Monday, April 25, 2011

Kerja Banyak Tapi Masih Boleh Berjalan2

Assalamualaikum wbt

Baca tajuk pun dah menerangkan maksud keseluruhan entry. Fail Meja aku masih belum siap walaupun  bertungkus-lumus buat (percaya tak?). Tengah malam semalam waktu sedang busy mengadap laptop, tiba2 hp aku bunyi. Check2 sms dari Kak Ngah, katanya nak datang rumah besok. Wuwuwu.. dia ajak kitorang  gi Jusco Bukit Tinggi sebab Yang nak beli kasut sukan. Pas jalan2 kat Jusco boleh pergi rumah Along. Wah.. idea yang menarik! Ikut hati memang nak pergi tapi memikirkan Fail Meja yang belum siap.. erm nak pergi ke tak eyh? Last2 mestilah pergi kan. Kalau tak, takdela tajuk entry macam kat atas tu. Hehe.. Maka tengah hari tadi kitorang keluar. Tak masak pun untuk lunch, dalam kepala dok fikir makan kat Jusco jelah nanti. Breakfast pun just makan nugget 3 ketul. Sibuk dengan Fail Meja, breakfast pun tak sempat buat :(

Sampai Jusco Kak Ngah dan Yang terus ke supermarket. Lama pulak tu. Perut aku dan Farizal dah nyanyi lagu Keroncong Untuk Ana. Cepat2 cari tempat makan. Say NO to foodcourt. Sesiapa yang pernah ke foodcourt AEON Mall Bukit Tinggi, tahulah kenapa kami tak nak makan di situ. Farizal tanya nak makan dekat mana? Tak nak KFC dan McD. Jemu! (ceay.. jemu konon). Tempat2 lain semua mahal. Last choice Pastamania or Kenny Rogers. Tanya Kak Ngah nak makan mana satu, mana2 pun boleh.  Lastly we all decide makan dekat Kenny Rogers je. Mahal gak dekat sini tapi mikirkan besok gaji, ok mari kita habiskan sakit-baki duit yang ada :) Lega sangat sebab time makan Hasanah tidur. Just pantau kehandalan Izz dan Ammar je. Izz berkelakuan agak baik sebab Yang dia ada (manja sangat dengan Ayah Yang dia).

Then jalan2 masuk dari 1 kedai ke 1 kedai. Singgah Sovena tengok aksesori rambut untuk Hasanah (eh apsal fikiran asyik nak shopping kat budak debab ni je?) Tengok2 ehm.. macam tak berapa sesuai. Too big & too fancy. Aku suka yang cute2 je. Tengok2 ada jual wallet & purse jugak dekat sini . Wah.. berkenan sungguh dengan 1 wallet kaler hijau ni. Ada ribbon besar gedabak dekat depan. Cantik sangat! Dalam  hati dok terpikir, kalau bagi hadiah kat orang best jugak ni. Mesti dorang berbesar hati terima. Mesti orang tu suka! Carilah tag harga nak tengok price. Bajet mesti around RM29.90 ke.. RM39.90 ke. Sekali tengok terkedu noks! RM89.90. Ok bye!

Pergi al-Ikhsan temankan Yang shopping kasut. Huh.. lama gilak! Sempat try 2-3 pasang kasut Nike untuk Hasanah. Kiut2nyer! Kaler hitam stripe pink, kaler putih stripe purple, ish  macam2 lah. Sekadar menerai je, tu pun jenuh nak sumbat. Kaki budak debab, what do u expect? Kasut cuddles kembang RM13.90  beli dekat Sogo juga menjadi kecintaan aku. Haha... (gelak orang kedekut) Budak kecik tak payah beli kasut banyak2, bukan boleh jalan lagi ^__^ Yang masih belum membuat pilihan walaupun 20 minit telah berlalu. Farizal dah call aku (oh ye, Farizal tak join kami ke al-Ikhsan. Dia bawak Izz masuk Jusco untuk beli cd lagu budak2). Amaran pertama Farizal dah datang, so aku selamat tinggal Yang, oi cepat sikit beli kasut tu! Aku terus berdesup ke Baby Dept, Jusco nak beli berus pencuci botol brand Pureen.

Eh bercakap tentang produk Pureen, seperti yang korang semua maklum, semalam dengan hari ni ada Pureen WHS.   Entah kenapa kali ni aku tak beria2 nak terjah ke sana. Selain daripada faktor eko-no-money, aku rasa takde apa pun nak beli kat budak2 ni. Baju? Berlambak sampai tak muat laci (eh macam pelik eja laci di sini. Kalau eja drawer mungkin lebih mesra). Liquid Cleanser? Baru beli hari tu  masih penuh lagi botol. Shower bath, shampoo? Pun baru beli hari tu brand Anakku, tak guna lagi. Berus pencuci botol? Farizal cakap takat nak beli berus 2 batang, kos ulang-alik ke WHS tu dah makan RM30. Ok fine! Tak payah pergi (JIMAT DUIT). Tanpa rasa menyesal ku biarkan Pureen WHS berlalu pergi. Takpe, nanti dorang buat jualan lagi. Kata sale 3 kali setahun.

So jumpa berus botol terus amik 2 batang letak dalam troli. Pergi bahagian buku2 amik 1 buku Mari Mewarna untuk Izz. Harap2 Izz warna la ye, jangan gigit dan kunyah seperti selalu tau! Nanti belom 40 tahun mak dah kena sakit jantung Izz. Beratur dan bayar. Izz sibuk2 nak letak barang atas kaunter. Ok masa ni la nak train anak kan time dorang tengah minat. Mula2 dia letak buku dia tu. Then letak berus botol. Then letak kasut dia. OMG!!! Anak sape nih??? T__T  Settle semua terus sms Kak Ngah bagitau nak ke rumah Along. Kak Ngah bagitau dia dah terpisah dengan Yang. Erk... haruskah dah tua-tua bangka ni korang terpisah di shopping complex? Dan haruskah Kak Ngah men'sms' dan mencalling Yang beratus2 kali tapi tiada jawapan sebab hp Yang dalam handbeg Kak Ngah. Haruskahhhhhhhhhh??? (nasib baik aku dah blah masa ni)

Sampai rumah Along pintu pagar berkunci. Call seratus kali (saje gempakkan cite) pun tak berangkat. Rupa2nya Along keluar pergi beli kuih. Kak Ayu (wife Along) ada tapi tak dengar kami call. Dah masuk lepak2 dan makan2 seperti biasa. Borak2 seperti biasa dan tidur2 seperti biasa. Hahaha... Kak Ngah dan Yang semangat redah hujan renyai untuk ke Tesco yang sangat dekat dengan rumah Along (tak sampai 100 langkah dah sampai pintu Tesco). Alasan gigih ke Tesco walaupun hujan; nak beli pencuci muka yang dah habis. Apakah???

Sampai rumah Along dalam pukul 4.30 petang. Lepak2/tidur2 untuk beberapa jam, 6.45 kami bergerak pulang. Masa ni tengah hujan wo. Sampai je rumah memang pengsan tiga2 (merujuk kepada mak Izz, Izz dan Hasanah). Abah je yang tak pengsan. Bangun2 tidur siapkan budak2 & terus tekun berteleku mengadap Fail Meja. Arghhhhhhhhh... agak2 sempat siap tak? Tengokler betapa tensionnya buat benda nih sampai sempat  mengarang cerita panjang lebar pasal hari ni. Oklah nak sambung kerja. Malam ni aku overnite tak tidur sampai esok pagi.  Moga berjaya!

Bye & selamat pagi (sekarang dah pukul 1.17 am) T__T

6 comments:

Khairina Izzah Khoirul Anuar (KIKA) / -ina2210- said...

gempak giler entri ni....!! mcm2 ekspresi muka terpampang kat muka I yg dh nk chubby ni... =D

ainnoraini said...

salam ziarah dimlm hari...
tujuannya nak cari tempat yg menarik disarawak..terjumpa la blog ni....

folow ye...

Kamariah Awang said...

Elok jugak tu.., kalau dah tension dengan kerja, beralih2 angin sikit. Dah agak2 okey, sambung semula kerja tuu.. Hihihi..

rama-rama said...

nape x nak makan kat fudkod tuh?? story la ckett...

Mak Izz said...

izzah - gempakkah? penceritaan berdasarkan pengalaman. gempak dan gempar!

ainnoraini - ye ke? bila nk ke sarawak tu agaknye? slmt bercuti! sarawak best... maceh sudi follow. rajin2la singgah sini ye.

kamariah - ma, gitulah kita kan. tension2 harus jalan2 cerahkan bijik mata. nasib baik xde duit. kalo x, jalan2 kosongkan poket. bahaye!

rama-rama - nt i cite k. *ada gak yg bminat nk tahu ye. ceay..

Ameh Wahab said...

hehehe..detail betul aktiviti weekN akak...hehehehe...sronok nye dapat jejalan kn...teringin nk gi AEON Bkt Tinggi nmpk cm besar je...cam menarik je..hehehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!