Saturday, February 5, 2011

BabyGAP Pyjamas Murah - Stock Clearance

Wah.. tiba2 stock clearance padahal tak pernah pun menjual ye? Cerita di sebalik tabir: Beberapa bulan lalu aku telah terjebak dalam dunia perniagaan online tanpa dirancang. Malah aku dan Farizal telah membina sebuah laman web perniagaan kalau anda perasaan baru je aku letak di side bar, Sayang Izz Shop. Bagaimanapun, oleh kerana kami ni dua2 makan gaji, maka tidak punya masa yang cukup untuk terlibat dengan lebih serius. Perniagaan tidak berkubur, cuma memerlukan sedikit masa untuk kembali aktif dengan produk baru sekurang2nya. Hehe...


Apapun, kami memulakan perniagaan online dengan menjual pakaian bayi sebagai test market. Tapi tak sempat pun nak test market orang kata, semangat meluap-luap untuk berniaga secara online ni menjadi suam-suam kuku. Nak salahkan siapa? Diri sendiri jelah. Hehehe... Perniagaan online masih di peringkat awal, belum pernah promote lagi dekat orang luar kecuali kawan-kawan terapat. Ramai member2 suruh promote biz melalui FB, malangnya kami ni jarang2 berFB. Nak uar-uar apa2 pun semua melalui blog ni jelah.


Untuk tidak membebel lebih panjang, dalam blog ni dari masa ke masa aku akan jual pakaian bayi yang ada dalam simpanan kami. Aku sebut Stock Clearance sebab stok ni dah lama sejak hujung tahun lepas & designnya pun mungkin dah outdated tak setanding dengan design2 baru yang lebih mantop & kelessss! Tapi jangan risau kualiti produk masih tip top. So jangan tunggu lagi, aku letakkan Stock Clearance pertama produk Sayang Izz Shop iaitu BabyGAP Pyjamas dengan harga yang paling istimewa.


Tortoise. 4y (sold to mama nixa)



I Love Mom
12-18m (sold to abah marsya)
18-24m (sold to mama Huda)
2y (sold)
3y (sold to mama nixa)



Pink Milk Cookies - 12-18m (sold to Mama Huda)


So far itu je saiz yang ada pada aku sekarang. If ada yang berminat, silalah tinggalkan order kat kotak komen ye. 1st come 1st serve. Harga? Aku jual murah je, nama lagi stock clearance kan. RM22 each! (Harga tak termasuk kos penghantaran). Kos penghantaran RM6 aku guna pos laju. So siapa2 berminat cepat hantar komen kat bawah ye. Cik anon yang berminat sila tinggalkan alamat email anda supaya kita boleh berhubung kelak. Cewah2 macamla ada orang nak beli :P


So far tiga produk ni dulu. Selebihnya menyusul kemudian kalau ada sambutan. Antara barang dalam stok adalah seperti Busha Legging, BabyGAP Romper, gaun, socks (boy & girl), Cotton Rich Baby Tight, Costume Romper, Cloth Diaper & banyak lagi yang akan aku jual dengan harga murah dalam blog ni. Tapi size & design terhadla ye.


Selamat berbiz dengan saya!

6 comments:

Nur Irfan Juezrie said...

wah. berbiz kt blog ni pulak..

NeenaAnuar said...

wahh... ade online butik rupenyer.. :D

Mak Izz said...

jue - biz abiskan stock je. nk harapkan biz kt sayangizzshop ntahkan bila. xde ksmptn.

k'neena - ada tp x aktif. xtau bila dpt aktif. tunggu bdk2 bsr sket kut :)

nixaeemran said...

Mak Izz...

Nak jadi customer clearance stock u lar...serious buyer..tortoise 4y n i love mum 3y...

nanti bagitau total ek..

:)

Mak Izz said...

mama nixa - wah.. tq sudi jd 1st customer i. detail i dh sms u. yg lelain x bminat ke? harga murah ni, terendah di pasaran. hehe..

ummirayyan said...

hmm..murah tu...rayyan aku tak reti la nak pakai pyjamas ni la..nak nye yang bercekak tu..aduh..pening nak cari baju tido dia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!