April 2011
Blog mula berwajah baru. Dari background hitam2 si tumpuk manggis berubah ke warna kuning dan hijau lembut yang lebih ceria dan menyerlah. Mula pasang impian untuk ubah header yang canggih manggih namun belum terlaksana lagi nampaknya. Tunggulah saat dan masa yang sesuai, pasti ku ubah demi mengejar arus modenisasi negara! ekekekek.... Berpeluang cuti-cuti Malaysia di Sarawak (pertama kali menjejak kaki ke bumi kenyalang). Syukur alhamdulillah! Hanya mengeluarkan tambang flight RM250 (pergi balik) dan duit poket (RM300) perjalanan diharungi dengan lancar dan manis! Kebahagiaan tidak dapat dijual beli dengan wang ringgit, cuma jika percutian ini diiringi suami dan anak2, pasti lebih bahagia :) InsyaAllah ada rezeki lebih nanti, kita melancong ke Sarawak ye!
Ahli Lawatan Sambil Belajar ke Kuching, Sarawak bergambar dengan Periuk Kera
Mei 2011
Bulan Mei adalah bulan macam2 aktiviti. Daripada aktiviti Photoshoot Pertama Kali hinggalah ke aktiviti join contest sampai lebam. Alhamdulillah dari banyak2 contest yang disertai, berjaya menang satu iaitu contest ini. Hehehe... Tanpa keberanian, mimpi tidak bermakna :)
Dalam bulan ini juga ada 2 tarikh yang sangat2 bermakna disambut bersama ahlul keluarga iaitu Hari Ibu dan Hari Ulangtahun Perkahwinan aku dan Farizal. Alhamdulillah... masih setia pada yang satu nampaknya ngehngeh.. Celebrate secara sederhana iaitu dengan keluar dating habiskan masa berdua tanpa kehadiran anak2; menonton wayang dan makan2 :)
Jun 2011
Episod suspen bermula. Bapa Farizal merangkap bapa mertua aku mula dimasukkan ke Hospital Jengka kerana sakit perut yang kronik. Sangkaan awal sakit perut adalah kerana gastrik, namun selepas ubat dan rawatan diberikan, keadaan abah tetap tidak berubah. Pemeriksaan lanjut dijalankan di Hospital Temerloh dan doktor mendapati abah mengidap penyakit lebih teruk iaitu salur pembuluh darah bengkak menanti pecah di sekitar abdomen. Abah terus dikejarkan ke HKL untuk pembedahan kecemasan. Alhamdulillah pembedahan berjaya walaupun keadaan abah kritikal beberapa hari di unit rawatan rapi. Hampir sebulan abah terlantar di HKL, abah dibenarkan transfer ke Hospital Jengka semula. Beberapa hari kemudian abah dibenarkan pulang ke rumah. Sehingga kini keadaan abah belum pulih sepenuhnya, bagaimana pun lebih baik dari sebelum ini. Mudah2an abah kembali sihat dan dapat menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga seperti dulu2, AMIN...
Gambar ayu berinner awning yang berjaya menjadi pilihan juri :p
Dalam bulan ini juga ada 2 tarikh yang sangat2 bermakna disambut bersama ahlul keluarga iaitu Hari Ibu dan Hari Ulangtahun Perkahwinan aku dan Farizal. Alhamdulillah... masih setia pada yang satu nampaknya ngehngeh.. Celebrate secara sederhana iaitu dengan keluar dating habiskan masa berdua tanpa kehadiran anak2; menonton wayang dan makan2 :)
Pengantin lama 2008
Jun 2011
Episod suspen bermula. Bapa Farizal merangkap bapa mertua aku mula dimasukkan ke Hospital Jengka kerana sakit perut yang kronik. Sangkaan awal sakit perut adalah kerana gastrik, namun selepas ubat dan rawatan diberikan, keadaan abah tetap tidak berubah. Pemeriksaan lanjut dijalankan di Hospital Temerloh dan doktor mendapati abah mengidap penyakit lebih teruk iaitu salur pembuluh darah bengkak menanti pecah di sekitar abdomen. Abah terus dikejarkan ke HKL untuk pembedahan kecemasan. Alhamdulillah pembedahan berjaya walaupun keadaan abah kritikal beberapa hari di unit rawatan rapi. Hampir sebulan abah terlantar di HKL, abah dibenarkan transfer ke Hospital Jengka semula. Beberapa hari kemudian abah dibenarkan pulang ke rumah. Sehingga kini keadaan abah belum pulih sepenuhnya, bagaimana pun lebih baik dari sebelum ini. Mudah2an abah kembali sihat dan dapat menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga seperti dulu2, AMIN...
::To be continued again::
No comments:
Post a Comment