Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Tak tahu aku apa kaitannya peribahasa tadi dengan situasi aku sekarang. Apapun yang pasti, niat baik untuk menikmati vitamin C dari buah2an segar dari gerai tepi jalan tengah hari semalam membuatkan aku meroyan sakit tekak dari petang sampai sekarang!
Bukan main sukar lagi aku menelan air liur, dah lama tak sakit tekak sebenarnya. Bila sekali-sekala diduga sakit begini, penangan mengadanya sakitnya ya Rabbi! Malam tadi badan dah menggigil2 semacam mahu demam. Lenguh sana, lenguh sini minta dipicit. Paksa juga abah picit. Yang ajak ke Tesco untuk membeli barang2 keperluan. Lambang kasih sayang adik sejati, aku gagahkan juga tulang empat kerat ni ke Tesco. Lemah longlai je aku berjalan. Bergoyang2 satu badan. Pertama kali ke Tesco tanpa semangat beli-belah. Macam tak percaya :(
Pagi tadi dah tekad nak ke klinik. Tahu kalau pergi klinik kerajaan, setakat sakit tekak confirm TAKKAN DAPAT MC. Takpelah.. aku pergi klinik sebab nak amik ubat, nak makan ubat, nak cepat sihat, bukan nak cuti sakit (ehem ehem.. boleh percaya ke?) ^___^ Ke klinik bersama abang Izz, budak kecik ni pun tak sihat jugak. Perihal dia sakit aku cerita next entry k.
K lah korang, nak sambung buat kerja. Actually memang aku berniat nak MC today, badan tak sihat, macam mana nak kerja? Tapi tak sampai hati nak abaikan kerja yang berlambak kat pejabat. Kalau tak datang hari ni, esok aku juga yang kena mengadap :(
Byebye... psssttt.. doakan aku sembuh cepat ye!
5 comments:
harap2 uji cpt sembuh ya...cian..mak izz tak sihat...berjangkit ngan poi tak? hehehehe...
Ya Allah Ya Tuhanku..Kau sembuhkanlah penyakit sahabat baik ku ini dengan segera..Berilah dia kesihatan yang menyeluruh agar dia dapat menjalankan tugan hariannya dengan sempurna..Ameenn...
noks, jangan kate sebab makan nenas ko sakit tekak eh..aku makan tak der pa per pun tau..
an - tq. ye x ye kan. asik singgah blog an je, ntah2 jangkit poi. haha..
ummirayyan - mak ayah aku ckp tekak aku x tahan duri nanas tu tajam. kan aku ckp kt ko, dh lama giler aku x makan nenas. berbelas tahun jgk (last makan ms sek rendah). tekak aku sensitif noks :(
apepun maceh byk2 doakan kesihatan aku :) lap u beri mac!
oooww..tapi ko tak bgtau yang tekak ko tak tahan ngan duri nenas tu pun..ko gtau ko da lame gile tak makan..aku pun tak pasan ko cakap da berbelas taun tak makan..(agaknye sedap nak menikmati si pari bakau teratak mek kot ritu sampai tak dengar ape ko cakap..)hhehehehe..
ummirayyan - mmg x mention berbelas thn x makan sbb overla nk bgtau bagai. kang ko kata aku minah drama pulak. sume nk cite :) ikan bakar mek sdp eyh? ptt pn x lawa aku aritu ^__^
Post a Comment