Saturday, December 17, 2011

Mandi Laut di PD

Assalamualaikum wbt

Atas kekangan waktu yang maha hebat akhir-akhir ini menidakkan aku berupaya menaip secebis ayat dalam blog ini. TIPU!

Mari kita cuba sekali lagi :)

Atas kekangan waktu yang maha hebat akhir-akhir ini menidakkan aku berupaya menaip secebis ayat dalam  blog ini melainkan promosi bisnesku sahaja. Hehe.. baru betul! Oklah .. kepada semua pembaca blog Mak Izz (wehhhh rasa nak muntah pulak tetiba), ampun dan maaf ku pinta kerana akhir-akhir ini kurang benar entry terbaru berbaur cerita Mak Izz ngomelkan. Bukan takde idea, cuma masa lapang tu yang Mak Izz tak pandai nak cilok dari celah mana. Sedih kan? Identiti sebagai blogger tegar semakin jauh untuk ku gapai  T--T(pssssttt... macam lah dapat award) Ngehngeh..... :p

Kali ni Mak Izz nak berlawan dengan ketandusan masa lapang ^____^  Jom dengar ngomelan Mak Izz yang dirindui ni (perahsantan). Jangan bosan2 tau, kalau bosan pi duduk dengan Mama Bosan!

Maka cerita pun bermula:

Ahad lepas abah teringin sangat nak mandi laut, rendamkan diri dan kaki yang kacak (abah kata, bukan aku kata) dalam air laut yang masin. Bak kata pepatah, berenang-renang ke tepian, sambil menyelam sambil minum air (wah hebatnya 2 pepatah aku gabungkan sekaligus) Syabas beteh! Mak Izz selaku isteri mithali  menurut perintah ajelah. Walaupun dah terbayang kepenatan menegah Hasanah yang sibuk mengaut pasir masuk ke mulut, aku gagahi jua.

Kami bertolak ke PD selepas Zohor. Setibanya di sana cuaca adalah begitu baik sekali. Tak panas, tak mendung, sedang elok sahaja. Izz sangat teruja melihat pantai dan laut (kunjungan terakhir kami ke laut adalah semasa di Langkawi Julai lalu). Mulutnya bising menyebut "Air! Air!" Bila diajar air itu adalah laut, pantas mulut petahnya menyebut "Laut! Laut!"

Tetiba keluar ayat ni dari mulut dia "Mak, Bang Izz nak pancit kat laut!" Nak pancit??? Nak pancinglah! "Bukan... nak  pancit! Pancit!" Banyak kali aku betulkan pun, Izz still sebut pancit. Lantak ko la nak, nanti dah besar ada jugak benda mak nak bahankan. Haha!

Abah semangat bawak khemah dari rumah. Boleh jadikan tempat salin baju tanpa perlu keluarkan duit di tempat mandi awam. Senang!

 Hasanah semakin dewasa dan semakin comot. Haha.. she's so happy in PD!

Aku sibuk nak amik gambar dorang, Izz sibuk nak amik gambar aku walaupun hakikotannya pegang handphone pun masih tak betul. Haha..

 Izz dalam percubaan mengambil gambar abah dia pulak. Kadang2 aku dengar suara dia sebut "Tenyum..." Hahaha... Aku memang sengaja cari port jauh dari pantai sebab tak nak dekat sangat dengan pasir laut tuh. Nanti habis berpasir2 tikar dan khemah. Tak sukaa!

Ye, trip kali ni adalah trip pemalas. Sebab dah makan tengah hari siap2 maka tak bawak bekal langsung dari rumah. Hanya beli jajan, goreng pisang dan keropok lekor pastu mengunyah secara berjemaah sebelum berendam.

Budak suka makan. Kuah sos tu pun dia nak hirup.

 Ok  masing2 dah tukar uniform. Abah setia dengan Sato (refer to green t-shirt)

 Mula mengambil tempat

 Yippiee... cecahan kaki pertama. Baju  mandi Hasanah adalah pemberian dari Mama Nini (baju lama Nini sebenarnya) Terima kasih kak. Kemain bergaya lagi Hasanah :p

 Si kecil yang teruja. Abahnya tak payah cakaplah.

 Suka (walaupun masin) Kekekeke...

 Giliran Mak Izz enterprem. Aku tak berendam pun, sekadar mencelup2 kaki je.

Hasanah dah letih. Eh mesti korang perasan kan, apsal ada gambar Hasanah dan abah je mandi laut. Mana Abang Izz???

 Aktiviti budak takut air, main pasir je mampu. Kuikui... Bila diajak ke laut, jerit2 kata tak mau!

Ya, main pasir lebih selamat :)

Takder maknanyer nak biarkan aje budak ni main pasir tak berendam. Agak2 Hasanah dah puas, abah pass Hasanah kat aku dan ambil Izz bawak turun ke laut. Woh.......... menjerit, melalak, meraung (dan perkataan seerti yang lain) budak tu dibuatnye. Hehehe.....

Settle semua kami pun kemas2 barang dan balik ke pangkal jalan. Trip yang sekejap tetapi padat. Yang penting kurang penat :) Balik dari PD singgah di Nilai 3, syurga beli-belah bagi kaum hawa. Pergh.... dah lama aku tak sampai sini. Memang betul2 best! Aku beli frame ayat Quran, harga jauh lebih murah banding kedai2 yang aku pernah survey. Terbaek!!! Tapi................. bila ek nak gantung kat dinding??? *ehem.. ehem.. 

Alamak Hasanah dah start meragam. Bye!

5 comments:

fatonahHairil said...

Salam.Ekceli akk dah lama baca blog awak, arini baru nak beramah tamah ckit..hihi..Sekarang dok kat Putrajaya ek,abistu umah kat jalan kebun tu disewakn ke ???(eh tetiba jadi kak nam):)). btw update la selalu ya..seronok baca..sbb awak kelako... .^-^ salam perkenalan ya!!!

AzaLea said...

wah bestny g PD... lame dh tak ke sane... time cuti ni mmg pack giler lh kn...

Bile mau ketemu??? sticker sudah ade...

Mak Izz said...

fatonah - salam. ye ke? la.. nape x beramah tamah lbh awal, kan dh rugi :) ha'ah dok putrajaya skrg, umh jln kebun dh ada org sewa (lega sket). kak nam positif thinking takpe, ngehngeh :B insyaAllah selagi hayat dikandung badan (selagi jari x kudung) selagi tu sy update. doakan sy byk ms terluang je k. kelako ek? thn dpn nk daftar raja lawak la. mesti undi taw! kekeke... salam perkenalan dr sy juga :)

*blog fatonah kiut laaaaaaaaa....

lea - bestla, ni pn br balik dr PD. nt akak update (yo yo o je). hah sticker dh ada ek. mlm ni akak dinner kt umh lea, amacam berani??? ^___^

AzaLea said...

akak cuti ni g mane jer?? kalau nk dtg roger2 lh..

-oP_ida- said...

aku gewammm betoi ngan budak pakai bikini nie......dokOng syg.....cubit-cubit pipi rasa dh ha....

akak, cutelaa anak-anak dh makin besaq....pasni leh tambah lagi..hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!