Monday, December 26, 2011

Promosi Baju Kurung Kanak-Kanak

Biz Mak Izz dikembangkan lagi dengan menjual koleksi baju kurung kanak-kanak. Untuk pertama kali, Mak Izz intro dengan 4 pasang baju dulu. Baju adalah bersaiz 8 (sesuai untuk kanak-kanak berusia 6 - 9 tahun) *bergantung kepada saiz kanak-kanak juga samada kurkur @ bambam :p

Korang janganlah rasa pelik pulak. Raya lambat lagi tapi Mak Izz sibuk2 jual baju kurung. Ala...  baju kurung tu kan universal. Bukan setakat pakai time raya je tapi boleh dipakai time menghadiri kenduri kahwin, menghadiri aktiviti yang memerlukan baju kurung di sekolah dan yang paling penting, dipakai time mengaji :)

Tau jelah bebudak zaman sekarang ni, ada tadika setiap hari Jumaat minta pelajar pakai baju kurung. Kalau dah baju kurung ada 2 pasang je, tak ke boring asik ulang pakai. Baru bulan Mac, baju kurung pun dah lusuh.  Ha.... masa nilah ibu/emak/mama/mummy/umi sibuk cari baju kurung siap. Ingat hujung2 tahun macam ni tailor nak amik upah jahit baju lagi ke? (ada je tapi kasi chancela kat Mak Izz propah sikit) ^___^

So.... Mak Izz malas nak membebel banyak2 (walaupun hobi adalah membebel), korang tengok jelah baju kurung yang Mak Izz jual ni ye. Quality toksah cakaplah, memang tiptop! Kain adalah dari material China Silk, jahitan memang kemas tak tipu punyer (kalau tipu Mak Izz berdosa). See... berani tak? (berani kerana benar u ols)


 Red Polkadot
RM35


 Green Zigzag
RM35


 Gold Checkered
RM 35


Green Checkered
RM 35

Korang perasan tak baju kurung Mak Izz jual harganya murah banding di pasaran online? Ha... tula yang special! Mak Izz hanya menyajikan produk berkualiti dengan harga terbaik tau. Jadi rugilah kalau korang tak shopping kat sini :) Kepada ibubapa yang berminat nak beli baju kurung ni untuk anak2 mereka, kat bawah Mak Izz ada bagi ukuran siap2. Nanti korang ukurlah dengan baju kurung  yang sedia ada di rumah tu. Taulah muat ke tak, longgar ke ketat. Baju ketat la, bukan muka ketat. Muka ketat tak dapek nak nolong kekekeke....

Lebar bahu - 12'
Panjang lengan - 16'
Lilitan dada - 30'
Labuh baju - 26.5'
Saiz pinggang (getah) - 19'
Labuh kain - 27'
(ukuran dalam inci)

Ops lupa nak bagitahu, baju kurung di atas adalah BAJU KURUNG MODEN. Cantik u olsssssss.... (apsal tetiba jadi pondan ni?) So tunggu apa lagi, roger Mak Izz di kotak komen cepat! Kos penghantaran adalah standard poslaju Pos Malaysia.

*Kalau takde anak dara boleh juga beli dan hadiahkan kepada anak buah, anak kawan, anak bos atau anak jiran :) Terserah padamu!

4 comments:

Suzila said...

Wahhh...semangat biz semakin mmbara. Good job~~

Anonymous said...

Alamak, anda sudah berniaga baju kurung plak ek???, Sib bek anak kecik lagi, kalu tak harus terjebak..semoga sukses dalam bisnes ya!! (bajek indon plak)

Mak Izz said...

suzila - yup! semangat tahun baru. akan update dr semasa ke semasa.

fatonahHairil - ha... bkn dress je, bj kurung pun ader tau, barulah 1Malaysia :) ha... fatonah tersilap nampaknye. ada je utk bebudak dr size 6bln hinggalah kakak budak (bj kurung size 10). semoga terjebak ^__^

Unknown said...

SALAM...MACAM MANA NAK ORDER...TAK DE CONTACK PON..SAYA BERMINAT BAJU KURUNG UNTUK ANAK RED PALKADOT DAN GREEN ZIGZAG......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!