Thursday, April 21, 2011

Sehari di Puspanitapuri

Salam muhibbah semua! Maaflah tidak bersiaran selama 2 hari. Kebizian melanda lagi! Sekarang dekat rumah mak, nak sangat share dengan korang pengalaman aku siang tadi "Sehari di Puspanitapuri".

Cerita 1: Introduction
As i told u before, hari ni aku ada Seminar Gaya  Hidup Lestari di Bangunan Puspanitapuri, Putrajaya. Wow.. tajuk seminar nampak macam hebat dan menarik. Bila menyebut tentang gaya hidup lestari, ia membawa maksud gaya hidup yang membawa impak positif kepada diri seseorang. Amalan2 yang boleh membawa kepada gaya hidup lestari antaranya adalah melalui 1) pemakanan yang sihat, 2) penggalakan kitar semula bahan2 kegunaan harian dan 3) aktiviti fizikal pengurusan stress.

Maka 3 perkara itulah yang menjadi tajuk ceramah dalam seminar sepanjang hari ni .Wah.. seperti seorang guru aku bercakap (padahal aku rujuk pada pamplet seminar) Jangan mare..

Cerita 2: Bangunan Puspanitapuri
Seminar ini adalah anjuran Puspanita Kebangsaan. Seperti yang korang tahu (juga kepada mereka yang tidak tahu-menahu) Puspanita adalah singkatan kepada Persatuan Suri dan Perkhidmatan Awam. Maka semua ahlinya adalah terdiri dari isteri penjawat awam dan penjawat awam sendiri yang terdiri dari kaum wanita, hawa, gadis, anak dara, mak dara dan yang seangkatan dengannya ye.

Sejak bergelar AJK Puspanita Jabatan (wah.. macam nak tersedak je sebut kat sini) peluang untuk aku menyertai program2 Puspanita peringkat jabatan, kementerian mahupun kebangsaan agak terbuka luas. Ceay.. padahal Setiausaha Puspanita Jabatan satu pejabat dengan aku :) Of courselah sebarang program yang bakal berlangsung dia tanya pada aku dulu berminat untuk turut serta atau tak. Huhu.. terharu! Terima kasihlah Kak Fadzilah. Walaupun saya ni tidak memberi bantuan sangat, lebih kepada 'sleeping partner' tapi akak tetap beri peluang kepada saya. *nanges*

 Seminar tadi berlangsung di Bangunan Puspanitapuri, Presint 10 Putrajaya. Pertama kali menjejakkan kaki ke sini. Satu saja perkataan yang dapat aku ungkapkan tentang bangunan ini, SANGAT INDAH! Landskap yang menarik, dekorasi dalaman yang indah, ballroom setaraf hotel 5 bintang, Puspanita sangat bertuah diberi bangunan yang indah ini sebagai pusat kegiatan utama. *syabas*

Alamak, Farizal  nak update laptop ni lah. Have to go. Nanti aku sambung. Da..


5 comments:

ummirayyan said...

kaco r en suami ko tu..baru tangkap lentok nak membaca ngan bersemangat tau..ish ish...

Mommy Fara said...

wow! mewahnya bangunan puspanita....

~AZALEA~ said...

pergggh... dh jd AJK nmpkny... ckit ari lg leh jd YB ni... ngeh3x...

Mak Izz said...

ummirayyan - mmg mengaco. takpe2 nt aku samb cite k.

mommyfara - mmg mewah :p

azalea - kalo akak jd YB kesian rakyat sbb 'sleeping partner' la katakan. ekekek..

nixaeemran said...

potong betullah abah izz ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!