Friday, June 19, 2009

Izz Checkup 3 Bulan

Semalam 18 Jun, checkup Izz di klinik bawah flat tu. Actually checkup tu untuk Izz usia 3bln, tapi umo Izz dh pun 3bln 2minggu semalam. Erm... selalu Farizal yang akan hantar aku dan Izz ke klinik. Tapi sebab cuti Farizal pn dh tinggal brp hari je, so aku gagah nk g sendiri. Confirmla leceh kan. Yelah, aku bkn blh drive walaupun kereta ayah mmg sentiasa tersadai kt bawah pokok tepi rumah Cik Besah tu. Nak naik teksi, bkn senang nk dukung baby pstu kena berebut lagi dgn org lain yg tergesa2 nk g keje. So, alternatif lain -> pergi klinik dgn ayah. Hehe.. aku tau ayah mmg malas nak bawak kereta. Yelah, dia pn nk cepat2 g ofis dgn motor kesayangan dia tuh. So, aku dan Izz bonceng motor ayah utk ke klinik. Yahooo.. Hari Ini Dalam Sejarah Izz naik motor. Naik motor atok ok, bkn motor abah. Hehehe...

Izz budak baik. Dia diam je duduk elok2 kt tengah antara aku dan ayah. Klinik pn dekat je dgn umah, tp kalo jalan kaki maula jugak makan masa setengah jam. So alhamdulillah selamat sampai. Jam baru pukul 7.20 pagi, klinik bukak 7.30 pagi. Tapi aku dpt no 14. Okla tu. Izz seperti biasa, tdooooooooooooo je kejenya. Agaknye dia selesa kut dgn suhu kt klinik tu. Pagi2 lagi kan, sejuk je. Walaupun baby lain bising hingar-bingar tp Izz tetap lena dalam dakapanku. Entahla, maybe sbb aku jarang dukung dia (xnak ajar, nt dia ngade2 asik nk bdukung) so sekali sekala berdukung, dia enjoy!

Tak sangka, cepat pulak sampai giliran Izz. Agaknye sebab doktor takde kut. So nurse just checkup rutin then terus g bilik utk injection. Sebelum masuk bilik tu, aku kejutkan Izz. Takot dia terkejut ms cucuk nanti. Sebelum cucuk,nurse amikla buku checkup Izz and baca. Pastu dgn suara tinggi dia cakap kt aku "Anak awak dah 3bln 2minggu, kenapa datang lambat?" Aku dh agak mesti dia akan tanya soalan tu. Senang je aku jawab, "Dah nurse bagi saya tarikh checkup arini" Terus terdiam x cakap apa ko. Hem.. tulah, bkn salah aku ok. Lain kali periksa dulu. Well, Izz sgt baik sampai nurse cucuk pn dia x nangis. Rileks je. Balik umah aku naik teksi. Nasib baik teksi banyak dh siap beratur panjang2, so aku xyah beratur. Terus naik dan balik umh. Yahoo... Belum pukul 9 dh sampai umah mak. Sekejap je kan? Alhamdulillah.. mudah & Izz pn x meragam.

Hasil checkup semalam, berat Izz dh 6.5kg, panjang & ukur lilit kepala Izz mmm... x ingatlah pulak ^_^ Well, anak mak dh besar. Semakin macho. Hahaha... Pas bfas cekodok yang mak masak (nyumnyum), aku siap2 g keje. Mak Lat antar sampai LRT. Dlm tren aku sms Farizal nk bgtau perkembangan Izz, baru je send Farizal dah call tanya pasal anak dia. *Pandai je bajet urusan dah selesai. Naluri kebapaan, gitulah yg Farizal bgtau aku. Ceh! 10.15 aku selamat sampai di ofis dgn senyuman terukir di bibir (perlu ke wt ayat cmtu). Hahaha...

*Next checkup Izz on 21st July, amik sesi petang. Tapi before that on 1st July, kena bwk Izz checkup kt HKL dulu. Huhu...

1 comment:

jue said...

erm...camtu la cite bawak anak g klinik ek..
selagi jadi mak ni cmtu la kan.. ape2 pun smg n sama2 lah kita menjadi ibu/mama/mak/umi/bonda/mummy yg tabah dan berjaya mendidik anak hingga berjaya.. amin.. chayuk2!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!