Sunday, January 1, 2012

Welcome Year 2012

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah KurniaNya dapat kita bersama-sama lagi bertemu dalam wadah bisu ini. Setahun sudah berlalu, tahun 2011 meninggalkan kita tanpa terlewat walau sesaat pun dan tahun 2012 kini telah menjelang tiba. Bagaimana azam anda pada tahun lepas, adakah sudah tertunai semuanya? Atau pun masih belum dapat dicapai atau dilaksanakan? Itu tidak mengapa, sama-samalah kita berusaha sedaya-upaya untuk menyambung kembali melaksanakan azam-azam tersebut dan semoga ianya tercapai sebelum berakhirnya tahun 2012 ini :) AMIN......

Wah ayat.... very the skema! Kalau aku ubah gaya penulisan 2012 seperti ayat di atas agak2 ada orang nak baca tak? (Confirmlah takde kan). Erm... tadi aku flashback balik apa azam aku last year. Macam nak nangis sebab tak tercapai walau 1 pun! Adehhhh... patutnya aku tampal la azam ni kat mana2 tempat yang senang aku pandang. Kalau setakat berazam dalam blog pastu sekali tu jelah ko berazam dan baca (pastu lupa) memang sampai kiamat pun takde perubahan yang aku buat. Adehhhhh (sekali lagi).

Sedihlah! Kalau korang rajin, carilah sendiri kat archive tu. Apa azam aku tahun 2011. Malu betul nak review dekat sini. Hem... ok2 untuk tahun ni aku continue jelah azam dulu tapi tukar tahun je jadi Azam 2012. Aci tak? Tapi dis time aku BERJANJI (eja dengan huruf besar supaya korang tahu aku sangat2 serius) untuk mengotakan apa yang aku kata. Wahai diriiiiiiiiiiii... tolonglah pegang pada janji. Kalau lembu dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji, kalo tak pegang pada janji, takkan ko nak jadi lembu??????? Ok pergi cari tali sekarang! *nanges T--T

Tapi nak tambah sikit la azam 2011 tu (ceay ada hati nak tambah azam konon) ^___^ Tahun 2012 aku berazam nak aktif berbisnes, hafal surah2 dalam Quran dan disiplin mengaji! JANJI tawwwww.... (nanti hujung tahun kita review balik eyh) Eh lupa pulak. Ada lagi 1 azam, kalau kena balik lambat dari ofis aku WAJIB claim OT. Sebab dah kerja 5 tahun ada sebulan dua je aku claim, selebihnya aku amal jariah je. Adehhhh.... say NO MORE kepada sikap malas :) 

Oklah sebenarnya nak membebel banyak2 lagi tapi nanti korang boring pulak. Sukacita Mak Izz memaklumkan bahawa promosi Baby GAP Pyjamas Murah - Stock Clearance 2011 telah pun TAMMAT. Rugilah tak shopping hari tu sebab sebenarnya aku open untuk booking. Tak semestinya pas booking kena bayar terus, boleh je nak tunggu gaji ke haper. Cumanya selepas korang bayar penuh barulah aku poskan baju2 tuh. But dun wori, panjang umur murah rezeki nanti aku buat jualan murah lagi :)  *Ha'ah very the gediks kan, open untuk booking tapi tak khabor (maafkan saya di atas segala kekhilafan)

Entry pertama untuk tahun 2012 ni takde gambar. Sebab banyak gambar akan diupload untuk entry2 seterusnya. Kalau nak ikutkan azam dalam berblog nih, 1 bulan kena update sekurang2nya 20 entry. So.... selamat menunggu entry baru dari aku. Hehehe... tak taulah berjaya atau tak. Tapi kata nak kotakan janji, maka doakan kejayaan Mak Izz ye. Selamat menyambut tahun baru Masihi dan semoga tahun ini adalah lebih baik dari tahun2 sebelumnya dan semoga ianya membawa perubahan positif dalam hidup kita semua! 

Jumpa lagi dalam entry yang akan datang! Assalamualaikum :)

8 comments:

Kamariah Awang said...

Selamat Tahun Baru 2012, Mak Izz... Semoga azam kali ni, tertunai... insya Allah...!

Mak Izz said...

terima kasih kak! insyaAllah AMIN...

ummirayyan said...

Huiiiii ujikuss..

selamat tahun baru..
caiiiyokkks utk merealisasikan azam 2012 tu tau..
sedih gak ader azam tak dapat aku realisasikan last year..huhuhuuu..
yesss..nak aktif giler giler dengan GengMama Shoppe tu..jom!..

Mak Izz said...

ros - selamat tahun baru juga! jom aktif biz jom! tahun ni aku lebih tekad, hopefully berjaya (berjaya separuh pun jadilah)

AzaLea said...

Hepi new year kak.. cuti g mane jer??

Mak Izz said...

lea - hepi nuyer too deknon. cuti sabtu g rawang, melawat kakngah br bersalin anak no. 3. cuti ahad g bkt lanchung (melawat sita n family) dan projekkan rumah sewa kt kinrara tuh. cuti isnin g GM klang membeli-belah barang perniagaan :)

Nur Irfan Juezrie said...

Selamat tahun baru.. Smg azam 2011 n azam 2012 tercapai dgn jayanya.. Wah! Masih ku ingat 1 bulan sekurang-kurangnya 20 entry.. Kelasssss kau adha... I nk join jugak leh? Hehehe

Mak Izz said...

jue - slmt tahun baru juga walaupun dh hari ke-5. yup, azam tahun baru masih mengekalkan azam lama (sbb x brp nak tercapai) JOIN JGN X JOIN!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!