Sunday, January 15, 2012

Moonlight Movies Night

Assalamualaikum wbt

Baru balik dari rumah mak. Sempat tengok Mr. Labuci sekejap. Hehe.. syok kan kalau dapat suami pandai menjahit :) Lagi2 pandai jahit labuci. Tapi kalau diri sendiri pandai menjahit dan MINAT menjahit dan RAJIN menjahit lagi bagus kut! Tak payah nak gegedik dengan suami "Bang... tolong jahitkan manik kat baju Uji yang ni" Wah.. siap dialog ko! Tapi dalam cerita malam tadi suami dia yang sudi jahitkan. Takde pun si Cik Ta gegedik soh laki dia kan? (Kalo gedik pun takpe sebab dia chantek) Aku????!!!! Ok dahla, pergi buat kerja semula.

Petang tadi aku, Farizal dan Yang ke Bukit Kiara Equestrian & Country Resort tengok movie percuma :) Dapat sms invitation dari HyppTV. Selaku pengguna unifi aku dan Farizal rasa rugilah kalau lepaskan peluang ni. Sape nak bagi tengok wayang percuma weh... bukan 1 tapi 3 movie!!! Maklumat lanjut korang jengah blog Farizal je lah ye. Aku malas nak cerita benda yang sama.

Seperti yang dinyatakan, 3 movie yang ditayangkan adalah Kungfu Panda 2, Thor dan The Unborn Child (Thai). Aku cakap dekat Farizal, kita tengok 1 movie je dahlah. Tak sampai hati nak tinggalkan budak lama2 dekat rumah mak. Farizal kata ok jer! Bajet parents penyayang :)  Layar dipasang di Indoor Arena (agak2 korang macam mana tempat ni ek?) Sape yang tak tahu meh nak cerita, Indoor Arena ni kalau di Equestrian Club, adalah tempat riding kuda indoor. Ha..... tempat duduk adalah tanah ok! Aku pulak memang tak tahu menahu (padan muka malas research pasal tempat before pergi). Patut pun sebelum masuk arena aku tengok ada yang bawak tikar. Nasib baik lah ada juga tempat duduk keliling arena tu (tempat duduk macam dekat stadium tuh). Mula2 anggota RELA (ada pasukan RELA u) tak kasi kami duduk dekat kerusi . Mungkin nak penuhkan kawasan lapang (tanah) depan layar besar tu. Masalahnya... TAK SELESA KUT! Lagi2 pulak kami yang sehelai sepinggang ni.

Tapi kami tetap tidak berputus asa. Farizal patah balik ke kereta mengambil suratkhabar lama buat lapik tempat duduk (in case RELA berkeras tak kasi kami duduk juga di kerusi tu) dan aku dan Yang mula mencari tempat duduk yang selesa. Last2 RELA sendiri pun rela je tengok audience dah memenuhi kerusi  larangan katanya. Heheh.... Farizal datang bawak suratkhabar kami buat dek je, ceh berlagak! Nak kata ramai sangat orang tak juga tapi hampir penuhla gak arena tuh. Filem pertama adalah Kungfu Panda 2. Syokla jugak tengok sebab sound system + skrin adalah terbaekkk! Cuma suhu je panas sebab takde ekon. Tapi itu tidak menjadi masalah. Aku pulak first time tengok Kungfu Panda 2, memang bestlah! Rasa nak tercabut jantung tengok Dragon Warriors tu lompat2 gaung. Erkkkkk.....

Bila Kungfu Panda abis, kitorg pun bergegas pulang. Sampai rumah 10.30 malam. Ada sesape yang join sama? Pada aku program HyppTV ni bagus sebab macam reward untuk pengguna2 dorang la, bagi tengok movie percuma kan. Cuma next time aku cadangkan (macam la penganjur baca blog aku), buatlah dalam stadium indoor  yang lebih proper. Means kalau ada bawak anak-anak kecil, takdela anak kau lebih suka main tanah bina istana pasir banding layan movie. Meh nak bagi contoh, buat kat Stadium Melawati Shah Alam ker.. Stadium Putra Bukit Jalil ke.. hah kan lebih proper. Sewa mahal kut.. Hahaha...

Gambar kami di tempat kejadian takde sebab tak bawak kamera dan tak kuasa nak amik gambar pakai henpon. Mungkin sebab pergi dengan geng dewasa tanpa kanak-kanak, xde keinginan langsung nak bergambar. Hehe... Btw nak inform ni. Isnin dan Selasa aku cuti tau. Nak pergi bercuti secara percuma (wah percuma lagi! Sape nak bagi???) Nanti2 aku cerita ye. Doakan perjalanan kami selamat pergi dan pulang. Bye  bye & assalamualaikum!

5 comments:

~~AzaLea~~ said...

Wah, tak nk layan CD percuma lg ke kak non oii?? jauh nooo sampai g ladang kuda nk tgk wayang yer... huhuhuhu...

Anyway, slmt bercuti... nk roses segar plz... kehkehkeh..

Mak Izz said...

hikhik.. bkn xnak layan CD percuma lg diknon oii.. tp saje sekali sekala ubah angin pulak. g ladang kuda tgk wayang leh tgk kuda skali :)

tq.. betul ke nk fresh roses?

ummiP3 said...

hai dtg wat kunjungan balas...:)

Rose Khadijah said...

haaahhha..tu la..tak mo tanyer orang..eksen hang ehhh..

Mak Izz said...

ummiP3 - terima kasih. rerajinla jengah cni yek. sekampung ler katakan :)

rose - x done nk tny org. pg sabtu br frzl ckp dgn aku. dgn nk wt keje umh nyer.. masak memasak lg.. mana sempat weh. apapun sekadar mencari pglmn :B

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!