Friday, November 25, 2011

Biz Baru : Maika Etnik Collection

Aku memang minat berbisnes cuma selalu tidak cukup masa (dan modal). Kali ni Mak Izz berbahagia untuk memulakan bisnes baru: Maika Etnik Bag Collection. Mood riang dan happy  ^___^. Sila support saya!

Antara beg yang sudah ada di tangan (tipu, di rumah sebenarnya) adalah seperti di bawah. Sila order di kotak komen jika berminat. Siapa cepat dia dapat!

Oh ye nak cerita sikit pasal produk. Beg2 handmade ini didatangkan khas dari  Indonesia, kualiti SUPERB (kain high quality dan jahitan sulam tampal yang sangat kemas). Boleh diperoleh dalam pelbagai design dan warna (kiut miut semuanya, alahai...) *Tokei barang kena promote lebih sikit, jangan menyampah. Tapi memang tak tipu, kualiti memang SUPERB (ceh ulang 2x nampak)





Allium Lavender
Saiz : 38cm x 45cm
Harga Retail : RM 93
Harga Promosi : RM 83



Samba Small Case
Saiz : 18cm x 9cm
Harga Retail : RM49
Harga Promosi : RM39

 



Allium Pink
Saiz : 38cm x 45cm
Harga Retail : RM 93
Harga Promosi : RM 83



Rajut Tote Bag Purple
Saiz : 46cm x 33cm
Harga Retail : RM87
Harga Promosi : RM77



Rajut Tote Bag Green
Saiz : 46cm x 33cm
Harga Retail : RM87
Harga Promosi : RM77



Rajut Tote Bag Pink
Saiz : 46cm x 33cm
Harga Retail : RM87
Harga Promosi : RM77


Okey, promote 6 beg dulu. Lelain will update later (ada ke yang nak tengok design lain?) Kepada pembaca berpendapatan sederhana macam aku, jika harga ditawarkan terasa mahal JANGAN RISAU! Kerana hari ni adalah hari gaji (kepada pekerja gomen) dan tak lama lagi adalah hari gaji kepada pekerja bukan gomen. Hehehe... apa salahnya melabur lebih sedikit untuk memiliki barang yang berkualiti kannnnnnnssssss....??? (done done) Kepada yang masih kurang mampu, sila PM saya ujikus@yahoo.com atau add saya di facebook Adha Khalid kerana bayaran ansuran dibenarkan (haish.. beli beg pun boleh ansuran ker) Ngehngeh.. saya mengerti dan memahami u ols.............

Oklah tak nak bebel panjang2 lagi. Sesiapa berminat boleh roger saya di kotak komen. Kawan2 yang ada no. handphone boleh sms direct. Nak email pun boleh juga.

Selamat membeli-belah!

** Tidak termasuk harga penghantaran. Kos penghantaran (pos) adalah mengikut standard oleh Pos Malaysia. Harap maklum.

7 comments:

-oP_ida- said...

sume chantik..bekenan..tp masalahnyaa gaji xkeluaq=keluaq lg..huhuhuuh

Mak Izz said...

tunggu gaji keluaq cpt2 roger akak k. tote bag tu sesuai wt beg baby sbb besaq, cantik dan comel!

Zana Adieyza said...

CANTIK!!!! jap2, nk check wallet dulu.. hihihi

gud luck utk bizz ni!! hope trs maju hendaknya..

Mak Izz said...

zana - thanks dear! mmg cantik tau :)

Suzila said...

serius sangat cantikkkkkk...
suka barang hand made ni.
Pnh tgk org jual kt kelantan..
style cmni gk....
adoiii tergugat iman....
xpe2...kasi sy bblanja utk hero dlm perut sy ni dulu... nnt dah selesai...mau juga rembat 1. huhu

AzaLea said...

cantik sgt yg kaler pink putih tu... tp tunggu sy kaya ckit lg, br sy rembat k... (skrg dh kaya, cuma nk tunggu kaya ckit lg...) ^___^

Mak Izz said...

ok lea, xde hal. 19hb gaji kan? sila book cpt sblm org lain rembat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!