepada semua pembaca blog Mak Izz (wehhhh rasa nak muntah pulak tetiba), ampun dan maaf ku pinta kerana akhir-akhir ini kurang benar entry terbaru berbaur cerita Mak Izz ngomelkan. Bukan takde idea, cuma masa lapang tu yang Mak Izz tak pandai nak cilok dari celah mana. Sedih kan? Identiti sebagai blogger tegar semakin jauh untuk ku gapai  T--T(pssssttt... macam lah dapat award) Ngehngeh..... :p

Kali ni Mak Izz nak berlawan dengan ketandusan masa lapang ^____^  Jom dengar ngomelan Mak Izz yang dirindui ni (perahsantan). Jangan bosan2 tau, kalau bosan pi duduk dengan Mama Bosan!

Maka cerita pun bermula:

Ahad lepas abah teringin sangat nak mandi laut, rendamkan diri dan kaki yang kacak (abah kata, bukan aku kata) dalam air laut yang masin. Bak kata pepatah, berenang-renang ke tepian, sambil menyelam sambil minum air (wah hebatnya 2 pepatah aku gabungkan sekaligus) Syabas beteh! Mak Izz selaku isteri mithali  menurut perintah ajelah. Walaupun dah terbayang kepenatan menegah Hasanah yang sibuk mengaut pasir masuk ke mulut, aku gagahi jua.

Kami bertolak ke PD selepas Zohor. Setibanya di sana cuaca adalah begitu baik sekali. Tak panas, tak mendung, sedang elok sahaja. Izz sangat teruja melihat pantai dan laut (kunjungan terakhir kami ke laut adalah semasa di Langkawi Julai lalu). Mulutnya bising menyebut "Air! Air!" Bila diajar air itu adalah laut, pantas mulut petahnya menyebut "Laut! Laut!"

Tetiba keluar ayat ni dari mulut dia "Mak, Bang Izz nak pancit kat laut!" Nak pancit??? Nak pancinglah! "Bukan... nak  pancit! Pancit!" Banyak kali aku betulkan pun, Izz still sebut pancit. Lantak ko la nak, nanti dah besar ada jugak benda mak nak bahankan. Haha!

Abah semangat bawak khemah dari rumah. Boleh jadikan tempat salin baju tanpa perlu keluarkan duit di tempat mandi awam. Senang!

 Hasanah semakin dewasa dan semakin comot. Haha.. she's so happy in PD!

Aku sibuk nak amik gambar dorang, Izz sibuk nak amik gambar aku walaupun hakikotannya pegang handphone pun masih tak betul. Haha..

 Izz dalam percubaan mengambil gambar abah dia pulak. Kadang2 aku dengar suara dia sebut "Tenyum..." Hahaha... Aku memang sengaja cari port jauh dari pantai sebab tak nak dekat sangat dengan pasir laut tuh. Nanti habis berpasir2 tikar dan khemah. Tak sukaa!

Ye, trip kali ni adalah trip pemalas. Sebab dah makan tengah hari siap2 maka tak bawak bekal langsung dari rumah. Hanya beli jajan, goreng pisang dan keropok lekor pastu mengunyah secara berjemaah sebelum berendam.

Budak suka makan. Kuah sos tu pun dia nak hirup.

 Ok  masing2 dah tukar uniform. Abah setia dengan Sato (refer to green t-shirt)

 Mula mengambil tempat

 Yippiee... cecahan kaki pertama. Baju  mandi Hasanah adalah pemberian dari Mama Nini (baju lama Nini sebenarnya) Terima kasih kak. Kemain bergaya lagi Hasanah :p

 Si kecil yang teruja. Abahnya tak payah cakaplah.

 Suka (walaupun masin) Kekekeke...

 Giliran Mak Izz enterprem. Aku tak berendam pun, sekadar mencelup2 kaki je.

Hasanah dah letih. Eh mesti korang perasan kan, apsal ada gambar Hasanah dan abah je mandi laut. Mana Abang Izz???

 Aktiviti budak takut air, main pasir je mampu. Kuikui... Bila diajak ke laut, jerit2 kata tak mau!

Ya, main pasir lebih selamat :)

Takder maknanyer nak biarkan aje budak ni main pasir tak berendam. Agak2 Hasanah dah puas, abah pass Hasanah kat aku dan ambil Izz bawak turun ke laut. Woh.......... menjerit, melalak, meraung (dan perkataan seerti yang lain) budak tu dibuatnye. Hehehe.....

Settle semua kami pun kemas2 barang dan balik ke pangkal jalan. Trip yang sekejap tetapi padat. Yang penting kurang penat :) Balik dari PD singgah di Nilai 3, syurga beli-belah bagi kaum hawa. Pergh.... dah lama aku tak sampai sini. Memang betul2 best! Aku beli frame ayat Quran, harga jauh lebih murah banding kedai2 yang aku pernah survey. Terbaek!!! Tapi................. bila ek nak gantung kat dinding??? *ehem.. ehem.. 

Alamak Hasanah dah start meragam. Bye!

Wednesday, December 14, 2011

More Maika Bag for Kids

Alhamdulillah sambutan terhadap Maika Bag agak memberangsangkan. Koleksi Maika bukan sahaja untuk wanita dan gadis remaja, malah terdapat juga koleksi untuk si comel anda baik boboy mahu pun gegurl :) Jom cuci mata!


Sling beg merah terang gambar pepatung besar gedabak sangat menawan hati. Rugi siapa yang tak mendapatkannya :)

Backpack comel gabungan warna pink dan putih untuk anak2 kecil yang suka main beg sekolah dan pura-pura ke sekolah ^___^
SOLD


Satu-satunya  backpack untuk si boboy. Mesti boboy gembira mendapat hadiah backpack kereta plat 1234 sebagai hadiah pertama menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Kalau boboy dapat hadiah ni mesti dia akan cakap "Tanjat Boboy..."
SOLD


Shoulder beg comel pink lembut untuk anak-anak kecil isi telekung dan buku Iqra' ke sekolah agama. So sweet!

Shoulder bag tali boleh laras (eh macam senapang boleh laras pulak ye) pun sweet jugak untuk anak2 kecil isi baju dan seluar sukan kalau ada PJ di sekolah. Beg ni kalau mama teringin melaram ke shopping mall jadikan handbeg pun boleh juga. 2 dalam 1 gitu! Hanya laraskan tali, mama dan anak  boleh bergaya!

Sama gak macam 2 caption di atas. Nak isi jajan pun boleh juga. Omel bangat!








SOLD


Semua  backpack di atas boleh dibawa ke sekolah, tadika, nursery, rumah nenek, rumah jiran dan ke mana2 sahaja oleh adik2 comel kerana ianya tahan lasak. Boleh isi buku sekolah, pencil box, botol air, baju 3-4 pasang, pampers, botol susu, termos size sederhana, mainan (ni boleh isi untuk pergi rumah nenek dan rumah jiran je, pergi sekolah tak boleh tau) dan macam2 lagi. Kalau kawan2 berebut beg ni pun (sebab comel sangat) gerenti tak putus. Jangan kawan ko gunting dahler. Hehe..

So sesiapa berminat sila roger di kotak komen. Material bag cotton tebal, high quality don't worry. Harga seperti yang tertera. Tunggu apa lagi, jom shopping!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!