Thursday, July 7, 2011

Kronologi Abah Masuk Hospital

26 Jun 2011 (Ahad), 6.30 pagi

Bangun tidur mata terkulat2 menahan ngantuk. Solat subuh & mata terus ke dapur check handphone (aku charge handphone dekat dapur, letak atas oven yang tinggi, barulah Izz dengan Hasanah tak sampai tangan nak cekau)  Malam tadi bateri flat so charge dari malam sampai ke pagi. Check inbox tengok2 ada msg dari Kak Long (kakak Farizal) berbunyi "Abah sakit. Masuk Hospital  Bandar Pusat pagi tadi". Fuh, melompat kegezutan aku! Terus berlari2 kingkong mendapatkan Farizal yang sedang nyenyak tidur berbungkus selimut dikelilingi bidadari bidadara comel. "Bang, baca msg ni, abah sakit!" Farizal pun tergezut terus bangun cari spek dan baca msg. Call Kak Long dapatkan info. Katanya abah sakit dari malam. Ajak ke klinik tak nak. Pagi2 buta pukul 3 macam tu abah dah tak tahan sangat, sendiri ajak mak ke hospital. So pukul 3 pagi jugalah Eddy (adik ipar Farizal) dan mak zasssss ke Hospital Bandar Pusat, Jengka bawa abah. Warded pagi tu jugak.

Farizal kata "Siap2, tengahari kita balik kampung!" Ok. Pung pang pung pang tungkus-lumus buat kerja rumah; basuh baju, lipat kain, packing barang etc pukul 2.30 petang baru bertolak. Singgah McD dulu tapau makanan sebab tak lunch  lagi (tak sempat nak masak). Hari Ahad lebuhraya ke Pantai Timur lengang, sepanjang perjalanan hari hujan. Budak2 biasalah macam2 perangai. Kejap nak ke depan, kejap nak ke belakang. Kami terus ke hospital. Sampai dekat2 6.30 petang. Keadaan abah sangat lemah. Terbaring je, nak buka mata pun tak larat. Nurse drip air 1 botol. Doc kata abah gastrik.

Tamat waktu melawat kami beransur pulang. Eddy tinggal di hospital menjaga abah. Malam nanti Farizal akan datang semula untuk ganti shift menjaga abah. Mak pulang ke rumah bersama kami, letih sangat dari pagi di hospital. Sebelum sampai di rumah, singgah dulu di rumah mak Eddy di kampung bersebelahan untuk ambil Yan (adik Farizal, isteri Eddy) yang masih dalam pantang untuk dibawa balik ke rumah mak. Sampai je di halaman rumah tiba2 Yan bersuara "Mak ambil tak kunci grill dalam kereta  abah?". Mak jawab "Eh mana ada. Takpe, grill tu tak pernah berkunci". Yan sambung lagi "La... hari tu orang kuncila grill ni. Bahaya la tak kunci" Mak jawab dengan nada suspens "La... kenapa kunci? Manada kunci. Kunci dalam kereta abah" Ok masa ni korang mesti dah jangka apa akan berlaku kan? Kami bertujuh (4 orang dewasa, seorang kanak2 dan 2 org bayi - kasi chancelah Hasanah masih bayi hihi) tersadai di luar rumah pada waktu Maghrib dan tak boleh masuk sebab kunci grill tertinggal dalam kereta abah di hospital. Sila SIMPATI  T..T

Farizal cuba2 untuk menjadi McGyver tapi McGyver pun kena ada peralatan dalam cubaan nak bukak kunci bagai, kalau setakat berlagak macam McGyver sambil kuis2 rambut perasan handsome jangan haraplah dapat buka :) Cuba juga cari ruang kosong celah2 atap zink kut2 ada ruang boleh selinap masuk malangnya kalau dah takde bakat pecah masuk rumah orang (ops!) kalau dah tak reti, memang tak berjaya. Lagipun mulut aku dengan mak kecoh je bising2 tak bagi Farizal panjat. Bukan apa, risaula kang jatuh ker.. luka ke.. diri sendiri jugak yang susah. Dahlah waktu Maghrib setan banyak berkeliaran. Tak bagus mencuba sesuatu perkara yang anda tak pernah cuba, bahaya pulak tu.. pada waktu Maghrib. Don't u ever! Jiran sebelah rumah dah datang menjenguk. Tak lama lepas tu anak dia pulak yang datang. Memang kerja tukang rumah, sekejap je dia usya port nak selinap masuk jumpala lubang sket kat atap depan, ngam2 je muat badan dia. Sekali harung dia dorong badan dia terus lepas masuk dalam. Tapi aku tau, masa dia cuba nak masuk tu atap zink tu kena gak pada kulit2 badan dia adoi... sakitnye, mesti sakit kan? Tapi dia masih kontrol macho. Dapat masuk dan buka pintu dari ruang tengah.

Nak dijadikan cerita lagi, selamat je dia bukak pintu tu Eddy pun sampai dengan kereta abah. Hihi... aku dengan mak dah banyak kali cakap tak payah cuba2 nak bahayakan diri panjat atap bagai nak masuk rumah, tunggu jelah Eddy sampai. Kalau bawak kereta macam Micheal Schumacher, 15 minit pun dah boleh sampai. Tapi sebab jiran sendiri sudi nak tolong, takpelah. Kami redha aje :) Akhirnya selamatlah kami masuk ke dalam rumah malam tu selepas macam2 peristiwa. Tak lama kami masuk rumah, Paidi (adik bongsu Farizal) sms bagitahu dia dah nak sampai Bandar Pusat (dia naik bas dari KL). Farizal siap2 terus ambil dia dan bawa ke hospital. Malam tu Paidi yang jaga abah di hospital. Farizal tidur di rumah bersama aku anak-anak.

27 Jun 2011 (Isnin)

Call ofis bagitau aku EL dan berada di kampung. Pagi dalam pukul 10 macam tu Paidi sms kami beritahu abah dah boleh discharge tengahari nanti. Alhamdulillah.. so kami decide pulang ke KL petang nanti. Tengahari Farizal pergi jemput abah dan Paidi dari hospital bawa pulang ke rumah. Abah kelihatan lebih sihat berbanding semalam. Izz pergi dekat abah nak ajak main tapi abah tak larat. Selalu abah memang suka main dengan cucu-cucu. Kasihan.. Petang tu kami bersiap2 pulang ke KL. Sedih juga nak tinggalkan abah dan mak tapi nak buat macam mana, kami kena kembali bekerja. Perjalanan pulang begitu lancar sekali, budak2 tidur sepanjang perjalanan LEGA. Singgah di R&R Genting Sempah untuk ambil angin sambil minum petang. Selesai makan terus shoot ke rumah Jalan Kebun. Letih weh... esok kena pergi kerja. Fuh!

1 Julai 2011 (Jumaat)

Dapat tahu abah dimasukkan ke wad semula kerana sakit perut yang teramat sangat. Apa?.... masuk wad semula?

::to be continued::

9 comments:

mrs chenta said...

semoga abah cepat sembuh!

Deqna said...

semoga your abah cpt sembuh yer....

Mak Izz said...

thanks guys! insyaAllah AMIN...

Ameh Wahab said...

Biase la org² tua tapi ape pun semoga Abah akak cepat sembuh yer... =)

Fida said...

Semoga abah u cepat sembuh...sumtimes gastrik tu blh jd akibat stress cam abah i kena lepas dia pencen dedulu...tp citer u ni kelakar lar cam starting citer sepet time abah drg kene gi spital tu..hiiii..

~~AzaLea~~ said...

Alhamdulillah, atok usop dh semakin beransur pulih... hope atok usop akan kembali sht spt sediakala... amin...

Kamariah Awang said...

Mudah2an kita yang menerima ujianNya menjadi orang yang sabar dan berimaan.. Smg cepat sembuh..!

Mak Izz said...

terima kasih semua. AMIN.

Nur Irfan Juezrie said...

smg cpt sembuh.. aminnn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!