Thursday, July 14, 2011

Rentetan Kemenangan Semalam

Gelenyar sungguh tajuk entry semalam. Dah pandai berWordless Wednesday aku ni.. :) Orang lain buat, Mak Izz pun gatai jugaklah nak buat. Lagipun macam penuh tanda tanya kan entry macam tu. Ala2 misteri gitu. Poninglah pala korang pikir apa la cite di sebalik gambar kan? Sebab aku ni baik hati... (suka membebel sebenarnya) tak sampai hatilah pulak biarkan korang hidup dalam teka teki teka tekuk, ular mati dalam periuk (iewwww gelinyerrrr). Maka nak ceritalah jugak pasal hadiah kemenangan semalam. Ala.. yang dapat FM dari Kelantan tuh! Hehe..

Hadiah dari UmmiRayyan. Terima kasih noks! UmmiRayyan ni kawan baik aku di pejabat (kami 1 Jabatan tapi berlainan Bahagian). Dia ni pun ada blog tersendiri. Kliklah kat nama dia tadi ye boleh baca dan follow blog dia. Blog dia best banyak info, tak macam blog aku  ni, merepek je banyak :)

Baru2 ni UmmiRayyan buat 1 contest. Selaku kawan baik mestilah aku gedik-gedik  manja nak join contest dia kan? Maka joinlah. Contest senang gila, rugi siapa tak join. Contestnya lebih kurang gini "Pengomen Paling Banyak Dalam Tempoh Tertentu" Terus2an aku mengomen ko. Dah jadi huru-hara dah kotak komen dia. Semua berebut nak menang contest. Kihkih.. Jadi semalam UmmiRayyan dah umum pemenang, macam tak percaya je aku salah seorang dari pemenang bertuah yeay...!!! (tak percaya konon padahal punyalah tak berhenti2 komen nak menang punya pasal, hahahaha).  Usaha tangga jaya kan, haruslah mencuba sehabis baik!

So UmmiRayyan bagi pilihan dekat pemenang2 pilih hadiah pilihan hati. Ada pouch handphone tenun, pencil case tenun dan FM. Aku mestilah pilih FM sebab nak banyakkan koleksi dekat peti es. Terima kasih tau Ros (Ros adalah nama manja UmmiRayyan). Aku suka FM tu. Cantik sangat2. Harap2 Izz tak musnahkan :)

Kepada kengkawan, rajin2la join contest tau. Bak aku cakap dalam entry sebelum2 ni, "Untung  sabut timbul, untung batu tenggelam" jadi tak salah kan kalau kita mencuba nasib? Menang atau kalah perkara biasa. Kalau menang, happy senyum empatbelas hari sambil belek hadiah, kalo kalah nangis sorang2 je tepi hutan. Bukan orang tahu pon :p

Aku habiskan entry ni dengan gambar aku bersama UmmiRayyan masa firedrill ofis bulan lepas.

Moga persahabatan ini kekal ke akhir hayat

(dah menang FM baru cap kawan baikla.. apa la.. HAHAHA)


3 comments:

ummirayyan said...

WOWWW...terharu, terkesima aku dengan entry ni tau..(ni entry promote blog haku ker?)masehhh...

hurmm...sambil kesat air mate (sebab ngadap PC lame sangat-baca 1 per 1 ayat bombastik ko nih..)..ye la kan..moga persahabatan ini kekal ke akhir hayat..

ingat!!doa seorang sahabat cepat Allah makbulkan tau..(tetiba lak eh)..ko paham paham je la..

Mak Izz said...

haha.. terharu sampai mengalir airmata (tp sbb ngadap pc lama sgt) dh pandai melawak ko skrg?

insyaAllah.. moga persahabatan ini kekal. Amin ya Rabbal Alamin...

Anonymous said...

get backlinks seo india backlink service backlink submitter

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini!